nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, March 06, 2012

Rokok Dan Epal Haram?



Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.


Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.




Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah...
* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i...
(Credits to someone in facebook who share this to me) sharing is caring
Home

Monday, March 05, 2012

Jalan-Jalan Di Bahrain

Bahrain, dah lama aku terfikir nak gi bahrain dan sebab itu jugalah aku buat Multiple exit entry pass yang sepatutnya dah pergi sebelum balik vacation di Malaysia tetapi terpaksa tunda hinggalah minggu lepas. Akhirnya tercapai juga hajat berjalan-jalan di kota Manama buat pertama kali. Eric cuma dapat snap satu gambar sahaja melalui blackberry kerana indeks penglihatan agak rendah berikutan ribut pasir yang agak teruk sehari sebelum tiba di Bahrain.
Manama - Bahrain (dalam sandstorm)
Oleh kerana jarak Bahrain agak jauh, sejak selepas subuh awal pagi lagi bertolak dari jubail. apabila tiba di kepulauan sempadan saudi-bahrain, rupa-rupanya ada banyak tempat perlu berhenti, antaranya - tol (20riyal pergi 20 riyal balik), imigresen saudi, insurance kenderaan sementara, pemilikan kereta dan driving license, pemeriksaan kenderaan (anti-penyeludup), imigresen bahrain,  dan border pass. nasib baik bertolak awal pagi kalau tak terpaksa la menunggu giliran beratur belakang kereta lain.

Kami berempat sempat berpicnic untuk breakfast apabila tiba di pusat membeli-belah pertama yang agak kecil iaitu Seef Mall.  Kerana tidak mempunyai matawang Bahrain Dinar (BD), duit boleh dikeluarkan melalui mana-mana atm machine dengan menggunakan mana-mana card atm middle east sebagai contoh card atm SABB (HSBC) boleh digunakan untuk mengeluarkan wang bahrain dinar. matawang Bahrain adalah lebih mahal dari matawang Saudi, yang mana satu dinar adalah bersamaan dengan 10 saudi riyal. duit riyal juga diterima tetapi mereka lebih prefer matawang BD.






Tempat pertama yang eric cari ialah cinema (saudi mana ada cinema) untuk check harga dan check cerita mana yang menarik. Harga untuk menonton wayang agak mahal jika dibandingkan dengan harga tiket wayang Malaysia seperti di TGV dan GSC iaitu 3dinar (30riyal dowh!). Oleh kerana masih terlalu awal, plan untuk menonton wayang ditunda selepas sessi shopping. yes, Bahrain is a shopping paradise for shopaholic, cuma too bad  SALE season is already Over. 
F1 Scuderia Ferrari dalam Boutique Ferrari
Kami pada mulanya mencari souvenir shop dan sempat sesat di jalan sempit berhampiran Bahrain gold souk. Semua jalan kecik one way, muat-muat untuk laluan sebuah kereta sahaja. Berlainan dengan jalan besar yang begitu luas dan bersih lak tu (kalau buang sampah merata boleh kena denda). Pemandu-pemandu kenderaan juga mengikut peraturan lalu lintas yang tentu sekali jauh bezanya dengan Saudi.  


Di kedai Souvenir, Eric cuma membeli sehelai t-shirt tertera perkataan Bahrain dengan gambar unta dan pokok kurma, dan juga aviator cap yang biasa dipakai oleh juruterbang pesawat tempur zaman perang dunia kedua hehehe. Rasanya kedai souvenir tu untung besar bila shopaholic yang lagi 3 orang tu start shopping (not me)
Level Surau - Bahrain City Center
Kemudian kami ke Bahrain City Center untuk bersolat jamak dan lunch. Selepas lunch kami memulakan sessi memborong sos cili Kimball (saudi takde sos cili). And guess what? kami borong sos cili (termasuk yang di pesan) hingga cuma tinggal 2 botol sahaja sos cili di rak Carrefour hahaha... ketika sudah membayar kami terserempak dengan dua lagi famili malaysia dari saudi (juga pertama kali melawat bahrain) di dalam carrefour. Mereka juga dalam proses nak memborong sos cili. Malangnya,  bakal mendapat satu sos cili untuk setiap famili.

Kami juga mencari Daun pandan tetapi tiada stok yang di jumpai. kami cuba mencari daun pandan di pusat membeli belah yang lain tetapi gagal juga dijumpai. by the end of the day mata eric terasa amat pedih, mungkin kerana terlalu banyak particle pasir dan habuk di udara hasil dari sandstorm yang agak teruk so far. Jadi sessi menonton wayang mungkin bakal ditunda ke visit yang seterusnya. 

Dalam perjalanan pulang, kami tersekat didalam kesesakan jalanraya yang teruk untuk keluar dari sempadan bahrain kerana menunggu spot check dari pegawai imigresen saudi. Pegawai ini biasanya mencari bahan narkotik dan minuman keras yang cuba di seludup memasuki Saudi. Apabila tiba giliran eric membuka bahagian penyimpanan barang belakang keretanya, pegawai yang sepatutnya check barang buat-buat tak tahu, ini mungkin kerana beliau ternampak terlalu banyak sos cili Kimball didalam setiap plastik carrefour! hahaha...

Selepas hampir sejam untuk melepasi sempadan barulah kami dapat meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah.

Eric: Maybe next time kena bawa kamera bukan pakai blackberry sahaja untuk mengambil gambar bangunan mercutanda Bahrain.

Sunday, March 04, 2012

Komik: Basuh Kereta

Khas buat jiran-jiran yang suka sangat nak menyibuk bila orang tengah sibuk nak basuh keta. 


komik ini tiada kaitan antara mereka yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, jika ada mungkin cuma kebetulan saja..   :)
Home

Saturday, March 03, 2012

Gone in 60 Seconds

Bagi sesetengah orang yang weekendnya terasa seperti tak tahu apa nak buat seminit tu macam takde apa sangat kan? Tetapi dalam seminit banyak perkara yang berlaku diseluruh dunia. Jom kita tengok berapa banyak yang berlaku diseluruh dunia dalam masa seminit mengikut statistik tahun lepas!







Mengikut dari gambarajah di atas 60 blog baru didaftarkan dan 1500 blog telah di post cuma dalam waktu seminit!termasuklah blog shuhash.blogspot.com nih, post ni adalah salah satu post dari 1500 post yang telah di post dalam minit ini jika korang baca terus setelah blog ni di post secara automatic at 9:30pm (GMT +8). 


Eric: I believe you are one of the statistic above especially bab-bab twitter dan facebook update kan?


Thursday, March 01, 2012

Can I Borrow Your Mind

Berikut adalah situasi yang dialami semasa bercuti tempoh hari, cuba fikirkan:
Situasi A
Suatu pagi ketiga sedang bersarapan nasi dagang bersama family di sebuah kedai, handphone eric berdering.
Mr. x: boleh saya bercakap dengan Encik Eric?
Eric: ya bercakap
Mr x: saya x telefon dari Bank tuuuut, saya dapati encik baru sahaja memasukkan sebanyak tuuut tuuut ribu ringgit kedalam account bank cik, betul cik?
Eric: ya betul.
Mr. x: duit datang dari mana cik?
Eric:  itu duit gaji saya. (jawab eric dengan hairan)
Mr. x: boleh saya tau encik bekerja dimana?
Eric: saya bekerja dia Saudi
Mr. x: oh begitu, bla bla bla terima kasih

Dari situasi di atas baru aku realize sebagai rakyat biasa yang bekerja diluar negara, jika kita deposit wang yang agak banyak, pihak bank akan tanya dari mana sumber wang yang kita dapat. aku juga terfikir maybe thats why pengedar dadah lagi suka pegang cash daripada masuk ke bank, kalau pihak bank tanya dari sumber mana surely diorang akan teragak-agak nak jawab dan seterusnya di siasat. sebagai rakyat biasa aku tertanya, bagaimana pula orang-orang besar yang makan rasuah berjuta-juta?

Situasi B:
Last week, beberapa hari sebelum kembali ke Saudi Eric membuat beberapa urusan bank, termasuk membayar full settlement outstanding balance didalam credit card dan directly potong chip, magnetic line dan terus tutup account. so there goes, no more debt. kemudian pergi ke satu lagi bank untuk urusan lain.
Puan Y: boleh saya check account cik
Eric: ya 
Puan Y menggunakan desktopnya dan memasukkan nombor IC eric dan keluarlah segala macam urusan perbankan eric termasuk hutang yang pernah dibuat untuk pembelian kereta dan pelbagai hal yang lain.
Puan Y: nampaknya cik ni tidak mempunyai apa-apa hutang dengan mana-mana bank, hire-purchase pun dah settle. pelik juga ya?
Eric: saya baru saja buat full settlement credit card, monthly payment kereta pun saya biasanya bayar on time dan dah membuat full settlement. saya memang orang yang tak suka berhutang. (jawab eric kehairanan dengan pertanyaan puan Y.
Puan Y: biasanya orang akan ada hutang syarikat, hutang kereta, hutang credit card, hutang peribadi tapi encik punye memang takde lansung bila check data peribadi melalui. bla.. bla.. bla.. bank negara 
Eric: bla... bla... bla...

Daripada situasi di atas membuatkan aku tertanya diri sendiri "is it not normal if you have no debt with any bank or financing agency?" yang bermakna dari pandangan puan Y, kebanyakan rakyat biasa pasti ada hutang, dan orang seperti aku yang memang jenis tak suka berhutang dan akan cepat-cepat menyettlekan hutang adalah orang Malaysia yang tidak normal!

Ini membuatkan aku terfikir, rakyat Malaysia kebanyakannya banyak berhutang untuk hidup walaupun mempunyai pekerjaan yang tetap. Dan juga diceritakan oleh seorang banker kebanyakannya yang bekerja dengan government bawah daripada pegawai yang lower level dan termasuk juga juga higher level. Kenapa? bak kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah 'kerana kerajaan kita sekarang ni Zaalim'. (aku bukan nak ceramah politik, tapi aku suka bila kerajaan ditukar selepas PRU13, hari-hari dengar cerita songlap sana, songlap sini, duit lembu buat beli kondo!  pakai duit zakat untuk jalan lain, Astagfirullah...)

sebab itulah aku sentiasa berdoa selepas solat supaya aku tidak terbelenggu dengan hutang dan tidak terlibat dengan kewangan yang melibatkan riba. dan pembaca sekalian, 2.5 peratus dari pendapatan kita adalah hak orang lain. bersihkanlah harta dan pendapatan kita dengan membayar zakat. 

Eric dah stop bayar zakat cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baik bayar zakat kat cawangan Kota Bharu dibawah pengurusan pemerintahan Islam, dan kalau korang semua tiap-tiap tahun bayar income tax, baik convert semua income tax buat bayar zakat, sebab kita tak tau kemana cukai tu diagihkan, untuk pelaburan arak? pelaburan judi? elakkan diri dari menjadi rakan subahat dalam urusan yang haram. Bersihkan harta anda dengan zakat.

Eric: nabi mengajar kita satu doa kepada mereka yang berhutang untuk diamalkan selepas solat fardu yang doanya bermaksud: "Ya Allah lindungilah kami dari kerunsingan dan dukacita, lindungilah kami dari kelemahan dan kemalasan, lindungilah kami dari penakut dan kedekut, lindungilah kami dari hutang yang banyak dan ditekan oleh orang lain. Amin"

Dan bila eric dah settle hutang mulalah dapat telefon dari agensi life insurance promote untuk beli insurance dan pastinya mereka mendapat jawapan "oh! saya sudah ada, dan saya tidak berminat untuk mendengar lebih lanjut"

Wallahua'lam :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages