nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, June 28, 2011

Antara Kereta Dan Perkahwinan



Musim cuti sekolah yang lepas ramai member amik peluang untuk mendirikan rumah tangga. Jadi Eric cuma nak share satu artikel untuk yang bergelar pengantin baru, bakal pengantin, dan yang kahwin dah berpuluh tahun pun apa salahnya kalau nak baca.

Apabila pertama kali kita keluar dari galeri pameran dengan memandu kereta baru, kita benar-benar berazam untuk memeliharanya. Kita tidak mahu ia calar, kita akan basuh setiap kotoran, kita akan lindungi ia dari panas dan hujan seboleh mungkin.
Walaupun perjalanan jauh dan sesak, kita tidak akan berasa letih. Jika letih pun kita masih sanggup untuk memegang stereng. Kita seperti tidak percaya dengan sesiapa pun untuk memandukan kereta itu buat kita. 

Pertama kali kita memandu kereta ini, kita menekan pedal minyak dengan lembut, perlahan dan sayang. Menekan pedal brek dengan berhati-hati, menghidu aroma baru di dalam kereta dalam-dalam. Kita tersenyum lebar, megah dan bangga. Kita mahu kereta itu kekal dalam keadaannya seperti itu selama-lamanya.

Apabila sampai di rumah, kita gilap walaupun tiada habuk yang melekat. Kita duduk di luar membelek, memerhati dan menggosok-gosok sana sini. Kita tidak  segan silu  bergambar di samping kereta baru ini walaupun diperhatikan jiran-jiran. Kita rasa kita berhak dan patut berkelakuan begitu, sebab inilah hasil jerit-perih kita.

Ketika ini jika ada budak-budak bermain berhampiran, kita akan halau mereka. Jika kanak-kanak itu anak kita sendiri kita akan buat peraturan baru, jika kanak-kanak itu anak jiran, kita digelut bimbang dan gelisah, khuatir kanak-kanak itu akan mencederakan kereta kita. Kita merasakan kereta adalah kita dan kita adalah kereta. Begitu intim, begitu mesra, begitu rapat, begitu nostalgic, begitu sayang, cinta dan kasih.








Namun, suatu hari tatkala kita sedang mencuci kesan hentaman batu, melecet catnya, luka dan cedera. Kita cuba gilap, gosok dan tenyeh namun lukanya dalam dan kekal. Kita mula berasa tak sedap. Impian kita untuk mengekalkan imej barunya seperti telah dicemar. 

Suatu hari yang lain tatkala sedang memandu dengan berhati-hati, tiba-tiba kita terlanggar bonggol yang agak tinggi, hingga tersagat bawah kereta. Alamak, kita rasa sakit sekali. Habislah kereta aku…

Apabila kita membeli kereta baru samalah macam kita bergelar pengantin baru. Kita mahu menjaga kereta itu amat-amat, tetapi ia tetap bergaris dan bergores sesetengahnya atas perbuatan kita sesetengahnya oleh pihak lain. Kita mahu menjaga pasangan kita amat-amat tetapi kadang-kadang kita tergores atau kita menggores, kadang-kadang kita tidak bermaksud begitu tetapi disalah tafsir.

Perkahwinan adalah perjalanan dan pemilikan. Seperti kereta yang digunakan untuk menempuh perjalanan, ia juga satu pemilikan. Dalam perjalanan jangan aspect segala-galanya okey, ada kalanya terpaksa berhenti kerana jalan raya sesak, ada kalanya terpaksa melanggar had laju apabila dalam kecemasan, ada kalanya terlanggar lubang sebab jalanraya tidak rata, ada kalanya tidak dapat bergerak sebab tiada petrol dan duit tol.

Perkahwinan kadang-kadang macam kereta berguna untuk perjalanan jauh; jika cukup petrolnya dan cukup semua syaratnya, ia boleh sampai ke mana-mana saja tempat yang dituju. Tetapi dalam perjalanan itu bermacam-macam perkara juga boleh berlaku, perjalanan terpaksa berhenti untuk menikmati pemandangan indah,berhenti untuk bayar tol, berhenti untuk hajat besar dan kecil, berhenti untuk berhenti terus. 

Dalam perjalanan, yang tidak terduga kadang-kadang mengambil sudut; sewaktu mengundur terkena tiang lampu, ketika parking tersentuh kereta sebelah, tatkala bergerak batu kecil dari lori jatuh menghentam. Perjalanan bermakna KESABARAN, perkahwinan juga mengharapkan KETENANGAN. Walau apa yang ditempuh, sama ada rela atau terpaksa, kadang-kadang perjalanan terpaksa diteruskan, sebagaimana perkahwinan juga perlu berjalan hingga takdir memberi penyudah.


PS: dari artikel Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Sunday, June 26, 2011

Wasta


wasta? hapekemendenya tu? kadang-kadang orang arab tanya "siapa wasta kamu" maka korang pun tercengang dan suruh pak arab yang tanya tadi sebut lagi sekali pun korang tercengang. orang yang kerja kat region middle east biasanya tahu apa itu wasta. tak tau? meh aku cerita.

Apa itu wasta? wasta adalah perkataan arab "واسطة" atau bila di translate yang membawa maksud pengaruh atau yang anda 'kenal'. atau dalam bahasa yang kita selalu guna sekarang sebagai 'cable'. cable ini termasuklah cable untuk mendapatkan pekerjaan ke kena saman ke, apa-apa je lah yang memerlukan pengaruh seseorang untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. ini juga sering dipraktikkan dalam politik kotor di malaysia dan perkataan yang sinonim dengan wasta ialah Kroni!

wasta memerlukan orang tengah yang berpengaruh sebagai perantara. apa sejarah di sebalik wasta? wasta pada asalnya digunakan untuk mengekalkan struktur sosial suku atau kabilah, ye lah arab ni banyak kabilah banyak bersikap asabiyah. perlu di ketahui memang jarang-jarang untuk menjumpai syarikat arab yang tidak mengamalkan kroni.

meh aku bagi satu contoh wasta arab: ada dua orang pemuda arab, Salim seorang yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran, dan seorang lagi Khalid lepasan kolej yang pemalas, pass kolej pun kerana bapanya seorang yang berpengaruh di kawasan tersebut. mereka berdua pergi interview untuk cuma satu jawatan yang kekosongan di sebuah syarikat oil and gas. 

setelah di interview, panel interviewer berpuas hati dengan salim. kini khalid pula di interview, rupa-rupanya salah satu dari panel interviewer adalah dari kabilah sama dengan khalid. akhirnya, kedua-duanya di terima bekerja walau cuma terdapat satu kekosongan. kalau cuma satu yang boleh di ambil maka khalid berkemungkinan besar lebih berjaya dari salim. 

setelah 3 tahun bekerja salim adalah seorang yang rajin, manakala khalid pula acuh tak acuh sahaja dalam pekerjaan, tetapi khalid sangat pandai 'coverline' mengular dan sering berpura-pura sibuk tetapi menjaga hubungan dengan bosnya. dan akhirnya Khalid di naikkan pangkat di dalam syarikat tersebut. (bukan sahaja sektor swasta, Gomen pun sama) kerana itulah memang susah berurusan dengan puak-puak diorang. kerja yang boleh di siapkan seminggu boleh drag sampai sebulan!

Wasta banyak digunakan di negara arab seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE dan sebagainya. ia juga sering digunakan untuk melepaskan diri dari membayar saman which means terus tak payah bayar kalau ada wasta baekk punye! dan jika berlaku kemalangan kerana seorang yang berwasta melanggar lampu isyarat merah, lampu merah pun boleh di'hijau'kan.

dan biasanya nombor plet kereta mereka adalah kurang dari nombor tiga digit. kena speedtrap pun mungkin tak kena saman.believe it or not, wasta masih di gunakan secara meluas di rantau ini. 

Thursday, June 23, 2011

Kenapa Aku Tak Breakfast


Ok readers! nampak title this time macam hampeh je. ni la akibatnya bila selalu tengok talkshow 'the doctors', very informative and cool talkshow. Before I start, cuba tanya diri korang sendiri "kenapa aku tak breakfast?" berapa kali dalam seminggu korang breakfast? dan mesti ingat, dalam seharian meal yang paling penting adalah breakfast, its the energy to start your day rite?


Apa menu yang selalunya korang jadikan breakfast? kalau malaysia standard la kan... nasi lemak, roti canai, teh tarik, kalau kira-kira dengan kenaikan harga sekarang berapa ringgit sekali breakfast? OK aku nak share 7 sebab kenapa korang sepatutnya makan telur untuk breakfast.
  1. Korang lebih kenyang memakan telur berbanding cereal atau roti: kandungan protein didalam telur mengekalkan korang bertenaga dan boleh mengurangkan keperluan untuk mentekedarah lagi sebelum tengahari (10-11pagi)
  2. Telur membantu mengurangkan berat badan: kajian yang dijalankan mendapati orang yang breakfast dengan telur lebih cepat menghilangkan berat badan berbanding mereka yang memakan bagel (roti species donut)
  3. Telur merupakan sumber protein yang lengkap: setiap satu telur merupakan sumber protein lengkap yang mengandungi asid amino yang diperlukan dari pemakanan seharian.
  4. Telur adalah murah: berbanding dengan sumber protein tinggi lain seperti daging (red meat) save sket budget kan?
  5. Telur tidak menyebabkan masalah kolestrol korang bertambah teruk: memang betul telur mengandungi kolestrol, formula lapuk berkenaan kolestrol yang anda makan memberi kesan kepada level kolestrol dalam darah adalah tidak tepat. jadi tak perlu bimbang untuk memakan telur yang di sangka meningkatkan masalah jantung
  6. Telur membantu perkembangan otak dan ingatan: choline adalah nutrien yang terdapat didalam telur merangsangkan kebolehan dan perkembangan otak. Ia juga dapat meningkatkan daya ingatan dan membina kepekaan (alertness)
  7. telur mambantu melindungi mata: terdapat dua antioxida didalam telur iaitu leutin dan zeanthin yang berkaitan dengan perlindungaan mata akibat dari pendedahan kepada UV. ia juga mengurangkan kebarangkalian mengalami cataract pada usia tua.


Previously, memang selalu breakfast dengan telur, selalunya scramble egg dengan roti, tapi yang favorite telur masak separuh. kalau malas nak dinner pun goreng telur mata dua biji + sausage pun dah cukup. sejak pindah office ni selalunya breakfast dengan buah kurma weekdays. cereal and egg on weekends. I am hantu cereal and egg. tak caya? sponsor hotel with breakfast(buffet) and see what I get first haha!



fakta telur: kalau breakfast makan telur dan kalau nak melepaskan 'gas' just think of the smell! naya orang yang berada berdekatan. gas ni juga mudah terbakar, please don't be stupid and try to ignite it!

Monday, June 20, 2011

Episode 41: The Monster Inside Me

Cerita yang aku nak cerita ni bukan cerita biasa atau luarbiasa. Sebelum di ceritakan, cuba korang tanya diri sendiri berani tak korang marah kat bangsa yang angkuh ketika korang berada di negara mereka sedangkan bangsa korang sendiri cuma minoriti disitu? Kalau korang berada di negara padang pasir ni, beranikah lawan bos penduduk tempatan padang pasir? Cerita ini adalah cerita yang aku sendiri alami. (semua experience dalam blog sebelum ni pun memang semua cerita betul)-[segala dialog telah dialih bahasa dari english]

Cerita ini berlaku setelah beberapa bulan ditukar department. Begini ceritanya, pada satu hari, selepas mengambil cuti mengerjakan umrah. apabila aku kembali bekerja pada hari berikutnya, seperti biasa aku membuka email yang di post dalam outlook. Terdapat satu email dari team leader suruh aku buat satu excel sheet tetapi kerana aku bercuti, tugas itu diambil alih oleh orang lain. Alih-alih bila dah tau aku masuk kerja hari tu, aku lak yang di suruh sambung kerja yang separuh siap. kenapa tak suruh orang yang buat tu habiskan je keje tu, well ok fine kau team leader kan. 


So, aku pun start on the work, bila aku tengok semua data yang di hantar, aku terasa seperti something familiar, ianya sebijik dengan data yang aku keluarkan dari SAP beberapa bulan yang lepas ketika aku masih dalam department lama. Jadi rupanya tak ada apapun yang berubah dengan data yang telah dihantar kepada mamat yang menyuruh ni. Maknanya dia tak buat apa-apapun sejak 2 bulan yang lepas! ooo ini kerja kau ye! patut la asyik sharing url address pasal study hapekejadah kepada semua department staff. Pastu ko punye task kau pass kat orang lain. 






Oleh kerana orang yang ambil alih kerja ni dah siap aturkan list dengan penuh kepeningan, bukan setakat itu je, malah kepeningannya turut berjangkit lak kat aku. Walaupun agak pening, aku cuba juga untuk settlekan list untuk semua loji(plant) dan hantar. Then mamat ni cakap ada something yang nak kena betulkan dalam data, aku cuma menunggu peluang balas dendam. Tapi bila dengar cara percakapan dan pertanyaan sama yang sering di ulang-ulang, bara dihati umpama unggun api yang di simbah dengan petrol dan mula marak terbakar! (eric memang pantang apabila pertanyaan yang telah dijawab kembali di ulang)
eric skywalker


Aku mula berubah ke 'darkside' dan mengikut kata hati yang sedang membara. (ini bukan filem Star Wars)
Lalu aku menengking dengan ucapan kuat, kasar dan agak keras!
"WTF else yang ko nak aku buat?! Nak banyak-banyak cekadak sangat buat sendiri la!!"
Terkedu mamat arab ni terkena tengking dengan anak buah. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan anggap orang malaysia macam orang filipino. Orang filipino akan ikut je apa yang di suruh walau bukan jobscope diorang. Tapi Aku... I'm different. Sekali tengking tanpa aku sedari, secara tidak sengaja, aku telah terlepas sebijik F-bomb.. Ooppsss! Ahh lantaklah biar dia rasakan  kalau tak pernah kena Maki dengan F-bomb this is his first! (sejak menjejak kaki di Saudi this is the first, not bad bro..)


Selepas tu aku lansung tak layan kerja tu, aku biarkan aja, lantaklah apa aje yang mendatang aku akan face it! tapi jangan sampai memakan diri. Sebagai cover up, petang tu aku berjumpa dengan bos besar berbincang pasal perkara yang berlaku pagi itu.(bilik aku dengan bilik bos bersebelahan je) terbeliak biji mata bos bila aku bagitau aku marah giler-giler tak ingat dunia. Dia pun tak tahu menahu kejadian pagi tu kerana ketika aku tengking mamat tu, dia tidak berada di dalam biliknya.


"Kami hanya bergantung kepada awak untuk menjayakan projek ni, dateline dah tak lama untuk di present pada para pengurus senior" kata bos tersekat-sekat
Lalu aku terfikir di dalam hati "hmm.. senang la aku nak sabotaj kalau diorang buat hal dengan aku" (terasa seperti ada tanduk yang tumbuh dikepala ketika itu>:) devil hehehe...)
"Saya akan bercakap dengan dia berkenaan hal ini" katanya sambil bersiap untuk pulang kerana masa sudah melebihi pukul 4 petang. Aku keluar dari bilik bos ketika dia sedang mendail telefon.


Beberapa minit kemudian, Sedang aku tengah review something else, terdengar bos menutup pintu biliknya di sebelah dan berdiri didepan bilik.
"Saya dah beritahu dia mengenai hal ini, biarkan dia menyiapkannya sendiri, awak boleh sambung kerja awak seperti biasa." kata bos
"Ok, terima kasih" 
Hah! Sekarang mamat tu kena siapkan sendiri kerja yang memang sepatutnya dia siapkan. Biar dia sendiri buat kerja yang memeningkan itu. 


Sejak hari tu, team leader terbabit accident kereta pun aku ambil kisah apalagi nak pegi melawat. Time dia kembali bekerja selepas 2 minggu MC, hampir semua orang dalam wing office pergi bertanya khabar, tapi aku buat tak tahu, hingga dia yang datang tanya khabar aku. Department buat parti menyambut dia kembali bekerja, aku terpaksa masuk sebab bos yang ajak.


Dulu sebelum kena tengking seminggu dua kali masuk bilik aku tanya itu ini. Selepas kena tengking lalu depan bilik pun tak berani nak toleh. Salah satu sebab aku tak suka kerana aku tahu team leader ni salah seorang pengikut syiah, sebab aku tak pernah nampak dia kat masjid dan kalau time sembahyang dia akan sembahyang dalam bilik sorang2 (biasa di praktikkan oleh orang-orang fahaman syiah disini dan selalunya diorang solat jamak- asal keluar rumah boleh jamak- memang dasar sesat)


pengikut-pengikut ni biasanya susah nak naik pangkat dan tak berani buli arab lain. Jadi dia buli foreigners. Nak buli aku? Silap besar la, kalau bab-bab rebel balik memang aku tak kasi chance. Aku tak akan absorb sesuatu yang bukan dalam scope aku dengan mudah. Maybe mamat tu sakit hati, tapi ada aku kisah? Kalau dia buat taik, tau la aku ajar dia sebelum aku blah, siapa the key person dalam this team? heh..


Aku tahu, ramai orang lain kat affiliate lain tak berani lawan melainkan ikut je. Tapi aku mengikut prinsip aku sendiri, adakalanya kita perlu menolak apa yang tak patut kita absorb dan jangan membebankan diri sendiri dengan perkara yang tidak patut kita lakukan. Sepanjang karier aku, amat jarang aku naik angin macam ni kalau ada pun boleh kira dengan jari sebelah tangan je. Tu pun dah bertahun-tahun yang lalu, tapi disini kena keras la sikit, kalau tak mahu kena pijak kepala.


Aku seorang yang biasa-biasa saja, tapi selalu darkside bila driving. Sebab tu kalau telefon berbunyi time driving aku akan kata telefon balik pukul berapa, which means a time bila aku dah out of the car. Aku only menerima call semasa driving from closest friends and family. Tu pun pernah disalah sangka sebab terjerit on the phone because of stupid driver in front of me. sigh..


eric wazowski
Memang aku ada doa di Masjidil Haram agar di beri kekuatan dalam sesuatu yang dilakukan dan berani menegakkan hak sendiri. Aku juga sepatutnya berdoa menjadi driver yang penyabar, dan menjadi penyabar dalam segala apa situasi. Amin...


PS: Adakalanya kita perlu berani menolak sesuatu yang diluar dari bidang kerja kita, tapi sebaiknya tolaklah dengan cara yang baik. Jika kelihatan kerja itu di tolak kepada kita dengan sengaja, kita mesti membuat sesuatu untuk mengelakkannya berlaku di masa hadapan. rite?

Friday, June 17, 2011

Jalan Jalan Cari Museum (11 gambar)

sambung lagi dari part jalan jalan di Riyadh. kali ini muzium Riyadh pula. walaupun Eric tidak berapa minat pergi museum tapi kerana mengikut perancangan ahli rombongan di tambah lagi dengan masuk FREE terus settt je! sebenarnya kalau takde pertolongan ustaz yang ketika itu berada di riyadh kena la bayar setiap seorang sepuluh riyal kot. 

minat eric berubah apabila mula memasuki museum ini kerana perjalanan bermula dari zaman dinosour (tulang zaman ice age kot), seperti berjalan merentas masa dari zaman plankton yang berevolusi sehingga menjadi dinosaur (rangka dinosour air je yang ada) hinggalah menjadi haiwan-haiwan yang ada sekarang. juga terdapat beribu-ribu artifact tools penggunaan zaman batu, sejarah islam, berpuluh-puluh batu bersurat, sejarah pengembangan islam, sejarah penemuan sumber oil and gas. 

masa yang ditetapkan oleh ketua rombongan cuma 45minit. actual time taken to make full visit hampir 1jam setengah hehehe...


Ok ni je gambar yang boleh Eric share walaupun ada lebih seratus gambar dalam museum ni. lembab la nak loading page kalau masuk semua. museum ni memang besar, terduduk jugaklah bila lebih sikit dari separuh jalan. kalau nak banding dengan muzium negara eric sendiri tak tau nak agak, sebab last masuk masa darjah 5 kot.. (oh!)

meteorite (besi)
fossil ocean type 
tulang zaman ice age kot, lagi besar dari gajah biasa
lukisan pada dinding gua
tools dari batu ni cuma 1/40 dari overall 
salah satu batu bersurat (banyak sangat batu bersurat)
apsal takde berhala dalam ni? nak tau gak cemana rupanya
kawasan perjalanan Ibnu Batutta (jalan kaki beb)
selama lebih 20 tahun dan pengembangan Islam
Senapang, Pistol dan Bekar serbuk peledak
lembing, pedang dan senapang yang lagi 'galah' dari
eric yang juga species 'galah'!






depan pintu masuk museum burung merpati sempat main air





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages