nuffnang

nuffnang LR

Saturday, November 26, 2011

Ep 51: Puak 110





Siapa yang termasuk dalam golongan puak-puak 110? Puak 110 atau di sebut sebagai 'one ten' sebenarnya salah satu puak yang terdapat di saudi arabia. dan bukan mereka yang menggelarkan diri mereka puak 110. tak tau lah samada puak yang digelar 110 ni sedar atau tidak diorang digelar puak 110.

asal gelaran 110 ni merujuk kepada electricity source yang diguna di arab saudi. standard electrical yang di guna oleh saudi adalah mengikut standard US, bialalah saudi semua nak sama dengan US, barulah 'ameriki style'! electricity source 'ameriki' terbahagi kepada dua, 110volt dan 220V. 110 hanya diguna untuk perkakas elektik yang tidak memerlukan voltage yang kuat seperti flat screen tv, computer dan sebagainya.

220 pula diguna untuk perkakas yang memerlukan power yang kuat seperti alat pemanas, air cond, electric oven dan sebagainya. berlainan pula dengan charger handphone, jika diguna pada socket 110 masa yang diambil lebih panjang untuk fully charged, jika dibandingkan dengan 220. secara keseluruhanya 110 ni agak kureng... ataupun tak cukup 'power'

orang saudi yang berpegangan islam sunni (macam kita) menggelarkan yang bukan sunni atau puak syiah sebagai 110. dari segi agama puak 110 juga mengaku mereka islam, tetapi pada hakikatnya mereka adalah dari kalangan orang-orang yang sesat. lihat cara solat sahaja sudah berlainan. dan didalam solat puak sesat ini terdapat doa laknat terhadap siti aishah dan beberapa sahabat rasulullah. dan tempat mereka bersujud mestilah ada alas seperti sekeping kayu, atau sekeping tikar mengkuang bersaiz 2x2 inci atau sekurang-kurangnya sekeping tisu.


jika kita bersolat di tempat solat yang di sediakan di pasaraya saudi, puak 110 ini akan bersolat di saf belakang secara berseorangan dan pasti ada tisu kecil ditempat mereka sujud. mereka tidak akan berani solat berjemaah melainkan di masjid mereka sahaja. asalkan keluar rumah sahaja mereka boleh solat jamak. jika di pejabat, mereka akan bersembahyang di dalam bilik dengan pintu bilik di lock.

di saudi golongan sesat 110 ini biasanya tinggal di satu kawasan yang hanya puak-puak mereka sahaja yang tinggal. kalau berhampiran dengan jubail mereka tinggal di qatif. mereka mempunyai masjid sendiri yang boleh di kenal pasti jika terdapat bendera hitam dikibarkan di masjid tersebut. dan ajaran yang mereka anuti ini berasal dari negara Iran. Ajaran ini juka pernah cuba di sebarkan dalam masyarakat malaysia di ketuai oleh seorang imam dari Iran, tetapi telah di banteras kerana termasuk dalam kategori ajaran sesat.


di Saudi secara lahirnya hubungan antara golongan sunni dan golongan 110 nampak seperti biasa sahaja, tetapi di belakang atau secara senyap mereka mempunyai perasaan yang berlainan atau tidak puas hati. dan baru-baru ini (sebelum musim haji) telah terjadi kejadian 'gang fight' antara kedua kumpulan ini hingga menyebabkan kematian. dan keadaan ini menyebabkan kesukaran kepada beberapa jemaah dari jubail kerana puak 110 yang menyebabkan kematian itu adalah dari qatif.


di tempat kerja, golongan 110 hanya akan duduk bersama golongan mereka sahaja. Mereka susah untuk dinaikkan pangkat jika bos mereka dari kalangan sunni. dan jika bos adalah dari kalangan 110 tentu sekali mereka akan menaikkan puak mereka. golongan pekerja bawahan 110 boleh dikatakan agak rajin tetapi in my opinion bila dah naik pangkat, sikap pemalasnya sama sahaja macam penduduk tempatan yang lain.


Dari segi nama sahaja penulis boleh mengetahui samada ada seseorang itu dari kalangan 110 atau tidak melalui nama keturunan mereka. dari segi fizikal, wajah mereka kelihatan pelik, dan orang arab tempatan mengatakan rupa mereka kelihatan hodoh. golongan 110 biasanya akan clean shave janggut mereka dan biasanya menyimpan misai sahaja. penulis juga mampu membezakan rupa antara 110 atau tidak. wajah mereka tiada kelihatan 'nur' seperti orang beriman. bagi kaum hawa pula, tak tahulah macamana nak beza kerana cuma nampak mata sahaja disebalik pakaian hitam. maybe boleh dibezakan ketika mereka solat menggunakan pelapik atau tisu.


PS: dalam penulisan seterusnya eric akan membahasakan golongan ini sebagai 110 atau kaum sesat sahaja. sebab isu ini agak sentitif.
Ps2: Kat Malaysia kita pakai voltage 240 (is this mean we are better? I think so hehehe..)

Saturday, November 19, 2011

Haji 1432 Mabit di Muzdalifah






Selepas selesai Wukuf di Arafah jemaah haji perlu mabit di Muzdalifah kerana ianya adalah sebahagian dari wajib haji. Mabit bermaksud bermalam sehingga waktu subuh. sebelum melontar di Jamratul Aqabah. Oleh kerana terlalu ramai yang menggunakan perkhidmatan tren, masa yang di gunakan untuk beratur terlalu lama. dan ketika beratur itulah jemaah Malaysia secara tidah sengaja berpecah kepada 3 kumpulan dan menaiki tren yang berlainan.

Apabila tiba di stesen tren Muzdalifah 2 kelihatan terlalu ramai yang beratur untuk memasuki kawasan Muzdalifah yang berpagar dan di jaga oleh beberapa tentera Saudi. oleh kerana terlalu letih dan tidak mahu menunggu untuk beratur kami yang cuma 5 keluarga membentangkan sleeping bag yang dibawa dari Arafah. disebabkan kawasan yang agak berdebu, aku terpaksa memakai mask dan berbaring keletihan. Ketika itu ramai yang mula mengutip batu kerikil untuk melontar.
Muzdalifah

Menyedari beberapa warga Malaysia yang belum tiba di kawasan Alhamra. coordinator arab kami keluar dari kawasan berpagar mencari kami, dan tanpa perlu beratur kami di bawa masuk ke dalam kawasan yang telah di reserve untuk pakej al-hamra. walaupun agak kelaparan, kerana keletihan dinner box yang disediakan tidakpun disentuh walaupun kotak yang berisi makanan untuk jemaah haji cuma sebelah sleeping bag yang aku hamparkan. apa yang di perlukan cuma satu jam 'power nap' untuk cas balik body energy battery  sebelum pergi melontar.  

pada pukul 3pagi, warga Malaysia yang mengikut pakej al-hamra mula menuju ke jamrah menaiki tren ke stesen mina3 untuk terus melontar. (dibolehkan untuk yang membawa keluarga dan tanggungan, kalau lelaki keluar awal yang takde apa-apa keuzuran atau tanggungan wanita dan kanak-kanak, kena bayar dam). ketika menuju ke stesen mina3 kumpulan jemaah malaysia terbahagi kepada beberapa kumpulan.


selepas melontar jamrah, semua jemaah balik ke khemah masing-masing untuk tahallul awal (cukur rambut). mengikut apa yang beritahu oleh ustaz, adalah lebih afdal bagi lelaki untuk mencukur keseluruhan rambutnya. 


Sabda Rasulullah "Ya Allah ampunilah orang-orang yang mencukur (rambutnya)" 
Para sahabat bertanya "Ya rasulullah, dan bagi orang yang memendekkan (rambutnya)?" 
Beliau Bersabda  "Ya Allah ampunilah orang-orang yang mencukur (rambutnya)"
Para sahabat bertanya lagi"Ya rasulullah, dan bagi orang yang memendekkan (rambutnya)?"
Beliau Bersabda  "Ya Allah ampunilah orang-orang yang mencukur (rambutnya)"
Para sahabat bertanya lagi"Ya rasulullah, dan bagi orang yang memendekkan (rambutnya)?"
Beliau Bersabda  "dan bagi orang-orang yang memendekkan (rambutnya)"
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


dari hadis diatas, rasulullah mengulangi 3kali ampunilah bagi orang-orang yang bercukur kemudian baru diikuti bagi orang-orang yang memendekkan rambutnya, menunjukkan betapa diutamakan untuk bercukur bagi para lelaki. manakala bagi perempuan pula cukuplah hanya memotong setiap rambut sepanjang seruas jari (lebih kurang 1 inci)


Maka selepas tahalul awal semua jemaah lelaki menggondolkan rambut mereka sebelum melepaskan pakaian ihram.


PS: to be continue.. (kalau rajin nak tulis about haji lagi)

Tuesday, November 15, 2011

Haji 1432 Wukuf di Arafah







9 zulhijjah adalah tarikh bagi jemaah haji mengerjakan rukun haji iaitu wukuf di arafah. Tempoh wukuf di arafah adalah sejak terbit matahari hingga terbenamnya matahari pada hari tersebut. di sinilah jemaah perlu meperbanyakkan zikir , istighfar , muhasabah diri berdoa dan sebagainya.

warga Malaysia yang mengikuti Pakej al-Hamra bangun sejak pukul 2 pagi lagi untuk mandi dan  bersiap bagi mengelakkan terlalu ramai jemaah yang menunggu giliran untuk menggunakan bilik mandi. Coordinator arab agak kagum kerana warga malaysia dan Indonesia sudah siap sedia dan menunggu waktu subuh sambil membaca al-Quran dan berzikir. Berlainan pula dengan warga arab di bilik sebelah yang terpaksa di kejutkan oleh beliau.


sesudah solat subuh, semua jemaah haji mula bergerak ke stesen mina 2 untuk menunggu giliran menaiki tren ke Arafah. kami agak beruntung kerana tren hanya di sediakan untuk jemaah negara teluk sahaja, atau jemaah yang datang dengan pakej haji dari negara teluk. walau bagaimanapun, oleh kerana inilah tahun pertama tren di gunakan hingga ke tahap maksima, semua penumpang terpaksa beratur dan menunggu sehingga melebihi satu jam. 


Matahari mulai menyinsing dari sebalik pergunungan berhampiran jabal-rahmah dan dari jauh kelihatan beberapa orang berihram putih mula memanjat bukit disitu. kami tiba di khemah al-Hamra berhampiran dengan stesen arafah 2, dan sarapan pagi sudah disediakan. kami bersarapan didalam khemah ditepi sleeping bag yang telah dihamparkan. sesudah bersarapan ramai yang mulai tidur kerana telah bangun awal pagi. tetapi aku lansung tidak melelapkan mata melainkan berzikir, berdoa dan membaca ayat suci al-Quran kerana berasa amat rugi jika tertidur pada hari perhimpunan terbesar ini.




Kemudian kami di dengarkan khutbah dari masjid Namirah. Khatib membaca khutbah dalam bahasa arab dengan suara yang serak-serak basah dan berselang-selikan dengan tangisan gagal untuk aku tafsirkan sama sekali melainkan beberapa patah perkataan sahaja. kelihatan jemaah-jemaah haji arab mendengar dengan begitu khusyuk. 


makan tengahari dihidangkan setelah solat jamak  qasar zohor dan asar. tidak banyak makanan yang aku jamah melainkan hanya untuk mengalas perut sahaja walaupun kabsah kambing yang dihidangkan kelihatan begitu menyelerakan. 


selepas waktu asar, aku mula keluar dari khemah sambil berdoa di tanah lapang diluar kawasan perkhemahan, kelihatan ramai yang berdoa sambil berdiri di tanah lapang tersebut. itulah masanya waktu yang dikatakan waktu yang mustajab untuk berdoa hinggalah matahari terbenam. 


Ketika membaca doa yang diamalkan Rasulullah dan apabila membaca maknanya doa tersebut air mata tidak dapat ditahan lagi. Seorang peserta haji di sebelahku menangis teresak-esak, menambahkan lagi suasana terharu, sedih. semua doa diiringi dengan tangisan dan memohon keampunan dari yang Esa memberi keinsafan yang amat mendalam. 


Walaupun begitu kelihatan ramai peserta haji arab yang tidur dari waktu asar hingga ke waktu maghrib (rugi). Setelah lebih dua jam berdoa di tanah lapang matahari mulai tenggelam. kelihatan jemaah-jemaah lain mula beransur menuju ke muzdalifah. aku kembali ke khemah untuk solat maghrib dan isyak berjemaah dan berehat sementara menunggu untuk menunggu giliran menaiki tren dan mabit di Muzdalifah...


ps: to be continue..

Sunday, November 13, 2011

Hajj 1432H



sebelum menunaikan fardu haji, aku telah diuji dengan masalah kesihatan. dua hari sebelum cuti yang telah di approve, badan mula terasa seperti nak demam. tekak mula terasa sakit, suhu badan mula meningkat,selsema juga turut menyerang. walau dah sampai ke office aku terpaksa pulang kerumah kerana tak tahan dengan penghawa dingin yang semakin sejuk, dan kepala mula terasa pening. nampak gayanya terpaksa MC sehari.

hari berikutnya demam masih belum pulih, sehari lagi MC, batuk pula semakin menjadi-jadi. tinggal dua hari lagi untuk berlepas ke mekah untuk menunaikan fardu haji. dua hari cuti yang aku apply untuk mengumpul tenaga untuk mengerjakan haji terpaksa digunakan untuk pulih daripada demam. terasa seperti harapan untuk mengerjakan haji tahun ini seakan-akan tipis, tetapi semangat tetap membara, mungkin tahun ini sahaja peluang terakhir untuk mengerjakan haji sementara masih bekerja di saudi.

sehari sebelum berlepas, demam semakin pulih cuma batuk dan selsema sahaja yang belum pulih. dan apabila tiba hari untuk berlepas tiada lagi panas badan cuma batuk dan selsema sahaja yang masih degil tak makan saman walau schedule ubat aku tak pernah miss. bekalan ubat selsema dan batuk tetap aku masukkan dalam sling bag.


Empat family telah berpakat untuk pergi ke airport dengan menaiki van. semuanya telah siap memakai ihram, dan kamilah antara yang paling awal tiba di airport. beberapa lama kemudian tempat kami menunggu dipenuhi dengan jemaah malaysia dari jubail. jemaah dari dammam pula telah lebih awal berlepas ke mekah dengan penerbangan pagi. 


selepas makan malam disediakan di dalam penerbangan, juruterbang mengumumkan pesawat  sedang berada di kawasan miqat, dan pada ketika itulah semua berniat samada untuk menunaikan haji tamattu' atau haji ifrad. lalu aku berniat untuk menunaikan haji sahaja (ifrad). aku pun turut melafazkan talbiah sebagaimana penumpang lain di dalam pesawat, hati terasa terharu kerana akhirnya aku di jemput untuk manyahut seruan haji. air mata mula berjujuran membasahi pipi..







Friday, November 11, 2011

Kisah Benar dari Ceramah Haji






Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana limpah kurniaNya akhirnya sempurnalah rukun islam yang kelima. pelbagai ujian dihadapi sebelum dan ketika menjalankan ibadah haji semuanya akan diceritakan mungkin dalam blog seterusnya. dari statistik blog ini, kelihatan pageviews meningkat selepas hari terakhir ibadah haji semalam. 

semalam eric kembali dari tanah suci, keletihan dan tidak cukup tidur kerana secara purata hanya tiga hingga lima jam sahaja masa digunakan untuk tidur, dan ada juga hari yang lansung tidak melelapkan mata melebihi 24jam. tiada tidur yang lebih nyenyak atau tidur mati seumpama semalam! oh!

hari ini mendapat feedback dari beberapa readers untuk post gambar ketika haji dan juga untuk menyambung penulisan tentang pengalaman haji. oleh kerana tempoh haji yang agak panjang dan jadual ibadah yang amat padat, tak semua boleh diceritakan dengan terperinci seperti ibadah umrah sebelum ini. 

jika dibandingkan antara umrah dah haji, umrah itu hanyalah berbelas peratus sahaja dari ibadah haji. dan perlu diingati ibadah haji pertamalah yang diambil kira untuk rukun islam yang kelima, jika membuat kali kedua itu cuma dianggap sebagai ibadah sunat sahaja. jadi, segala konsentrati adalah tertumpu kepada istighfar, zikir, doa, membaca kitab suci al-quran dan segala amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

cuma pada kali ini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz arab yang kemudiannya di terjemahkan kepada jemaah malaysia dan indonesia. kisah benar ini berlaku kepada seorang pemuda arab dari ibu kota Saudi iaitu  Riyadh.

cerita ini berkaitan dengan seorang pemuda yang selalu melakukan maksiat yang akhirnya menemui ajalnya ketika sedang bersujud di hadapan Kaabah! dan cara ustaz menyampaikan cerita ini memberikan kesan yang mendalam dalam diri saya. mungkin saya tidak bisa menghuraikannya sebagaimana saya mendengar ceramah tersebut.

mungkin ada dikalangan para pembaca pernah mendengar tentang kisah seorang pelacur yang di balas dengan syurga hanya kerana memberikan air kepada seekor anjing yang sedang dahaga. kisah itu menceritakan tentang seekor anjing yang berjalan sekeliling perigi kerana tidak berdaya untuk turun  ke dalam perigi yang curam dan agak dalam. melihatkan keadaan itu, pelacur tersebut bersusah payah turun ke perigi dan menampung air di dalam kasutnya lalu diberi minum kepada anjing  tersebut, dan diatas sedekah tersebut, Allah membalasnya dengan syurga.

kemudian diceritakan pula berkenaan dengan seorang pemuda dari riyadh. pemuda ini tidak pernah solat dan kehidupannya penuh dengan maksiat dan amat gemar dengan khamar (arak). demikianlah kehidupannya seharian. sehinggalah suatu hari pemuda itu telah diajak oleh rakannya untuk menunaikan umrah di masjidil haram lalu beliau menolaknya dan berkata
"mengapa perlu aku menunaikan umrah sedangkan aku tidak pernah solat dan malah selalu membuat maksiat dan meminum arak?"
rakannya tetap mahu beliau mengikut mereka, tetapi tetap ditolak lelaki tersebut beberapa sekali. setelah berkali-kali diajak akhirnya beliau bersetuju untuk mengikuti rakannya.

didalam masjidil haram pemuda tersebut menunaikan solat sunat dihadapan kaabah dan didalam sujud terakhir rakaat kedua beliau meniggal dunia. kejadian itu menimbulkan tanda tanya didalam hati rakannya kerana diketahui beliau tidak pernah bersolat dan selalu melakukan maksiat tetapi meninggal didalam keadaan melakukan ibadah di masjidil haram. 

kejadian itu dimaklumkan kepada keluarganya dan ditanya apakah yang serinag dibuat pemuda tersebut semasa hayatnya?
keluarganya hanya menjawab bahawa pemuda tersebut hanyalah seorang yang tidak pernah bersolat, gemar meminum arak dan sering membuat maksiat.
"apakah kebaikan yang pernah dilakukannya?"
"setiap kali sebelum kami makan beliau akan mengambil sedikit makanan dan memberikan kepada janda tua yang tinggal berhampiran dengan rumah mereka. Janda itu tidak mempunyai pendapatan, idak mampu untuk mencari pendapatan dan tiada sesiapa yang mananggungnya.

lalu mereka pergi bertanya kepada janda tersebut apa yang sering dibuat pemuda tersebut? lalu janda tersebut berkata pemuda itu sering memberi makanan kepadanya tanpa berkata walau sepatah perkataan pun. maka ditanya bagaimana pemuda tersebut boleh meninggal didalam keadaan demikian? lalu janda itu berkata
"setiap kali aku lihat pemuda itu keluar dari rumahnya aku berdoa kepada Allah agar beliau mati dalam keadaan bersujud dihadapan kaabah.."

para pembaca sekalian, demikianlah makbulnya doa orang yang menerima sedekah dan betapa besarnya balasan Allah kepada mereka yang memberi sedekah. dan kata ustaz lagi, walaupun kita memberi sedekah kepada orang yang kaya sekalipun pahalanya tetap pahala sedekah. dan setiap sedekah yang diberikan besar balasannya di dunia dan di akhirat. 

sekian. wassalam


Ps: post berikutnya akan menyusul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages