nuffnang

nuffnang LR

Sunday, January 22, 2012

Ep 56: Badwi market center

Weekend yang lepas beberapa keluarga telah pergi berjalan-jalan di padang pasir dan meletakkan gambar mereka pergi membeli-belah dan merempit All Terrain Vehicle (ATV) dalam facebook. Ini membuatkan beberapa orang lain teringin juga nak pergi membeli-belah barangan seperti carpet, langsir dan barangan tempatan hasil tangan orang arab badwi seperti mereka. yang teringin tu termasuklah keluarga sendiri dan dua lagi keluarga lain (kaki shopping sapa lagi kalau bukan kalangan wanita). Oleh kerana exit entry visa untuk berjalan-jalan ke Bahrain tak sempat dapat maka eric menukar ke plan B iaitu berjalan-jalan dalam area saudi sahaja berdekatan dengan border kuwait. 3 family pergi dengan dua buah kereta. 

Eric seperti biasa membawa Equipment seperti DSLR dan GPS. Akan tetapi eric memang tak ada idea lansung kemana arah yang hendak dituju. Cuma mengikut sahaja laluan seperti yang di ceritakan oleh isteri-isteri family yang telah pergi kesana minggu lepas. Eric mencari list tempat di dalam GPS bernama Nu'airiyah tetapi tiada dalam list pencarian garmin. Eric mencari pula khafji (pertengahan jalan antara tempat yang dituju) tetapi arah yang ditunjukkan GPS bertentangan dengan arah yang diceritakan melalui perbualan telefon. memang terjumpa signboard menuju ke khafji tetapi jalan menuju kesitu telah ditutup untuk kerja pembaikan jalan. 

Oleh kerana jalan di tutup, eric mencari jalan alternatif untuk menuju ke khafji. pusing punya pusing dah terperangkap dalam jalan yang telah ditutup dari kedua-dua arah. memang tiada kereta lain melainkan dua kereta mereka sahaja yang sedang mencari arah keluar, kereta lain adalah kereta-kereta contractor jalan, treller dan lori pasir. Lalu eric menggunakan semula GPS untuk mencari arah. 


Walaupun kebanyakan jalan yang ditunjukkan GPS menuju khafji telah ditutup, eric menggunakan gerak hati sendiri (ye ye je hahaha) mengikut jalan yang patut walaupun mengikut laluan lori yang jalannya tidak rata. setelah hampir sejam memakan buat langsat (sesat la) barulah terjumpa highway menuju ke khafji. dan pemandangan menuju ke tempat yang dituju amat berbeza, kelihatan banyak unta dan biri-biri peliharaan di padang pasir dikiri dan kanan jalan.


"kenapa biri-biri sini hitam hitam belaka?" tanya salah seorang penumpang eric
"sebab tiap-tiap hari kambing tu selalu keluar tengah panas." jawab eric melawak selamba me'relate'kan sunburn dengan bulu biri-biri yang hitam.





Apabila memasuki kawasan khafji barulah bertemu papan tanda untuk menuju ke Nu'airiyah. Apabila jam menunjukkan pukul 11 mereka telah sampai ke Nu'airiyah, kelihatan replika kulit kambing yang dijadikan sebagai bekas simpanan cecair ditepi jalan. Mungkin itulah barang sebagai simbol barang keluaran orang badwi disitu.


Oleh kerana belum Breakfast, mereka berhenti seketika untuk menikmati nasi lemak yang lauknya telah dibuat berasingan setelah dibahagikan tugas malam sebelumnya. kena lak dengan sambal nasi lemak yang best maka banyaklah nasi yang di 'cekik' oleh eric. 


Setelah selesai Breakfast perjalanan disambung dan berhenti di beberapa tempat untuk bertanya dan mencari pasar barangan badwi. Setelah puas mencari, barulah bertemu dengan pasar tersebut, eric mengeluarkan cameranya lalu mula 'menembak' gambar-gambar pemandangan sekitar pasar berkenaan. Ketika eric mengambil gambar dari jarak dekat, seorang wanita arab mula marah-marah sambil berkata sesuatu kepada pelanggan-pelanggan arab lelaki dihadapan kedainya. wanita itu menunjukkan kearah eric yang sedang mengambil gambar!
sebelum kejadian, makcik arab tu tak sedar lagi eric pakai kamera...
tiba-tiba disedari! Makcik arab yang bersedia nak melaser Eric!
background: customer malaysia yang tengah kelabu mata hahaha...


eric terkejut, salah ke amik gambar padahal pompuan tu cuma nampak mata je macam ninja! tapi wanita itu tidak bangun dari kerusi yang sedang di dudukinya agaknya kerana badannya yang terlalu berat hingga tak mampu berdiri. kalau wanita itu kurus rasanya mau di kejar eric dengan kameranya. tetapi eric dengan selamber cool je jalan depan wanita yang sedang berleter entah apa dalam bahasa arab.


Tetapi makcik itu masih belum puas hati!
(bersambung) 
(click to read Part II)

3 comments:

  1. assalamualaikum tuan haji eric,

    nak tanya nih...tiap2 hari ke badwi market center di bukak atau hari tertentu je..?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalaam, hmmm tak taulah plak sebab eric tak pernah lak buka kedai kat situ hahaha.. tapi kalau tengok keadaan tu macam everyday, takkanla makcik-makcik situ jual 2hari seminggu je kot dengan bazaar yang sikit punye besar macam tu.

    ReplyDelete
  3. tq hj eric...semangat nak gi jugok nih...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages