nuffnang

nuffnang LR

Monday, October 31, 2011

Perutusan & wasiat

Assalamualaikum,
Dear Readers and Friends,


Saya akan keluar untuk menunaikan fardu haji dan bertolak pada 6 Zulhijjah menuju ke Mekah. peserta yang bakal menunaikan haji di sarankan untuk memohon maaf dan membuat wasiat sebelum bertolak kesana agar di permudahkan urusan fardu haji. jadi adalah lebih afdal untuk memohon maaf dengan semua. 


di kesempatan ini saya benar-benar memohon maaf ke atas segala kesalahan dan kesilapan saya terhadap semua, secara sengaja atau tidak, tersurat atau tersirat, atau melalui penulisan blog ini dan percakapan harian. maafkanlah saya. minta dihalalkan makan dan minum, dan jika saya ada berhutang harap diberitahu. doakan saya agar dipermudahkan dalam urusan fardhu haji tahun ini. 


wassalaam...


ps: blog akan di update, insya'allah dalam masa 2 minggu. 

Saturday, October 29, 2011

Cerita Segelas Susu (Kisah Benar)


Agak lama tak share cerita-cerita yang memberi pengajaran. jadi sekali-sekala elok gak share cerita begini di share sebagai tauladan untuk kita bersama. This is a story I received from my friends thru email.





Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.



Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

Berapa harga susu ini?tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut. Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan.

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata, Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu....

Ps: Jangan meminta sebarang balasan terhadap apa jua kebaikan yang kita lakukan.. 

Monday, October 24, 2011

Debaran Seruan Haji





Pejam celik, pejam celik tinggal seminggu lagi nak mengerjakan ibadah haji. makin hari makin berdebar rasanya tak tau kenapa. Bukan setakat berdebar je, siap bermimpi tertidur time wukuf di Arafah! Oh! Salah satu sebab, kerana haji yang pertama adalah haji yang di hisab untuk mencukupkan rukun islam, jadi kalau haji pertama kenalah buat sehabis perfection agar mendapat haji yang mabrur. 

Walau aku dah go through bab-bab haji sampai pergi ceramah haji hingga dua tiga tempat, still rasa berdebar lagi. Tanya orang-orang sini yang akan pergi haji, ada yang nak buat haji Ifrad, ada yang nak buat haji tamattu', tapi so far takde lak dengar yang nak buat haji qiran. Tak ke senang kalau buat haji yang sama dalam satu kumpulan, baru boleh menunaikan sesuatu tu dalam kumpulan. 


Kalau nak ikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah ialah haji ifrad, tetapi rasulullah telah recommend kepada para sahabat-sahabat beliau agar melakukan haji tamattu'. Apa beza antara haji ifrad dan haji tamattu'? haji Tamattu' adalah melakukan ibadah umrah terlebih dahulu diikuti dengan ibadah haji dan dikenakan dam. Manakala haji ifrad pula adalah melakukan ibadah haji sahaja tanpa melakukan ibadah umrah dan tidak dikenakan dam, tetapi disarankan untuk melakukan ibadah qurban.

Aku bersyukur kerana insya'allah akan menjadi tetamuNya bagi mengerjakan fardu haji ketika masih bekerja di sini. Mungkin ramai warga Malaysia yang sudah mendaftar dengan tabung haji dan menunggu giliran untuk menunaikan haji pada tahun-tahun seterusnya. Ada  seorang rakan yang menceritakan apabila beliau register baru-baru ini dengan tabung haji, dan beliau terkejut apabila mendapat giliran untuk menunaikan haji pada tahun 2037! Lagi 16 tahun! Biar Betik! 

Jika merujuk kepada perkara di atas eloklah korang remua register sekarang, tetapi ada juga hamba Allah yang kata aku belum bersedia untuk melakukan ibadah haji, adakah mereka tidak terfikir akan ajal yang bakal menjemput sebelum dapat menyempurnakan rukun islam yang kelima ini? nak register pun cuma perlu ada dalam akaun sekurang-kurangnya RM1500 je. Setakat RM1500 tu berapa la sangat, mampu lak pergi melancong sampai ke London, Paris, New York (macam iklan Dunhill lak) takkan nak pergi mengerjakan ibadah haji di  Makkah asyik tersangkut kot. kalau tak boleh dengan tabung haji boleh ikut pakej swasta, cuma tabung haji OK sket kot.

Ada juga sesetengahnya bila berjumpa dengan orang nak pergi menunaikan haji nak lak mintak tolong diorang doakan korang (orang Saudi pun dua kali lima). Tak teringin ke nak doakan untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain kat depan Kaabah? Apabila dapat beribadah dihadapan kaabah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila dapat berada di dalam masjidil haram dan di hadapan kaabah. Hanya orang yang pernah sampai sahaja yang tau bagaimana perasaannya. 

Walaupun aku dah pergi banyak kali, tapi still aku rasa tak puas lagi, kalau boleh nak cari kerja yang pejabatnya sebelah masjidil haram. Sapa tak mau seratus ribu kali ganda pahala boleh dapat bila beribadah disana. Kalau terpaksa meninggalkan kerja engineering pun aku sanggup (tapi takdelah sampai jadi cleaner dalam tu k)

Bercakap pasal cleaner, kalau ingin bersedekah eloklah bersedekah kepada mereka yang bekerja siang malam membersihkan masjidil haram. Gaji diorang biasanya cuma SR300. Peminta sedekah kat situ pun dapat lagi banyak dari diorang, dan biasanya duit yang disedekahkan kepada pengemis akan dapat kepada sindiket pengemis. Aku sendiri pernah tengok ketua sindiket pengemis yang menguruskan budak-budak pengemis. Seorang wanita berkulit hitam tinggi lampai dengan rambut berdandan tinggi macam bonggol unta, Abaya yang dipakai kemain bergaya. bila kira handphone kat tangan yang dipegang sampai empat! aku pun kalah!Oh! sudah lari topik, I'll better stop here.. hehehe..


Ps: Semoga semua yang mengerjakan haji pada tahun ini beroleh haji yang mabrur, begitu juga dengan rakan-rakan yang mengerjakan haji pada tahun-tahun seterusnya. Amin.. 
ps II: yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan (ada kaitan ke perumpamaan ni dengan blog? Ah! belasah ajelah eric)


back & skip

Sunday, October 23, 2011

Marketing Matters With Examples


Maybe some of you guys already read this before, but it is still OK to read it again. maybe you could recall thing you learn in your marketing subject in previous universities. ;)

Samy Vellu sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!" 
That's Direct Marketing. 

Mukhriz sees a gorgeous girl at a party. 
One of his loyal UMNO friends goes up to her and pointing 
at Mukhriz and says: "He's very rich.. Marry him!" 
That's Advertising.  

Khir Toyol sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and gets her telephone number. 
The next day, he calls and says: "Hi, I'm very rich. Marry me!" 
That's Telemarketing. 

Khairy is at a party and sees a gorgeous girl. 
He gets up and straightens his tie, walks up to her and pours her a 
drink, he opens the door (of the car) for her, picks up her bag after 
she drops it, offers her ride and then says: 
"By the way, I'm rich. Will you Marry Me?" 
That's Public Relations. 

Razak Baginda is at a party and sees a gorgeous girl. 
The girl walks up to him and says: 
"You are very rich! Can you marry me?" 
That's Brand Recognition. 

Syed Hamid sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!" 
She gives Hamid a tight and hard slap on his face.  
That's Customer Feedback.  

Not satisfied, Hamid goes to see another gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!" 
And she introduces Hamid to her husband. 
That's Demand and Supply gap. 

Abdullah sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and before he can say anything, 
another person comes and tells her:  "I'm rich. Will you marry me?" 
And she goes with him. 
That's competition eating into your market share. 

And finally Najib sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and before he can say: "I'm rich, Marry me!" 
Rosmah arrives. 
That's restriction for entering new market.


Friday, October 21, 2011

Siapa Qarin


Tidak ramai orang yang mengetahui tentang “Qarin” ini. Sebenarnya begitulah kehendak Allah s.w.t bahawa manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman ke mana sahaja ia pergi tidak kira siang mahupun malam, mengajaknya mengerjakan kejahatan dan menahanya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Ma’sud r.a. :
Maksudnya : “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. “ Mereka bertanya, ‘ Engkau juga ya Rasulullah. ‘ Sabdanya : ”Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku hal kebaikan sahaja.”
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan “kembar” nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

(source: buku, Jin : Hakikat dan Pengubatan, Dato' Hj. Ismail Kamus)

ps: Qarin ni tiada kaitan dengan maya karin ye, hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages