nuffnang

nuffnang LR

Thursday, March 15, 2012

Komik: Tipah Tertipu Lagi

Komik lagi....









want more?
read Earlier (Komik: Tipah Tertipu)

Wednesday, March 14, 2012

Ep 61: Nak Kena Saman Polis!!

Tahun lepas Eric pernah kena saman dengan polis saudi kerana tengah tunggu nak masuk parking. Polis datang dan berhenti blocking kereta yang nak disamannya. Takde tanya-tanya terus mintak lesen dan bagi surat saman. Tunggu nak masuk parking pun kena saman? bodoh bangang punye polis saudi. Tak pasal-pasal Eric kena bayar seratus selepas sebulan kena saman. Tempoh masa untuk saman masuk dalam bank system biasanya sebulan, semuanya melalui electronic system.


Jumaat lepas, kejadian yang hampir sama berlaku, asalnya cuma nak hantar barang kerumah member, berhenti sekejap tengah jalan berhampiran dengan service apartment dreamhome. Sememangnya Eric paling malas nak lalu jalan tu terutama hujung minggu kerana terlalu ramai Mamat Bawang Kerala dan Mat Paray (filipin) keluar ke Jubail town. Ketika tengah Menunggu tak sampai seminit kereta peronda polis lalu sebelah kereta eric dan membunyikan siren menghalau kereta-kereta yang berada di tepi jalan, kemudian berlalu. 


Eric tidak perasan rupa-rupanya kereta polis yang menghalau tu membuat U-turn jauh di hujung jalan, jadi eric masih menunggu dan ada sebuah kereta yang juga menunggu dibelakang eric. Tiba-tiba Kereta peronda tadi lalu dari belakang dan terus memblock kereta eric, eric cuba keluar tapi di tahan oleh polis yang keluar dari keretanya, kemudian polis bangang itu memberi isyarat kepada kereta belakang supaya berjumpa di kereta peronda. Polis itu membetulkan kedudukan keretanya. Eric terfikir kalau nak lari, inilah masanya! Kereta baru lepas service lari lebih 200 pun takde hal dowh ! Terfikir pula kang terjadi cerita high speed chase lak 'masak'lah kalau kena tahan, polis saudi ni perangai bangangnya lain macam sket. Silap-silap kena tembak kang, naya je!
"OK! Alrite! Wa Surrender la ni dowh!"
Polis itu keluar dari keretanya dan meminta lesen memandu eric dan eric menghulurkan Lesen saudi dari tingkap keretanya. Polis itu kembali masuk ke dalam kereta peronda dan memegang lesen eric. Pemandu belakang berjalan menuju ke kereta polis dan bercakap dengan polis tersebut melalui tingkap kereta sebelah kanan dan menyerahkan sehelai kertas putih (lesen sementara kot?). Eric cuba membaca ayat yang baru dipelajari untuk mengelak dari disaman, 
"eric kau kena pergi jumpa polis tu kat kereta dia" kata rakan eric yang baru turun dari rumahnya.
Eric membuka pintu kereta, keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke kereta polis yang berada dihadapan keretanya. Eric berdiri di sebelah pemandu yang memandu kereta dibelakangnya. kelihatan polis itu sedang menulis sesuatu di kertas saman mungkin data-data pemandu tersebut.






Ketika itu eric terfikir, kalau saman ni ambil masa sebulan untuk masuk system bank, risau bakal menjadi masalah untuk final exit nanti. Ketika itu polis itu mengoyak salinan saman dan menyerahkan kepada pemandu tadi. eric membongkokkan badannya untuk bersemuka dengan polis tadi melalui tingkap kanan, 
"I'm really sorry, I'm just waiting for a while and I am going out when you block my car"
"No, How long do you wait?"
"Not even 5 Minutes, and I am really going out when you block my car"
"No, I don't think you wait less than 5 minutes."kata polis itu lagi
Eric naik geram dan mula meninggikan sedikit suaranya
"Wallahi, I waited for less than 5 minutes!"


Mendengar kata-kata eric itu polis tersebut terus perlahan-lahan menutup buku samannya dan memulangkan lesen kereta eric dan berkata "Go.."
Eric terus mengambil lesennya kembali dan memberi isyarat tangan cancel untuk berbincang dengan rakan yang menunggu di tepi jalan. 
"lain kali je jumpa, atau kau email atau telefon je nanti" kata eric sambil memasuki keretanya dan terus drove off from that area.


nasihat kepada diri sendiri: Bila nak dekat final exit cuba elakkan diri dari kena saman untuk mengelakkan masalah ketika ingin meninggalkan negara saudi nanti.
Home

Monday, March 12, 2012

Ep 60: Picnic Padang Pasir N' Rempit ATV

Last 2 weeks walau letih baru balik dari Bahrain, ada lak yang buat last minute planning untuk berpicnic di padang pasir selepas solat jumaat. sebelum solat jumaat eric tak buat apa-apa kat rumah cuma menunggu telefon berbunyi dengan penuh debaran. Tunggu telefon? Ape kes??

Sebenarnya tengah menunggu phone interview daripada Brunei. Nasib baik job agency tolong schedulekan interview hari jumaat. Selepas solat subuh memang dah tak boleh nak tidur, berdebar pun ada tapi masih gatal tangan lagi nak menulis blog sambil berfacebook dan breakfast. Bila tepat pukul 9 (2pm Brunei time) telefon berbunyi! selepas 45minit barulah interview tamat dan eric diberi pilihan, salah satu antara dua post yang ditawarkan dan... (owh! sudah lari tajuk, lain kali la sambung)

Berbalik kepada desert picnic, setengah jam selepas solat jumaat seperti yang dijanjikan, tapi biasalah.. janji melayu.. setengah jam jugalah menunggu dalam kereta, menunggu yang mana yang lewat. Dulu berkelah di padang pasir tiga family dengan dua kereta, tapi kali ni 6 family dengan 5 kereta. Picnic dengan Family yang bakal pulang ke Malaysia tetapi datang kembali untuk Join company lain mungkin selepas Eric final exit. makin ramai Picnic, makin meriah dan makin lama menunggu ahli rombongan yang agak lambat... (yang terkena jangan marah ye hehehe...)


Selepas hampir sejam perjalanan, masing-masing mula lapar, ye la biasanya bila balik dari solat jumaat dalam pukul 12:30 dah beli nasi kabsah kambing buat lunch. Tapi nak ber'desert picnic' punya pasal, dekat pukul 3 baru nak lunch. Bila Perut mula lapar, eric yang lead the way, asal nampak ATV nak berhenti makan, asal nampak ATV nak berhenti makan. Hinggalah tinggal beberapa kilometer lagi nak sampai ke simpang Nairiyah barulah ternampak tempat yang kami datang untuk main ATV last time. 







So kat situlah kami park kereta dalam  formation untuk halang angin, pasang penghadang, hampar carpet dan dirikan khemah. Bila semua dah siap apalagi, tibalah masa untuk mencekik nasik, segala lauk, rojak dan sebagainya. Selepas solat asar, barulah aktiviti merempit dengan ATV bermula. Sewa ATV juga lebih murah daripada biasa kerana cuma dikenakan SR50 untuk satu jam. Walaupun ada yang menggunakan lebih dari sejam tetapi tuan punya ATV kira halalkan aje. Yelah, petang tu aje dah berapa ATV kami sewa. 


Eric cuba merempit diatas jalan berturap nak test berapa laju boleh pegi dengan full throttle, cuma rasanya takdelah laju mana. Mungkin kalau lain kali sewa ATV yang ada manual transmission, baru boleh buat skill wheelie. Kemudian semua orang mula mengikut test merempit atas jalan, tetapi tuan punya ATV melarang merempit atas jalan kerana risau cepat  haus tayar ATV katanya. 
Rempit kat padang pasir aje lah
Seperti biasa geng-geng wanita tak habis-habis berposing dengan ATV. Semenjak dua menjak ni bila check facebook penuh gambar rombongan cik kiah berposing time morning coffeelah, kelas arablah, jamuan itulah, jamuan inilah. pantang nampak kamera terus serbu! macam tak pernah jumpa kamera kemaruk nak amik gambar! (confem diorang geram bila baca ni Hahaha.. relax cik kak, gurau je! tapi memang kaki 'SS' pun!)


Selepas menghantar kembali ATV dan selesai solat maghrib, unggun api di pasang kerana suhu sekeliling mulai sejuk. Kami mula menjamah hidangan makan malam dan anak-anak mula membakar sousage di unggun api. Dan selepas solat isya' barulah kami berkemas dan bertolak pulang ke Jubail.
Home

Sunday, March 11, 2012

Bahrain

Seperti yang telah diberitahu semalam, sempat ke tak eric nak mengarang ni tak tau la kalau tak sempat post esok je la hehehe...

Seperti biasa kalau nak gi bahrain lepas subuh dah bertolak ke bahrain, cuma kali ni lewat sikit sebab breakfast kat rumah dulu. Apabila sampai di jambatan pertama untuk menuju ke bahrain, barulah nampak, rupa-rupanya panjang gak jambatan ni, lagi panjang dari jambatan Pulau Pinang dua Jambatan lak tu. Selepas beberapa perhentian toll, imigration dan sebagainya tibalah di Bahrain. 

Tempat pertama yang dituju ialah airport, tapi dalam perjalanan menuju ke airport nampak pemandangan bot-bot nelayan dari jambatan yang merupakan salah satu landmark Bahrain sila refer gambar (Trip to Bahrain II) jadi terfikirlah nak amik gambar dari taman berdekatan, tetapi sayangnya kat area tu mana bleh berhenti sesuka hati nak amik gambar. Jadi terpaksa drive jauh sikit untuk take a shot bandar Manama dengan landmark-landmarknya. 


Selain dari pegi airport kami melawat area Bahrain F1 Circuit dan Sailing Club yang ada gambar cuma F1 circuit, sailing club tak amik gambar sebab ada lawatan sambil belajar budak sekolah bahrain memenuhi jalan. kemudian barulah menuju ke Bahrain City Center. bukan buat apapun, cuma sekadar window shopping je. selepas solat dan lunch, beli tiket wayang untuk tengok movie John Carter (seriously best and recommended). 


masuk aje panggung, baru perasan cinema kat sini besar giler, mengalahkan mana-mana cinema besar yang ada di Malaysia. Oleh kerana tempat duduk yang agak banyak, 25% je tempat duduk yang ada penonton lagi 75% takde orang walaupun masa nak beli tiket sebelumnya ramai yang beratur menunggu.






Oleh kerana pengalaman minggu lepas terpaksa menunggu agak lama untuk keluar dari kepulauan Bahrain, this time decided balik lewat sikit. Selepas solat maghrib dan Isya' masuk ke pasaraya carrefour cari daun pandan dan masih tak jumpa. Kemudian kami pergi pula ke Pasaraya Geant dan terjumpa orang malaysia yang bekerja dengan firma insurans Arab di Bahrain.


Sambil bersalam
"eric"
"zul"
bla bla bla
"weekdays kat bahrain ni hari apa ya?" tanya eric ingin tahu
"sini weekdays, ahad sampai Khamis"
"ooo lain rupanya, patut la datang hari khamis nampak macam kerja, kami kat saudi weekdays sabtu sampai rabu"
"tu la biasa tengok asal hari rabu malam je penuh kereta dari saudi masuk ke bahrain. dah berapa lama kerja kat jubail?"
"dua tahun, dah berapa lama kerja kat sini" tanya eric pula
"baru lima tahun"
"BARU LIMA tahun?!" tanya eric terkejut 5 tahun dikatakan baru! Biar Betik!
"ye la orang kerja kat sini biasanya lama-lama" jawab zul


selepas berbual beberapa minit lagi masing-masing meminta diri, perbualan tadi membuat eric terfikir pasal 'baru lima tahun'. Bahrain dengan Kuala Lumpur Banyak persamaan, pemandu yang lebih cermat, budaya penduduk yang lebih ramah dan open minded. Jadi kalau kerja lama-lama pun tak terasa 'terpenjara' sangat macam saudi. Eric mula terfikir, kalau kerja kat bahrain pun OK gak nih, cuma yang menjadi limitation, engineering job kat sini tak banyak. kang dia buat program bahrainization macam Saudization terpaksa balik malaysia gak. Maybe Middle east is not for me anymore??? and I tell to myself 
"Eric, its time to go home..."
Wallahua'lam..  
Home

Saturday, March 10, 2012

Trip to Bahrain II

Ni adalah kali kedua aku berjalan-jalan ke Bahrain kira jelajah keliling pulau gak lah. habis merata tempat pusing. last week ribut pasir apa pun tak nampak kan? kalau tak baca yang first trip sila klik sini Jalan-Jalan di Bahrain. jadi hari ni nak share gambar-gambar yang sempat di snap. 
Inilah dia Ibu kota Bahrain, Manama
Eco-friendly Significant Bahrain Landmark
Bahrain World Trade Center (Side View)
Front View : Clean Energy Source 3 Wind Turbine
Satu lagi landmark Bangunan berkembar
Bahrain Financial Harbor-BFH (side View)

BFH (Front View)

Sheikh Isa Causeway Bridge


Recognize this? you will see this in Formula1 Bahrain Grand Prix
Moto: Home of Motorsport In Middle East.






Bahrain F1 circuit ni banyak persamaan dengan F1 circuit kat sepang sebab masa aku kerja kat sepang circuit dulu diorang bagitau designer Sepang Circuit dengan Bahrain Circuit ni orang yang sama.


All rite, that's all for now, ada cerita yang bakal menyusul jika eric sempat karang malam ni and will be published tomorrow morning. Adios Amigos!


next trip click Doha
Home

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages