nuffnang

nuffnang LR

Saturday, August 13, 2011

Pasar Ramadan saudi

wah! dah 13 hari kita berpuasa, masa kerja kat malaysia dulu memang takleh lari dari beli juadah kat pasar ramadhan. minggu pertama, kedua dan ketiga penuh dengan pelbagai gerai makanan dan minuman. kat malaysia banyak sangat juadah berbuka yang boleh dibeli mengikut selera masing-masing, apa jenis makanan cakap je semua ada. bagaimana pula di saudi? saudi pun ada gak pasar ramadhan cuma skalanye kecik skit. lets just share some picture of pasar ramadhan di sini.

Tak ramai pun pembeli dan penjual

ni je skala terbesar pasar ramadhan Al-Jubail
Kebiasaannya gerai dibuka di depan restaurant arab,
oleh pemilik restaurant itu sendiri.
Jualan jus buah-buahan (tembikai dengan kurma je la)
tapi di tambah dengan rempah kopi arab, minum
aje 2 gelas confirm pening kepala
well, tu pasar ramadhan secara umum, rakyat malaysia pun ada gak buat pasar ramadhan, tapi kat compound rumah yang ditentukan oleh ahli krmj. pada minggu pertama diadakan di Fanateer(tak sempat sebab gi umrah), tapi minggu seterusnya di buka di Jauhara kerana ramai warga malaysia tinggal berdekatan dengan area tersebut. Suasana dan kawasan jualan kelihatan seperti 'black market' hehehe... apa yang di jual lebih kurang macam pasar ramadhan malaysia cuma skala yang amat kecil, cukup la untuk lepas gian makanan malaysia. apa yang magic, selepas satu jam dibuka semua makanan sold out! 
Lorong masuk ke 'black market' hahaaha
makanan nampak sikit je, katanya ramai pergi
buat Umrah tapi ada yang kata penjual merajuk
Candid: Taukey besar dengan Meja Ikea..
mintak maap dah nak raya, jangan marah aa..


ps: teringat tahun pasar ramadhan tahun 2005 hari ke-30 cuma tinggal 3 gerai, satu gerai minuman, satu gerai kuih, satu gerai lemang. dah la tak dapat balik raya, kena kerja lak tu. hari raya makan kfc je! gile sadis!

Wednesday, August 10, 2011

Umrah 6: Berbuka dan Terawih di Masjidil Haram





Macamana ya berbuka puasa di masjidil Haram? Eric pun tak pernah terbayang bagaimana suasana berbuka di sana hinggalah eric merasai sendiri suasana berbuka yang agak meriah. Sesetengah orang kata berbuka di luar masjid dapat banyak makanan free, kalau berbuka dalam masjid, dapat kurma je, jadi macamana sebenarnya? Berikut adalah pengalaman Eric ketika berbuka puasa di Masjidil Haram. 

Ketika terbaring di katil hotel dengan memakai tuala dipinggang sambil melepaskan penat  melakukan ibadah umrah, eric cuba membetulkan urat-urat kaki hasil dari injury di lutut kiri ketika bersa'ie sebelum asar petang itu. eric menekan remote tv mencari siaran live dari masjidil haram. waktu berbuka pada hari itu ialah jam 7:00 malam. kelihatan berpuluh-puluh karpet telah dihamparkan untuk berbuka diluar masjid, berhadapan dengan baabussalam melalui kaca tv. 

Kerana terasa tekak yang terlalu kering ketika itu fikiran eric menerawang terbayang bergelas-gelas air zamzam dan berbotol-botol minuman sedang bermain di fikiran  dan berkata
"uiiii bestnya kalau boleh minum..."

Waktu tinggal sejam lagi sebelum waktu berbuka, lalu eric masuk kebilik mandi untuk membersihkan badan kerana terlalu banyak berpeluh ketika tawaf umrah di tengah panas selepas waktu zohor. Disangkakan air sejuk tetapi air suam yang membasahi tubuh eric, eric memusing tombol shower ke kiri (tanda merah) air panas menyembur terus ke dadanya, eric cepat-cepat mengalihkan dirinya dan memusingkan tombol ke kanan (tanda biru).
"pusing kanan suam, pusing kiri nak melecur rasanya, mandi air suamlah jawabnya"

Setelah mengeringkan badan, di pakainya jubah dan kopiah untuk kemasjid. Ketika menaiki shuttle bas ke masjid kelihatan sebuah lori kecil sedang mebahagi-bahagi nasi kepada pejalan kaki yang menuju ke masjid. Apabila tiba di perhentian bas eric turun, dan tiba-tiba keluar seorang lelaki dari celah lorong kedai menawarkan berpuluh-puluh roti tempayan percuma yang masih panas kepada jemaah yang menuju ke masjidil haram. eric mengambil sekeping roti, oleh kerana masih panas eric memegang dengan kedua belah tangan sambil di tampung dengan sejadah kerana roti itu masih panas dan menyambung perjalanan ke masjid. Cuaca mula redup dan menara jam mula memasang lampu tersergam di hadapan.


Ketika berjalan dengan roti diatas tangannya, seorang pak arab menawarkan buah kurma muda, eric mengambil 2 biji dari kotak yang dipegang pak arab tersebut dan meletakkan di atas rotinya, datang seorang lagi pak arab di sebelah kiri eric meletakkan 2 biji kurma diatas roti yang dibawa eric. Tatkala menjejakkan kaki kedataran masjid, azan mula berkumandang menandakan masuk waktu maghrib dan waktu untuk berbuka puasa, kelihatan ramai orang yang sedang berbuka di dataran. eric memakan sebiji kurma muda dan mencari tempat untuk menikmati juadah berbukanya. Tiba-tiba datang seorang arab yang bertangan kosong berjalan disebelah eric lalu eric memberikan kurma kepadanya.  

Eric menaiki tangga yang menuju ke koridor marwah, kelihatan sorang pakcik tua berbangsa iran sedang memakan hanya sebiji kurma. eric tersenyum dan memberikan separuh cebisan roti kepadanya, dan pakcik itu mengambil sepeket kecil kurma dari beg galasnya dan memberikannya kepada ericdengan senyuman. eric duduk tidak jauh dari pakcik itu untuk menikmati roti yang tinggal separuh. Tiba-tiba datang seorang lagi pakcik tua memberikan secawan kopi rempah, eric membahagi dua roti yang sudah tinggal separuh dan memberikan kepadanya. Pakcik itu tersenyum dan berlalu. eric menikmati baki roti yang tinggal suku bahagian dan meminum kopi rempah yang diterimanya tadi,cukuplah sekadar mengalas perut yang kosong. 


Apabila selesai berbuka ala kadar, iqamat dilaungkan, eric sempat mengambil air zamzam dari tong yang diletakkan sebelah pengawal masjid dan bergegas masuk kedalam masjid dan bersolat di tingkat 3 masjid. Selesai solat maghrib eric meminum 3 cawan lagi air zamzam dari tong yang terletak tidak jauh dari tempat beliau bersolat. Sebelum pulang kehotel eric membeli makanan sebagai makan malam.


Ketika solat isya' dan solat terawih, eric bersolat di tingkat paling atas berbumbungkan langit yang kelihatan berkabus. Diantara 2 rakaat solat terawih kadang kala terlihat menara jam besar sedang menguji lampu sorot yang dipasang pada bulan sabit menara tersebut menjadi lapan garisan mendatar dan dua garisan menegak. 


Setiap rakaat imam membaca surah yang agak panjang, Sesudah lapan rakaat, imam mengumumkan sesuatu dan tiba-tiba memulakan solat jenazah, eric menjadi keliru, biasanya solat terawih 20 rakaat kenapa tiba-tiba ada solat jenazah? Dalam kebuntuan eric beralih ke tepi dan meminum air zamzam dan duduk di tepi anjung masjid. Dari anjung itu terlihat pemandangan jemaah dari atas yang jarang-jarang dapat dilihat. Kelihatan jemaah memenuhi ruang dataran luar masjid hingga ke tepi jalan. solat terawih di masjidil haram berakhir pada pukul 11malam. 


Monday, August 08, 2011

Episode 44: Umrah 6 (Ramadhan)





Selepas seminggu balik dari madinah, eric menyambung trip untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan buat pertama kalinya. Eric tidak pernah terfikir akan merasai pengalaman menunaikan umrah dan berpuasa di kota Makkah. Dengarnya pahala umrah dalam bulan Ramadhan umpama pahala menunaikan haji. yelah, kalau solat sunat sahaja dalam bulan puasa umpama pahala solat fardu. digandakan pula dengan menunaikannya di Masjidilharam yang pahalanya digandakan seratus ribu kali lebih dari masjid-masjid biasa kecuali masjid nabawi (1000 kali) dan masjidil aqsa (500kali).

Berbeza dengan umrah-umrah sebelumnya, umrah kali ini di tunaikan bukan sahaja dalam keadaan sedang berpuasa di bulan Ramadhan malahan dalam suhu tertinggi musim panas! selepas check-in di Hotel Mercure Umm Al-qura, yang agak jauh dari masjidil haram, apa yang eric fikir cuma mahu cepat menyelesaikan semua rukun umrah. nasib baiklah hotel menyediakan shuttle bus untuk ke masjidil haram.
Bulan sabit Menara Jam yang tertinggi
hampir siap sepenuhnya.
Tiba sahaja di dataran kaabah Eric terus menuju ke hajarul aswad namun tidak dapat mendekatinya kerana terlalu ramai yang berebut untuk mengucupnya tengahari tersebut. cuaca agak panas terik selepas solat zohor. Eric meneruskan berniat dan melambai hajarul aswad sebagai memulakan tawaf pertama. apabila beberapa langkah sebelum berada dihadapan makam ibrahim, seseorang dari belakang merempuh bahu kiri eric hingga terpaling dari kaabah, maka terpaksalah eric memulakan kembali pusingan pertama.

selesai pusingan pertama peluh mula membasahi seluruh wajah eric, kelihatan beberapa titik peluh mengalir menerusi kaca mata hitam yang dipakainya. Selesai beberapa pusingan lagi, tekak mulai terasa amat kering, mungkin kerana banyak kehilangan air dan berpeluh akibat cuaca yang amat panas. tetapi eric meneruskan juga hingga selesai tujuh pusingan sebelum bersolat sunat selepas tawaf di hadapan multazam. 

kebiasaannya eric akan meminum air zam-zam sebelum memulakan ibadah Sa'ie, tetapi kerana berpuasa, eric cuba mengambil air untuk membasahkan muka untuk mengurangkan kepanasan tetapi gagal berikutan berlaku perebutan dan tolak menolak di kawasan telaga zam-zam. mungkin kerana hanya telaga zam-zam sahaja menjadi sumber air pada ketika itu, tong-tong air zamzam tidak di sediakan ketika ramadhan malahan sumber lain yang menyalurkan air zam-zam pula ditutup. kelihatan beberapa orang yang meminum air zam-zam walaupun bulan Ramadhan, musafir agaknya fikir eric. beberapa bangsa asing lain pula membasuh muka dengan air zam-zam. tidak kurang juga yang menyiram air ke atas kepala. eric berlalu hampa menuju ke bukit safa.

eric duduk berehat sebentar untuk menghilangkan penat dan mengurangkan suhu badan apabila peluhnya mulai kering untuk mengelakkan hyperthermia*. selepas keletihannya mulai hilang dan suhu badannya mulai turun, eric memulakan rukun sa'ie pula. ketika perjalanan ketujuh dari safa ke Marwah,  beberapa langkah sebelum mendaki bukit marwah eric tidak menyedari dia terpijak lopak air diatas lantai marmar. 

tiba-tiba kaki kanannya tergelincir dan eric jatuh hampir tertiarap dengan lutut kiri terhentak ke lantai yang basah. insan manalah yang mencurah air zam-zam ke lantai itu hingga menyebabkan kejadian itu berlaku. kerana lututnya terasa amat sakit, bercampur dengan keletihan dan masih terkejut, eric cuba untuk bangun, tetapi agak sukar untuk berdiri semula. beberapa orang yang bersa'ie dibelakang eric sebelum beliau terjatuh mengangkat lengan eric untuk membantu eric bangun semula. perlahan-lahan eric bangun dan berjalan terhincut-hincut mendaki bukit Marwah sambil menahan kesakitan lutut kirinya. 

selepas selesai bertahalul di marwah, eric berjalan perlahan-lahan menginggalkan ruangan sa'ie, dan duduk di kawasan yang teduh disebelah pakcik berbangsa jordan yang juga dalam ihram  sambil menunggu masuknya waktu asar. setiap kali bersujud ketika solat asar eric terpaksa menahan kesakitan lutut kirinya yang mula membengkak dan lebam. selesai solat asar eric balik semula ke bilik hotel lantas berbaring, keletihan, kedahagaan, kesakitan dan kekeringan (oh!) terbayang-bayang air zam-zam yang dingin untuk membasahi tekaknya yang kering, tetapi terpaksa menahannya kerana sedang berpuasa...

*Hypertermia: kenaikan suhu badan akibat menyerap terlalu banyak haba lebih dari haba yang dapat dibebaskan oleh badan. suhu badan boleh meningkat dengan amat tinggi dan boleh mengakibatkan 'heat-stroke' dan jika terlalu extreme boleh mengakibatkan maut. (bukan panas macam demam)

PS: coming up next pengalaman berbuka puasa

Wednesday, August 03, 2011

Ziarah Madinah II Part II

Kemudian kami dibawa pula melawat sebuah telaga yang dinamakan telaga cincin. sekarang telaga ni dah berubah menjadi kolam air pancut. telaga cincin ini juga merupakan salah satu sejarah dimana rasulullah memberi perkhabaran syurga kepada para sahabat yang ingin bertemu dengan beliau melalui pengawal yang mengawal pintu masuk ke kawasan telaga itu termasuklah saidina Uthman bin affan. 

ketika rasulullah dan para sahabat duduk di sisi telaga dengan kaki menghala ke dalam telaga, saidina Uthman bin affan diperkhabarkan mengenai satu fitnah yang besar yang bakal berlaku pada penghujung zaman pemerintahan beliau. dan ketika itulah cincin yang dipakai oleh saidina uthman terjatuh kedalam telaga tersebut. lantas saidina uthman menyuruh askar beliau mencari cincinnya tetapi gagal. dari situlah telaga tersebut dinamakan telaga cincin.

kemudian kami dibawa pula melawat bukit uhud buat kali keduanya. dalam ziarah yang lalu eric cuma naik atas bukit uhud sambil mengambil gambar, tapi kali ini bila ada orang yang arif mengenai sejarah barulah perasan rupa-rupanya ada perkuburan ahli yang syahid dalam perang tersebut termasuklah bapa saudara rasulullah yang di makamkan yang dikelilingi batu. di dalam kawasan perkuburan yang agak luas berhampiran dengan masjid.
gambar kini bukit pemanah tentera islam
ketika perang uhud
penerangan dari pelajar universiti Madinah
di hadapan perkuburan uhud 
sekali lagi kami dibawa ke masjid khandak, yang juga dikenali dengan masjid tujuh. jika melawat kemasjid ini sekarang, cuma lima sahaja masjid kecil yang tinggal kerana dua daripada masjid kecil telah di robohkan. masjid, masjid ini adalah merupakan tempat perteduhan para sahabat rasulullah ketika perang khandak. 


Ketika itu masa sedang menghampiri waktu zohor maka kami terus ke hotel elaff taiba untuk meletakkan bag sebelum check in. oleh kerana semua peserta hanya boleh check in selepas jam 2:30 maka semua peserta bersolat zohor di masjid nabawi dan lunch terlebih dahulu. Elaff Taiba hotel terletak kurang dari 100m dari pagar masjid nabawi. Pemandangan dari tingkap bilik hotel menampakkan keseluruhan kawasan masjid nabawi. tidak sia-sia mengikut rombongan ini apabila mendapat bilik yang sedemikian rupa.
Pemandangan selepas solat Asar
Masjid Nabawi diterangi cahaya pada waktu malam
Pada sebelah malam pula kami mengikuti satu lagi sessi lawatan di sekeliling masjid nabawi, termasuklah:-
A. Saqeefah bani Sa'idah (Balai pertemuan diceritakan tentang kewafatan rasulullah dan perlantikan Abu bakar sebagai khalifah kepimpinan islam selepas Rasulullah saw)
Kehijauan dalam Saqeefah Bani Sa'idah
B. Masjid Ghamamah berhampiran masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali (masjid yang digunakan untuk solat hari raya (rasulullah memilih tanah lapang) dan solat istisqa' (minta hujan)
Masjid Ghamamah
C. Makam Rasulullah dan sahabat berhampiran mimbar
D. Perkuburan Baqi'
Plan Masjid Nabawi dan kawasan yang dilawati
Banyak kisah yang di ceritakan oleh pelajar Universiti Madinah ketika ziarah termasuklah kisah kewafatan nabi dengan detail sekali dengan penuh perasaan sehingga beliau sendiri menangis. Oleh kerana terlalu banyak kisah, mungkin akan di ceritakan kemudian.




Monday, August 01, 2011

Episode 43: Ziarah Madinah II






semenjak dua menjak ni memang banyak idea untuk update episode macam biasa, tapi bila dah eric tak sempat update lalu terlebih banyak flowing out macam tu je. sepatutnya eric dah start semalam, tapi lepas solat isya' semalam terus tido. oleh kerana terlalu letih dan tak cukup rehat, tak biasa tertido that early. letih? why aaa? ye la baru balik dari ziarah madinah mengikut trip Kelab Rakyat Malaysia Jubail (krmj) dan macam biasa naik bas. biasanya satu bas je, tapi oleh kerana permintaan yang amat menggalakkan last-last jadi rombongan dua buah bas.

ini adalah kali kedua eric ziarah madinah, tak macam fisrt time dulu boleh kata sempat la solat sunat di semua masjid-masjid bersejarah di kota madinah. tapi this time sempat solat sunat hanya di masjid quba'. dan dikatakan barang siapa yang berwudu' sebelum memasuki kota madinah kemudian bersolat satu atau dua rakaat maka pahalanya adalah umpama pahala melakukan umrah. what ever it is, eric lebih prefer pahala buat umrah sendiri di kota makkah baru ada feel sket kan?


berhampiran dengan masjid Quba' biasanya ada banyak jenis kurma dan banyak jenis kacang yang dijual kepada para pengunjung. dan kurma yang paling famous kat sini ialah kurma ajwa. kurma ajwa adalah kurma paling mahal jika dibandingkan dengan buah kurma yang lain. terdapat dua jenis kurma ajwa iaitu kurma ajwa yang di tanam di tanah halal, dan kurma yang di tanam di tanah haram (kawasan tanah haram madinah) dan yang pastinya kurma ajwa tanah haram adalah kurma yang paling mahal. kalau datang sini elok sangatlah beli sebab boleh dikatakan disini semua pun dijual lebih murah dari biasa terutamanya berhampiran masjid Quba dan bukit uhud.

kedai kurma depan masjid Quba kat pintu kaca di tampal - "disini
Tersedia macam2 korma"

kali pertama dulu ikut rombongan melawat bukit uhud, masjid quba', masjid dua kiblat, dan masjid masjid lain tak ada tourist guide pun, tapi kali ni krmj menjemput dua orang pelajar masjid madinah sebagai seorang yang arif tentang sejarah-sejarah setiap tempat yang di lawati. biar eric ceritakan setiap satu sejarah pendek yang di ceritakan ketika lawatan tersebut sebagai refresher subjek arab sejarah islam zaman sekolah arab dulu. 


sesuatu yang tidak di ceritakan masa lawatan pertama dulu baru di ketahui apabila diterangkan dan di tunjukkan oleh salah seorang pelajar universiti madinah. salah satunya masjid dua qiblat. pada asalnya masjid ini berqiblatkan mengikut masjidil aqsa iaitu kearah utara, maka puak-puak yahudi mengejek dan mempersoal kerana masjid itu arah qiblatnya kearah kiblat mereka, ketika rasulullah ingin menunaikan solat zohor. ketika itulah wahyu diturunkan kepada rasulullah untuk menukar kiblat kearah kaabah di masjidil haram iaitu 180 darjah ke selatan. maka dari situlah masjid tersebut dikenali sebagai masjid dua kiblat atau kiblatain..


To Be Continued...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages