nuffnang

nuffnang LR

Friday, July 27, 2012

Berpuasa di Brunei


Sudah seminggu umat islam seluruh dunia berpuasa, dan sudah seminggu jugalah eric berpuasa di brunei. dua tahun yang lepas berpuasa di tanah saudi termasuklah berpuasa di Makkah sambil mengerjakan umrah. 

Berpuasa di Brunei lebih kurang je macam berpuasa di Malaysia, manakala berlainan jika berpuasa di saudi kerana tahun lepas dan tahun ini bulan puasa jatuh pada musim panas, maka masa siang yang lebih panjang  bermakna semuanya terpaksa berpuasa melebihi 15jam. 

jadi apa bezanya berpuasa di Brunei? Kalau Malaysia biasalah kan dengan bazar ramadhan dan moreh dan sebagainya. begitu juga dengan brunei juga terdapat bazar ramadhan, cuma makanan dan kuih yang disediakan tidak banyak variety walau sebesar mana bazar ramadhan tersebut termasuklah di Bandar Seri Begawan (terbesar). Rata-rata lebih kurang sama sahaja, ayam golek, kuih-kuih biasa, nasi katok, murtabak dan berbagai jenis minuman. akan tetapi harga di bazar ramadhan disini agak 'cekik darah' pada pandangan eric.
'Bazir' ramadhan BSB hahaha...

Selepas tiga kali membeli di bazar ramadhan, mulalah terasa boring, makanan sama je tiap-tiap hari. baik makan kat rumah je, kurang lah sikit 'bazir ramadhan'. dan sepatutnya bulan ramadhanlah yang menjadi bulan berjimat.

selain dari itu ada beberapa perbezaan besar antara brunei malaysia dan Saudi.  Kalau di saudi, takde kedai makan berani buka sebelum waktu asar, kalau di malaysia macam biasalah kaki tak puasa pergi makan tengahari di kedai yang kononnya tutup tapi penuh dengan kaki tak puasa. kalau kantoi, naik kereta jenazah la jawabnya hahaha...

Bagaimana pula di brunei? Pada siang hari kedai makan beroperasi seperti biasa termasuklah kedai yang dibuka oleh tuan yang beragama islam dan mamak. lansung tak tahu menghormati bulan yang mulia!

satu hari ketika lunch hour, eric terdengar perbualan dua orang lelaki melayu tempatan.
"kau puasa hari ni?"
"macam la kau puasa"
"so kita nak lunch kemana hari ni?" kata yang sorang lagi sambil berjalan menuju ke kawasan kedai makan.
mendengar perbualan begitu eric agak terkejut. boleh macam tak bersalah berbual macam tu? kalau budak sekolah boleh la aku terima, tapi umur sekor-sekor dah tua bangka dah masuk umur 40 (eric kenal tapi tak mesra). nak tegur pun diorang lalu depan eric buat macam tak kenal. malas aku nak layan. eric ingat kan dua ekor tu je, tapi rupa-rupanya ramai lagi... oh so this is 'negara melayu ISLAM beraja'... great! just great! (sarcasm)

bukan setakat itu aje, boleh lak minum air botol secara terang-terangan sambil berjalan di khalayak ramai waktu tengahari buta!

Dalam Kitab berkenaan Fekah puasa yang ditulis oleh Al-Qardawi "sesiapa yang batal puasanya tanpa uzur seperti mengeluarkan mani dengan sengaja, merokok, makan dan minum, ia dilarang untuk melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. ia dikira denda pertama baginya selain menggantikan puasa kemudiannya"

perkara ini disebut didalam sebuah hadis yang bermaksud "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (hadis riwayat Al-Bukhari) 


PS: tak semua macam tu, walaupun boleh tahan ramai juga yang tak puasa tanpa rasa tak bersalah. Nampak gaya yang uzur syar'ie pun selamber badak je makan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages