nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, April 09, 2013

Emergency Case: Hikmah Di Sebaliknya


Assalamualaikum,

Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akhirnya memberi kekuatan dan kesihatan kepada kedua ibubapa yang kini berada dirumah. Dua minggu yag lepas telah berlaku satu kejadian yang megejutkan. tidak pernah terfikir perkara sebegini boleh terjadi. ianya berlaku keatas ibunda  eric sendiri. 

Ibu eric sebagai seorang yang pernah bertarung nyawa selama bertahun-tahun dengan cancer, tiga tahun lalu semua sel cancer telah dibuang dan terpaksa melalui semua peringkat chemotheraphy, adalah sesuatu yang amat menyiksakan, apabila melalui proses chemo, ia bukan sahaja membunuh sel-sel barah yang masih ada tetapi ia juga membunuh sel-sel yang tiada kaitan dengan barah tersebut. apalagi dengan side effect yang amat teruk. tetapi akhirnya apabila semuanya selesai badan adalah tidak sekuat seperti sebelumnya.

selalu di serang demam dan batuk-batuk kerana kurang daya tahan. dan batuk yang berpanjangan, hingga terpaksa berjumpa dengan doktor pakar paru-paru. appoinment tersebut dilakukan dua minggu lalu. dah lah terpaksa berpuasa sejak dari malam, ujian pula mengambil masa yang lama dan orang yang telah di test sebelumnya memberitahu beliau merasa pening-pening selepas ujian dilakukan. maka ibunda eric menelefon supaya datang menemani di klinik, tetapi malangnya tiada satu ruang parking pun yang kosong. 

eric terpaksa melalui jalan sehala yang sama berkali-kali dalam pusingan yang berkilometer jauhnya untuk mencari parking. eric menelefon ibunya untuk memberitahu masih belum mendapat parking. tetapi telefon tidak berjawab. akhirnya eric terpaksa parking dikawasan yang agak berbahaya dan bergegas kedalam klinik, tetapi cuma ada empat orang yang sedang menunggu dan berpuluh-puluh kerusi kosong didalam klinik tersebut tetapi ibunya tidak berada disitu. ketika itu pasti pemeriksaan sedang dijalankan keatas ibu eric didalam bilik doktor. 
eric kembali ke kereta untuk memeriksa kawasan parking sambil menelefon, tetapi masih tidak berjawab. Tiba-riba telefon eric berbunyi dan nombor ibunya tertera di screen, dan eric menjawab tetapi bukan ibunya yang menelefon tetapi suara wanita yang tidak eric kenali berkata
"ini saudara kepada puan Siti"
"ya saya anaknya"
"boleh datang ke klinik sekarang ada hal kecemasan"

eric terus berlari menuju ke klinik hospital tersebut dan bertanya di kaunter, dan nurse di kaunter menyuruh eric memasuki bilik hujung koridor sambil menghubungi doktor. sebelum eric sampai kepintu bilik seorang doktor wanita keluar. 
"Encik ni anak puan siti?"
"ya"
"saya sebenarnya baru selesai melakukan pemeriksaan kepada mak awak tetapi tiba-tiba mak awak tidak sedarkan diri dan mengalami kekejangan, sila ikut saya dan saa harap encik bersabar"

apabila masuk kebilik tersebut, seumur hidup eric tidak pernah terkejut dan terdiam melihat keadaan ibunya yang sedang diberi bantuan pernafasan dengan oksigen dan tiub-tiub berselirat yang disambungkan kepada pelbagai peralatan untuk mengetahui jumlah oksigen, nadi dan sebagainya dan bunyi alarm yang tidak eric ketahui apa yang tak kena. dan kadangkala diperhatikan ibunya yang terbaring di atas katil pemeriksaan mengalami kekejangan. dan beberapa orang doktor cuba menyedarkan dengan menepuk bahu sambil memanggil nama ibu eric

"saya tahu encik masih terkejut tetapi kalau ada apa-apa pertanyaan encik boleh tanya saya, ambulance akan memindahkan mak encik ke unit kecemasan, ICU atau CCU" kata doktor wanita itu lagi.
eric masih terkesima, kemudian menelefon ayahnya menceritakan keadaan tersebut, dan juga kepada seluruh ahli keluarga. Dan berdoa dan berharap sepenuhnya kepada Allah agar Ibunya diberi kekuatan dan pulih kembali dari keadaan tersebut.

ambulance tiba di klinik hospital tersebut tetapi segala alat monitoring terpaksa disambungkan satu persatu ke katil pemindahan. setelah semua sambungan selesai ibunya dipindahkan kedalam ambulance bersama alat bantuan pernafasan dan alatan monitoring yang menggunakan banyak ruang dan eric tidak dapat menaiki ambulance itu kerana ruang yang tidak mencukupi.

bersambung...

Baca sambungan (Read)

Sunday, March 24, 2013

Iman Seekor Semut

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan juga rakan-rakan...

Nabi Allah Sulaiman AS adalah seorang Nabi yang di Kurniakan oleh Allah dengan keupayaan mampu memahami bahasa binatang walaupun dari seekor semut. selain dari memahami bahasa binatang baginda juga adalah Seorang Raja yang amat kaya dan memerintah, jin, manusia dan juga haiwan. dan terdapat tiga peristiwa yang melibatkan antara baginda dengan semut. 

Dan salah satunya berlaku satu peristiwa di tengah-tengah padang pasir, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu. Lalu Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, Nabi angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".




Jawab semut
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

Dan satu peristiwa lagi ketika kerajaan Nabi Allah Sulaiman mengalami musim kemarau panjang yang menyebabkan kebun-kebun tanaman dan sungai-sungai kering. Lalu umatnya meminta baginda berdoa kepada Allah supaya menurunkan hujan. Lantas Baginda memerintahkan pengikutnya dari kalangan Jin dan manusia berkumpul di satu kawasan untuk Memohon kepada Allah agar diturunkan hujan dan menamatkan kemarau tersebut.

Apabila sampai di sana Baginda ternampak seekor semut yang sedang kehausan. Dan ketika itu Baginda mendengar sang semut berdoa memohon kepada Allah SWT. 
"Ya Allah Pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada Mu, aku berhajat akan air Mu, Tanpa air Mu kami akan kehausan, dan kami semua kekeringan. Ya Allah, aku berhajat sepenuhnya pada Mu akan air Mu. Kabulkanlah permohonanku"

Tatkala mendengar doa dari semut itu Baginda Sulaiman AS memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang dan berkata:
"Kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujanNya. Allah telah mengabulkan doa seekor semut."
Lantas Baginda AS dan rombongannya Pulang.

Itu Doa Semut!

Daripada dua kisah diatas cuba kita muhasabah diri. Adakah Iman kita sekuat seekor semut? Adakah kita percaya sepenuhnya kepada pertolongan Allah atau kita sentiasa berharap dengan pertolongan mereka yang berpangkat dari kalangan manusia atau yang biasa kita dengar sebagai 'memakai cable'? 

Mencari keredhaan Allah itu lebih utama dari memenangi hati pemimpin dan menggembirakan orang-orang munafik.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.


PS: kisah yang ketiga semua orang tahu kot. (lembah semut & tentera Nabi Sulaiman.
PS2: orang takde cable macam aku... berusaha dan berserah sahaja kepada Allah, redha dan bersyukur dengan segala rezeki yang di kurniakan...
(HOME)

Friday, March 15, 2013

Busy Gedebak Gedebuk

Rasanya dah lebih 2 minggu tak mengarang entry dalam blog. mungkin sesetengah orang ingat apalah yang dibusykan sangat. nak kata tak busy rasanya tiap-tiap hari schedule padat memanjang. selalu menjawab telefon. dan yang selalu dengar 
"Hi Mr, Eric, this is Jennifer I called you yesterday remember, could you please bla bla bla..."
then few hours later
"Hi Mr. Eric could you please send me your bla bla bla..."
then today
"Hello Mr. Eric this is me again, I have tried to talk to them but they still want to see you face to face and show you the plant equipment and you need to be there"
few hours later
"I need you to fill the form for the country entry pass"
ok fine tapi ada lagi...
"please send me the copy of your flight e-ticket so that I could confirm your attendance"

eric sendiri tak confem lagi nak pegi ke tak. rasa tak sedap hati pun ya. a chill along my spine pun ye jugak. Tengok la esok macamana dia reply my email. Ginilah hari-hari kalau tak Jennifer, eve atau katie, eileen, catherine dan sebagainya sampai eric sendiri tak tahu siapa yang mana dan dari mana. yang pasti dari negara yang sama cuma syarikat yang berlainan. negara yang tak jauh tapi eric cuma sempat jejak kat airport untuk transit je.

Negara ni eric tak pilih pun dalam choice tapi yang taknak tu lah yang dok kejar eric dari pagi sampai petang. bukan nak jual mahal pun just that aura-aura yang terjadi di Brunei seperti menjadi satu phobia. dan yang pasti Allah itu Maha Adil. 

mereka sedang menerima pembalasan. sampai sekarang position eric sebelum ini tiada pengganti. dan baru dua tiga hari lepas nampak online advertisement sedang mencari orang for my previous position. Project memang critical, dan baru start tapi takde replacement staff. kalau tak ada pengganti sapa yang kena? ex-department manager la... memang padan la dengan muka engkau syaiton!

sebenarnya position tu dah eric 'bom*' sebelum aku blah dulu. kenapa? sebab tak mahu rakan-rakan seperjuangan terkena dan teraniaya macam apa yang dah eric alami. biar si manager tu tanggung segala kesalahan penipuan yang di ceritakan di dalam interview untuk position tu.. biar semua beban dia yang tanggung baru puas hati.. hahaha...


(Bom* bahasa yang selalu diguna oleh gangster dan juga penarik kereta yang biasanya lebih menjurus kepada perbuatan sabotaj tanpa disedari oleh pemilik. contohnya seorang samseng mahu bom sebuah restaurant, secara tiba-tiba untuk tempoh yang lama, semua regular customer tidak lagi makan dikedai tersebut dan mencari kedai lain. semakin hari perniagaan semakin merosot sehingga tauke kedai terpaksa gulung tikar tanpa di ketahui sebab dan musababnya (kes kena bom kaw kaw). Dalam filem KL gangster pun ada guna. kenalan yang join gangster pun selalu guna. Eric pun guna tapi takdela sampai peringkat kaw kaw... yang pasti dengan niat suci murni hahahaha...)

(HOME)

Tuesday, February 26, 2013

Nak Lembu Gemuk Atau Kambing Kurus?


Amin (bukan nama sebenar) memang malas jika ayahnya mengajak ke masjid. Jadi, Amin sering memikirkan alasan untuk tidak mengikuti ayahnya ke masjid, atau biarkan ayahnya jugak tidak pergi ke masjid. Antara ingatan yang lucu dalam hal ini adalah apabila Amin mengeluarkan alasan yang ketika itu dia fikirkan agak logik dan tepat.

“Abah, kenapa susah-susah hendak ke masjid? Baik kita solat Jemaah di rumah sahaja. Pahalanya 27 kali ganda juga. Sama saja, solat Jemaah di masjid pun 27 kali ganda juga.”

Masa itu, memang Amin fikir dia bijak sebab dapat bagi idea yang disangkakan bernas. Waktu itu Amin masih budak lagi. Ayah amin terdiam. membuatkan Amin sudah rasa dia yang menang.

Kemudian ayah Amin berkata, “27 ekor lembu gemuk, dengan 27 ekor kambing kurus, mana yang lebih baik?”

Amin terdiam. Tanpa penerangan panjang, ayah Amin terus ke masjid. Pastinya ketika itu Amin harus ikut sama. Budak kecil, kalau melawan padah jawabnya. Apabila sudah besar, memang banyak makna kata-kata itu.

Apabila kita solat fardhu berjemaah di rumah, satu suasana untuk menambah amal itu tidak mudah untuk wujud. Apabila habis solat, doa-doa sedikit, kemudian habis. Biasanya, manusia apabila solat di rumah, sukar untuk die melaksanakan solat rawatib, memanjangkan istighfar, membaca sedikit dari Al-Quran dan sebagainya selepas solat.

Jarang wujud di rumah itu, satu suasana kondusif yang menenangkan jiwa seperti di masjid. Pendek kata, rumah tetap rumah.





Berbeza dengan solat berjemaah di masjid. Apabila kita melangkah sahaja untuk ke masjid, kita sudah mendapat pahala. Setiap langkahan kita akan dikira oleh Allah SWT. Biasanya, masjid mestilah lebih jauh dari bilik tidur kita. Jadi, biasanya, pahala langkahan ke tempat solat apabila kita ke masjid adalah lebih banyak. 

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang pergi ke masjid pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan untuknya hidangan di syurga setiap kali dia pergi pagi dan petang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masjid pula menyediakan satu suasana yang menyenangkan. Suasana masjid yang biasanya bersih dan indah, bersama orang-orang di dalamnya yang berpakaian bersih. Ada pula mereka yang banyak beramal, membuatkan hati kita lebih lembut untuk turut serta menambah amal. Kadang-kadang apabila tamat sahaja azan berkumandang, sama ada kita perasan atau tidak, secara automatik, kita akan solat sunat tanpa diajak atau disuruh.

Apabila masih ada sedikit masa selepas solat sunat, kita tidak pula isi dengan bersembang-sembang, sebaliknya kita bermuhasabah, berzikir atau membaca Al-Quran. Gerakan tanpa paksaan ini biasanya hanya wujud di masjid. Semuanya kerana masjid menyediakan satu bi’ah (persekitaran) yang istimewa, membangkitkan kecintaan untuk beramal di dalam jiwa.

Itu baru hal sebelum solat. Kita sudah mendapat banyak kebaikan jika kita solat berjemaah di masjid. Apabila solat berjemaah, dapat pula mendengar bacaan imam yang pastinya bukan hanya surah al-Kautsar atau surah al-Ikhlaas yang biasa kita baca apabila solat di rumah. Secara tidak langsung, kita mendapat kebaikan daripada mendengar bacaan imam.

Biasanya kalau kita solat di masjid, kita tidak akan terus bangun begitu sahaja. Semalas mana pun, kita akan beristighfar sebentar sebelum meninggalkan masjid. Lazimnya manusia akan tetap duduk, menunggu wirid selspat solat habis. Kemudian, tubuh akan bergerak sendiri, bangun untuk solat sunat selepas solat fardhu.

Itu semua dalam satu waktu solat fardhu. Bayangkan jika kita bergerak untuk solat berjemaah di masjid lima kali sehari? Masya-Allah! Dalam sehari banyak kebaikan yang kita Berjaya raih. Cuma kita tidak lihat dengan mendalam sahaja akan hal ini. Memang benar-benar 27 lembu gemuk, berbanding solat berjemaah di rumah yang pahalanya ibarat 27 kambing kurus.

Jujurnya, saya agak segan hendak sebut tentang solat berjemaah di masjid ini, sebab saya juga bukanlah seorang yang istiqamah dalam hal ini. Tetapi harapnya, dengan berkongsian  ini, kita sama-sama dapat bermuhasabah diri. Moga Allah berkati diri kita, dan memperkuatkan kita untuk berusaha beribadah secara berjemaah di ‘rumah’-Nya.

Mari, ubah persepsi diri. Sungguh! Segala arahan Ilahi itu ada hikmahnya yang tersembunyi lagi tersendiri.

Creditss to my friend who shared this story
(HOME)

Sunday, February 17, 2013

Rancang Keperluan Kewangan.


Kita boleh simpulkan keperluan merancang untuk empat peringkat kehidupan.

Cuba banding-bandingkan adakah kita mengalami keperluan yang sama dalam fasa kehidupan kita?

FASA 1 - awal 20-an sehingga awal 30-an

Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. Inilah titik permulaan bagi ramai di antara kita yang mulai masuk ke dunia pekerjaan. Tidak kurang juga yang mungkin akan memasuki alam perkahwinan. Jika difikirkan banyak juga keperluan kewangan kita di tahap ini, antara lain:
* Pembelian kereta
* Pembelian rumah
* Memilih corak pemakaian untuk pekerjaan
* Membayar hutang pendidikan
* Memberi wang ihsan pada ibu bapa
* Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan

Hati-hati supaya tidak terjebak dengan hutang kad kredit sewaktu awal pekerjaan. Dari segi pelaburan pula, masa inilah kita harus bersedia menerima risiko dan mencuba pelaburan dalam amanah saham yang berbentuk ekuiti. Pembelian polisi takaful tabungan juga digalakkan untuk menyediakan ‘payung sebelum hujan’.


FASA 2 - awal 30-an hingga awal 40-an

Waktu ini, insya-Allah pendapatan kita sudah mulai meningkat. Jika kenaikan gaji purata 5% setahun dan kita mulai bekerja sejak awal 20-an, besar kemungkinan gaji kita sudah naik sekurang-kurangnya 50%.

Dari segi keperluan kewangan pula, antara lain ianya mungkin meliputi:-
* Penyusunan semula hutang
* Pembelian kereta yang lebih mewah
* Pengubahsuaian rumah atau pembelian rumah baru
* Peruntukan untuk melancong/mengerjakan haji/umrah

Dari segi pelaburan, mereka yang di peringkat ini masih boleh menerima risiko tetapi tidak seperti pada fasa pertama tadi. Jika pemilihan saham amanah, mungkin yang berbentuk ‘balanced’ atau potfolio yang mengandungi 50% bon dan 50% saham. Bagus juga kita mulai membeli tanah atau hartanah yang lain untuk pendapatan tambahan.

Pembelian polisi takaful pula mungkin pada fasa ini terfikir tentang kesihatan. Jadi ramai mula mengambil polisi ‘critical illness’ atau mulai menabung untuk pendidikan anak-anak.






FASA 3 - awal 40-an hingga awal 50-an

Kita sudah pun masuk waktu senja/asar! Ya, puan-puan pembaca yang dirahmati Allah. Jadi bersikap berhati-hatilah. Jika sewaktu muda itu belanja agak keras – pantang ada ‘sale’ mesti kita ada, waktu ini banyakkan hadir diri ke majlis ilmu atau membuat kerja amal.

Keperluan kewangan pula berbeza sedikit:-
* Penjelasan hutang - wang KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan sewaktu umur 50.
* Penabungan untuk pencen kelak
* Pembelian aset baru mungkin berkurangan sebab takut mengalami beban hutang yang berlebihan.
* Perbelanjaan untuk kesihatan diri

Pelaburan pula mungkin berkurangan tetapi lebih banyak pemantauan yang harus dibuat ke atas pelaburan yang dahulu. Kita pula sudah lebih mengetahui tentang risiko dan pulangan melalui pengalaman. Pembelian polisi takaful yang baru juga berkurangan tetapi terfikir untuk menjadi wakil takaful untuk mendapat pendapatan yang lebih. Kita juga mulai berjinak dengan dunia perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh tempoh persaraan nanti.


FASA 4 - awal 50-an akhir usia

Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur kita dan memberi kesihatan, satu nikmat yang tidak ternilai harganya. Ramai di antara kita sudah memulai perancangan pencen kelak (walaupun waktu ini sudah lewat untuk merancang).

Antara lain, keperluan kewangan adalah:
* Kesihatan
* Penjelasan hutang yang berkos tinggi - jangan mati meninggalkan hutang; bukan harta.
* Memulakan hobi baru seperti memancing, bersukan/bersenam, menjahit dan lain-lain.
* Memasuki kelab-kelab

Alam pelaburan baru mungkin hanya yang tidak berisiko tinggi seperti, Bon Merdeka untuk warga emas. Eloklah ambil peluang ini untuk memberi sedekah secara berterusan kepada yayasan-yayasan tertentu. Semoga Allah memberkati setiap FASA kehidupan kita yang serba singkat ini.

PS: Tak semua keperluan seseorang itu sama.. berbeza bagi yang pernah bekerja luar negara, yang bekerja dengan profession yang berbeza. yang penting bersyukur dengan apa yang ada rite?

Source: ANIS (Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir - Hijrah Strategic Advisory Group)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages