nuffnang

nuffnang LR

Monday, June 30, 2008

Surat terbuka untuk PM







Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh.......Blah

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM
kamiMemang dari dulu kami sokong sampai laniTapi hari nie,
buka mata, senak perut anak bini......
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki



Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka



Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat......
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat



Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??



Tiap kali naik harga, dok banding sini sana ??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita......
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa



Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya



Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa



Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....



Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali



Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap



Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie



Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai



Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah



Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput **** dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu



Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat



Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie (yang undi BN musim-12)
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...


Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

ps: nasib baik aku tak undi depa.. lain kali undilah dengan bijak

Thursday, June 12, 2008

Gaji Menteri Malaysia







Ini adalah gaji dalam tahun 99. Sekarang mesti lebih tinggi lagi. Jadi setakat potong 10% dari elaun keraian tu, apalah sangat bagi menteri-menteri kita jika nak dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh rakyat kebanyakkan selepas harga minyak naik. 

Azamin AminWed Dec 05, 07 10:59:21 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Pendedahan menarik berhubung gaji dan‘keistimewaan’ para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikanseolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyatmemandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit punterjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan hargabarang yang membebankan.
Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemeloleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, BahagianKewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blogTranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besarjumlahnyawang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasukKetua-Ketua Menteri:1. Gaji Pokok RM18,0002. Elaun Keraian RM10,500.003. Elaun Perumahan RM10,800.004. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.005. Elaun parking RM 5,700.00Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama adasakit atau tidak bekerja:-Lain-lain kemudahan1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidanganDewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuktiketpenerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidakbercutikeluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00tanparesit.2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntutsetahun sekali sebanyak RM40,000.006. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satupemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.7 Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,ataupemberian kepada badan-badan kebajikan boleh dituntut.8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segalaperbelanjaanditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyakRM400,000.009. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semuaelaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatanbulanan.
Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-1. Gaji Pokok RM15,0002. Elaun Keraian RM9,500.003. Elaun Perumahan RM9,800.004. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.005. Elaun parking RM 5,700.00Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakitatau tidak hadir bertugas.Dan Menteri:-1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiapmasa.6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara7. Lain-lain sumberKata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalahberdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan padapendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. -

Wednesday, June 11, 2008

Agama bukan Mengkhayalkan Orang Miskin (petikan dari Mufti Perlis)






(please take your time to read this)
Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.

Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya.

Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?"

Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. 

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surahal-Isra: 26-27). 

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.

Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?

Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap.

Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). 

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. 
Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". 
Daripada unta yang kita sembelih hari ini. 
Kata 'Umar:"Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" 
(Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). 

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim!
Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. 

Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia.

Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. 

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil!

Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.


Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com

Tuesday, June 10, 2008

Producers Oil price







Malaysian Government always compare our oil prices with non-oil producing countries such as :
Singapore : RM 5.00

Thailand : RM 4.00

how about compare Malaysia with the other oil producing countries just as we are

UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

More than RM1 if compared with them. then some fellow Malaysia says " Dah harga nak naik, nak buat cemana" with a lame tone and walk away leaving others wondering about their future spendings (kampung style)

And Guys.. tak lama lagi harga gas lak naik more than 50%, yang mana gas kat dapur nak habis tu cepat2 le topup.

Thursday, June 05, 2008

Petrol Price






5th June 2008: a new history arises, today is the day when the petrol price in Malaysia increased to RM 2.70 per liter. Damn stupid Cabinet! With this price every daily needs/good will increase in price. Thus increase the rate of inflation.

For the cabinet members they don’t have to worry because their petrol was paid by the government or get allowance for the official car. While for the voters/civilian/commoners what do they get?

Yesterday evening I get SMS from My colleague that the price will increase 78cent per liter. Damn dawg! From the office at 6:30pm I head straight to the petrol station. My tank was half empty so I need to fill another half to make it full.

When I arrived at the petrol station… Whoaaa so many car la! I drive my car to the other end of the station and get a better queue just wait for 3 cars hehehe… I have to wait for just about 15minutes. When I drove off from the station I saw both entrance was full crowded with long queue maybe ten to fifteen cars on each row, and cause traffic jam. Thank god I made that quick decision.

I did tell my sibling to fill up their tank and my friend. And some others have to wait for hours to get their chance. Thank god again I made a good decision I’ve bought a fuel saving New Honda last year.

We should change the government! Sack Pak Lah!

Wednesday, June 04, 2008

Why Did This Happened To Me?







It’s been a long time since my last blog again… I don’t know what has happened to me all this 2008. Was it a happy time for me? Or was it a real bad time for me? But today I don’t think I am happy. I just moved out from my rent house nearby the place I work, still unable to move those heavy closet by myself. Maybe today I get help from my colleague.

Moving out was not the main thing bothering my mind right now? Is it about my work? Is it my transfer status? Or is it about my Life? Damn! I don’t even know why I am creating this blog. But I think I know what’s bothering me… must be last night incident when I am hanging out with my friends watching movie was the one bothering me today. It’s the call that I get every night, I don’t want to talk to the same person without a point every night. Later on I was blame for this, for that, for everything for god sake! Nobody ever did this to me before but why did this happened to me? WHY?!

So many things playing in my mind right now. I felt so lonely in my office. The yahoo messenger I received this morning again from the same person last night again bothering me. After I was blamed for everything last night, then ask about vacation today? What in the hell was that? What am I in that persons mind? Doesn’t even care about what I need but just being self centered caring about what that someone need or luxury.

Now again I get the message from YM… damn! I hate it very much! And I answered “I was blame for everything last nite... and today ask me about vacation... the whole day since last nite was not a happy time for me”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages