nuffnang

nuffnang LR

Monday, January 30, 2012

Ep 59: Die Hard 'Final' Exit

Tinggal dua hari bekerja lagi sebelum nak balik Malaysia. bakal pulang dengan Flight yang eric book sejak awal bulan Lagi. Ada beberapa mission penting yang perlu di selesaikan. Mission kali ni bukan kategori membalas dendam dengan makanan-makanan yang tak sempat dirasa masa balik beraya last time termasuklah durian. This mission is really-really serious one! (eric menulis dengan muka serious)
Real Angry Bird
Bukan tentang mission di atas yang eric nak tulis dalam blog kali ni, cuma nampaknya vacation kali ni mungkin ada dua possibility, redah balik without approval atau balik with approval. Kalau orang lain nak balik mesti ada approval dulu baru boleh buat exit-entry, tapi nampaknya planning eric untuk bersiar-siar di Bahrain menggunakan multiple exit-entry visa minggu lepas bakal digunakan untuk pulang ke Malaysia!

Eric dah submit leave application sejak 4 january lagi dan hari ni dah 30January, tinggal satu approval je lagi. biasanya dua minggu sebelum balik, cuti dah approve. Bos kecik dah sign approve, cuma bos besar je belum approve. Apa la payah sangat nak approve cuti, dah tu memang hak pekerja untuk amik cuti, Tak gitu? Katanya tak boleh cuti time Plant turnaround bulan march, so Eric apply cuti awal sikit. bukan balik suka-suka, nak settlekan masalah negara yang amat penting, memang tak settle kalau tak balik. Takkan sampai dah 26 hari submit pun tak reti-reti nak approve lagi?

Dua hari lepas bos besar cakap nak meeting dengan aku pasal cuti pagi semalam tapi alih-alih dia sick leave lak semalam. Tanya secretary esok boleh sign ke? Dia punye jawapan:
"I'm not sure sir" 
ni yang buat Eric nak bagi je penyepak laju-laju kat muka mamat secretary ni, tapi aku masih boleh menahan sabar. hari ni lak memanjang je meeting. Kalau tak settle hal approval ni eric kira nekad je, tiket dah ada, passport dah ada, visa pun dah ada. bukan setakat tu je, kereta eric pun dah sampai Sepang pun. Kira cukup masa terus chow. 

Don't Mess With ME!!
DIE!! DIE!! DIE!!
Apa susah sangat nak release bukan ada plant shutdown pun. Tau la baru naik pangkat jadi manager besar, masalah kecik macam ni pun tak boleh nak settle ke? bukannya takde orang nak ganti. 





Cuti ni workers right kan? Eric selalunya kalau ada orang mintak cuti dengan confirmation ada orang ganti terus sign dan stamp je approve takde sampai nak hold walau sehari pun kalau datang mintak direct. For Eric, Its not cool to hold people's right for days. Kalau sampai hari departure day pun tak settle, anggap ajelah this will be the final exit! Kalau eric datang balik pun just nak settle hal bank, release rumah, jual kereta! atau eric datang balik lagi 5 tahun untuk mengerjakan haji lagi atau mengerjakan umrah... Nak kerja lagi di saudi? jangan Harap!! Mintak simpang...

Sunday, January 29, 2012

Ep 58: Aku, Mereka Dan Harley Davidson

Sejak cawangan kedai Harley Davidson Motorcycles (HD) di buka selepas raya tahun lepas di kawasan jubail semakin ramai riuh untuk membeli motor berkuasa besar tersebut. Sebelum ini ramai yang cuma membeli accessories seperti pakaian, sunglass, cap dan sebagainya dari cawangan HD Dhahran. Semua yang berminat masih tidak membawa pulang sebuah motor pun hinggalah cawangan baru di buka di Jubail. 

Harga jualan sebuah motor HD di saudi cuma 35% jika dibandingkan dengan harga HD di Malaysia bagi setiap model. kebanyakannya memang berminat untuk membeli dan membawa pulang sebuah motor HD dengan menggunakan Approved Permit (AP) masing-masing. Untuk menggunakan AP kenderaan yang dibeli kenderaan tersebut mestilah di miliki selama sekurang-kurangnya sembilan bulan sebelum dibawa masuk ke Malaysia. 

Pada bulan pertama cawangan Jubail baru itu dibuka, seorang warga malaysia telah membeli sebuah HD dan merupakan pembeli pertama yang membeli di cawangan tersebut. Beberapa minggu, berlalu, sebuah lagi dibeli, beberapa bulan berlalu... bonus tahunan Sabic pula diumumkan, selepas beberapa hari diumumkan semua yang bekerja dengan sabic dan sabic affiliate mendapat habuan masing-masing. Entah berapa ramai mula membeli HD pelbagai model. 
Sportster Iron 883
Eric cuma mahu membeli sebuah HD Sportster je, bukan sebab harga paling murah, sebab tu lah HD yang paling kecik. kenapa nak beli yang kecik? kalau la suatu hari nanti eric balik ke Malaysia dapat kerja kat Kuala Lumpur yang tak pernah terlepas dari traffic jam, this is the best ride untuk mencilok celah-celah kereta time peak hour. korang tau tak, sebelum datang ke saudi, berapa jam Eric spend atas jalan raya untuk pergi dan balik kerja? at least 3 jam sehari ok! kecuali hari jumaat nak dekat public holiday atau minggu pertama persekolahan, eric pernah trapped sampai 5jam one way!






Rumah kat Kemensah, kerja kat Putrajaya, tak ada jalan lain melainkan MRR2. Highway KL putrajaya? orang gila je kalau dok kat area melawati sanggup nak meredah masuk ke KL untuk masuk that highway, nak sampai ke highway tu saja dah dekat 2 jam, aku pernah try ok! lepas solat subuh terus turun, kalau turun sebelum subuh memang takde harapan nak solat kat stesen minyak from melawati to bandar tasik selatan. pukul 6 dah start jem jalan tu, salah satu sebab ialah bottleneck bawah flyover pandan indah, yang dekat tesco Ampang tu. 


Setiap pagi baru 2km keluar dari lorong rumah dah tersekat. Everyday bila sampai flyover  Highway DUKE mula la eric menjerit dalam hati pada diri sendiri (kalau menjerit betul kang orang cakap apehal la brader kereta sebelah ni menjerit sorang-sorang?),
"Sampai bila ko nak kerja macam ni Eric!!!" 
then tak berapa lama lepas interview, tadaa! wa sudah sengaja menjerumuskan diri sendiri bekerja di negara saudi.
Bila dah drive kereta sendiri kat sini, bila hari strict checking kat checkpoint oleh askar bersenjatakan AK47, dengan kereta bersusun back to back kebelakang hingga ke highway exit, sekali lagi Eric berkata 
"sampai bila ko nak keje macam ni eric!!" (kalau boleh aku nak sambung macam ayat kat atas 'then tadaaa! wa sudah bekerja kat negara lain lak')


V Rod 10th Anniversary Edition
Kalau tengok pada kemampuan, memang le boleh nak bawa balik sebuah HD V-rod. Tapi Eric dah tak nampak dirinya masih berada di Saudi lagi empat bulan seterusnya. Hati sudah berada di Malaysia cuma jasad sahaja yang berada di Saudi. Yang mana tak sampai 9 bulan untuk memperolehi AP. Ada yang kata beli la satu bawa balik Malaysia baru la bergaya. Cuma tempoh AP tu sahaja yang menjadi halangan untuk eric membeli sebuah.


Kalau seseorang membeli sebuah motor HD secara automatic mereka menjadi ahli 'Harley Owners Group' (*HOG!). Sungguh tidak sedap di dengar nama tu. dan ada satu lagi group lain yang cuma menjadi HAOG (Harley Accessories owner Group). Nampaknya Eric Cuma sekadar jadi HAOG ajelah, dengan jaket kulit, baju, a cap and a sunglass.


Sekarang ni tinggal empat hari bekerja lagi sebelum balik Malaysia atas urusan persendirian. Bila dah balik ni boleh kata hampir semua dah taknak datang balik. kalau tanya eric, tengok lah macamana rezeki, jodoh pertemuan atas kuasa tuhan. Eric terima aja ketentuan Allah, tetapi bukan menyerah kalah dengan duduk saja, I will try to change everything I want to change the best that I could. the rest.. bismillahitawakkaltu 'alallah...  


Iklan Ustaz Azhar Idrus sket
Eric: Dah lama aku tulis blog ni tapi tak post. setakat Malaysian Fest dua hari lepas yang juga di sertai oleh company Harley Davidson dah 8 orang Malaysia membeli HD, and more sedang planning nak beli lagi. ramai yang test Harley Davidson Sportster masa malaysia Fest tapi aku tak test, sebab di khuatiri terbawa-bawa hingga terangkat sebuah! Kang tak pasal-pasal jadi masalah bila nak bawa balik Malaysia atau kena stay hingga 9 bulan lagi! Sungguh wa tak sanggup beb!!!


picture source Harley Davidson Official page

Saturday, January 28, 2012

Seorang Pemuda Miskin dan Seorang Janda

(Sharing Kisah Tauladan sekali sekala)
Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang sangat miskin. Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi 'tetamu tetap' di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggalnya memang di masjid. Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu. kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana. Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya.

Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati...

"Bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka? Aduh! Aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri," pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa.

Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung. Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi.

"Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!"

Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar. Ya, memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni. Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut.

Sebiji TERUNG!

Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung. Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak.

"Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama. Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu"

Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.

Pada Hari berikutnya...
ketika penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya majlis ilmu pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran. Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati Imam yang telah memberikan pengisian petang itu.

"Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu..." rayu wanita itu.

"Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah... jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu."

"Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia," esakan mulai kedengaran.

"Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam."

Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya.

"Aku... aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini," ujarnya.

"Apa benar kau ingin aku membantu mu?" tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk.

Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang.





Imam memanggil pemuda itu dan perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut.

"Sudikah kau mengahwini wanita ini?" pantas imam tua itu menyoal.

"Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Wahai Imam Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung seorang isteri..." jujur pemuda itu menjawab.

"Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan hartamu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari gangguan luar," balas wanita tersebut.

Keadaan Diam seketika... Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan.

Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata:

"Sekarang pulanglah kamu bersama suamimu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang."

Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah menjadi suaminya yang sah.

"Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untukmu, wahai suamiku."

Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya.

"Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?" soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Jangan-jangan...

"Silalah makan dahulu," kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu.

"Ya Allah... adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?"

"Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar," jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya.

"Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? Sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumahmu semalam dan menggigit terung ini," akui pemuda itu ikhlas. wajah wanita itu berubah penuh tanda tanya.

"Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu... aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku," ujar pemuda itu sambil tertunduk mengalirkan air mata.

"Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkanmu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akanmu. Tahukah kau mengapa?" soalnya.

Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya.

"... kerana sifat TAQWA mu! Kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? Kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepadamu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semua kepadamu kerana KETAQWAANmu itu," ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.


Kerana takutkan Allah, pemuda itu telah meninggalkan semula terung yang digigitnya ke tempat asal. Dia malu kepada Allah, dan dia benar-benar takut Allah akan menghukumnya. Kerana TAQWA yang ada padanya, Allah membalasnya semula bukan sahaja terung yang selamat digigitnya tanpa izin, tetapi termasuk tuan empunya rumah dan isi rumah tersebut kepadanya. Semuanya secara HALAL.

Akan tetapi bukan harta dunia yang dikejar, tetapi rasa takut yang berterusan kepada Tuhan yang Maha Melihat, yang Maha Mengetahui dan yang Maha Pengasih, dalam melakukan sesuatu walaupun ia hanya sekecil-kecil zarah. Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Surah Al-Hasyr ayat 18)

Firman Allah dalam surah yang sama, ayat seterusnya:
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehinggalah Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Hasyr ayat 19)

Eric: Ramai yang pernah baca kisah ni, tapi saja repost balik sekadar mengingatkan rakan-rakan dan diri sendiri betapa besarnya balasan Allah SWT di dunia kepada hambanya yang sentiasa bertaqwa apatah lagi di akhirat... 

Tuesday, January 24, 2012

Ep 57: A Visit To Ladang Unta

Selepas trip ke badwi market, baru eric realize rupa-rupanya banyak ladang unta yang berada berhampiran dengan jubail. Selalu terdengar orang bercakap tentang susu unta, tapi dah hampir dua tahun disini makan daging unta dah selalu, tapi sekalipun tak pernah minum susu unta. Orang kata susu unta banyak khasiat, jadi nak juga eric cuba.

Pada asalnya petang jumaat itu eric hanya ingin pergi 'menembak' gambar unta di padang pasir sahaja. Maka hari itu eric seperti biasa membawa dua equipment pentingnya, iaitu GPS dan DSLR. Dalam perjalanan mencari ladang unta, eric ternampak satu perkhemahan orang arab dengan bilangan unta yang agak banyak dan unta-untanya besar-besar belaka. tanpa berfikir panjang eric terus memandu keretanya masuk ke ladang unta berkenaan. lokasi kandang unta agak jauh dari jalan utama, risau juga kalau-kalau tayar kereta tersekat dalam pasir, maklumlah honda Eric cuma 2 wheel drive. Namun laluan utama tidah berturap ke kandang unta kelihatan tanahnya agak padat kesan dari laluan kenderaan berat. Jadi eric meneruskan niatnya, cuma bimbang kalau-kalau kena halau oleh pak arab yang memelihara unta tersebut.

Apabila sampai ke lokasi, eric membetulkan kedudukan parking kerana tayar depan keretanya hampir terbenam dalam pasir. ketika kereta diundurkan seorang pakcik arab menghampiri kereta eric sambil menyuruh eric parking di kawasan berbatu untuk mengelakkan terkandas dalam pasir. Melihat pakcik arab berkenaan menghampiri kereta sambil tersenyum eric mematikan enjin kereta dan keluar dari keretanya. 
(setelah dialih bahasa dari bahasa arab)
"assalamualaikum" 
"waalaikumussalam"
"apa khabar?"
"baik"
"semuanya baik?"
"ya baik"
"disini ada susu unta?" tanya eric
"ya ada tapi kena tunggu sedikit masa" jawab pak arab sambil tersenyum kemudian menambah
"madam boleh pergi ke khemah perempuan di sebelah sana"

eric di jemput untuk duduk di hadapan khemah berhadapan dengan unggun api betul-betul di depan pintu khemah. Eric memberi salam dan bersalam dengan beberapa orang pemuda arab yang juga duduk mengelilingi unggun api. kelihatan ada beberapa teko logam dipanaskan betul-betul bersebelahan dengan unggun api.
"kopi atau susu" tanya pak arab itu lagi
"susu" jawab eric ringkas
lalu susu unta yang masih panas dari teko berhampiran dengan bara dituang kedalam cawan yang agak besar dan dihulur kepada eric. eric menyambut cawan tersebut dan mula minum sedikit demi sedikit susu unta tersebut. rasanya sama seperti susu segar yang selalu dibeli di pasaraya cuma lebih sedap.

pemuda yang duduk di sebelah eric bertanya soalan yang biasa orang saudi tanya pada Asian foreigners
"indonesi? filipini?"
"malizi"
"ooo malizii... anta muslim?"
"yes muslim"
"alhamdulillah, How long have you been in saudi" tanya pakcik arab yang menyambut eric tadi.
"two years."
"where do you work?"
"I work in ....."
"ooo I also work there before for 17years since comissioning and plant startup in 1983" (la rupa-rupanya fasih english pakcik ni, susah payah je eric cakap arab tadi, patut la fasih dah kerja dengan Shell sampai 17 tahun)
Unta ni tak payah nak kena hambat balik kandang, bila senja semua akan
beratur balik ke kandang.
Angin petang bertiup, angin yang begitu dingin membuatkan eric kesejukan walaupun memakai jaket kulit. Semuanya bersantai di atas carpet dan bersandar pada sofa arab di belakang masing-masing. Habis sahaja susu di cawan eric, terus di tambah lagi, begitu mesra layanan keluarga arab pakcik tadi. lama juga mereka berbual dihadapan unggun api. dan kelihatan kadang-kadang pakcik tadi berzikir dan beristighfar dan menggerakkan tasbih yang tak lekang dari pegangan tangannya.
Banyak gak biri-biri yang di bela
Selepas dua cawan meminum susu unta, anak pakcik tadi membawa susu unta yang baru diperah di dalam mangkuk logam sebesar setengah pemeluk. kelihatan buih dari susu itu yang lebih pekat dan pejal seperti whipping cream. susu mentah itu ditambah kedalam teko dan sebahagiannya di tuang kedalam mangkuk kecil yang dipegang oleh anaknya yang bercermin mata dan berusia awal belasan tahun. anaknya mangambil biskut dan dicelup pada bahagian buih (macam cream) lalu memakannya.
(iklan susu tv) unta-unta yang memakan rumput yang segar menghasilkan 
susu yang segar (unta-unta ni lagi suka makan buah tamar) 
Pakcik arab itu menawarkan susu mentah kepada eric tetapi berkata
"maybe just drink the hot milk, boiled milk will kill the germs or bacteria" katanya sambil menuangkan susu ke dalam cawan eric yang kosong. 
"you want to take picture? its ok, go and take your camera" katanya
"you can take milk to bring home"
"Thank you but I have no bottle to use, its ok." jawab eric (rugi tak bawak bekas)
eric kembali ke kereta 'lock and load' cameranya dan pergi mengambil gambar unta, tetapi eric tidak berani mengambil gambar tempat mereka bersantai takut berlaku perkara seperti terjadi di badwi market berulang kembali. (eric tak tau rupanya kalau gambar lelaki sebenarnya takpe dan tak haram macam perempuan arab)






selepas solat maghrib berjemaah, eric pun meminta diri. Keluarga arab yang lain pun mula menyusul meninggalkan ladang unta kepunyaan pakcik arab tadi. 


Note: Kalau nak gi lagi rasa macam segan lak sebab layanan mereka sangat mesra... diorang ni dari keluarga al-gahtani dan mengamalkan hidup secara nomad. pakcik tu yang cerita macam tu, I just write what I was told.  

Monday, January 23, 2012

Ep 56: Badwi Market Center (part II)

Tetapi makcik itu masih belum puas hati! (Click to read Part I)


Ketika Eric lalu depan makcik tu dengan selamba, makcik tu start membebel lagi, lalu eric menutup lens cameranya dengan lens cover, lalu berkata:
"OK, no more! Khalas!"
baru je makcik tu nak bunyi lagi eric mencelah dengan suara yang kuat sedikit
"khalas!"
Lalu eric cepat-cepat beredar meninggalkan kedai makcik kaki leter tu. Walaupun eric telah meninggalkan kedainya makcik tu masih belum habis lagi berleter agaknya dia mengadu pula pada customer pak arab di depan kedainya. (note: wanita arab menganggap mengambil gambar wanita walaupun berpurdah adalah haram. and its like a taboo)


Apa-apapun yang dijual di pasar badwi tersebut lansung tidak menarik minat eric. Eric memang tidak berminat dengan carpet, langsir dan apa jua barangan arab yang dijual disitu. eric setakat tengok-tengok je, orang lain yang tengah 'kelabu mata' excited dengan design arab dan berminat nak beli carpet dan macam-macam barang. Ketika berjalan-jalan terlihat beberapa bungkusan pepejal keputihan seperti kropok dibungkus didalam plastik lutsinar. Rupa-rupanya itu adalah susu yang telah dikeringkan dan dijadikan seperti keropok yang agak tebal. Eric mengambil secebis sampel dan mencubanya, terasa seperti serbuk susu yang sedikit masam. 


Eric menjenguk di sebuah gerai lagi yang di punyai oleh seorang makcik kedai yang agak peramah. Dalam bahasa arab, eric bertanya serbuk apa yang kelihatan agak kehijauan pudar yang dijual atas meja depan kedai. Makcik itu menerangkan serbuk itu adalah dari biji tamar yang dikisar untuk dimakan. makcik kedai cuba menerangkan bagaimana untuk menggunakan serbuk tersebut. Lalu makcik itu membuka penutup bekas penyimpanan yang dibuat daripada kulit kambing, mengambil sebiji tamar dan menyalutkan tamar dengan cecair hijau seperti jem yang dikeluarkan dari bekas tersebut dan menghulurkan pada eric. oleh kerana kelihatan pelik, eric enggan untuk cuba merasa tapi menawarkan kepada ahli rombongannya. Akan tetapi semua pun enggan mencuba. Oleh kerana makcik tu tetap menghulur, maka eric pun mengambilnya dan terus mencubanya. takde rasa pelik pun, cuma kurang manis sedikit sahaja. 


Cuaca yang agak panas membuatkan eric mula rimas lalu kembali ke kereta untuk menyimpan kamera dan mengambil wallet yang tertinggal di dalam kereta. selepas beberapa lama menunggu didalam kereta, barulah ahli rombongan siap membeli. ruang simpanan belakang kereta eric yang sebelumnya separuh penuh, tiba-tiba menjadi penuh! selepas solat jamak zohor dan asar  di masjid yang terletak bersetentang jalan dengan pasar, mereka bertolak pulang.


Merempit ATV


Dalam perjalanan pulang, di kiri kanan jalan terdapat tempat yang menyediakan All Terrain Vehicle (ATV) untuk disewa, oleh kerana untuk sampai kerumah mengambil masa lebih sejam setengah, eric tidak berhenti pun kerana yakin terdapat banyak lagi ATV yang jaraknya cuma 50km dari industrial area. Eric melalui beberapa kawasan ATV tapi tidak memberhentikan keretanya. penumpang kereta yang mengekori eric mula resah kerana pada awalnya planning nak merempit ATV dan menelefon gengnya yang berada dalam kereta eric. eric mendengar sahaja perbualan telefon. Dari agakan eric, soalan yang mungkin ditanya ialah "jadi ke kita nak main ATV?" takut le tu, takut tak dapat naik ATV hehehe..


30km berlalu, tiada satu ATV pun kelihatan, tetapi terlihat pula sign tempat untuk menunggang unta 5km dihadapan.
"tak dapat naik ATV, naik untuk pun jadilah" (suara orang frust takut tak dapat main ATV)
eric buat tak tau je
5km berlalu...
"takde seekor pun unta kat kiri kanan jalan" kata eric tanpa memperlahankan kenderaan, 40km lagi berlalu. barulah kelihatan tempat yang menyediakan ATV didalam kawasan oil rig aramco berhampiran dengan saudi kayan desert camp. di situlah eric nak tengok selaju mana sangat geng-geng wanita yang nak merempit ATV. harga yang ditawarkan 70riyal sejam, tetapi eric menawar harga 30riyal setengah jam bagi setiap ATV untuk 6 orang. dan tuan punye ATV bersetuju. 


Eric memilih ATV baru yang plastik seat pun masih belum buang. itu adalah first ride eric menaiki ATV dan juga first ride bagi mereka yang lain kecuali mereka yang menaiki kereta yang mengekori kereta eric. apabila enjin dihidupkan eric terus memecut ATVnya kekawasan padang pasir. dua tiga kali merempit kesana kemari dengan full speed, geng wanita yang excited sangat nak main ATV masih tak jalan dari tempat parking ATV. Masih takut-takut nak jalan. Kata nak rempit sangat! riding ATV lebih kurang macam Jetski je rupanya bagi eric.


eric merempit ATVnya entah kemana-mana, wanita yang excited sangat nak rempit ATV terkial-kial nak sampai ke tempat yang dah berapa kali eric lalui. tengok kelajuan diorang naik ATV, kalau eric jogging pun boleh potong ATV diorang. tak sampai 5 kilometer sejam kot diorang 'rempit'! rempit la sangat! Rempit gaya kura-kura kot. yang eric rasa diorang lagi banyak posing amik gambar daripada 'merempit'. buang duit je kalau ride ATV macam tu. 
2 orang paling kiri ATV level kura-kura(lawak je), 3orang di tengah ATV level beginner,
Eric the first timer mana? (Tolong Snap picture je... kesian...)


Hari tu memang puas hati eric merempit dalam kawasan padang pasir, mesti arab-arab yang tengah tidur dalam khemah pening dengar bunyi full throttle enjin ATV Eric yang melalui tepi khemah mereka, prengggg sana, Prenggg sini, Prenggg sana balik sampai ke sinun. selepas setengah jam berlalu ATV dipulangkan dan sewa dibayar, tapi sessi 'Posing' dengan ATV menambah lagi masa hingga cukup sejam!






Selepas meninggalkan kawasan ATV, antara perbualan didalam kereta:
"eric dah berapa kali naik ATV? akak tengok laju semacam je."
"Tadi tu first time, kalau naik ATV bawak slow macam akak tadi buat rugi je bayar mahal-mahal tapi tak guna banyak minyak. untung pak arab tadi, dah la minyak murah. Naik ATV lebih kurang je macam Jetski."
"Jetski? tu memang tak berani takut jatuh dalam air.."
"Kat saudi konfem pompuan takleh bawak jetski" sambung eric.

Picnic ditepi Padang Pasir
Nice picnic view ? Nampak bayang-bayang eric snapping a photo?


selepas menyambung perjalanan ketika hari semakin senja, eric keluar dari highway menuju ke padang pasir untuk makan malam sambil berpicnic berhampiran kawasan unta berkeliaran.sebelum matahari terbenam mereka menyambung perjalanan selama setengah jam sebelum sampai ke rumah.


Apabila sampai di rumah eric membuka jaket kulitnya, dan ternampak kesan debu pasir di bahagian belakang jaket. Apa laju sangat ke aku rempit petang tadi?


Eric: kesian ada kamera tapi gambar sendiri tak banyak, no problem.. low profile

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages