nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, March 09, 2011

Jubail Episode XXIX: Mutawwa

Pada suatu tengahari ketika Eric berjalan keluar dari cafeteria bersama  amirul selepas waktu lunch, kelihatan bas di dalam plant sampai ke perhentian yang tidak jauh dari cafeteria tersebut. oleh kerana hari itu agak panas, mereka terus menaiki bas tersebut untuk ke masjid bagi menunaikan solat zohor. 

ketika menaiki bas, seorang pemuda arab turut bersama menaiki bas tersebut. apabila bas mula bergerak, pemuda itu berkata kepada amirul
"why are you not mutawwa like him?" katanya sambil menunjukkan kearah Eric.
amirul cuma tersenyum tetapi tidak menjawab soalan tersebut, lalu Eric mencelah kerana kerap kali terdengar perkataan tersebut terutama sebelum menunaikan solat.
"what do you mean by mutawwa?"

"mutawwa is aaa..." kata arab tersebut tersekat tidak dapat menyambung jawapannya kerana perkataan yang sebenar tidak dapat diterjemahkan ke bahasa inggeris.
"mutawwa mean straight" sambung arab itu lagi
"straight?" tanya eric di dalam fikirannya kerana berfikir ke arah lain, kalau mengikut sex orientation, straight membawa maksud yang lain. yang bermakna berbeza dari perlakuan songsang yang banyak berlaku di negara arab. (faham-faham sendiri)

mengikut interpretation eric, apa yang di maksudkan oleh pemuda arab tersebut sebagai mutawwa, adalah orang yang menyimpan janggut yang panjang mengikut sunnah* rasulullah (saw). bukan sahaja begitu, malah orang yang di panggil mutawwa, straight follow apa yang di suruh oleh agama dan meninggalkan larangannya. dan orang yang di maksudkan dengan mutawwa inilah yang sering dipilih sebagai imam solat dan kebiasaannya mempunyai janggut yang panjang. (realiti)









barulah eric teringat ketika bertugas di loji styrene, dialah yang selalu di suruh menjadi imam solat asar di masjid area styrene. bukan setakat dari kalangan jemaah muslim pakistan dan India, malahan arab sendiri pun selalu menyuruh eric menjadi imam solat. walaupun ketika itu janggut eric cuma setengah genggam. cuma di masjid tempat baru eric sahaj dia tidak menjadi imam, kerana ada imam tetap dan lebih ramai arab yang berjambang dan berjanggut panjang.

mengikut mazhab Hanbali dan Maliki (arab) mencukur janggut adalah haram, manakala bagi mazhab Hanafi pula mencukur janggut adalah makruh tahrim, dan bagi mazhab Shafi'e(kita) pula hukumnya adalah makruh. tetapi bagi sesetengah orang yang buta tentang mazhab keluarlah wahabi (di politikkan oleh umno). maka adalah hamba Allah Malaysia yang menyebut "mengikut mazhab wahabi" beberapa bulan yang lalu. (mamat ni cakap macam serba tahu, tetapi eric tidak menegurnya kerana mamat ni selalu SS (syok sendiri) orang negeri mana ntah mamat ni- wahabi** sebenarnya adalah aliran atau ajaran (kalau nak tau lebih lanjut sila cari sendiri-memang amat rumit dan detail untuk diterangkan). eh! cerita ni terrr'off track'  lak.


Eric tidak bercadang pun untuk meyimpan janggutnya terlalu panjang, tetapi beliau selalu tidak berkesempatan untuk 'trim' seperti biasa. sepanjang hidup, itulah janggut yang paling panjang pernah disimpan. apabila agak panjang ada yang mengatakan muka dah macam pak arab betul, tapi paling tak best bila orang kata nampak tua. ceh! sungguh kurang asam. 



Eric berkira-kira untuk mentrim janggutnya cuma berfikir adakah kalau trim janggut di saudi akan kelihatan seperti pak haji yang membuang serban dan memakai baseball cap atau di kategorikan sebagai buang tebiat? nahhh! maybe not! beberapa hari kemudian, eric pun men'trim'kan janggutnya seperti biasa yang kelihatan kemas dan lebih decent.


*sunnah menyimpan janggut adalah agar tidak meyerupai kaum majusi dan ahli syirik(simpan misai dan mencukur janggut) dari Abu Hurairah radiallahu'anhu sabda rasulullah sallalahu'alaihi wasallam "bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong (mencukur) janggutnya, janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu"
**aliran wahabi: adalah diasaskan oleh muhamad Abdul wahab pada kurun ke-18 yang disokong oleh keluarga diraja ibn saud di saudi. yang mengambil sumber al-quran dan hadis sahaja tanpa ijma' ulama dan Qias. 
note: please correct me if I'm wrong
Ps: untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wahabi (sila Klik untuk baca Apa Itu Wahabi) penerangan dari Dr Maza.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages