nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, February 28, 2012

Cerpen Bergambar: Berperang Dengan Kucing

Pada suatu hari, setelah bangun pagi, Amin telah hampir menyiapkan 1000 pieces of jigsaw puzzle yang baru dibeli di pasaraya. Tetapi sebelum Amin menyiapkan sepenuhnya tiba-tiba perutnya memulas, lalu beliau menuju ke tandas, malangnya dia tidak dapat 'membuang' kerana melihat tisu tandas telah dirosakkan oleh kucing-kucing dirumahnya. ketika beliau keluar dari tandas, salah seekor kucing telah gelak bagai nak pecah perut. maka bermulalah sebuah drama antara Amin dan kucing-kucingnya....
"Miahahahahaha"
Amin masih buat selamba kerana ingin menyiapkan jigsaw puzzle yang hampir 95 peratus siap. tetapi alangkah terkejutnya amin apabila mendapati semuanya menjadi 0 peratus siap.
But.. but.. I don't know what puzzle is
Dengan hati yang terbakar dengan kucing-kucingnya, Amin berkata dengan nada marah "There will be no dinner for all of you tonight!" 
Terkejut dengan ugutan amin tersebut, maka kucing Amin pun cuba buat-buat confuse dan menjulingkan mata supaya Amin terasa kesian dan menarik balik kata-katanya tadi.
"agak-agak dia kesian tak buat muka camni?"
Tetapi taktik mereka itu tidak dapat meredakan kemarahan di hati Amin, dan malam itu kesemua kucingnya tidak dapat makan malam. Kucing-kucing Amin mula merajuk kerana kelaparan yang amat sangat, hatta bila dipanggil pun diorang buat derk jek!
"huh! ada hati nak panggil aku, semalam tak bagi aku 
makan boleh buat macam tak bersalah pun"
Ada juga kucing yang nak melarikan diri dari rumah dan mencari tuan baru yang lebih berperikekucingan.


Kerana terlalu lapar, Godfather Mafia kucing di rumah Amin mula terasa marah dan tercabar lalu mula merancang sesuatu dengan konco-konconya!
V for Vendetta! this means WAR!!
Setiap kucing di rumah Amin diberi tugas tertentu sebagai langkah memulakan perang dingin mereka dengan Amin. Si Komeng ditugaskan menjaga ditangga menunggu arahan untuk menyerang. 
Ko lalu bawah ni aku terkam!
Black yang mempunyai skill ninja ninjitsu pula ditugaskan untuk menyerang hendap Amin jika amin cuba menuruni tangga supaya amin terjatuh dan tercedera!
"test power sket, Haiiyaahh"
Ada juga yang ditugaskan untuk 'conquer' sofa favourite Amin supaya hidup Amin tidak aman walaupun berada di rumah sendiri.
"kang tertidoq lak cek kat sini"
Oleh kerana kelaparan kucing-kucing mula mencuri dan memakan makanan Amin yang disimpan di dalam peti sejuknya di dapur.
Huk Aloh! kantoi lah pulok!
melihatkan makanan didalam peti sejuk hampir habis dimakan kucing-kucing peliharaannya, Amin makin bengang dan lansung tak mahu memberi makanan untuk tempoh yang agak lama. kucing Amin mula mogok lapar dan cuba mensabotaj apa saja aktiviti Amin termasuk menutup screen bila amin ingin post sesuatu di facebook. 
"Jangan harap aku nak alih tangan!"
Si kenit pun sanggup berbuat apa saja termasuk cuba menjadi halangan air di dalam longkang dengan harapan rumah Amin mengalami banjir jika hujan.
"macam gini boleh ke? tak lemas ke nanti?"
Mereka mula mengamuk dan menyerang haiwan-haiwan kesayangan di kawasan kejiranan rumah Amin dengan bermati-matian supaya amin dituduh menjadi tuan yang tidak bertanggungjawab dan tidak pandai menjaga kucing.
Kill!!! Kill!!! Kill!!! DIE!!! DIE!!! DIE!!!
Perang besar telah bermula, Kini Amin pula yang menjadi sasaran! Amin hairan bagaimana kucingnya mendapatkan shuriken ninja untuk menyerang beliau. Ini mula membuatkan Amin hidup dalam ketakutan! 
"Hambik Nih! Konoha Shuriken!!!"
Kucing-kucing Amin juga ada mengupah penyerang hendap untuk menembak amin jika ternampak amin berjalan pulang ke rumah.
"say hello to my litte friend"
Masa berlalu Kucing-kucing Amin mula terasa amat lapar. Hinggalah salah seekor dari kucing Amin yang berada pada tahap kebuluran mula berkata:
"Dinner Is U"
Begitu juga dengan kucing-kucing peliharaan Amin yang lain, semua mula merenung Amin umpama amin adalah seekor ikan goreng besar yang amat lazat! Amin terkejut dan mula mengigil! Tiba-tiba semua kucing mula melompat untuk menyerang Amin!
"Nooooooooooooooooo!!!! aku bukan makanan korang!!Tolooonggg!!






Amin tersungkur ke lantai terjatuh dari katilnya kelihatan Sarip yang tersengih seperti kerang busuk dimuka pintu
"hah, kenapa? mimpi harimau nak makan kau ke? tu la, semalam aku suruh beli jigsaw puzzle gambar panda kau nak gak beli yang gambar rimau, tidur tak baca doa, tak basuh kaki kan dah ngigau. tu ngigau nak kena makan dek rimau le tu" kata sarip mengilai kecil.


Barulah amin tersedar rupanya dia bermimpi, kelihatan anak kucing yang baru dibelanya seolah-olah sedang mengekek menggelakkannya. 
"Apa kau gelak Tompok! dah besar nanti jangan gatal nak bawak member kau masuk rumah ni!"
anak kucing itu confuse dengan kata-kata amin, seperti mahu aje digigit-gigit tuannya yang gelabah tak tentu hala itu.


The End
moral of the story: pandai pelihara kucing, pandai-pandai la bagi makan ye hehehe...
Home

1 comment:

  1. kesemua mereka sgt cumel...hahaha...salahkan tuan dia...salahkan dia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages