nuffnang

nuffnang LR

Saturday, February 25, 2012

Bila Bangun Tidur

Dari Abu Hurairah R.A. Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Waktu seseorang sedang tidur, Syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. untuk setiap simpul ia mengatakan" "[tidurlah engkau sepanjang malam.]" ketika dia terbangun lalu menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. jika dia berwuduk, lepas pulalah satu simpul. dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak kena dan malas" - sahih Bukhari.





Dalam Riwayat Muslim, ketika terbangun dari tidur hendaklah berzikir dengan membaca ayat 190-191 dari surah ali-imran sambil melihat kelangit..

Maksud ayat 190-191 Ali-Imran:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"


jadi bila bangun tidur, bacalah doa bangun tidur

Wednesday, February 15, 2012

15 Feb 2012

Dear readers, sorry kerana terlalu lama tak update blog, mesti tertanya eric ni balik terus final exit terus senyap ke cemana? Sebenarnya guna BB ni pening gak nak mengarang blog, bukan apa, sejak tiba di klia hari tu banyak travelling day, klia-KL-kuantan-kuala terengganu-kota bharu-serdang-KL-kota bharu bla bla bla..

Sedikit ralat: post yang lepas sepatutnya february bukan 5 march baru je tukar tajuk, hari ni baru la nak selesai urusan utama balik ke malaysia. Tapi esok masih ada urusan lagi yang belum settle sebelum berangkat ke... Bukan saudi, sekali lagi ke KL.

Kepada comentator tetap dan comentator anonymous sorry tak dapat nak reply thru BB dan ada comment yang accidental deleted sorry, maklumla qwerty kecik. Nak kena beli BB playbook agaknya. Tp belum masanya lagi tunggu...

Apa yang tak bestnya balik kali ni tak banyak masa utk spent kat hometown, merempit kesana kemari menyelesaikan itu ini. Berita itu ini yang bisa membuat jiwa kacau tak tentu haluan. macam-macam, selama balik ni dah terasa macam dah taknak keluar negara lagi. Nak meninggalkan orang-orang tersayang dan kampung halaman yang sudah banyak berubah sejak di tinggalkan bertahun yang lalu. Hingga jalan pun boleh tertukar.






Oklah komen2 akan cuba dijawab bila eric bleh menggunakan notebook. Adios amigos! Bubbye!

Monday, February 06, 2012

6 Februry 2012

Seperti yang di umumkan sebelum ni,kalau takde connection maka blog cuma boleh di update through berry hitam aje. So here I am mengarang with my blackberry. Baru sehari sampai di'newcastle' setelah menjelajah KL, kuantan dan kuala terengganu.

Urusan dengan lawyer eric terpaksa dipospone, maybe terpaksa berulang alik keKL hingga lagi 2kali untuk selesaikan mission eric yang sebenar. Keluar dari KLIA airport dengan kereta eric (dipandu oleh kakngah eric kerana eric perlu syncronize driving from left hand drive to right handrive) terus aje pergi lunch nasi kandaq yang agak famous di sekitar sepang. Malam pula giliran mencekik makanan di pasar malam bandar baru salak tinggi. Apa yang di cekik? Murtabak daging, popia, rojak buah dan macam2, apa yg bestn harga tak macam harga di saudi! Murtabak baru RM3, popia banyak keping RM2 hehehe.

Hari kedua sepatutnya jumpa lawyer tp not available terpaksa tunda minggu berikutnya. Tengahari tukar duit riyal ke ringgit, pastu lunch dgn vegetarian seaweed ramen hehehe.. Dinner makan nasi lemon chicken kat hotel palace of golden horses je.

Hari ketiga, bertolak ke kuantan. Menikmati kelazatan sata, otak-otak dan keropok lekor berhampiran tanjung lumpur. Cuma tak sempat nak makan seafood bakar kat restoran ana ikan bakar petai kerana tergesa-gesa bertolak ke kuala terengganu. Tiba di destinasi penginapan di kuala trengganu pukul 11pm dapat last room kerana ada sambutan maulidur rasul yang bakal di anjurkan di kuala tganu keesokan harinya. Hanya dinner dengan mee goreng mamak kat kedai tomyam siam.

Hari keempat, breakfast dgn keropok lekor losong dan meneruskan perjalanan ke kota bharu. Sampai kota bharu kena ikut family gi kenduri kawen, menu: ayam percik dan gulai kambing.






To be continued
Eric:lenguh jari pakai BB beb.

Thursday, February 02, 2012

Vacation Atau Final Exit?

By the time this post was automatically published, Eric's Flight was half way from Oman Airport to Kuala Lumpur International Airport. Sikit lagi nak masuk ke sempadan Indonesia melalui Lautan Hindi. Mungkin ketika ini Eric sedang melayan movie dalam flight. Harapnya perubahan cuaca mendadak dari saudi ke Malaysia yang dengarnya tengah panas tak hujan-hujan, tidak menyebabkan perubahan kesihatan kerana banyak perkara penting yang perlu disettlekan.
Oman Air (jetphotos.net)
Selepas settle segala perkara barulah eric boleh pulang ke NewCastle (Kota Bharu la). Sebelum pening-pening fikir nak datang balik atau tak, baik pergi jalan-jalan cari nasi kandaq dan mee udang kat penang. nak list lain? meh nak bubuh list, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi minyak, nasi himpit, nasi sumatera, nasi Hoover, apa lagi? satay, daging bakar, ayam percik, durian, lamb chop, chicken chop, Sup ekor, tom yam, bla bla bla (maybe i should post gambar makanan nanti hehehe..)
ABC... mee bandung muar... Slurrrppp!!
FB chat with my sister regarding final exit, rasa macam dah lama tak berbual, biasanya cuma email atau blog je yang mengupdate. yelah jarang jumpa, kalau jumpa pun cuma setahun sekali dua je normally time raya. Eric bagitau memang minta petunjuk regarding job kat sini masa haji tahun lepas, dan sejak pulang dari haji, semakin hari semakin tawar hati untuk continue. apa yang my sister said 
"at least dah buat haji, jadi dah tak payah risau nak balik."


Cuma offer je lah yang belum ada, tapi eric yakin, pasti ada rezeki bila pulang nanti. walaupun balik bercuti, setakat blog ni di tulis cuti masih tak di approve, eric buat hati kering je, meeting dengan manager macam takde hasil tapi menambah sakit hati. I did not turn to darkside with this guy yet. I speak in a polite manners, but I get a threat reply. threat macam ni takkan buat eric 'goyang'. I don' give a damn! I'm afraid of Nothing! Nothing except Allah! hari ni hari kau, esok lusa siapa tahu. Eric dah tak nampak dirinya masih berada di sini in future. this place was not for me anymore. Insya'Allah I will be back for proper final exit. 
Malaysia... I'm coming home...




"wah! abang besar sudah balik"
Dear readers, Blog ini mungkin akan kurang di update selama dua minggu atau akan diupdate melalui berryhitam.  Should Eric come back? Wallahua'lam...  :)

Wednesday, February 01, 2012

Perkembangan Saudi

Untuk orang-orang yang kerja kat saudi dah confirm tahu apa sebenarnya yang terjadi kat sini bila cakap pasal saudization. Saudization ni sebenarnya program untuk memberi kerja kepada orang tempatan mereka yang sedang 'Bercucuk tanam anggur' (menganggur) untuk bekerja dalam pelbagai industri walaupun tiada kelulusan tinggi selain sifat semulajadi yang memang pemalas nak mampos! kalau mereka replace semua foreigners memang gerenti akan bermasalah, biasalah mereka ni mulut je yang bekerja banyak, yang lain? hampeh!
If you like this press press like button

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages