nuffnang

nuffnang LR

Thursday, April 29, 2010

jubail episode III

just a story from saudi
One morning at styrene plant, while sitting with arabs pipe fitter, while waiting for morning meeting, Hadi speak to me,

Hadi: I have a daughter, ismu fatimah, so people call me abu fatimah (father for Fatimah)
me: oK
Later he point to soleh
Hadi: soleh has a son, ismuhu Mishri, so he is Abu Mishri, and you? abu what?
me: Ma fii (dont have)
Hadi: abu?
since he keep asking the same Question, I thought about the Prophet (S.A.W) calling his friend who loves cat, and without thinking much i said with a joking voice
Me: ana Abu Hurairah (I am a father for cats)
tergelak arab ni dengar abu hurairah, later on mesti geng arab ni tanya soalan ni lagi. next time I want to answer, abu asad (Father for lions) oh!

Since arrived last 24 days in saudi arabia makan nasi bleh kira dengan jari lagi la, baru 8kali makan nasi, makanan lain yang selalu makan, kebab, roti masalla, mix fresh vegetable, broasted chicken, spaghetti and etc, (ikut org arab) same with my housemate. tapi dalam 6 orang malaysia yg same flight ni, ada dua orang je yang tak boleh tak jumpa nasik putih dalam sehari. biasanya org yg tak boleh tak makan nasik ni org filipina je, rasanya diorang ni orang melayu versi paray kot (paray=filipino). me & my housemate lak maybe melayu versi arab hahahaha... bukan apa, bila lagi nak cuba menu baru kan?
broasted chicken
kebab ayam -panjang tuu


hidangan arab ni kalau ayam, memang dia expect serving for a person ni ayam separuh sorang, so bila order nasik arab ayam untuk sorang servingnya separuh ayam + nasi yg amat banyak, satu serving arab, 2 hingga 3 org malaysia bleh makan. and so is al-laham (kambing), kalau hari2 makan nasik bleh naik badan. tapi orang arab kalau satu serving memang akan makan sorang dan biasanya memang diorang makan separuh tak habis. member yang dah lama kat sini kata orang arab ni boleh kata orang2 yang agak kufur nikmat & banyak membazir. macam orang kita, kalau makan nasik tak habis org tua-tua kata nanti nasi tu menangis, jadi kita belajar untuk habiskan nasi. kalau org malaysia makan berdua satu talam untuk 1 serving tu biasanya licin! maybe thats why tuan kedai makan respect org malaysia.
Kabsah Laham - nasi kabsah Kambing


orang arab boleh tau kita orang malaysia dari pemakaian je. dan kalau beli barang kat jubail org malaysia suka tawar harga, diorang memang bagi special price pada org malaysia, so dapat la jimat sket. Arab ni kalau jumpa org malaysia dia akan tanya "are u muslim?" bila kita cakap yes dia reply "alhamdulillah, good, good" then kalau kat tempat kerja, kalau jumpa orang malaysia, dia akan cakap "I want to go to malaysia, where is the best place should i go?" semua orang arab memang tanya soalan yg sama. orang arab, bila sampai musim panas (peak jun, July & August) memang akan ke Malaysia untuk vacation 1-2 minggu. tempat yg diorang suka, KL, Penang & Langkawi. they said Malaysian people are very friendly. diorang tak suka ke other asean countries sebab susah nak cari makanan halal. sama jugak dengan thailand, passport arab tidak membenarkan rakyatnya masuk thailand sebab ada konflict dgn thai, & juga israel.

kalau baca blog yang lepas, tengok schedule, time makan mesti lepas isya', kat sini bila azan je semua kedai akan tutup termasuk la fastfood macam MCD. so there is no 24hours punya kedai la!hehehe.. biasanya kedai akan tutup dari maghrib sampai isya'. solat kat sini mesti ikut waktu, masuk je waktu solat, semua pakat pergi masjid, termasuklah kat tempat kerja.kat dalam plant tu ada 3 masjid, semua penuh bila masuk waktu solat. tapi bila hari jumaat (weekend) masjid paling sesak kalau kat bandar. saf sembahyang sampai atas jalan 200m dari masjid. jadi kalau nak solat dalam masjid time solat jumaat kena la datang setengah jam awal dari waktu zohor.cuma subuh je la buat kat bilik, subuh kat sini pukul 4:30 pagi 2 jam sebelum van company datang ke apartment. sempat la breakfast kat rumah sebelum pegi keje.

To Be Continued in Next Episode


Saturday, April 17, 2010

Life in Jubail

desalination power plant 



how's life in jubail?

my everyday schedule

0430: solat subuh
0530: breakfast & prepare to go to work
0630: wait for a company van to work
0730: Toolbox Meeting & safety meeting
0800: permit to work at site (not in control room)
0830: technician start maintenance work-supervise
0930: tea break
0945: continue work
1130: lunch break
1215: Solat zohor and continue work
1300: next week maintenance plan meeting (monday only)
1330: Maintenance continue
1430: tea break
1445: Maintenance completion as per planned
1530: Asar prayer
1600: end of workhour, wait for van
1630: rest & free activity
1800: maghrib prayer
1930: Isya' Prayer
1945: Dinner
2100: back at apartment
2130: tido

this apply for weekdays, but on weekend (thursday & friday) different. pas solat subuh tido
balik bangun pukul 8 & think what to do on that day.
at work, most of the time pak arab guna bahasa arab pasar. so normally there are certain
thing that outsiders dont understand even they have knowledge in formal arabic language.
macam org melayu ni kalau tahu cakap bahasa arab, diorang akan tanya " why are u speaking
official arabic" agaknye dia dengar kita cakap arab macam pembaca berita arab kot.
nemermind, still learning bahasa arab pasar punye style, contoh:

kalau nak cakap selamat datang:
bahasa official "ahlan wasahlan"
kalau bahasa pasar "marhaba"
habis2 bahasa pasar "arrhabb!"
there u go... hhehehe

lagi satu tanya khabar:
1. official
kaifa haluka? (apa khabar)
ana bikhair alhamdulillah (saya baik, alhamdulillah)

2. pasar style
Kaifa haaluk? (apa khabar)
toyyiib (baik)'yang ni kena bunyi macam iklan kurma yusuf taiyoob' hhehehe

kat tempat kerja, bila ada supplier ke contractor ke kalau sesama arab memang diorang cakap
arab, so kita ni yang ada basic arab pun boleh terpinga-pinga, hapekemendenya pak arab ni
cakap! lagi2 kalau melibatkan engineering part lagi la lintang pukang. tapi ada masa pak
arab ni cakap english, ada yang bunyi macam american, tak kurang gak yang bunyi macam
orang2 jahat dalam citer hollywood yang jadi terrorist hahaha... for example "true lies" & latest "flight plan".
thats all for now!

Monday, March 15, 2010

Kusangka Angin Sepoi2 Bahasa, Rupa-Rupanya Taufan Katrina yang Melanda

semenjak dua menjak ni, macam riuh je handphone aku bunyi, member yang lama tak telefon bleh tiba2 telefon. Dan soalannya semua lebih kurang sama je "mie betul ke dot dot dot?" dan lagi satu "bila dot dot dot?" korang yang dah tanya aku mesti tau apa yang dot dot dot tu. yang aku inform cuma dua tiga orang yang boleh dipercayai, dan aku siap pesan keep it underground, keep everything in low profile because i'm not sure yet.

(Kusangka cuma angin bayu tapi rupanya taufan yang melanda!)
tapi entah macamana kusangka dua tiga orang ni je yang tau, tapi rupa2nya hampir satu company tau! aku ingat putrajaya complex saja, tapi masa family day company rupa2nya hampir semua plant tau! bila aku tanya mana ko dapat cerita ni? maka jawapan yang sama jugaklah yang aku terima "dari sumber-sumber yang boleh dipercayai" semua jawapan sama, cuma ada seorang je yang aku tak ingat sapa, bagitau aku, ada orang nampak aku pergi dot dot dot!

dan hari ni perkara yang lebih mengejutkan, geng-geng armada kapal pun tanya soalan yang sama! biasanya geng ni paling last tau. tak pun tak tau menahu! less than 24 hours 2 geng kapal telefon. aku rasa lidah aku pun dah naik senak nak jawab soalan yang sama berulang kali.

paling aku terkejut bila minggu lepas timbul khabar angin yang mengatakan aku tender resign! beb! tolong la jangan la buat cerita pelik-pelik! sakit urat perut aku dapat rumours macam ni. ceritanya hari tu bos panggil aku masuk bilik dengan maintenance manager, masa tu aku pegang surat jawapan daripada ING pasal claim hospital berbulan yang lepas. bila aku keluar dengan muka serius sambil pegang lagi surat ING tu rupa2nya ada 'haiwan' cuba buat2 cerita.

aku tak tau pun pasal cerita tu tapi bila dol call & tanya aku " eh betul ke ko dah tender resign? budak2 sini semua dah heboh?"
"bila masa pulak aku letak resignation letter ni? semalam aku jumpa bos pasal contractor, & aku baru amik surat dari ING"
"agakmya diorang ingat surat yang ko pegang tu surat resign kot."

aku cukup tensen dengan kaki sebar khabar angin ni, aku ada saspek beberapa ekor malaun yang buat2 cerita padahal cerita sebenar lansung dia tak tau, memang sengaja nak sensasikan cerita sendiri untuk publisiti murahan, yang jadi mangsa, aku! haram jadah jugak la mamat ni. dan ada juga possibility yang dikatakan nampak aku kat lokasi masa aku tengah buat 'negotiation'. yang ni aku tak tau sapa sebab aku nampak ramai candidate dan aku lagi focus towards the negotiation with the agent and did not notice any familiar face nearby the registration table.

kepada kaki penyebar khabar angin aku nak pesan,
"lu tak reti buat hal sendiri ke?"
"kalau lu tak tahu cerita jangan nak buat cerita"
"kalau gua tangkap lu red handed atau tanya soalan bodoh kat aku, aku takkan teragak-agak to give you HELL"
"mind your own F**king business bastards!"
" I am still doing my own business in low profile mode."
" do you know whats going on?"
"did i say I'm going?'
"did i tender resignation letter?"
"Buzz off dammit"

dan baru sejam lepas, handphone aku bunyi lagi
"Hello" sapa aku
"Yinnadey" bunyi suara sebelah sana
" dey tambi! wrong number la!"
"ayyoyoo, Sorry, sorry, sorry..."
Nasib baik orang salah nombor...

Thursday, February 25, 2010

Video buaya di Port dickson

this is the prove that there are salt water crocodile exist in Tanjung Tuan Port Dickson.



Sunday, February 21, 2010

CNY 2010

Raya cina 2010 lepas cuti panjang ooo.. rugi kalau tak balik kampung, dah la mak aku baru je pas operate buang cancer cell kalau tak balik gak tak tau la apa nak cakap. check tiket flight MAS, Airasia, Firefly sumer harga dah melambung, kalau naik MAS sah2 lima ratus lebih duit terbang, air asia pun lebih kurang je, fire fly kurang sikit tapi beratus jugak la. bukan apa, malas nak buang masa driving.

nak drive boleh aje, tapi tayar depan keta dah botak, tepi dah licin. dua tiga hari sebelum holiday pakat2 ajak balik, naik la vios, tapi last minit, lewat petang sebelum nak bertolak malam tu tuan punye Vios lak takleh balik sebab ada hal. tapi since dah pakat nak balik, Vios je yang balik, tuan punye Vios pinjam dulu kete lain kat KL. so that nite pukul 3 pagi aku drive from KL. ingatkan toll free tapi kena bayar gak. dalam tv kata free, kelentong betul la.

Bila sampai raub, ingatkan pukul 3 pagi tak jem, tapi rupanya jem gak coz byk keta, nasib baik tak balik petang, kalau tak, lagi la sesak merangkak macam kura-kura.bila dah lepas raub & bentong baru la trafik ok skit. lepas sikit dari kuala lipis, tengah bawak slow-slow, dengan keta lain semua menghala ke kota bharu dua tiga kereta je menghala KL, tiba-tiba tiga buah keta wira sempat lagi bawak laju giler racing sesama sendiri Ke arah Kuala Lipis. keta lain bawak 70-80 je, diorang mau cecah 120. tak ke giler cari penyakit.

bila sampai kat merapoh, ter'stuck' dalam jem, terpaksa la menyelit2 takut2 terlepas subuh, ni mesti accident, ni la masalah driver kat Malaysia, asal accident je jem, asal accident je jem, yang geramnye jem tu sebab nak tengok accident, siap tengok terteleng macam nak patah tengkuk sekor2 dalam kereta termasuk la sang driver.

rupa2nye jem tu sebab kereta yang racing tadi accident. satu dalam longkang sebelah kanan, satu dalam longkang sebelah kiri dan satu kat tengah2 jalan. memang la padan dengan muka diorang. yang accidentnya suma bawak lone ranger suma budak melayu umur 20-an, dah accident baru nak termenung tepi jalan. muka sekor-sekor monyok mengalahkan muka ayam kehilangan telur. yang bongok nak racing kat jalan tu sapa suruh. kereta kemik kiri kanan depan belakang, nasib baik tak total loss, tapi nak repair banyak gak la terbang. Ni kalau cakap kat mamat-mamat yang termenung tepi jalan
"amacam? sedap bang?" hahaha
mesti panas je telinga diorang..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages