nuffnang

nuffnang LR

Sunday, June 12, 2011

Episode 40: Its A Hot Hot Summer


selepas ribut pasir semalam, habis kereta berabuk pasir halus. Hoh! lama juga eric tak mengupdate laporan kaji cuaca persekitaran Jubail, Dammam dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. selepas beberapa ribut pasir melanda kawasan persekitaran nampaknya suhu persekitaran meningkat dengan amat cepat sekali. tiada lagi angin sejuk yang berhembus kecuali angin-angin suam yang tidak membantu menyejukkan badan. secara average suhu persekitaran adalah dalam lingkungan 43C hingga 48C. 

Oleh kerana suhu persekitaran yang panas begini, semua orang pun sepanjang masa pasang air cond full blast. tidak kurang juga dengan kota makkah pada waktu sekarang. kalau di perhatikan pada kaca tv siaran lansung di masjidil haram, fuh penuh! maklumlah.. cuti sekolah.. yang paling ramai, jemaah malaysialah. 

biasalah kalau cuti sekolah, cikgu-cikgu dan yang bukan cikgu bolehlah menunaikan umrah. tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga, sesetengahnya mendapat jemputan kenduri kahwin hingga lima ke enam rumah sehari, tambah lagi kalau hujung minggu. sanak saudara setakat yang di ketahui satu pasangan berkahwin dan satu pasangan lagi bertunang selang sehari. member campus dulu lak, dua orang juga sudah join the club, tinggal lagi tiga yang entah bila nak mengakhiri zaman bujang diorang. (ops! terlari topic)

Dan seperti biasa musim panas di arab saudi (timur) siangnya semakin panjang dan malamnya semakin pendek yang mana siang sepanjang 15jam dan cuma 9jam malam. dan waktu subuh adalah seawal jam 3:15 pagi (4:11 makkah). makin panjang waktu siang maka makin panaslah suhu persekitaran. 

Dengan lebihan pancaran matahari begini, banyak tenaga haba yang di serap. bukan sahaja kereta yang parking di tempat tidak berbumbung, malah tangki air rumah juga tidak terkecuali (tangki di saudi di pasang di roof rumah). jadi adalah lebih baik jangan meninggalkan barangan electronic didalam kereta kerana barangan electronic yang sensitif pasti mengalami kerosakan akibat suhu terlalu tinggi. begitu juga dengan tin pewangi bertekanan tinggi. (boleh meletup beb!)
tin spray wangian meletup dalam kereta seorang warga tempatan saudi
kalau nak mandi tengahari kerana panas, lupakanlah sahaja hasrat itu kerana suhu air tangki adalah lagi panas. kalau terkena air direct, terasa macam nak melecur kulit dibuatnya. makin mandi makin berpeluh lak tu. kalau lepas melepaskan hajat then nak cuci.. 'ok apa guna air panas', gerenti kuman mati punyelah!hahaha.. jadi macamana nak mandi? senang sahaja caranya, cari tong/baldi besar yang boleh diisi dengan beratus-ratus liter air, isi air didalamnya sejak pagi, jadi jika ingin mandi tengahari air yang di simpan sudah sedia untuk digunakan.


seseorang yang tak boleh terkena panas terlalu lama maybe mendatangkan kesan yang jarang-jarang sekali berlaku di malaysia. contohnya eric (eceh! sempat amik diri sendiri) setiap pagi bangun mesti ada kesan darah dalam nostril. tidak terkecuali juga ramai yang cepat mengalami dehydration kerana bukan sahaja panas, malahan amat kering terutama bulan may dan jun, tetapi bulan july dan august pula humidity meningkat lantas menjadikan keadaan bertambah panas (himidity meningkat kerana berhampiran dengan persisiran pantai). oleh itu jika nak mengekalkan rehydrate minumlah minuman isotonik. (saudi mana ada isotonik, gatorade je lah) atau minum air dengan kuantiti yang mencukupi. 


bersyukurlah bagi orang yang berada di tanahair, walaupun panas disana boleh mencecah 40C, petang kadang-kadang hujan, angin pun dingin je. malam lak pasang kipas pun dah cukup.  kalaulah malaysia tu padang pasir macam sini tambah lak dengan kerajaan (pak jib) cekik darah petrol dengan tariff elektrik melampau memang 'Masak' nak bayar bil. bukan aje badan kering, poket lagi bertambah kering. tolonglah tukar kerajaan time PRU-13 aku nak balik tahun depan ooiii..


Ps: kalau tak tukar kerajaan aku kerja kat negara dekat-dekat sikitlah. yang kena naik flight tak lebih 4 jam kira oklah tu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages