nuffnang

nuffnang LR

Thursday, July 12, 2012

P.A = Personal Assistant


Hi guys! lately macam frequency posting blog eric agak kureng sket, bukan apa, baru install astro kat rumah, kena lak musim masterchef celebrity tu yang liat sket nak mengarang blog. bermula  ketika sampai kat brunei semasa tinggal kat umah company, eric terlayan masterchef celebrity, ye la takde kereta umpama takde kaki, nak pegi mana-mana pun malas. jadi malam-malam layan astro. weekend pun layan astro je. tapi bila pindah rumah dah takde astro, kena lak tv cuma dapat dua siaran RTB brunei. kalau tak berita, tayang cerita korea, dan cerita indon. kalau tayang cerita indon eric memang tak amik port, tapi boleh lak terlayan cerita korea. pada opinion eric it takes just two episode to make you addicted to korean drama series.

oleh kerana Personal assistant yang import from malaysia dah sampai, baru la bleh confirm nak stay kat rumah sewa ni ke nak pindah. bila tengok rumah-rumah sewa lain memang PA eric tak berkenan, ok apa rumah sewa sekarang ni... rumah bungalow yang di convert jadi rumah semi-D yang fully furnished dan siap bleh letak lebih dari 3 kereta lagi (orang brunei ni normal la at least pakai 2 kereta, average 3 kereta satu rumah)

jadi bila dah confirm nak stay rumah sewa ni eric pun pasanglah Kristal astro beyond, dan internet fixed line. maka boleh la layan balik masterchef dan macam-macam rancangan yang dah lama tak layan di astro selama dua tahun berada di timur tengah yang jauh dari capaian satelit astro. sekarang, di brunei, tetiba jakun macam tak pernah tengok astro. cuma takde channel Malaysia untuk layan ceramah kat tv alhijrah, rancangan malaysia yang ada pun cuma RTM je. kenapa pasang astro? ye lah sebelum ni 'single core' tv brunei pun layan je lah walau bahasanya lain macam sket eric apa kisah, asal ada tv dah syukur.

jadi bila dah upgrade jadi dual core (wife ler tu), kena la provide everything. masak hangus beb nak bayar untuk install astro beyond, internet dan telefon!  jumlah keseluruhan untuk tiga perkara ni aje lebih dari BD700 (lebih dari RM1500 dowh!) 

Pada suatu hari agent tuan rumah datang nak kutip sewa dan bertanya
"bila family nak datang?"
"dah datang dah pun kak baru dua hari sampai" dan pada masa yang sama PA eric pun keluar bersalam
"ooo dah sampai, elok sangat la, kesian eric ni dah berapa lama tinggal sorang-sorang, sekurang-kurangnya ada la teman berbual"







eric masuk kebiliknya mengambil duit untuk membayar sewa, bila di kira-kira alamak! kurang BD300! rupa-rupanya terguna semasa mendaftar astro installation, telefon dan internet. PA eric menghulur BD100, short 200, maka malam tu terpaksalah eric meminta agent tersebut mengikutnya ke atm terdekat untuk mengeluarkan wang selebihnya. ketika eric sedang mengeluarkan duit di atm kelihatan beberapa lagi penyewa membayar wang sewa kepada agent tersebut. bila tengok semua tu agaknya hari tu mau lebih sepuluh ribu dolar wang sewa yang dikutip, nasib baik kat brunei, kalau kat malaysia eric pun tak berani pegang duit banyak camtu, boleh mengigil... (oh!)

PA eric pelik sikit bila panggil nama selalu tak dengar, bila eric dah geram panggil makcik boleh lak dia dengar, pastu kata eric jahat. masa jauh boleh lak kata eric hensem, punye la lama bertahun baru nak perasan eric ni ensem (ecece dan dan je masuk bakul angkat sendiri) tapi bila dah dekat, she call me a road bully! yang ni memang takleh nak nafi lagi. yes... eric memang seorang yang berbeza bila driving, tak caya? please don't try to call eric masa tengah driving (oh!)

PS: bila jauh bau bunga... bila dekat bau apa ek? 

2 comments:

  1. Eh sama la kita. Bila drive ops sape tu bleh buli balik org yg buli @ yg rasa jln hak dia punya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages