Bahrain, dah lama aku terfikir nak gi bahrain dan sebab itu jugalah aku buat Multiple exit entry pass yang sepatutnya dah pergi sebelum balik vacation di Malaysia tetapi terpaksa tunda hinggalah minggu lepas. Akhirnya tercapai juga hajat berjalan-jalan di kota Manama buat pertama kali. Eric cuma dapat snap satu gambar sahaja melalui blackberry kerana indeks penglihatan agak rendah berikutan ribut pasir yang agak teruk sehari sebelum tiba di Bahrain.
Manama - Bahrain (dalam sandstorm) |
Kami berempat sempat berpicnic untuk breakfast apabila tiba di pusat membeli-belah pertama yang agak kecil iaitu Seef Mall. Kerana tidak mempunyai matawang Bahrain Dinar (BD), duit boleh dikeluarkan melalui mana-mana atm machine dengan menggunakan mana-mana card atm middle east sebagai contoh card atm SABB (HSBC) boleh digunakan untuk mengeluarkan wang bahrain dinar. matawang Bahrain adalah lebih mahal dari matawang Saudi, yang mana satu dinar adalah bersamaan dengan 10 saudi riyal. duit riyal juga diterima tetapi mereka lebih prefer matawang BD.
Tempat pertama yang eric cari ialah cinema (saudi mana ada cinema) untuk check harga dan check cerita mana yang menarik. Harga untuk menonton wayang agak mahal jika dibandingkan dengan harga tiket wayang Malaysia seperti di TGV dan GSC iaitu 3dinar (30riyal dowh!). Oleh kerana masih terlalu awal, plan untuk menonton wayang ditunda selepas sessi shopping. yes, Bahrain is a shopping paradise for shopaholic, cuma too bad SALE season is already Over.
F1 Scuderia Ferrari dalam Boutique Ferrari |
Di kedai Souvenir, Eric cuma membeli sehelai t-shirt tertera perkataan Bahrain dengan gambar unta dan pokok kurma, dan juga aviator cap yang biasa dipakai oleh juruterbang pesawat tempur zaman perang dunia kedua hehehe. Rasanya kedai souvenir tu untung besar bila shopaholic yang lagi 3 orang tu start shopping (not me)
Level Surau - Bahrain City Center |
Kami juga mencari Daun pandan tetapi tiada stok yang di jumpai. kami cuba mencari daun pandan di pusat membeli belah yang lain tetapi gagal juga dijumpai. by the end of the day mata eric terasa amat pedih, mungkin kerana terlalu banyak particle pasir dan habuk di udara hasil dari sandstorm yang agak teruk so far. Jadi sessi menonton wayang mungkin bakal ditunda ke visit yang seterusnya.
Dalam perjalanan pulang, kami tersekat didalam kesesakan jalanraya yang teruk untuk keluar dari sempadan bahrain kerana menunggu spot check dari pegawai imigresen saudi. Pegawai ini biasanya mencari bahan narkotik dan minuman keras yang cuba di seludup memasuki Saudi. Apabila tiba giliran eric membuka bahagian penyimpanan barang belakang keretanya, pegawai yang sepatutnya check barang buat-buat tak tahu, ini mungkin kerana beliau ternampak terlalu banyak sos cili Kimball didalam setiap plastik carrefour! hahaha...
Selepas hampir sejam untuk melepasi sempadan barulah kami dapat meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah.
No comments:
Post a Comment