nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, February 01, 2011

Kebangkitan Rakyat Mesir: Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambang kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariqdan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.
 Sekian, wasalam.

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Credits to Tuan Guru dan Harakah Daily

Eric: Pemimpin-pemimpin kerajaan "parti cap dacing" pula macamana? nampak macam menuju kearah ala-ala hosni mubarak. with the 'wife' of fat lady of malaysia.

Krisis darurat di mesir

Dear readers, just for sharing - seen on cable news.. 
-----------------------------

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. 
Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa 
yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak 
habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat 
dengan ucapan CNY. 
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, 
twitter
blog , tumblr masing2. Kalau boleh biar 
satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, 
maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap 
dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang 
sewajarnya. 
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi 
ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh 
Mesir. 
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi 
rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini 
diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak 
negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan 
Mesir untuk ber-demo. 
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan 
mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas 
harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia 
kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat 
Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh 
satu dunia. 
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir 

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan 
tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun 
boleh jadi mangsa tanpa sedar. 
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat 
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi 
telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk 
berhubung. 
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal 
dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana. 
3. 5000 banduan terlepas dari penjara 
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas 
dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan 
yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula 
spesies ganas2 yang terlepas. 
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi 
ancaman teruk. 
sumber: http://goo.gl/KDkfI 
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak 
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol 
dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam 
ketakutan. 
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita 
sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab 
kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak 
dipandang serius. 
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan 
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi 
masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena 
bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh 
macam nie. 
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap 
dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya. 
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar 

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan 
banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya 
mereka yang ada pesawat peribadi. 
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang 
dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh 
dengan kereta. 
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note! 
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority 
sebaik mungkin untuk isu ini. 
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja 
di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. 
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui 
blog Krisis 
Mesir, Nasib Pelajar Kita  
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian 
kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923 
Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva 
Dizavch 
 Twitter
DyyaDizarch 
Blog : Nadia-ism 
YM: nadia_mdzin2...@yahoo.com 
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need 
your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our 
citizens there. 
- Nadia 
8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini 
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, 
twitter
yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah 
kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar. 
9. Bacaan berguna 
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut: 
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar 
Kita 
2. What’s happening in 
Egypt 
3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar 
Kita 
4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM 
Mesir 
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk 
memandang serius isu ini. 
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat 
masyarakat dari kami di JomPHP. 
Sumber: * 
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kep... 

Sunday, January 30, 2011

Hitam, Putih Kulitmu


Ada sepasang suami isteri (orang cina) yang baru je kawin. Mereka pergi berhoneymoon kat afrika selatannn. Disana mereka menyewa hotel murah kerana nak budget duit. mereka berdua ni bukanlah kaya sangat kayap je lebih, dah tu masa dah nak malam dan naik katil dah. Baju dah bukak abis dah. Lampu dah tutup abiss. Si suami dia cakap kat isterinya nih dalam bahasa cina la tapi dialihkan bahasa bunyi dia cam nih,

“Sayang, kita nak make love nih, sayang dah ready ke nak dapat anak?”

Si isteri pun cakap, 


“Not yet la bebehhh! Abang beli la protection. I tak sanggup nak dapat anak lagi nih."
Si suami pun pakai baju balik, 
“Ok yang rehatla jap abang pegi beli condom jap yeee..”

So tinggal la Si isteri keseorangan kat hotel. Si isteri lak agaknya terlalu letih, tertidurrrr!
Sisuami lak pegi la carik kondom. So sampai la kat satu gerai kecik nih dia nampak banyak kondom. So dia nampak la kondom warna putih.
“Nih kondom warna putih nih berapa harga?” tanya si suami
“Sepuloh sen satu keping” kata penjual afrika itu

Dah tu dia nampak warna hitam, 
“Hitam nih pun menarik gak. Berapa harga sekeping” 
Orang Afrika pun jawab 
“Dua puloh sen sekeping”. 
Dah tu dia nampak warna purple, 
“Wah.. nih hebat.. berapa sekeping?”. 
Si jurujual Afrika jawab, 
“Yang nih mahal sikit 25 sen sekeping”

Dah tu si suami pun nak keluarkan dompet tup-tup tak ada dalam poket. “Alamakkk tertinggal lak kat hotel”. Dah tu dia meraba-raba la poket seluar mana tau kut ada syiling. So nasib baik la ada 20 sen maka terpaksa la dia amik kondom warna hitammm. So member pun jalan la balik ke hotel.

Dalam pada masa sisuami nih berjalan ke hotel, si isteri tengah nyenyak tido kat hotel ada pencuri Afrika (negro) seludup masuk bilik. Niat nak merompak tapi bila nampak isteri cina nih tak jadik lak. So dia pun tukar tune nak rogol isteri cina tu plak. So tengah syok dia buat keje si isteri pun agaknya terlalu mamai si isteri pun naik syokkk tambah lak bilik gelap. Si isteri ingat suaminya.

Apabila si negro selesai dengan isteri cina nih, dia pun seludup la keluar ikut tingkap si isteri sambung balik tidooooo! Dah tu suami dia balik so member pun dan ready ngan kondom hitamnya lalu meneruskan niatnya dengan isterinya. Si bini pun naik syok lagi skali.

tiga bulan kemudian..

setelah beberapa lama tak datang bulan dan disahkan mengandung tiga bulan, si isteri  bingung“Abang, cam ner nih leh termengandung nihhhh?” Tanya isterinyanya
“Cam ner nak buat yang, abang beli kondom murahhhh. Sebab tu bocorrr.” jawab si suami

enam bulan kemudian..
si isteri pun selamat beranak kan anakk tapi kulit anak cina nih lain sikit, hitam berkilat!

Sepuluh tahun kemudian…

Si anak bertanya kat bapak dia, “Daddy, kenapa kulit saya hitammmmm berkilat?” Si bapak dengan selamba je menjawab “Syukur la nakkkkk, kalo bapak ada lagi 5sen… ko dah jadik kaler PURPLE dah nak oiiiiii!”









Thursday, January 27, 2011

Near miss accident and an Interview


Pada November 2010 lalu eric pulang ke malaysia hanya seminggu sahaja, pulang untuk menziarah ahli keluarga dan untuk sambutan hari raya aidil adha, tetapi oleh kerana saudi embassy di Kuala Lumpur dengan ministry of foreign affairs di saudi tidak dapat berhubung kerana cuti umum aidil  adha, visa tidak dapat dikeluarkan oleh pihak Arab saudi. oleh itu eric terpaksa menunggu hingga family visa dapat diproses. flight eric terpaksa ditunda dan eric hanya mengubah flight ticket kepada open ticket.

Pada minggu pertama eric terpaksa menghantar bag yang sudah siap di packing ke rumah kakaknya di bandar baru salak tinggi, berhampiran dengan KLIA. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, eric pulang agak lewat pada malam tersebut. perjalanan agak biasa sahaja dari bandar baru salak tinggi ke MRR2.

Honda Turbo dengan exhaust besar
ketika memandu di MRR2 (100kph)menghampiri kawasan pandan Indah, tiba-tiba sebuah kereta Honda putih memotong dari lorong kanan dalam kelajuan melebihi 140kph tak sampai 2 saat sebuah kereta Myvi putih memotong dari lorong kiri dalam kelajuan yang hampir sama. agak terkejut eric bila kedua-dua kereta tersebut memotong keretanya, kedua-dua kereta tersebut kelihatan seperti berlumba. Honda tersebut meluncur dengan laju 200meter ke hadapan. tiba-tiba myvi putih masuk ke lorong tengah 50meter dihadapan kereta Eric tetapi dihadapannya sebuah kereta wira yang berkelajuan sama dengan kereta eric. pemandu myvi tersebut cuba mengelak kembali ke kiri tetapi perkiraannya terlalu singkat lalu melanggar bumper belakang wira tersebut lantas menyebabkan wira tersebut bertukar arah dan melanggar pembahagi jalan. myvi tersebut berpusing dan melanggar sebuah proton saga yang baru memasuki MRR2 dari sebelah kiri. 

Legend: ERIC  MYVI (4 X HIT combo)  WIRA  SAGA  HONDA 
proton saga itu berhenti tetapi myvi putih melantun ke pembahagi jalan hasil impak perlanggaran dengan saga. eric dengan pantas mengelak apabila myvi dan proton wira berpusing ke kiri selepas melanggar pembahagi jalan. ketika kejadian sisi kereta eric hampir dilanggar proton wira dan myvi yang mula bergerak pelahan. melihat dua kereta tersebut semakin dekat eric memecut dan berjaya mengelakkan keretanya dari dilanggar. elakan yang begitu tipis yang mana sisi keretanya kurang daripada dua inci dari proton wira dan kurang satu inci dari myvi. Honda putih sudah hilang jauh melepasi flyover Pandan. Eric menarik nafas lega kerana refleksnya yang pantas berjaya mengelakkan diri dari perlanggaran tersebut. Alhamdulillah, Eric meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan ketiga-tiga pemandu kereta tersebut yang mungkin masih terkejut dengan kemalangan yang berlaku begitu cepat.

"Bawak Myvi ada hati nak kejar kereta turbo, bodoh betul, padan muka kau" kata eric, sambil melihat cermin pandang belakang, kelihatan myvi yang remuk depan belakang kiri kanan tersadai ditengah jalan bersama dua kereta lain. confirm lepas tu jalan jam walaupun off peak hours, kerana hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui kenderaan lain yang menggunakan MRR2 malam itu.

Dua hari berikutnya, Eric pulang ke kampung berhari raya. Eric masih berusaha bertanya mengenai status visa. Eric terpaksa drag cutinya ke minggu kedua, tetapi terpaksa juga drag hingga minggu ketiga kerana menunggu flight e-ticket dari Saudi. Oleh kerana masa yang di ambil begitu lama Eric kembali ke Kuala Lumpur kerana terdapat satu sessi temuduga untuk SATORP (Saudi Aramco TOTAL Refining & Petrochemical) pada 27November di Prince Hotel KL. 

Eric Menghadiri temuduga tersebut manalah tahu kalau dapat menawarkan gaji yang lebih tinggi dari apa yang dapat setiap bulan. Ketika temuduga itu, ramai senior staff Petronas dari seluruh semenanjung menghadiri temuduga itu. Eric cuma duduk mengisi borang dan dengan sabar menunggu giliran. Eric memang tahu biasanya segala urusan cuma akan selesai sehingga malam jika berjaya. Eric melihat powerpoint presentation tawaran oleh syarikat itu yang dipaparkan menerusi projektor, tetapi kelihatan tidak berapa menarik. jadi bagi eric kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat pun Alhamdulillah. May Allah show the best way.

Selesai mengisi borang, Eric cuma memerhati gelagat Staff Petronas, ada yang begitu angkuh bercakap sesama sendiri bagaimana dia me'laser' vendor dan contractor, macamlah power sangat. Eric memang cukup menyampah habis dengan orang sedemikian. bila di tanya ada juga yang cakap datang temuduga untuk test power je! Ni lah manusia paling haprak dalam sessi temuduga dengan begitu ramai candidate. bukan sahaja membuang masa orang lain yang memerlukan pekerjaan itu, malah mengurangkan peluang orang lain mendapat pekerjaan itu kerana apabila sesuatu jawatan telah penuh diisi, orang lain yang datang untuk jawatan tersebut akan di suruh memilih jawatan yang lain. (to those who do this you are really an as#^*#% and pain in the a%#!)

Ada yang bertanya dimana Eric bekerja, apabila di jawab mula la ramai bertanya itu dan ini berkenaan kerja, life dan keadaan tempat kerja.

"macamana kerja kat sana ok ke?" tanya salah seorang staff petronas dengan muka yang agak menjengkelkan pada pandangan Eric.

"Kalau rasa kerja dalam Petronas tu asyik kena spoonfeed dan segala-galanya selesa, atau ada masalah di malaysia bila pergi kesana, jangan nak komplen serba tak kena atau lebih baik tak payah datang interview, disana nanti akan menyusahkan orang lain je" jawab Eric memulangkan paku buah keras. (already happen in Eric's batch)
Suasana menunggu giliran untuk dipanggil di Prince Hotel

selepas solat zohor Eric terjumpa seorang rakan dari MSB juga datang untuk temuduga selepas waktu kerja. (half day saturday) Eric sempat berbual seketika sebelum namanya dipanggil, Eric disuruh naik ke tingkat 6. seluruh bilik hotel di level tersebut dijadikan pusat temuduga dan bilik menunggu giliran! rupa-rupanya ramai lagi yang di panggil awal-awal masih menunggu giliran untuk ditemuduga. ketika itu entah mengapa eric tidak berasa sihat siap 'throw up' dalam toilet. untuk menghilangkan loya tersebut memakan kek dan buah yang disediakan untuk candidate di dalam bilik menunggu. 

Tidak berapa lama kemudian, nama Eric dipanggil. sekali lagi eric perlu menunggu di kerusi di
hadapan bilik temuduga. selepas 10minit barulah eric dipanggil masuk ke bilik temuduga. kelihatan seorang Arab berbadan besar dan gempal dan seorang mat salleh Perancis sedang menunggu. Eric memohon untuk jawatan maintenance tetapi malangnya eric diberikan soalan mengenai Inspection code. memang tak kena  soalan lah, bukan jawatan inspector yang eric minta. 

"Encik Eric, next week and next two week kami ada interview untuk sabic dan ibnu zahr, position yang sama pun ada" kata seorang staff yang menguruskan sessi temuduga di situ


"terima kasi sajalah, minggu depan saya dah balik ke saudi." balas eric dan terus menaiki lift untuk pulang tanpa perasaan kecewa. 

Eric: kalau kail pajang sejengkal, jangan lautan hendak di duga (ditujukan khas kepada pemandu myvi putih yang bangang that nite), wahahaha

Wednesday, January 26, 2011

Tidur Bersama? (Ahli Parlimen)


Suatu hari, Dato’ Joe seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan iaitu Julia.

Julia :”selamat pagi Dato’ Joe”

Dato’ Joe :”Selamat pagi, siapa disana??”

Julia : “Saya Julia , yang pernah tidur bersama Dato’ suatu ketika dahulu”

Dato;’ Joe : “hah???”

Julia :”Kalau Dato’ tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato’ membayar saya sebagai duit penutup mulut”,

Dato’ Joe :”Ok. baiklah. Saya akan membayarnya”

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato’ Joe cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato’ Joe telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Julia telefan lagi untuk meminta wang, dan Dato’ Joe terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Julia menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.

Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato Joe cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya ….” Ok lah, aku tunaikan permintaanmu tapi aku akan terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?”

Dengan lembut Julia menjawab :”Kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita menbentangkan Bajet tahun lepas “.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages