Bila tiba bulan puasa macam-macam ragam yang boleh kita lihat. Yang tak puasa dengan helahnya dan yang puasa lak dengan macam-macam yang tak biasa berlaku di bulan lain. antaranya...
paling malas bila nak bangun sahur. belum lagi buka mata dah tanya lauk apa untuk bersahur... kalau lauk tak best, confem sambung tidur...
"alaaa nak kena bangun sahur gak ke? ada lauk ayam goreng tak?" |
Nak buat apapun mesti lemah semacam je, walaupun baru beberapa jam berpuasa.
"walau aku tak larat nak lompat, kabinet ini tetap akan ku daki" |
bila lunch hour, mulalah nak cari port tersorok untuk tidur dalam ofis termasuklah bawah meja sendiri...
"line clear?" |
"Oh... nikmatnya tidoq" |
Bila buka tv pun banyak rancangan pula ditayangkan rancangan masak-memasak menambahkan lagi godaan berpuasa.
"oh ayam percik... oh ikan bakaq.. comelnya pengacara nih, opsss aku puasa..." |
kalau yang masih kecil, masuk waktu zohor dah tanya mak nak Puasa separuh hari je atau sambil mandi telan air...
"sebelum sesiapa nampak baik aku minum dulu, sapa la tertinggal coffee bean nih" |
Bermacam-macam godaan yang datang yang cuba menggoyahkan iman dari segi pandangan dan juga makanan..
"mentang-mentanglah aku puasa berani ko pijak kepala aku, Oh tuhanku, Kau kuatkanlah iman ku, amin.." |
tapi kalau iman tak cukup kuat dan mula menipis...
"Allahummalakasumtu wa bika amantu wa 'ala RIZKI ka.. |
di Klinik doktor kena ready dengan stok ubat-ubat gastrik kerana ramai yang mengaku sakit perut atau diserang gastrik...
"pagi pertama dah 19 orang patient mengadu sakit perut, pada firasat ahlil nujum.. tuan hamba adalah yang ke 20 kan?" |
kebanyakan aktiviti harian di penuhi dengan aktiviti membuta dari pagi sampai petang kononnya tidur sunat, kalau sejam sebelum zohor boleh la terima, tapi kalau tidur hingga waktu berbuka, apa cerita..
"zzz, tidur sunat berjemaah... kami cuma ikut imam muda kat atas mimbar tu" |
adegan yang tak ingin kita lihat pula kaki tak puasa akan cari port 'line clear' dan rakan untuk 'cover line'
"WOii bobo cepat sikit! pegawai JAIS kat bawah" "Gua tak kira lu abang long ka, ayahanda ka Ahmad Jais ka, Ini tempat gua pegang!" |
Bila pergi bazar ramadhan semua benda nak beli ikut nafsu yang akhirnya menjadi 'bazir' ramadhan...
"apa la tuan aku ni.. ada ke bagi aku popcorn? bagi la friskies, baru la kenyang.." |
kurang aktiviti riadah atau sukan tak kira samada pagi atau petang..
"aik! selamba je si bobo main bola! puasa ke tak puasa mamat tu?" |
ramai yang ambil peluang untuk mengurangkan berat dan lemak tetapi bila hari raya semua makanan nak di baham.
tapi apa yang penting jangan lupa niat puasa!
"Huk aloh, Terlupa niat posa!! huhuhu.." |
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete