nuffnang

nuffnang LR

Sunday, January 08, 2012

Komik: tipah tertipu

Trying to do something different this time. cerita ni aku pernah cerita dalam interview kerja, lawak zaman sekolah arab dulu. kenapa interviewer suruh buat cerita lawak bahasa arab, aku pun tak tahu. But this is the story I tell in this reality world. but it does not happened to me sebab aku memang faham my third language.










(kalau korang cakap ana qirdatun ertinya 'aku beruk')
Kalau nak cakap I love u dalam bahasa arab senang je. cuma cakap "uhibbuki" (kepada awek) kalau awek nak cakap kat boyfriend cuma "uhibbuka". In real life, Eric pernah menjadi Jai dalam komik diatas! hehehe...
Moral of the story?
read (Tipah Tertipu Lagi)
Home

Wednesday, January 04, 2012

Sifat Kumpulan Angsa Migrasi

Kebiasaannya pada musim luruh dan di awal musim sejuk burung migrasi akan terbang ke arah selatan hemisfera kerana ia haiwan yang tidak berhibernasi, dan pada musim sejuk sumber makanannya berada di bawah lapisan ais di permukaan tasik. Angsa-angsa ini terbang keselatan untuk sumber makanan seperti rumput, berry dan sebagainya. Selepas Musim sejuk ia kembali terbang ke utara.

'V' Formation
Kalau di siaran Animals National Geographic berkaitan dengan kehidupan burung migrasi kita boleh melihat angsa-angsa yang terbang dalam formasi 'V'. Dari kajian sains telah menemui sebab kenapa ia terbang dalam formasi tersebut. Setiap kali ia mengibaskan sayapnya akan mewujudkan 'uplift' kepada badan angsa tersebut. Apabila terbang dengan Formasi V seluruh kawanan burung itu dapat menambah sekurang-kurangnya 71peratus jarak penerbangan berbanding dengan angsa yang terbang sendirian.
(Kita: orang yang berkongsi hala tuju yang sama dengan teamwork akan mencapai matlamat dengan lebih cepat dan mudah kerana mereka berjalan pada teras antara satu sama lain)

Apabila angsa terkeluar daripada formasi, ia akan tiba-tiba merasa rintangan angin dan seretan angin lalu cuba untuk cepat-cepat kembali kepada formasi untuk memanfaatkan daya uplift dari burung di hadapannya.
(seperti angsa, kita akan cuba mengekalkan berada didalam kumpulan yang dalam hala tuju yang sama)




Apabila Angsa yang mengetuai formasi terasa letih, ia akan berundur dan terbang pada formasi belakang dan di ketuai angsa lain mengikut giliran.
(adalah wajar untuk bergilir-gilir melakukan suatu pekerjaan yang mencabar)

Angsa-angsa di bahagian formasi belakang biasanya akan mengeluarkan bunyi mengisyaratkan supaya mengekalkan kelajuan.
(sokongan dan dorongan dari bawahan adalah penting untuk seluruh kumpulan)

Akhirnya: Yang paling penting, apabila seekor angsa terjatuh daripada formasi kerana sakit atau tercedera terkena tembakan, dua ekor angsa akan mengiringinya untuk pertolongan dan turut memberi perlindungan. mereka akan menjaga angsa yang sakit tersebut sehingga angsa itu boleh terbang semula atau mati. selepas itu barulah mereka akan terbang sendiri dan mengikut kumpulan lain hingga mereka dapat mengejar kumpulan mereka sendiri
(jika manusia mempunyai sifat seperti angsa migrasi ini, kita akan saling bantu-membantu antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan)


eric: nak migrasi gak musim spring kejap ;)

Tuesday, January 03, 2012

Weather Gangster

(tajuk tiada kaitan dengan KL Gangster)
meh tengok current temperature update map for Jubail area..

Tentatively, suhu siang hari berada dalam range 14C to 18C... ahaa.. esok no more winter jacket. baru je beli Harley Davidson leather jacket minggu lepas, kena buka lining kot esok.

cuba tengok map lagi sekali, sebelah pantai barat negara teluk (area kota mekah) ada tompok orange, see? like what I always said bila balik dari umrah (click previous umrah), musim winter macamana sejuk pun the temperature, tapi kat kota mekah is always just nice range 22C to 25C. Cemana la time bulan puasa nanti... tengah-tengah peak summer. 





Tahun lepas kurang 'menyengat' kepanasan musim summer di Jubail jauh beza dari tahun 2010. Tahun ni kalau Jubail weather main panas alternate yearly?
"dia punye sengat.. lu sendiri mau ingat la" (ayat ajib)
"sekarang gua kasi langgar dia punya tempat laa.. baru syok, ada fight" (ayat dragon)
ada lak orang mencelah
"cuti sudah abis bro, wa sudah penat, wa nak cuci tangan, cari rezeki kat kl"
sempatkah eric di sengat musim summer 2012 di Saudi? atau eric akan enjoice dengan iklim equatorial* di bulan May?


*equatorial: dalam subject geography maknanya khatulistiwa la bro

Monday, January 02, 2012

2011 \ 2012

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, 2011 berganti 2012. Panyak kenangan yang manis dan pahit telah dilalui dalam tahun 2011. Sepanjang berblogging this is the first time aku buat blog tahun baru. Cuma lewat sehari.  Orang malaysia dan negara lain cuti straight 3 hari, 31 december, 1 januari jatuh hari ahad, so public holiday carry forward ke monday tambah lagi dengan habiskan cuti tahunan hoh! Nikmatnya cuti! 


Eric, dari 31 december2011 hingga 2 Jan 2012 pun kerja, ni la saudi arabia, negara cuti paling sedikit dalam setahun. Even maal hijrah pun tak cuti. Cutinya cuma raya puasa, raya haji dan national day. hari-hari lain selain dari hari khamis dan Jumaat pendek kata kerja, kerja, kerja... sebab tu la di pagi hari tahun baru dah moyok.
Alaa.. kena gi keje ke? Bukan cuti
new year ke?
2011 adalah tahun yang agak baik bagi eric, tahun paling banyak buat umrah. Bukan tu aje, dua dari tiga target tercapai, walaupun begitu banyak lagi wishlist yang not listed telah tercapai. Secondary target untuk sponsor parent datang untuk umrah tercapai dalam bulan May. Primary target, tercapai hajat menunaikan fardu haji. Target ketiga? Alahai target ketiga... terpaksa carry forward sampai tahun ni. Nak uruskan hal ketiga kena balik malaysia. tu yang dalam dilemma nih. apehal la tiket flight tiba-tiba semua jadi mahal? dah la MAS dah stop operation ke airport Dammam, so takleh nak balik direct sampai Newcastle (Kota Bharu la). ni yang nak menjerit ni WHY? WHY?! WAaaaiiiiiiiiiiiiiii?!!






Untuk tahun 2012, target Eric
  1. Dapatkan kerja baru so that Eric boleh ca alif bot dari Saudi.
  2. Sambung target number 3 last year.
  3. secret, secret and secret (asal nombor 3 je secret, sebenarnya masih dalam proses pemikiran dan perangkaan hehehe..)
Tapi secondary target this year nih susah betul bila nak control daripada jauh. Nak kena balik kerja kat Malaysia cepat-cepat skit kot. Nak settle pun boleh dikatakan projek jangka panjang gak. semoga segalanya dipermudahkan... Amin

Doa picture source darussyifa'  
sepotong ayat dari surah Al-Baqarah.

Sunday, January 01, 2012

Jerman, Jepun, Perancis Dan...

Keadaan di saudi sekarang dah kurang sikit sejuk maybe peak winter dah lepas kot. So far paling sejuk pun setakat 5 Celcius je rasanya. Sekarang ni takat suhu dah tak menentu nampak cam panas tapi rupa-rupanya sejuk. pernah sekali aku pakai jaket biasa je pergi jalan-jalan ke pesta flora?(tak sure pesta apa) kat tepi pantai, bila dah jauh dari kereta mula la terasa sejuk kerana angin yang kuat. Nak patah balik ambik winter jacket yang aku tinggal dalam kereta jauh sangat rasanya, jadi redah ajelah. Jari aku dah sejuk sampai ketulang tapi redah jugak, tak berapa lama, hidung mula la berair tak tahan sejuk. pelik gak aku tengok budak arab selambe main jet ski dengan wind surfing kat pantai, tak sejuk ke?


Sejuk-sejuk ni teringat lak winter lebih setahun yang lepas, time tu aku kerja shift malam dengan geng-geng engineer dan specialist NDT dari Germany. Supervise kerja kat atas plant platform yang tinggi tengah-tengah malam hingga ke pagi buta. Pakai winter jacket dengan sarung tangan pun masih rasa macam nak beku. Sepanjang karier aku, in my own opinion, kerja dengan geng jerman ni lagi bagus dari kerja dengan mat-mat salleh lain. oleh kerana aku yang masih baru dalam bidang hands on eddy current NDT diorang boleh ajar aku agak detail so that bila dia hantar report aku boleh interpret dan terangkan bila time nak update dalam progress  meeting.

Apa-apa hal pun ketua engineer jerman ni akan cari aku untuk update dia takkan cari mamat arab shift siang yang jenis tak boleh dipakai dan tak paham english. Engineer jerman punye english memang excellent, tapi dia punye technician tak berapa boleh cakap english selain bahasa jerman. tapi cara kerja memang aku respect, laju, accurate and sharp on time. Baru seminggu aku kerja dengan geng ni, without any reason leader arab yang berlagak nak mampos stop aku dari sambung, walaupun aku tak pernah miss update equipment inspection. nak harapkan arab shift siang update? bertuah! satu haram pun tak update. sejak hari tu aku memang buat tak kisah dengan leader arab jahanam tu, even selisih bahu pun aku buat muka tak tahu seolah takde orang pun lalu sebelah aku. Jangan harap aku nak respect orang syok sendiri yang mementingkan kaum sendiri yang memang tak boleh di pakai. 

Bagaimana pula dengan jepun? Masa aku Internship training supervisor aku suruh follow seorang gas turbine specialist jepun. Nak tau apa aku belajar? Belajar tengok je beb! dia buat kerja satu haram pun tak cakap apa. Begitu juga dengan jepun-jepun lain, diorang buat kerja takde cakap apa pun walaupun tahu cakap english satu benda pun dia tak ajar. Kalau tak silap aku nama dia Hashimoto san, 'san' tu maksudnya lebih kurang macam older brother la, contohnya nama jepun korang Kejicacimaki, jadi aku panggil Kejicacimaki san hahahaha.. tapi aku rasa Hashimoto san memang patut tukar nama jadi Matimati Tamokasi san sebab kedekut ilmu giler, walau satu ilmu pun mati-mati tak mau kasi!


Macamana pulak dengan geng perancis? Kalau bab kedekut duit gaji memang boleh bagi kat perancis. Dari segi ilmu lak ada banyak jenis, yang kedekut macam jepun pun ada, yang tak kedekut ilmu tapi tak tahu cakap english pun ada, kalau dia ajar sesuatu confirm bersembur-sembur kita terkena air liur eewww! Tapi kalau case high profile penting jangan harap diorang nak share. Kebanyakan yang aku jumpa, kalau jenis berlagak tu memang berlagak abis! sakit hati nak melayan, tapi kalau jenis ramah tu tak ramai, dan bertambah ramah sekiranya korang tahu cakap french. Kalau kat negara diorang jangan cakap english, memang pantang nenek moyang diorang agaknya dengar orang cakap english kat negara mereka, just greet them with 'bonjour'.


Kalau arab? yang ni malas aku nak cakap. bila kerja dengan diorang, mereka expect kita tahu everything, walaupun dia letak korang kat department yang bukan dalam bidang yang korang expert. pendek kata kalau dapat title engineer anggaplah title engineer tu sebagai engineer bidan terjun. dia bagitau task itu ini, and else is up to you (ayat yang diorang selalu pakai). aku rasa bila korang dengar cara diorang pakai ayat up to you, aku confirm korang gerenti rasa nak sepak je muka diorang dengan kelajuan 360kmj dengan power 850hp!


PS: perenggan last sekali tu baru satu, sebenarnya banyak lagi kalau nak letak. Just imagine seorang engineer tak tau apa hidraulic dengan pneumatic! memang hampeh! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages