nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, February 05, 2013

Soalan Yang Malas Kita Nak Bagi Jawapan


Assalamualaikum, ketika ini eric mengarang entry dari dalam hospital. follow up operation of my father earlier today. Bila semua orang dah tidur, biasalah bila shift malam takde apa nak dibuat. macam la tak biasa jadi batman kan? nak karang time lain.. rasa life agak busy. ok lets get straight to the point.

aku rasa dalam masyarakat melayu ni banyak soalan yang sering ditanya oleh jiran, atau saudara mara sejak dari kecik lagi. sebagai contoh
bila nak bersunat?
dapat nombor berapa kat sekolah?
berapa A dapat dalam SRP? PMR? SPM?
Masuk universiti mana?
pandai ke memasak?
dan sesetengah soalannya bunyi macam menyindir atau agak sarcastic

dan soalan yang eric rasa paling popular yang amat tak disukai oleh ramai orang yang belum berkahwin ialah
"Bila nak kahwin?" (this does not apply untuk orang yang terlalu memilih atau jenis main-main)
OK ni soalan yang paling aku menyampah sebelum aku kahwin dulu, lebih tiga tahun macam nak berdarah telinga bila orang tanya soalan gini. dan jawapan popular yang selalu aku jawab dengan member adalah
"bulan dua belas tapi tak tahu tahun berapa" atau
"esok pun boleh tapi tolong le bawa calonnya" atau
"insyaallah calon tu akan jadi awek nanti" dan sebagainya, memang macam-macam jawapan bila dah selalu sangat kena tanya seperti seorang pahlawan 'jedi' menepis tembakan laser dengan 'light saber'nya.

dan bila dah kawen do you think it will stop? apa? stop? ko berangan ke apa?
dan soalan seterusnya bila dah kahwin
"bila nak dapat anak?"
dulu aku selalu jawab "belum ada rezeki lagi" tapi sekarang boleh la jawab 
"insyaallah bulan september atau october nanti."

dan korang ingat it will stop there? nope! definitely not
soalan seterusnya, anak lelaki ke perempuan?
takkan sorang je kot? pastu takkan dua orang je kot, pastu takkan tiga orang je kot? dan seterusnya. dan adakah bila dah ramai semua soalan-soalan akan stop? jangan harap! it will get even worse.
"Berapa A anak kau dapat?"
"Universiti mana anak kau dapat?"
"bila nak dapat menantu?"
"bila nak timang cucu?" 
ni la sikap masyarakat kita yang terlalu busy body, generally malaysian, specifically melayu. sebenarnya dari soalan-soalan yang ditanya ada soalan yang sedikit sebanyak mengguris hati orang yang ditanya dan memberi tekanan. toksah kata tak terasa la, mesti ada soalan dari saudara atau rakan yang buat hati kita terasa. 

contohnya soalan "bila nak kahwin?" soalan ini biasanya menyebabkan orang yang belum kahwin tu tak berapa nak menghadiri majlis kahwin, walaupun majlis saudara mara kerana tak tahan nak menepis soalan yang bakal dilemparkan. yang dah ada pasangan tapi belum cukup duit macamana rasanya? apatah lagi yang masih belum mempunyai calon. yang bertanya soalan ni tak reti ke nak fikir perasaan orang? pendek kata tidak sensitive.

kenapa soalan-soalan ni selalu di tanya dalam masyarakat kita? kenapa masyarakat yang lebih maju kurang bertanya seperti kita bertanya? kerana mereka kurang busy body daripada masyarakat kita. mereka lebih open dan berfikir dulu tentang sensitivity sebelum bertanya. Kita tak pernah cuba untuk mengubah cara hidup masyarakat kita yang terlalu busy body dan sarcastic. cubalah tanya soalan macam ni kat sana dan aku rasa korang akan dapat banyak jawapan "Mind Your Own Business!" (MYOB).

nak diorang ni senyap terus dari bertanya senang je, bila diorang tanya soalan cuba cakap. "mind your own biznez!" (maybe diorang akan kata kita emo) atau
"yang ko nak tanya aku ni kenapa? macam la aku kawen pakai duit kau!"
makin pedas jawapan korang, makin kurang la diorang nak bertanya lagi... 

PS: penulis tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa perkara yang terjadi sekiranya korang guna jawapan diatas.
(ada lagi 3 jawapan lagi pedih tapi aku delete je, lain kali ajelah)

Thursday, January 24, 2013

Takkan Takde Duit Kopi Kot?

seperti yang di ketahui, malaysia sekarang dalam ranking antara yang teruk dalam bab rasuah. pernah orang mintak rasuah? who? eric? yup setakat ni dah dua kali. sekali dengan polis lebih dari sepuluh tahun dulu dan satu lagi yang baru je minggu lepas, bukan dengan polis tapi dengan mechanic kereta. yang cerita polis tu lain kalilah cerita.

ceritanya bermula ketika menghantar my father ke hospital untuk follow up check beberapa minggu yang lalu. my father's car and my car adalah model yang sama, cuma eric punya model 4tahun lebih baru. kalau tengok dari luar lebih kurang sama, cuma ada sedikit perbezaan. hari tu eric drive kereta yang model lama kerana sejak pembedahan, kereta tu jarang-jarang digunakan. tetapi eric juga membawa remote dan kunci keretanya sendiri didalam poket jeans sebelah kanan (yang biasa diguna)

nak dijadikan cerita eric terpaksa drop by parent kat hospital dan mencari parking di tempat biasa. malangnya hari tu takde tempat parking yang dekat melainkan parking di hotel berhampiran dan berbayar. selepas lebih sejam menunggu di hospital eric kembali ke parking kereta untuk mencari parking yang lebih dekat walaupun dalam hujan renyai-renyai. setibanya di kereta eric terus menekan remote, sekali, tiada apa-apa bunyi, dua kali pun sama, berkali kali pun sama. maybe di bangunan hotel tersebut terdapat menara transmitter mobile provider yang selalu membuat signal remote jammed. 

eric mencuba dari kiri, kanan, depan, dan arah-arah yang lain dan ditekan dengan kuat tetapi tetap tidak berjaya. orang yang sedang menunggu di tempat parking pun kelihatan agak kehairanan dengan gelagat eric. dalam kesejukan hujan eric memasukkan kedua-dua tangannya kedalam poket jeansnya, masa tu barulah eric tersedar rupa-rupanya remote kereta itu didalam pocket sebelah kiri dan yang ditekan-tekan adalah remote kereta sendiri yang berada dirumah! clumsy betul. 

selepas dapat result dan ayah eric admitted sekali lagi kedalam ward eric balik kerumah untuk mengambil beberapa barangan kali ini mahu mengguna kereta sendiri. tetapi kali ni dengan remote yang betul tetapi tidak berfungsi. pakai kunci buka pintu kereta alarm meraung membingitkan telinga. nak start kereta tak boleh sebab immobilizer lock tak bleh nak unlock dengan remote. jadi terpaksalah guna spare remote. 

dengan hanya satu remote tentulah hati tak tenteram. kang remote tu tak function gak takleh nak unlock immobilizer nak kena tunda kereta pakai tow truck ke car dealer service center. kereta dibawa ke kedai accesories, nyonya tauke kedai cakap
"itu system mesti mau tukar lor! alarm code kita talak tau ma"
tukar system? nak kena tukar immobilizer sekali, mau makan beratus kalau gitu.
kedai, kedai lain pun sama gak jawapannya nak tak nak tidak boleh tidak akhirnya minggu lepas eric bawa ke original manufacturer service center.
senior technician dipanggil, technician duduk di driver seat dan tutup pintu tak mau kasi eric tengok apa dia buat. tapi eric tengok dari luar walau gelap dengan tinted window eric pakai la kuasa bionik eye (iyolah tu). dia buka remote tu dan keluarkan electronic system dalam remote. ditekan2 button electronic betul-betul depan immobilizer dan remote tu OK balik.

dia panggil eric masuk kereta duduk di seat penumpang sebelah driver seat untuk test spare remote dan remote asal. settle problem yang sangat simple tu eric tanya perlu bayar ke? macam takde benda complicated sangat pun. 
"takkan takde duit kopi kot?" kata technician india tu.
"duit kopi?" (hai lebih kurang macam polis makan suap jugak mamat ni)
"ye la takkan takde apa-apa, kalau nak bayar kat kaunter mahal kena charge"
sah-sah la mamat ni nak makan duit senyap-senyap eric buat muka clueless macam tak faham.
"ok kalau nak bayar kat kaunter, masuk kat kaunter" 

sebelum eric masuk technician ni cakap something kat receptionist tanpa eric dengari. eric duduk depan receptionist untuk dapatkan bill. receptionist bertanya nombor plet kereta dan terus print bill. 
"berapa?"
"lima puluh ringgit"
"buat kerja tak sampai lima minit pun lima puluh ringgit? kalau saya tukar part remote ni dulu pun baru 20 ringgit! kalau kena bayar lima puluh saya keluar tak bayar apa-apa!" cakap eric buat-buat gertak sambil tunjuk remote ditangannya

receptionist tu print satu lagi bill.
"ok encik bayar 20 ringgit" katanya
"Cik... 20 ringgit tu tukar part, ni buat kerja sekejap macam tu macam tak buat apa-apa dua puluh ringgit?" kata eric lagi buat-buat garang
"tapi encik kena bayar gak" katanya takut-takut
"kalau nak saya bayar 20, saya bangun saya keluar dari sini tak bayar apa-apa, apa awak nak buat?" ugut eric
"oklah encik nak bayar berapa? tapi encik kena bayar sebab ni policy sini"
dengan situasi macam ni nak kata 5 ringgit pun boleh, tapi rasa macam rendah sangat lak
"10 ringgit" kata eric sambil letak note 10ringgit atas meja
tanpa cakap banyak receptionist tu print bill baru, suruh eric sign kat bill dan ambik duit tu.
eric mengambil salinan bill dan berlalu keluar. (selamat duit aku, dan selamat dari dosa memberi rasuah)

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya".
                                                                                                                                                                                                  (surah al-Baqarah : 188)

Monday, January 21, 2013

Jalan-Jalan Cameron Highland

Baru balik dari jalan-jalan di Cameron Highland, so I just want to share some random pictures from there! (need a very strong internet connection for better picture, all pictures already re-sized to 1:10 smaller from actual size)

Biasanya orang datang sini cari bunga-bungaan terutamanya roses, daisy, lillies dan macam-macam ada!

dan juga sayur-sayuran segar terbaik dari Ladang

dan cactus garden, tapi cactus garden agak tenggelam dalam himpunan pokok-pokok bunga
ok ni cuma mini cactus garden dalam satu pasu

dan yang paling famous dengan tempat ni adalah STRAWBERRIES!!!
weekdays untuk borong SEMUA strawberry atas meja ni cuma 30 hengget TAPI hari
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Public dan School holiday...  Jangan Harap!






Nak Yang Fresh? boleh kutip Sendiri dengan minimum kutipan seberat 500gram 
Tak Cukup puas hati lagi? telan je dari pasu strawberry

atau barisan para strawberry

atau ini dan jangan menggatal nak telan yang hijau

Puas Hati?dan kalau rasa sejuk bolehlah menikmati teh panas terbaik dari ladang dengan pemandangan yang indah (bharat plantation)
ni baru sikit
the whole area
luas? ni baru satu, belum Boh plantation lagi
dan dessert paling famous adalah seperti gambar dibawah dinamakan Scone, sungguh lazat... yummy.. yummy...
Dah tinggal 1/6 baru teringat nak snap!
Silalah terliur! hahaha!
dan Home made Ice Cream With thick Strawberry Syrup... mmmm yummy
will make you craving for more!

aku yang buat entry ni pun... GULP! teringat how delicious and marvellous taste of this two desserts!!! mammamia!!

PS: unfortunately, masa melawat bee farm semua bumble bee telah keluar bekerja mencari bunga-bungaan untuk dibawa pulang ke sarangnya.. 

(HOME)

Tuesday, January 08, 2013

You Could Already Been There


Assalamualaikum, dear readers as promised another entry just sharing a story shared by my friend.

A boat docked in a tiny Mexican fishing village. A tourist complimented the local fishermen on the quality of their fish and asked how long it took him to catch them.

"Not very long." they answered in unison.
"Why didn't you stay out longer and catch more?"
The fishermen explained that their small catches were sufficient to meet their needs and those of their families

"But what do you do with the rest of your time?"
"We sleep late, fish a little, play with our children, and take siestas with our wives. In the evenings, we go into the village to see our friends, have a few drinks, play the guitar, and sing a few songs. We have a full life."

The tourist interrupted, "I have an MBA from Harvard and I can help you! You should start by fishing longer every day. You can then sell the extra fish you catch. With the extra revenue, you can buy a bigger boat."

"And after that?"

"With the extra money the larger boat will bring, you can buy a second one and a third one and so on until you have an entire fleet of trawlers. Instead of selling your fish to a middle man, you can then negotiate directly with the processing plants and maybe even open your own plant. You can then leave this little village and move to Mexico City, Los Angeles , or even New York City ! From there you can direct your huge new enterprise."

"How long would that take?"
"Twenty, perhaps twenty-five years." replied the tourist.
"And after that?"
"Afterwards? Well my friend, that's when it gets really interesting," answered the tourist, laughing. 
"When your business gets really big, you can start buying and selling stocks and make millions!"
 "Millions? Really? And after that?" asked the fishermen.

"After that you'll be able to retire, live in a tiny village near the coast, sleep late, play with your children, catch a few fish, take a siesta with your wife and spend your evenings drinking and enjoying your friends."

And the moral of this story is:
Know where you're going in life... 
you may already be there!!

PS: somehow I half agree and half disagree with the last quarter of the story. when it involves stocks and make millions, for money oriented maybe, but i agree with having a fleet of trawlers and own processing plant. however, depends on your dreams...

Sunday, January 06, 2013

Hikmah di Sebaliknya


assalamualaikum, 
akhirnya first entry untuk tahun baru,memang nak post entry dari first January lagi tapi malangnya something coming up dan tak dapat nak mengarang. dan baru tadi menulis new entry tapi rasa semacam untuk post jadi terpaksa re-make entry baru. 

apa yang coming up? my father warded for major surgery tapi kena postpone, jadi 3 hari jugalah stay kat hospital. major surgery tu reschedule next month, so tak sempatlah menjadi 'batman' atau keluangman kat hospital menjaga my father kat ward.
dah masuk tahun baru sekolah dah buka, jadi sisters semua kerja, yang mengajar kena masuk mengajar balik, yang tinggal siapa lagi? bila fikir-fikir balik, inilah hikmah yang Allah tunjukkan selepas resign dari kerja dulu. kalau sekarang masih berada di negara tu, satu kesusahan yang my parent harus lalui bila ada kes macam ni. macamana nak ulang alik dari rumah dan hospital kalau takde orang drive.

yes.. my mother ada driving license, tapi bila dah bertahun tak drive susah nak familiarize balik. kalau my father, memang should not use energy to drive sebab melibatkan muscle of lower abdomen. kena lak timing maid balik kampung renew border pass jadi sekarang takde tukang masak sehingga border pass siap. jadi sapa nak tolong belikan breakfast, lunch & dinner?

walau apapun pertolongan dan pengorbanan yang diberikan, ia tidak mungkin sedikitpun dapat menyamai pengorbanan kedua ibubapa yang menjaga kita sejak dari kecil. ada satu perkara yang buat aku terkilan sebelum berhijrah ke luar negara, bila my mother warded untuk surgery membuang cancer dan membuat beberapa rawatan chemotherapy. I was not there, tak dapat balik pun kerana bertugas dan kerana manusia-manusia keji yang membesar-besarkan masalah kecil seolah-olah energy plant tu nak meletop, damn bloody bastard idiot! 


nobody know how I felt at that time.  I was put to rest by a hospital specialist, then I have a chance to go back to my hometown. that is the point where I decided to be an expat. and from that point I actively start writing to release my stress. maybe I should stop here before I start cursing again. 

PS: ada dua entry coming up, insyaallah akan di post dalam masa terdekat. and sorry for the bad word from this entry. have a nice weekend! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages