nuffnang

nuffnang LR

Showing posts with label Jubail Blog. Show all posts
Showing posts with label Jubail Blog. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Bukti Mereka Paranoid Terbongkar!

hai guys and gals, hari ni eric cuma nak post gambar bukti bahawa orang-orang negara yang eric bekerja sebelum ini adalah paranoid (takut) dengan pengganas kerana pengaruh amerika. berikut adalah beberapa peringkat yang harus eric lalui setiap hari kerja untuk memasuki kawasan plant (loji) mereka. 

Checkpoint 1
Checkpoint 1: pemeriksaan ID dan random check senjata dan
barangan merbahaya
senjata digunakan: AK-47 untuk setiap askar,
General Purpose Machine Gun (GPMG) M-60 (rambo pakai)
(GPMG menyorok dalam kubu concrete)

Sebelum Checkpoint 2
Kereta Perisai bersenjatakan GPMG M-60 bersembunyi di belakang
Kubu Concrete di kedua-dua arah jalan menuju ke main gate





Checkpoint 2
Automatic block + reverse spike
pemeriksaan ID dan car sticker,
random check senjata berbahaya dalam kereta
100meter kedalam terdapat sebuah lagi kereta perisai
bersenjatakan GPMG di belakang kubu concrete
A: kereta perisai dengan M-60 belakang kubu concrete
B: checkpoint 3 sama seperti checkpoint 2
C: entrance with ID password, metal detector dan x-ray sama
seperti airport security check, no handphone allowed
GPMG M-60 atas truck (dicover dengan canvas)
checkpoint 3 dan security check takde gambar sebab takleh bawa masuk handphone. semua gambar ni pun diambil pada last day pakai handphone murah small size dari dalam kereta.entry ini mungkin untuk display dalam masa yang limited.

PS: nak masuk plant pun lebih kurang macam nak masuk pentagon. tapi security macam ni anytime pun eric bleh masuk.. dah hafal satu-satu hahaha... kenapa begitu ketat? nanti eric cerita... ke nak tau cara nak broke in? ;)

Monday, May 14, 2012

Final Exit The Journey

Ahah! Akhirnya dapat juga menulis blog. Dulu eric masih boleh post entry blog menerusi blackberry, tetapi blogger template baru tak bleh nak integrate dengan blackberry. cemana eric boleh masuk entry baru hari ni? hehehe... wa sudah ada broadband baru, jadi wa boleh langgar mana-mana yang wa suka.


Sebenarnya eric baru nak OK daripada kesan jet lag. this is the worst ever, bleh sampai 3 hari tak tidur. kalau dapat tidur siang cuma 3 jam je, geram punye pasal, last-last makan sleeping pill, terus 'pengsan' 14 jam!

malam terakhir di rumah saudi, encik jay datang membeli TV dan langsir rumah, dan orang yang bakal menduduki rumah eric dah pun membayar duit untuk menduduki rumah seperti yang telah dipersetujui. mangikut encik jay, beliau pun akan mencari kerja lain bila dah selesai haji tahun ini nanti.

keesokan hari selepas berjumpa dan bersalaman dengan jiran malaysia, tepat pukul 11 pagi eric bertolak dari rumah untuk menghantar kereta MG350 yang telah di sewa ke cawangan Avis di Airport dammam. oleh kerana barang yang dibawa final exit agak banyak, terpaksalah eric membayar excess baggage sebanyak SR360.

Process final exit juga mudah, tak sampai seminit pun. apabila pesawat berlepas, Eric lansung tidak berasa bersedih bahkan merasakan seperti William Wallace dalam cerita Braveheart menjerit "FREEDOM!!!" (eric takde la jerit pun,jeritan hati je, kalau jerit betul kang tiba-tiba pilot mendarat balik kat situ sumbat eric masuk tanjung rambutan cawangan saudi tak ke naya? hahahaha...)





Penerbangan Qatar Airways Transit di Doha airport. Transit selama empat jam. Di airport Doha lah lebih dua tahun dulu eric dan lima rakan yang lain transit semasa penerbangan pertama untuk bekerja di saudi. selepas hampir empat jam menunggu di airport barulah menaiki pesawat bagi penerbangan Doha ke Kuala Lumpur. Apa yang eric suka dalam Qatar Airline ialah meal yang sentiasa kena dengan selera eric. stewardess juga lebih ramah dan friendly. nampaknya dalam flight eric sorang je yan tak tidur, tu yang pramugari dua tiga kali hulur fruit juice, eric mana tidur kalau asyik melayan movie hehehe..

Penumpang dalam pesawat cuma separuh penuh. amoi yang dok kat seat tengah siap boleh baring atas empat seat tengah yang kosong. kalaulah takde orang kat seat tu confem eric dah landing baeeknya kat situ.

Cuma yag tak best dalam penerbangan ada seekor mamat arab yang duduk belakang seat eric. bila eric nak merebahkan seat untuk tidur, keluar tangan dari seat belakang kat sebelah eric untuk stop, ok fine, eric tak tau lagi siapa di belakangnya. second time, keluar lagi tangan eric mula bangun, bila nampak muka rupa-rupanya mamat arab yang duduk di belakangnya. nak kata tinggi eric rasa eric jauh lagi tinggi, seat pun takdelah sampai kena lutut. si arab ni sesaja nak mengada la nampaknya. eric tengok muka arab tu macam makin lama makin kecik je.bila lagi nak balas dendam!? (oh!)

eric mula membuat muka ala-ala brutal memandang tepat ke mata arab tersebut kemudian duduk dan merebahkan seat dan siap menghenyak sepenuhnya. No special treatment. you are now in my territory, lu sapa mau langgar tempat wa, wa mau rebah seat ka, tak ke, wa punya suka la! seat ni wa punya! kalau lu buat hal lu turun saja dari ini kapal lu tengok apa yang bakal hinggap kat muka lu!

Sepanjang flight arab tu tak berani buat apa-apa, even masa orang turun pun dia masih terduduk kat seat. kalau berani buat hal, tau lah dia nak deal dengan orang yang tengah panas dengan mat arab! 


Ketika menunggu flight untuk ke kota Bharu eric menerima panggilan telefon dari orang yang nak menghantar barang yang eric kirim melalui Makati express. tuan tak sampai KB barang dah sampai dulu? rupa-rupanya makati pakai Flight DHL dan forwarder DHL dari Saudi Ke Kota Bharu, patut la tak sampai 2 minggu barang dah sampai. Kira ok la Door to door murah lak tu, siap balut plastic dan security seal just for free. 


PS: eric masih dalam proses syncronize biological clock. driving pun, nak bagi signal ternaik wiper, nak kena syncronize ke righthand-drive balik. next entry  coming soon, nak upload gambar dulu hehehe...

Wednesday, May 09, 2012

Final Exit Juga Akhirnya (Finale de Final)


Well guys and gals at last it comes to the end of my blog for jubail region. every beginning have the end, so this is the end of what I started- asalnya mencari pekerjaan dan experience di oversea tetapi semuanya tidak seindah yang disangka. dua tahun sahaja sudah cukup. bak kata kawan-kawan eric enough is enough. I have had enough of it till I felt like I'm throwing up. (entry ni level moderate panjang, kalau malas baca sila skip ke last paragraph).

adakah ini penghujung cerita kepada episod-episod di jubail? bak kata mat salleh what happen in vegas stays in vegas... jadi adakah what happen in jubail stays in jubail? maybe not, ada lagi cerita yang belum diceritakan dan belum dipecahkan rahsia... tapi entry tu must be made in Malaysia yang mana bila eric dah selamat berada di tanah air. mungkin masuk isu sensitif dan isu internal di as-sharqiyah. 

jika ditanya eric? eric hang nak keje lagi ke kat jubail in future? hmmm... kalau arab apa aje yang korang tanya dia akan cakap "ok that was a good question" setakat tu je la.. soalan ni cemana eric nak jawab ek? soalan yang pendek tetapi jawapan yang panjang. kalau nak jawapan yang pendek, memang pendek, Frankly... NO! (oh!)

But why Eric... why?
secara jujurnya 90 peratus dari orang tempatan di saudi tidak kira samada ditempat kerja, tempat-tempat lain atau diatas jalan raya bagi eric adalah amat mengecewakan. sikap mereka mungkin takkan berubah walaupun mengambil masa selama 20tahun lagi jika mereka masih berfikiran seperti apa yang mereka praktikkan sekarang. Adakah anda suka melihat seorang tukang sapu pejabat miskin yang membuat kesilapan kecil diherdik dan dimaki dengan keras oleh seorang arab yang kelihatan seolah-olah seorang yang warak di luar tempat kerja? anda sendiri mempunyai jawapannyakan? eric sendiri pernah beberapa kali melihat kejadian seperti ini. Ia adalah satu perkara yang amat mendukacitakan dan tertekan bila melihatnya.

mereka boleh berubah jika yang berpelajaran tinggi memimpin negara. berpelajaran tinggi secara specific dari luar negara, lebih specific lagi yang belajar diluar negara yang homework dan assignment mereka tidak diupah untuk dilakukan oleh orang lain atau di tiru, dan degree atau master yang tidak di anugerahkan sebagai balasan kepada 'makan suap'. Dalam setiap 20 studying abroad mungkin hanya ada seorang yang sebegini, tetapi selebihnya lebih gemar bersuka ria dengan maksiat kerana bebas dari undang-undang negara sendiri yang amat ketat. manakala homework mereka di berikan kepada mereka yang memerlukan wang (biasiswa kerajaan yang mereka terima sangat tinggi)

Tidak ramai yang berfikiran seperti encik Al-K dan imam masjid berhampiran rumah eric. imam masjid adalah seorang doktor yang berpengetahuan luas cuma menjadi imam waktu maghrib dan isya' sahaja. imam jumaat pula imam yang lain (masjid paling ramai orang Malaysia bila solat jumaat). doktor ini memang selalu share pengetahuan melalui ceramah dan perbualan. manakala Al-K pula sedia menerima hakikat keburukan dan sedia menukar pendapat yang selalu di gunapakai oleh arab yang lain (last 5 entry)

selain dari masalah orang tempatan mereka eric juga tidak selesa dengan keadaan sekeliling yang panas dan berdebu. eric amat allergic kepada debu. kepanasan menyebabkan eric sering mengalami nose bleeding. dan hampir setiap hari pasti ada tompokan darah, dan perkara ini amat jarang berlaku dimalaysia. (paling maximum dimalaysia cuma sekali sebulan bila cuaca panas)

hospital dan klinik disini juga sangat menyedihkan. tarafnya cuma seperti pusat kesihatan daerah. hospital yang baik pun boleh dikira. no wonderlah bila raja diorang sakit, akan diterbangkan ke luar negara. kalau eric sakit? kena la tunggu baik sikit baru boleh drive sendiri ke hospital berhampiran. (yang ni memang masalah yang amat membimbangkan) kalau kat malaysia kalau tiba-tiba terkena migrain insyaallah doktor bagi MC kalau kat saudi nak tau apa doktor kata (actual company doctor) "ok you take this two paracetamol and go back to work, if it is still not working, you come back here and i will give you a letter to go home" (orang sakit ko nak buat macam ni?jadi lagi masalah kepada orang yang tengah uzur nak datang balik?) nak mintak MC sebab betul-betul sakit pun payah nak dapat... siap kena potong gaji lak tu, memang lahanat!

banyak lagi sebenarnya, cara diorang driving dan macam-macam perkaralah, orang yang pernah dok kat sini tau le cemana kan?

kalau ada peluang, eric nak datang balik tak ke saudi? 
nak, tapi dengan syarat hanya untuk haji lagi dan umrah, kalau peluang kerja, cuma di tempat yang tak jauh dari makkatulmukarramah dan madinatulmunawwarah. less than (450km) which means riyadh and jubail is out of the list. 

Katalah suatu hari nanti nak diorang nak amik eric jadi VP kat jubail amacam?
sebelum eric jawab, nak tanya sikit... ko ni mimpi ke mengigau? ye memang ada warga malaysia yang menjadi VP kat sasref. bila balik malaysia nanti jadi confem jadi big gun in oil and gas industry. eric tak tau environment kat sasref macamana, tapi kalau compare dengan vp kat company eric, vp tu macam puppet je dibawah pemerintahan presiden arab tempatan. for me, pangkat taklah penting, itu semua hanya duniawi semata-mata. unless bagi mereka-mereka yang rasa money is everything. jika eric ni fikir money is everything eric takkan berusaha seperti apa yang eric usahakan untuk final exit secepat macam ni. kalau money is everything mungkin eric masih sambung kontrak dengan company yang dipunyai oleh bos berketurunan turkey dan mesir bersama rakan yang sama batch dengan eric. (cuma mereka don't have other choice at the time being)

Just remember, jangan menjadi hamba duit. money is not everything but happiness dunia dan akhirat itulah sepatutnya menjadi matlamat hidup. jika dunia yang di cari anda akan mendapat dunia, dan jika akhirat yang dicari anda akan mendapat kedua-duanya. 

ada kenangan manis tak? banyak kat mekah je, tapi untuk happiness di saudi sila rujuk komik kat right sidebar the definition of happiness (Komik: Eric n Ben).
airborne

ketika entry ini di scheduled post, mungkin eric masih dalam penerbangan Qatar ke Kuala Lumpur selepas transit dari saudi. pastu kena transit lagi di KLIA for next flight. before I end this entry sila klik link lagu tema final exit dari Chris Daughtry - Home. I'm Going Home...

Jubail... 
Asta la Vista baybeh!!!

The End

Sunday, May 06, 2012

Mini Qatif


Seminggu sebelum eric blah dari plantnya, Eric terbaca email tentang post rotation, pertukaran antara plant MTBE (Methyl Tertiary Butyl Ether)dengan plant EDC. Buat pengetahuan para pembaca, superintendent eric adalah dari kaum syiah. dan ketika eric join plant EDC (Ethylene DiChloride) baru eric sedari semua bangsa tempatan, termasuklah OMC, Foremen, Millwright dan pipefitter adalah dari kalangan kaum yang sama! Cuma 3 orang maintenance supervisor termasuk eric yang bukan dari kaum tersebut.

Biasanya pada waktu zohor dan asar, 3 orang ni je lah yang menjadi imam solat kepada pekerja kontrak kat surau EDC selain dari mutawwa (link mutawwa) dari EDC operation department. Bila check email, abu saif akan ditukarkan ke mtbe, manakala abu sattam menggantikannya. Abu sattam adalah juga dari kaum yang sama dengan si superintendent. Eric pula akan blah dari plant dalam masa seminggu, dan akhirnya cuma tinggal abu nasir seorang sahajalah dalam maintenance department EDC yang bukan dari kaum sesat mereka.

Apabila disiasat organization operation and production, nampaknya kaum tersebut dari plant lain juga ditukar ke tempat yang sama. nampak gayanya, kalau abu nasir di naikkan pangkat melalui transfer, dan jika penggantinya dari kaum yang sama, maka anggaplah sahaja plant itu bakal menjadi mini qatif(tempat tinggal umum kaum tersebut). Teringat masa melancong di dubai, apabila memasuki masjid, 3 orang je termasuk eric yang bukan dari kaum tu. yang selebihnya, solat dengan tisu & batu kat tempat sujud! terus rasa seriau nak solat kat masjid atau surau.

kenapa rasa seriau? untuk pengetahuan para pembaca, kaum ini lansung tidak memusuhi kaum yahudi dan nasrani tetapi mereka amat memusuhi kita yang mengikut ahli sunnah wal jamaah. dan jika berlaku perang, mereka pasti akan menyebelahi mereka-mereka yang menentang ahli sunnah wal jamaah! (sila Klik Puak 110 untuk mengetahui lebih lanjut) kenapa mereka dikumpul di satu plant sahaja? wallahua'lam..
(Home)

Status Terkini Final Exit!

Semalam balik dari solat jumaat ada Eric terasa ada seseorang menarik sejadah eric dari belakang, bila di toleh..
"eh, haji assalamualaikum"
"waalaikummussalam, tak kerja ke hari ni?"
"saya cuma tinggal 4 hari je lagi nak final exit haji"
"eh dah dapat offer lain ke?"
"dah.. kat ......"
"ooo... boleh le bagi nombor telefon malaysia dengan email sekali"
"Ni nombor malaysia saya 012-6******" hehehe macam ramai je nak blah, ex president Krmj pun? dua tiga minggu ni macam ramai je tengah lelong barang rumah. korang bila lagi? hehehe (sempat lagi ko ye eric)


Pagi tadi dah confirm ticket flight untuk pulang ke pangkal jalan. kalau kira-kira tinggal beberapa puluh jam lagi sebelum final exit dari King Fahad Airport Dammam. First time datang dengan Qatar airline last flight home pun dengan Qatar Airline. Semua payment & claim pun dah dapat. final exit slip pun dah keluar. Tertulis kat situ to leave wihin 60days from the date of visa. nak tanam anggur selama tu? Memang tak dapat la, perabihkan boreh jo. Eric taknak tangguh lama-lama walaupun 20 saat sekalipun. email dari company baru lebih kurang hari-hari eric terima untuk buat medical check up.




bila tengok keadaan rumah sekarang hehehe.. sofa dah takde cuma tinggal carpet je terkontang-kanting sehelai kat ruang tamu. dua tiga hari lepas eric masih lagi lepak depan tv dan tulis blog kat atas karpet tu. tapi lama-lama rasa sakit lak tulang pelvis. tulang pelvis? doktor dan geng yang belajar biologi untuk spm tau le apa tulang pelvis. kalau tak tau it is a bone located at your butt :) 

Jadi just a few moment ago, eric pindahkan tv masuk dalam bilik tido. jadi kat ruang tamu tu kalau bercakap boleh keluar gema macam si Dory dalam cerita Finding Nemo jerit " ECHO!!" kat jurang lautan yang dalam diikuti dengan gema ECHO!! ECHO!! ECHO!!  Tak tahan sakit belakang nak buat apa-apapun kalau takde sofa. dulu selesa je menulis blog sambil berbaring atas sofa, and now sambil berbaring atas katil terus! kalau pernah tengok movie MTV Beavis and Butthead korang akan faham kalau eric cakap " I am cornholio! I need TV for my bunkhole!"

Wah! memang produktif berbaring atas katil, tak sampai 10 minit dah 3 paragraph. Fuh! very dangerous! kalau lagi 30minit eric sambung bleh naik juling mata korang nak baca blog eric. well 10 minit cukuplah, eric cuma rasa berdebar je nak final exit. harapnya process final exit kat airport nanti berjalan dengan lancar tanpa apa-apa halangan.. Amin... 

Friday, May 04, 2012

Final Day


Eric pernah cerita bila dah final week dah tak nak datang kerja, ye lah memang dah takde kerja pun bila dah hantar desktop ke IT department. Nak round plant masa final week? Buang masa je.. bukan bleh update dalam system pun. Final weeklah masa untuk mendapatkan certificate dan juga recommendation letter. Ingatkan nak tunggu semua tu dua tiga hari je, rupa-rupanya hingga ke final day baru dapat signature daripada department manager.

Seminggu sebelum menghantar desktop, superintendent eric bagitau kepada eric, biarkan desktop eric ditinggalkan di bilik eric supaya pengganti dapat guna, dan eric cuma cakap "insyaallah"

Tetapi semasa process clearance, desktop tu mesti dihantar ke IT department. Jadi mana satu eric nak pilih? Mestilah pilih hantar ke IT department. Kalau tak mana nak lepas buat clearance. Bila superintendent dapat email perintah memulangkan desktop, beliau mula sakit hati. Eric cuma buat tak tau je, bila nak mintak signature, lansung tak pandang muka eric. Sakit hati le tu... abis ingat ko sorang je sakit hati, habis sakit hati eric nak buang kat mana? tong sampah? Tapi eric tak kisah, eric buat-buat tak layan je. Mintak nak pakai pickup truck pun tak bagi, eric pakai pickup field supervisor.  





Walaupun final week eric datang sejam dua je sehari, tak kira pukul berapa, macamlah plant tu sendiri yang punye. Last day, eric datang awal, jumpa balik dengan superintendent dan supervisor yang sama level dengan eric just to say goodbye. Superintendent cuma cakap goodluck macam acuh tak acuh je. 

Maintenance supervisor yang lagi satu nama panggilannya abu saif(jenis talam dua muka- dia tak tau sebenarnya eric tau bahasa arab, kutuk kita kemain lagi) kalau eric nak buat dia terkejut sebab dia pernah kutuk dengan superintendent dalam bahasa arab, mau je eric cakap arab biar dia sedar apa yang dia kutuk sebelum ni rupa-rupanya difahami eric. Tapi eric tak buat, biarlah dia dengan dia punye busuk hati, senyuman palsu mangkuk ayun tu sungguh buat eric menyampah. Pemang padanlah dengan ketajaman namanya, saber (dalam english pedang), anaknya nama saif- abu saif (dalam bahasa arab, maknanya bapak kepada pedang) cuba korang agak kalaulah anak dia peminat Star Wars? eric agak mesti dia bagi nama cucunya 'nur saif' atau translate jadi 'light saber' baru pedang zaman moden hahaha.... (sarcasm)


Maintenance supervisor yang lagi satu namanya abu nasir. Yang ni ok, walaupun mukanya agak bengis tapi hatinya lain. dia selalu memudahkan kerja eric untuk memberi perintah kepada field supervisor untuk mana-mana kerja yang penting. perbualan alih bahasa masa tu
"abu nasir, hari ni hari terakhir saya disini sebelum final exit"
"balik terus ke malaysia? tak datang balik dah?"
"mungkin tak datang balik" jawab eric
"good for you, there is something going on here, there might be a war this summer, you have help us a lot, goodluck in your next job" katanya perlahan sambil membuat insyarat tangan seperti berlaku letupan. 
eric bersalam dan mengucapkan selamat tinggal kepada planner-planner dan fieldsupervisor yang pernah bekerja mengikut arahan eric dan meninggalkan tempat yang pernah menjadi officenya. tiada perasaan sedih, tiada perasaan gembira, cuma biasa-biasa sahaja.

APA!? Perang?! terkejut? ya, dah dua orang beritahu perkara yang sama kepada eric. Mungkin orang-orang arab tertentu sahaja yang tahu disebalik khabar ini. mungkin kita tahu negara-negara arab sekarang sedang bergolak, begitu juga dengan Saudi, antara puak haluan kanan dan kiri. sebarang pertumpahan darah biasanya di 'cover line' baekkk punye oleh kerajaan.. 

Eric sedar sesuatu yang pelik sedang berlaku. Ketika eric melawat ke bahrain kali keempat beberapa minggu yang lalu, kelihatan ramai polis berpakaian seperti FRU berkawal di hampir kesemua jalan utama dengan senapang gas pemedih mata, shield, belantan dan machine gun. latihan pesawat perang tentera dengan jumlah yang agak luar biasa juga kerap kelihatan tidak seperti biasa. jika betul perang berlaku di pertengahan musim panas ini, kepada yang masih tinggal disini, eric cuma nak wish.
"May the force be with you..."  ;)


Wednesday, May 02, 2012

Amalan Tambahan Syaitan


new entry again about apa yang dibualkan dengan encik Al-K, semalam eric lupa nak bagitahu berkenaan dengan hamba (slave) Al-K berkata demikianlah yang terjadi apabila orang arab yang pada mulanya hidupnya susah tiba-tiba menjadi kaya raya sekelip mata disebabkan oleh hasil minyak. masing-masing mula angkuh dan menganggap warganegara lain yang mencari kerja di negara mereka terutama dari negara miskin seperti india, bangladesh dan sebagainya sebagai hamba. kerana itulah dalam tangga gaji sabic terdapat empat tangga iaitu

pertama: warga negara tempatan
kedua: US, UK, Malaysia, Singapore, Japan
ketiga: mesir, sudan & beberapa negara afrika, filipina
last: india, bangla, pakistan, nepal dan ada juga filipina yang masuk this category

kemudian beliau bertanya pula berkenaan dengan derma, adakah orang malaysia bebas menderma kemana-mana negara yang ditimpa musibah? ya, memang kita bebas menderma, tetapi tambah Al-K, dahulu saudi juga begitu tetapi sekarang tidak lagi. eric sendiri pernah post satu entry lama dulu (baca Kempen Yang di Putar Alam Oleh Media Saudi). derma dari saudi telah dihentikan kerana bimbang wang yang di dermakan akan disalurkan kepada rangkaian yang dilabel oleh yahudi dan nasrani sebagai rangkaian 'pengganas' ni lah akibatnya bila 'rajadolah' asyik mendengar kata pemimpin negara sekutu yahudi laknatullah.

Kemudian bertukar topic pula berkenaan cuti.  Saudi hanya mempunyai 11 hari public holiday iaitu 5 hari aidil fitri, 5 hari aidil adha, dan sehari national day. Sedangkan Malaysia penuh dengan cuti-cutian termasuk maulidurrasul dan maal-hijrah, apabila terdengar tentang hari keputeraan baginda. Al-K mencelah. 
"syaitan akan cuba membawa umat manusia untuk bersamanya di neraka jahanam dan menjauhkan manusia dari syurga Firdaus. syaitan akan menyesatkan dan menghalang manusia dari melakukan kebaikan, contohnya solat. jika seseorang itu ingin bersolat, syaitan akan menggunakan tipu helah supaya mereka meninggalkan solat. tetapi jika manusia itu tetap bersolat, syaitan akan cuba melengahkan atau mendatangkan sesuatu bentuk halangan seperti terjatuh di lopak air hingga mengotorkan pakaian ketika menuju ke masjid. jika segala helahnya tidak berjaya, syaitan akan 'menambah' sesuatu kepada amalan manusia itu!" (ni perkara baru untuk dipelajari, bukan calang-calang arab bercakap tentang agama dalam english)


Apakah amalan tambahan yang di tambah syaitan?
Tanya al-K lagi (tentang amalan bid'ah)
"ada sahabat nabi yang menyambut hari keputeraan nabi walaupun selepas kewafatan baginda? tiada kan? kenapa sekarang ada sambutan begitu?"
encik A pula menberi contoh di Malaysia ramai yang membaca yasin ketika malam jumaat. kemudia al-K berkata lagi
"let say if I tell you to recite certain surah at 10:30 in the morning and you do it everyday, this is not right, there is no such thing in sunnah" (ok exact word)
"sama macam you baca yassin setiap malam jumaat, semua tu tiada dalam sunnah... kecuali surah al-kahfi pada hari jumaat, yang menjadi amalan nabi, maka membaca surah al-kahfi pada hari jumaat adalah mengikut  sunnah nabi saw"




begitu juga dengan majlis tahlil yang diamalkan dalam masyarakat kita, semua itu tidak diamalkan dalam masyarakat saudi kerana tidak dilakukan di zaman rasulullah dan zaman sahabat baginda. tetapi bila tidak dilakukan demikian pasti akan ada masyarakat yang menegur "kenapa takde tahlil?" (kerana mereka cuma mengikut amalan ini secara turun menurun tanpa usul periksa)
Penuh penghayatan betul budak ni doa

ketika itu eric teringat semasa hari pengkebumian rakannya di selatan tanah air, siap imam baca "maka apabila malaikat mendatangi kamu wahai si polan binti si polan dan bertanya MA RABBUKA?! maka jawablah... Allahu robbi, apa agama kamu bla.. bla.. bla.." tu lah first time eric tengok secara live depan kubur, dan terasa lain macam gak lah. sedangkan segala jawapan kepada soalan didalam kubur tersebut adalah bergantung kepada amalan jenazah ketika hidupnya. ingatkan dalam drama melayu saja-saja mereka cerita, rupa-rupanya memang betul-betul ada. Dan sepanjang semua pengkebumian yang eric hadiri di kelantan, alhamdulillah... takde pun macam tu. 

sebenarnya panjang lagi olahan dan contoh yang diberi oleh encik Al-K tapi cukuplah setakat ini, cuma nak note the main point. jika ada kesilapan yang para pembaca notice sila betulkan dalam ruangan comment. terima kasih..
(HOME)

Tuesday, May 01, 2012

Clearance


at last eric berjaya memecah keheningan blog a cap and a sunglass setelah eric menamatkan service internet untuk final exit. entry ni pun pakai broadband sementara menunggu hari penerbangan pulang ke pangkal jalan. untuk commentators-commentators yang telah membuat komen dalam blog-blog lama, terima kasih, comment korang baru je eric published.


hari ni 1 may, hari pekerja, hari ni jugalah eric menjadi penanam anggur part time (menganggur la ni) kerana semalam adalah hari last contract untuk bekerja, sebenarnya dah hampir 2 minggu takde kerja melainkan menguruskan hal final exit dan clearance process dari office.  dalam process clearance ni lah yang eric nak cerita something seperti yang eric cakap dalam entry lepas.


process clearance memerlukan tandatangan orang-orang tertentu dalam mana-mana sabic affiliate, antaranya tandatangan release dari department manager, Sabic IT department, GS communication, GS facilities dan SMP officer.  untuk GS memang tiada masalah kerana eric tidak lagi memegang apa-apa kunci office dan telefon office eric juga telah ditamatkan perkhidmatan. jadi, dua tandatangan dari GS sudah settle. tapi untuk tandatangan IT, eric terpaksa memulangkan desktopnya kepada IT department. Maka eric dan rakannya pergi berjumpa dengan ketua IT sabic terlebih dahulu supaya beliau mengeluarkan e-mail kepada ketua masing-masing supaya memberi kebenaran untuk memulangkan desktop kepada IT department.


semasa berjumpa dengan ketua IT department (Encik al-K), eric dan rakannya diajak berbual sambil minum teh. Al-K adalah seorang arab yang fasih berbahasa inggeris.  setelah beliau memeriksa login name eric dan rakannya didalam sistem berikut adalah perbualan setelah dialih bahasa dari english ke bahasa melayu.


"saya ingin tahu pandangan anda tentang saudi?"
rakan eric mula menjawab tentang kebaikan kebaikan yang dilihat di saudi tetapi belum pun rakan eric (Encik A) menghabiskan jawapannya Al-K mencelah
"saya tidak mahu mendengar tentang kebaikan yang anda jumpa di saudi, maksud saya apa keburukan yang anda nampak di saudi dan apa yang harus kami lakukan untuk memperbaikinya?"
eric dan encik A mula mengeluarkan satu persatu point dan al-K bersetuju dengan beberapa pendapat. kemudian Al-K mula bercakap mengenai Malaysia, perdana menteri, memuji-muji malaysia dari apa yang pernah diceritakan oleh abang Al-K yang pernah beberapa kali melawat Malaysia. dan tidak ketinggalan memuji bekas perdana menteri Dr M. kemudian ditanya berkenaan dengan Anuar Ibrahim kenapa beliau dipenjarakan dan eric mula memberi opinionnya sendiri berkenaan dengan mantan perdana menteri berkenaan.






"pada pendapat saya mungkin penggal pertama beliau adalah ok, tetapi dari tengah hingga ke penghujungnya terlalu banyak fitnah dan corruption hingga memenjarakan sendiri timbalannya dan mengaitkannya dengan skandal seks. dan adakah anda tahu 'he is against hudud law'?" jawab eric sinis
"he is against hudud law? what do you mean by that? hudud as used in saudi?" tanya al-K 
"yess.. exactly..." jawab eric
"jawapan anda sungguh mengecewakan saya (perkataan yang digunakan dissappointed), dengan tanggapan saya sebelum ini bahawa beliau adalah pemimpin terbaik" kata al-K mengeluh kerana beliau yang sebelum ini terlalu kagum dengan Dr. M tetapi jawapan eric mengubah segalanya..


kemudian topik berubah pula kepada parti di malaysia dan kerajaan malaysia, (yang ni sangat panjang, tak terdaya nak menulis satu-persatu point mengenai politik), penyelewengan kerajaan dan menteri yang menyebabkan rakyat biasa hidup dalam keadaan yang semakin terhimpit sedangkan jurang antara yang kaya dan miskin menjadi semakin jauh. yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin terhimpit. semua jawapan semakin membuka mata Al-K.


topik berubah lagi tetapi satu perkataan yang membuat eric agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh al-K. 
"dahulu kehidupan kami (arab) sangat susah, sebelum minyak dijumpai, kami cuma bekerja sebagai nelayan, penternak dan peladang. ada yang terpaksa berhijrah ke india, pakistan dan afrika. kehidupan kami bertambah baik apabila minyak mula dijumpai dan kini mereka pula yang berhijrah kesini untuk mencari pekerjaan. dan sesetengahnya kami menganggap mereka seperti 'hamba'" (perkataan yang digunakan 'slave'!)
dan beliau menyambung lagi
"tetapi tidak menganggap anda berdua sebegitu kerana taraf professional kamu disini sebagai executive. " 
mungkin mengatakan begitu untuk cover line, mungkin lain dibelakang? maknanya kalau bekerja sebagai orang gaji atau general work yang lain mungkin beberapa dari arab menganggap mereka sebagai hamba?


"oh rupa-rupanya kita dah bercakap hampir 2 jam! kamu berdua juga sudah berubah menjadi arab macam kami?" tambah Al-K
alamak terkena lak sebijik. rupa-rupanya arab sendiri pun realize mereka memang jenis banyak cakap walau waktu kerja pun mereka boleh berbual dari waktu breakfast hingga lunch, atau selepas lunch hingga tamat waktu kerja. 


cerita ini adalah apa yang di alami eric minggu lepas. eric tak nak tulis lebih-lebih mengenai politik, korang sendirilah nilaikan dengan keadaan politik malaysia. kerana politik ramai yang bergaduh. kalau bergaduh bab politik sampai bila pun tak habis. korang sendiri yang tau yang mana baik dan yang mana yang burukkan?  ada lagi cerita lain yang dicerita oleh al-K mengenai bab agama, laters.. ok till next entry! bubye!

Tuesday, April 24, 2012

Soalan Popular Minggu Ini

Sejak menguruskan hal-hal final exit dari minggu lepas hingga minggu ni, eric sendiri pun dah tak terkira berapa kali kena tanya soalan yang sama dari orang yang berlainan tapi, exact same question. Final exit? Why? You don't like saudi? How long have you been in saudi? paling popular the first two question.

The first two question and last question jawapan yang eric bagi adalah sama. cuma soalan ketiga dan dijawab berlainan mengikut siapa yang bertanya soalan tersebut. jawapan pilih bulu hahaha... (mesti cover baeekkk punye beb!) lagi-lagi kalau 'tuan tanah' yang tanya. mesti cover line kan?




orang yang lansung tak tanya soalan ni adalah superintendent eric dan department  manager eric. anyway eric sendiri pun malas nak tengok muka diorang. tapi untuk dapat signature no obligation to resign kena la jugak tengok muka. manager... eric cuma mintak tolong pengganti secretary je tolong hantar. nasib baik secretary department tu cuti, pangkat secretary tapi berlagak macam manager. pengganti secretary ok sket, ikut je apa yang di minta.

eric sebenarnya baru balik dari berjalan-jalan di kotaraya dubai. next post will not be about dubai. 

entry lewat since blogger tukar new dashboard. pening gak new layout ni. next entry soon, not really soon sebab eric akan potong line internet sebagai salah satu dari procedure final exit. insyaallah kalau dapat broadband connection the new entry will be published.

Wednesday, April 18, 2012

EP64: Souq Al-Khamees II

semalam entry mengenai binatang peliharaan (klik: souq pet) yang dijual kat souq al-Khamees. Selain dari pakaian, ada juga sayuran dan buah-buahan dan barang kraftangan arab yang dijual oleh penjual-panjual disekitar pasar khamis tersebut. tempat kedua, dalam kawasan berpagar yang tidak mendapat sambutan seperti area pet market, tak ramai pun arab berminat kecuali barangan tembikar.

warna-warni tabung duit daripada tembikar

kraftangan ni bukan pakai mengkuang


bekas apa ntah, letak ular tedung pun boleh kot, hahaha







variety lain


barangan dibuat dari tanah liat (clay) dan kayu


some sort of smoking accessories (lebih kurang macam shisha)


barangan tembikar lain (atas para tu bekas air)

Jadi apa yang eric beli kat sini? eric cuma beli sekilo buah raspberry je... masam lak tu.

Tuesday, April 17, 2012

EP64: Souq Al-Khamees

OK sambung lagi cerita jalan-jalan, kali ni jalan-jalan dalam area dekat-dekat Jubail je. kat mana? Souq Al-Khamees atau bila dialih bahasa yang bermaksud pasar hari khamis. Apa tujuan eric pergi tempat ni? Sebenarnya eric nak mencari pet. sebab kat pasar ni ada banyaaaak sangat pet contohnya rabbit, bermacam jenis burung, kucing, anjing dan macam-macam.

Pet apa yang eric cari? sebenarnya banyak haiwan yang pelik yang boleh dijumpai kat sini termasuklah tupai, dhab dan buaya. Tupai.. tu le pet yang eric cari. ye la dah tak lama nak final exit. kalau beli kucing kang nak kena tinggal kat pusat quarantine. kalau tupai? smuggle je la dalam pouch bag hehehe. tupai kecik je simpan dua ekor dalam pouch bag bagi makan buah dalam flight. 

Eric pun pernah bela tupai masa kecik-kecik dulu. tupai suka buat sarang kat pokok pisang, jadi bila pokok kena tebang terjumpa la anak tupai. bila dah besar lepas la balik ke habitat asal.tak tau la semenjak dua menjak ni teringin nak bela tupai. ok meh kita tengok apa yang ada sekitar souq ni.
anak-anak bunny rabbit
Merpati, Itik, anak itik, anak ayam
Burung Parrot yang reti bercakap
cuma berbunyi "aarrk! aark!" 
burung Merak Jantan, Merak Betina dan telurnya





A Couple of Falcon


very cute kittens with their mom 
(ni baru 3 sebenarnya banyaak lagi)


Kalau ular sawa ok lagi, tapi ular garang jenis ada bisa
camni sapa yang nak jadikan pet? kerja Giler dowh!


Burung kakak tua ni takde suara
senyap seribu bahasa

Tetapi dukacita sekali seekor tupai pun takde di jual mungkin kerana persekitaran baru lepas bad sandstorm dan hujan renyai-renyai saudagar tupai tidak datang ke pasar kot. 


By the way, tempat ni di namakan Qatif, tempat yang hampir semua penduduknya adalah puak syiah (Click read about Puak 110). banyak kali tak jadi pergi semasa berlaku kekecohan 'civil war' (pertumpahan darah) yang tidak diketahui oleh negara luar. beberapa kali juga dibatalkan bila beberapa kali terdengar ura-ura akan berlaku rusuhan.


Eric: ada gak yang buat-buat cerita puak ni makan orang la, supaya ramai tak berani masuk area ni. kalau ada orang mati kena makan mesti la dah kecoh kan? eric pun confem tak berani pergi kalau betul!

Thursday, April 12, 2012

EP63: My Final Exit Status

Hye guys and gals, sejak start proses final exit ni rasa macam makin hari makin sibuk terkejar sana, terkejar sini dan terkejar sinun. Kereta eric dah  pun dijual, tapi seperti yang dijanjikan dengan pembeli, Eric pakai dulu kereta selama beberapa hari sehingga settle urusan memulangkan sticker company pass kereta. Dalam beberapa hari lagi eric akan cuma menyewa kereta dari AVIS atau agent penyewa kereta yang lain sehingga ke hari penerbangan pulang ke Malaysia.

Dalam masa yang sama juga, eric telah berjumpa dengan ejen hartanah rumahnya untuk urusan let go rumah yang disewa di 'Royal Water Tank' Al-Jubail. Penyewa seterusnya dah pun membayar deposit rumah kepada real-estate agent. Wang pendahuluan sewa rumah dan perabot eric dari bakal penyewa rumah sewa eric  juga sudah diterima.

Personal Part untuk final exit eric boleh kata hampir 50 peratus settle. Cuma tinggal tutup account saudi telecom, bil electric dan apa-apa account yang menggunakan nombor iqamah eric. cuma account bank je yang last untuk ditutup kerana menunggu salary pay, end of service pay dan sebagainya. semua ni akan dibayar bila date nak dekat dengan tarikh flight balik. bill electric insya'allah no problem, bill saudi telecom ni yang eric musykil sket. Kenapa? yer la, kalau tutup account awal cemana nak post blog entry di  minggu-minggu akhir stay kat sini? 


Macam la eric ni hari-hari post blog kan? tengok kebelakangan ni pun makin kurang frequency blog entry, kenapa? biasa la beb, sekadang ni nampak je eric ada kat Saudi tapi hati dan fikiran eric sebenarnya berada di beberapa tempat berlainan! kat mana? Newcastle, Kuala Lumpur,  Kepulauan Borneo dan Kota Mekah (kena pergi umrah sebelum balik for good). 






Kerana proses final exit ni jugalah eric penat kesana-kemari, nak buat entry komik dalam blog lepas pun bleh amik masa 3 malam. tu dengan termasuk masalah teknikal modem. aku potong jugak kang modem ni. (eric! cemana mau potong! itu modem wireless ma! oh!) But don't worry, insyaallah entry untuk jubail final episode akan di scheduled post seperti biasa ketika eric didalam penerbangan balik ke Malaysia.


Teringat lak masa mula-mula sewa rumah tu. Start dari rumah kosong takde ape pun melainkan habuk! Sehari kemudian membeli segala alatan elektrik asas, peti sejuk, washing machine, aircond, TV, pasang satellite disc parabola, dan barangan perabot. cuma sofa je last sekali masuk, sebab custom made sofa amik masa 3 minggu untuk siap.(sorry, sofa was already book and paid full) Bagi readers-readers jubail yang dah booking barang-barang dan perabot lain, just wait anda akan dihubungi dalam hari-hari terakhir kaki ini berjejak di bumi royal water tank Al-Jubail...


Eric: till next entry, adios amigos and chikaros!
(HOME)

Sunday, April 08, 2012

EP62: Goodbye Sayyarah

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk eric meninggalkan Saudi. Proses final exit dah berada pada fasa berikutnya. Kalau mengikut blog entry eric berkenaan dengan final exit (Klik: Cara nak Final Exit) secara officialnya eric dah menjual kereta Honda. Tentative date untuk meninggalkan bumi saudi adalah dari 1 May hingga ke 10 May dengan harapan segala urusan keluar di permudahkan olehNya.

Eric lansung tidak meletakkan iklan untuk menjual kereta di laman kelab rakyat malaysia atau expat.com, tetapi setiap hari ada sahaja yang bertanya mengenai kereta eric. Bagaimana mereka tahu hasrat eric untuk menjual kereta, eric sendiri pun tak tahu. Salah satu faktor orang saudi dan orang asing lain berminat kerana mereka tahu kebanyakan orang Malaysia memang menjaga kereta dan maintain kereta mereka at tip top condition. sama macam kereta eric, pergi kerja at 200kph pun no problem! (its true.. oh!). Mungkin di negara seterusnya eric patut buat 'tuning' pemulihan speed addiction.
courtesy of wikipedia, australia

Untunglah pembeli yang membeli kereta Eric kerana eric menjual jauh lebih murah dari harga pasaran (less 5K). Banyak alat dah ditukar baru cuma pembeli perlu maintain periodic preventive maintenance sahaja. Ada beberapa orang yang berminat untuk membeli kereta eric termasuk orang saudi sendiri. Walaupun harga ditawarkan agak ok, tapi eric lagi senang berurusan dengan orang Malaysia sendiri. Tak banyak cekadak macam arab. 






Cuma setting kereta sahaja yang mungkin perlu di ubah samada mengubah ke default setting atau maintain speed setting (race mode) yang digunakan eric. Setting sekarang transmission hanya bertukar ke gear 5 selepas kelajuan melepasi 115 ke 130kph yang mana melebihi had kelajuan saudi iaitu cuma 120kph. Jadi up to new owner, samada the driver controls the car, or the car 'tunes' the driver to be a speed addict hehehe...


Jika segalanya selesai, eric hanya perlu membawa kereta ke GR (government rep) untuk remove company sticker sahaja. Selepas menyerahkan kembali kereta kepada pembeli, eric hanya perlu menyewa kereta mungkin untuk selama 20hari untuk kemana-mana sebelum kembali ke 'pangkal jalan'. 

Minggu lepas, eric baru sahaja membantu plantnya menjuarai mechanical maintenance mengatasi 5 plant lain untuk keseluruhan maintenance activity for first quarter. Mungkinkah ini kemenangan terakhir plant ni? bergantung kepada orang yang telah eric 'train' untuk mengganti tugasannya. Tanggungjawab eric di tempat kerja pun sudah berkurangan. Eric tidak lagi ditugaskan menjadi daily meeting chairman. Eric juga boleh keluar dari office anytime jika atas urusan final exit.


Eric: Walaupun cuma sebuah Honda Civic, alhamdulillah dengan kereta nilah eric pernah travel hingga ke kota Mekah, Doha, kuwait, dan Manama tanpa apa-apa masalah.
*sayyarah=kereta
(HOME)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages