nuffnang

nuffnang LR

Showing posts with label Picture. Show all posts
Showing posts with label Picture. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Jalan-Jalan Cameron Highland

Baru balik dari jalan-jalan di Cameron Highland, so I just want to share some random pictures from there! (need a very strong internet connection for better picture, all pictures already re-sized to 1:10 smaller from actual size)

Biasanya orang datang sini cari bunga-bungaan terutamanya roses, daisy, lillies dan macam-macam ada!

dan juga sayur-sayuran segar terbaik dari Ladang

dan cactus garden, tapi cactus garden agak tenggelam dalam himpunan pokok-pokok bunga
ok ni cuma mini cactus garden dalam satu pasu

dan yang paling famous dengan tempat ni adalah STRAWBERRIES!!!
weekdays untuk borong SEMUA strawberry atas meja ni cuma 30 hengget TAPI hari
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Public dan School holiday...  Jangan Harap!






Nak Yang Fresh? boleh kutip Sendiri dengan minimum kutipan seberat 500gram 
Tak Cukup puas hati lagi? telan je dari pasu strawberry

atau barisan para strawberry

atau ini dan jangan menggatal nak telan yang hijau

Puas Hati?dan kalau rasa sejuk bolehlah menikmati teh panas terbaik dari ladang dengan pemandangan yang indah (bharat plantation)
ni baru sikit
the whole area
luas? ni baru satu, belum Boh plantation lagi
dan dessert paling famous adalah seperti gambar dibawah dinamakan Scone, sungguh lazat... yummy.. yummy...
Dah tinggal 1/6 baru teringat nak snap!
Silalah terliur! hahaha!
dan Home made Ice Cream With thick Strawberry Syrup... mmmm yummy
will make you craving for more!

aku yang buat entry ni pun... GULP! teringat how delicious and marvellous taste of this two desserts!!! mammamia!!

PS: unfortunately, masa melawat bee farm semua bumble bee telah keluar bekerja mencari bunga-bungaan untuk dibawa pulang ke sarangnya.. 

(HOME)

Wednesday, August 08, 2012

Sketsa Bergambar: Bila Tiba Bulan Puasa

Bila tiba bulan puasa macam-macam ragam yang boleh kita lihat. Yang tak puasa dengan helahnya dan yang puasa lak dengan macam-macam yang tak biasa berlaku di bulan lain. antaranya...


paling malas bila nak bangun sahur. belum lagi buka mata dah tanya lauk apa untuk bersahur... kalau lauk tak best, confem sambung tidur...

"alaaa nak kena bangun sahur gak ke? 
ada lauk ayam goreng tak?"

Nak buat apapun mesti lemah semacam je, walaupun baru beberapa jam berpuasa.
"walau aku tak larat nak lompat, 
kabinet ini tetap akan ku daki"
bila lunch hour, mulalah nak cari port tersorok untuk tidur dalam ofis termasuklah bawah meja sendiri...
"line clear?"

"Oh... nikmatnya tidoq"






Bila buka tv pun banyak rancangan pula ditayangkan rancangan masak-memasak menambahkan lagi godaan berpuasa.
"oh ayam percik... oh ikan bakaq..
comelnya pengacara nih, opsss aku puasa..."
kalau yang masih kecil, masuk waktu zohor dah tanya mak nak Puasa separuh hari je atau sambil mandi telan air...
"sebelum sesiapa nampak baik aku minum dulu,
sapa la tertinggal coffee bean nih"
Bermacam-macam godaan yang datang yang cuba menggoyahkan iman dari segi pandangan dan juga makanan..
"mentang-mentanglah aku puasa berani ko pijak kepala aku,
Oh tuhanku, Kau kuatkanlah iman ku, amin.."
tapi kalau iman tak cukup kuat dan mula menipis...
"Allahummalakasumtu wa bika amantu wa 'ala RIZKI ka..


di Klinik doktor kena ready dengan stok ubat-ubat gastrik kerana ramai yang mengaku sakit perut atau diserang gastrik...
"pagi pertama dah 19 orang patient mengadu sakit perut, 
pada firasat ahlil nujum..  tuan hamba adalah yang ke 20 kan?"

kebanyakan aktiviti harian di penuhi dengan aktiviti membuta dari pagi sampai petang kononnya tidur sunat, kalau sejam sebelum zohor boleh la terima, tapi kalau tidur hingga waktu berbuka, apa cerita..
"zzz, tidur sunat berjemaah... 
kami cuma ikut imam muda kat atas mimbar tu"
adegan yang tak ingin kita lihat pula kaki tak puasa akan cari port 'line clear' dan rakan untuk 'cover line'
"WOii bobo cepat sikit! pegawai JAIS kat bawah"
"Gua tak kira lu abang long ka, ayahanda ka

Ahmad Jais ka, Ini tempat gua pegang!"
Bila pergi bazar ramadhan semua benda nak beli ikut nafsu yang akhirnya menjadi 'bazir' ramadhan...
"apa la tuan aku ni.. ada ke bagi aku popcorn? 
bagi la friskies, baru la kenyang.."
kurang aktiviti riadah atau sukan tak kira samada pagi atau petang..
"aik! selamba je si bobo main bola! 
puasa ke tak puasa mamat tu?"

ramai yang ambil peluang untuk mengurangkan berat dan lemak tetapi bila hari raya semua makanan nak di baham.
"eh! 325 gram je? biar betik!"

tapi apa yang penting jangan lupa niat puasa!
"Huk aloh, Terlupa niat posa!! huhuhu.."
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa!   :)
(HOME)

Tuesday, July 17, 2012

Random Picture of Brunei

Punye la lama dok kat brunei, banyak ni je gambar yang eric snap, nak buat macamana, 'senapang gajah'  tinggal kat kampung... 

Kuala Belait

Center of Bandar Seri Begawan


Ni bukan teko 'kerajaan Langit"







one of the many Onshore near Shell HQ







Masjid Omar Ali Saifuddin
(kubah emas, dalam pun banyak emas)

kat pantai Jerudong ni baru realize, rupa-rupanya orang brunei yang pakai 4x4 normally ada medium size boat twin engine 85HP above. Bila weekend semua pakat tarik bot bawak masuk air. siap bawa jala lak tu.
Pantai Jerudong, pasar seafood kat sini price ok sket.
kampung air tak sempat snap. kalau ada masa insyaallah akan di snap dan upload. 

Tuesday, May 15, 2012

Bukti Mereka Paranoid Terbongkar!

hai guys and gals, hari ni eric cuma nak post gambar bukti bahawa orang-orang negara yang eric bekerja sebelum ini adalah paranoid (takut) dengan pengganas kerana pengaruh amerika. berikut adalah beberapa peringkat yang harus eric lalui setiap hari kerja untuk memasuki kawasan plant (loji) mereka. 

Checkpoint 1
Checkpoint 1: pemeriksaan ID dan random check senjata dan
barangan merbahaya
senjata digunakan: AK-47 untuk setiap askar,
General Purpose Machine Gun (GPMG) M-60 (rambo pakai)
(GPMG menyorok dalam kubu concrete)

Sebelum Checkpoint 2
Kereta Perisai bersenjatakan GPMG M-60 bersembunyi di belakang
Kubu Concrete di kedua-dua arah jalan menuju ke main gate





Checkpoint 2
Automatic block + reverse spike
pemeriksaan ID dan car sticker,
random check senjata berbahaya dalam kereta
100meter kedalam terdapat sebuah lagi kereta perisai
bersenjatakan GPMG di belakang kubu concrete
A: kereta perisai dengan M-60 belakang kubu concrete
B: checkpoint 3 sama seperti checkpoint 2
C: entrance with ID password, metal detector dan x-ray sama
seperti airport security check, no handphone allowed
GPMG M-60 atas truck (dicover dengan canvas)
checkpoint 3 dan security check takde gambar sebab takleh bawa masuk handphone. semua gambar ni pun diambil pada last day pakai handphone murah small size dari dalam kereta.entry ini mungkin untuk display dalam masa yang limited.

PS: nak masuk plant pun lebih kurang macam nak masuk pentagon. tapi security macam ni anytime pun eric bleh masuk.. dah hafal satu-satu hahaha... kenapa begitu ketat? nanti eric cerita... ke nak tau cara nak broke in? ;)

Wednesday, April 04, 2012

Kuwait

As said in previous entry eric sediakan gambar-gambar sekitar kuwait dengan landmark-landmark yang sinonim dengan kuwait. Cuma gambar siang hari tak berapa jelas kerana suasana persekitaran yang berjerebu mungkin disebabkan sandstorm pada malam sebelumnya.
Kuwait Towers
Liberation Tower
The skyline of Kuwait
Souk Sharq Mall Area
Al-Hamra Tower (paling tinggi), 
Arraya Tower (Skyscrapper kanan),
yang terlindung tu tak tau nama


Al-Hamra Tower (other side view)


hmmm...






Ni adalah Water Tank atau juga
dikenali sebagai Tangki Air hehehe
Thats All for Now. next entry some information about Friday Market.
(Kuwait Friday Market)
(HOME)

Thursday, March 22, 2012

Picture Of Doha, Part IV

This is the last part from all picture to be shared in this blog. as written in previous post what you can buy at this souq market. 
Open Air concept, selesa nak membeli belah

Patung unta dan gajah yang dijual for souvenir kot

Lampu aladin, pilih dan gosok check yang mana satu
keluar The 'Genie of the lamp' hehehe...

Shisha Anyone? besar... kecik... semua ada!

Makcik ni cool, mintak amik gambar dia bagi tak macam kat saudi.
roti yang makcik ni buat tambah telur tambah cheese, sedap
makan panas-panas cuma 5 Qatar Riyal sekeping

Kebanyakan yang datang shopping ialah foreigners, arab pun
ramai tapi foreigners laaaagi ramai!





Last day before bertolak balik, melawat  'The Pearl'  
penuh dengan treller Power boat, weekend race kot.
By the time this blog was posted as scheduled post, Eric was on his way to Madinah Al-Munawwarah for the last time before returning back to Malaysia. The post about this trip, eric will post later. Stay tune for my trip to next country in 'Le Tour De Middle East' Next week! Wassalam...



Previous Post Click (Picture of Doha Qatar Part I) 

Previous Post Click (Picture of Doha Qatar Part II)
Previous post Click (Picture of Doha Qatar Part III)
back to main page Click (HOME)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages