nuffnang

nuffnang LR

Thursday, April 05, 2012

Kuwait Friday Market

Seperti yang eric tulis dalam entry lepas berkenaan dengan Souq Al-Jum'ah (Friday Market). Friday market ni adalah market arab yang paling besar pernah eric tengok. orang pun ramai berduyun-duyun hingga nak parking pun jadi masalah.

Friday market ni terletak 10km dari pusat bandar. Pasar ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap satu bahagian menjual barangan yang berbeza dalam setiap tempat yang kelihatan seperti gudang terbuka dan berbumbung. dan kebanyakannya adalah barangan terpakai termasuklah pakaian. Pasar pakaian nampak lebih kurang macam kedai bundle Malaysia. Eric kalau bab pakaian situ memang tak berminat.

Selain Pakaian ada section, Langsir, perabot baru, Barangan electric terpakai, aksesori terpakai, aksesori baru, barangan kraftangan tempatan dan macam macam lagi. Apa yang pasti, kalau peminat langsir dan perabot terutamanya kaum wanita boleh 'terpaku' kat sini hahahaha... terlalu banyak choice! Ok guys, kalau takmo habis banyak duit silalah buat-buat tak jumpa tempat ni hahaha...

Friday market ni dibuka dari pagi hingga petang, tutup sementara waktu solat jumaat dan buka balik selepas habis solat jumaat. The best time to come awal pagi, terutamanya bila musim panas. Walaupun winter baru nak berlalu, pasar sini dah bertukar panas semacam. 
Section Pakaian (bundle)
Section aksesori (kanan) dan Section Electric terpakai di 'sinun'
picture taken semasa azan jumaat pertama
Curtain section
Arabic Sofa Design Section (lawa la purple ni)
gambar ni cuma 20% dari overall section. Big huh?
Budak kat tengah ni over excited tengok
Camera eric, siap suruh amik gambar (carpet section)
nampak je kecik, tapi quite expensive


Alrighty guys thats all for Kuwait. Terdengar ura-ura ada yang ajak jalan-jalan di Dubai for second time? am I going? stay tune!  ;)
(HOME)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages