nuffnang
nuffnang LR
Tuesday, May 01, 2012
Clearance
at last eric berjaya memecah keheningan blog a cap and a sunglass setelah eric menamatkan service internet untuk final exit. entry ni pun pakai broadband sementara menunggu hari penerbangan pulang ke pangkal jalan. untuk commentators-commentators yang telah membuat komen dalam blog-blog lama, terima kasih, comment korang baru je eric published.
hari ni 1 may, hari pekerja, hari ni jugalah eric menjadi penanam anggur part time (menganggur la ni) kerana semalam adalah hari last contract untuk bekerja, sebenarnya dah hampir 2 minggu takde kerja melainkan menguruskan hal final exit dan clearance process dari office. dalam process clearance ni lah yang eric nak cerita something seperti yang eric cakap dalam entry lepas.
process clearance memerlukan tandatangan orang-orang tertentu dalam mana-mana sabic affiliate, antaranya tandatangan release dari department manager, Sabic IT department, GS communication, GS facilities dan SMP officer. untuk GS memang tiada masalah kerana eric tidak lagi memegang apa-apa kunci office dan telefon office eric juga telah ditamatkan perkhidmatan. jadi, dua tandatangan dari GS sudah settle. tapi untuk tandatangan IT, eric terpaksa memulangkan desktopnya kepada IT department. Maka eric dan rakannya pergi berjumpa dengan ketua IT sabic terlebih dahulu supaya beliau mengeluarkan e-mail kepada ketua masing-masing supaya memberi kebenaran untuk memulangkan desktop kepada IT department.
semasa berjumpa dengan ketua IT department (Encik al-K), eric dan rakannya diajak berbual sambil minum teh. Al-K adalah seorang arab yang fasih berbahasa inggeris. setelah beliau memeriksa login name eric dan rakannya didalam sistem berikut adalah perbualan setelah dialih bahasa dari english ke bahasa melayu.
"saya ingin tahu pandangan anda tentang saudi?"
rakan eric mula menjawab tentang kebaikan kebaikan yang dilihat di saudi tetapi belum pun rakan eric (Encik A) menghabiskan jawapannya Al-K mencelah
"saya tidak mahu mendengar tentang kebaikan yang anda jumpa di saudi, maksud saya apa keburukan yang anda nampak di saudi dan apa yang harus kami lakukan untuk memperbaikinya?"
eric dan encik A mula mengeluarkan satu persatu point dan al-K bersetuju dengan beberapa pendapat. kemudian Al-K mula bercakap mengenai Malaysia, perdana menteri, memuji-muji malaysia dari apa yang pernah diceritakan oleh abang Al-K yang pernah beberapa kali melawat Malaysia. dan tidak ketinggalan memuji bekas perdana menteri Dr M. kemudian ditanya berkenaan dengan Anuar Ibrahim kenapa beliau dipenjarakan dan eric mula memberi opinionnya sendiri berkenaan dengan mantan perdana menteri berkenaan.
"pada pendapat saya mungkin penggal pertama beliau adalah ok, tetapi dari tengah hingga ke penghujungnya terlalu banyak fitnah dan corruption hingga memenjarakan sendiri timbalannya dan mengaitkannya dengan skandal seks. dan adakah anda tahu 'he is against hudud law'?" jawab eric sinis
"he is against hudud law? what do you mean by that? hudud as used in saudi?" tanya al-K
"yess.. exactly..." jawab eric
"jawapan anda sungguh mengecewakan saya (perkataan yang digunakan dissappointed), dengan tanggapan saya sebelum ini bahawa beliau adalah pemimpin terbaik" kata al-K mengeluh kerana beliau yang sebelum ini terlalu kagum dengan Dr. M tetapi jawapan eric mengubah segalanya..
kemudian topik berubah pula kepada parti di malaysia dan kerajaan malaysia, (yang ni sangat panjang, tak terdaya nak menulis satu-persatu point mengenai politik), penyelewengan kerajaan dan menteri yang menyebabkan rakyat biasa hidup dalam keadaan yang semakin terhimpit sedangkan jurang antara yang kaya dan miskin menjadi semakin jauh. yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin terhimpit. semua jawapan semakin membuka mata Al-K.
topik berubah lagi tetapi satu perkataan yang membuat eric agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh al-K.
"dahulu kehidupan kami (arab) sangat susah, sebelum minyak dijumpai, kami cuma bekerja sebagai nelayan, penternak dan peladang. ada yang terpaksa berhijrah ke india, pakistan dan afrika. kehidupan kami bertambah baik apabila minyak mula dijumpai dan kini mereka pula yang berhijrah kesini untuk mencari pekerjaan. dan sesetengahnya kami menganggap mereka seperti 'hamba'" (perkataan yang digunakan 'slave'!)
dan beliau menyambung lagi
"tetapi tidak menganggap anda berdua sebegitu kerana taraf professional kamu disini sebagai executive. "
mungkin mengatakan begitu untuk cover line, mungkin lain dibelakang? maknanya kalau bekerja sebagai orang gaji atau general work yang lain mungkin beberapa dari arab menganggap mereka sebagai hamba?
"oh rupa-rupanya kita dah bercakap hampir 2 jam! kamu berdua juga sudah berubah menjadi arab macam kami?" tambah Al-K
alamak terkena lak sebijik. rupa-rupanya arab sendiri pun realize mereka memang jenis banyak cakap walau waktu kerja pun mereka boleh berbual dari waktu breakfast hingga lunch, atau selepas lunch hingga tamat waktu kerja.
cerita ini adalah apa yang di alami eric minggu lepas. eric tak nak tulis lebih-lebih mengenai politik, korang sendirilah nilaikan dengan keadaan politik malaysia. kerana politik ramai yang bergaduh. kalau bergaduh bab politik sampai bila pun tak habis. korang sendiri yang tau yang mana baik dan yang mana yang burukkan? ada lagi cerita lain yang dicerita oleh al-K mengenai bab agama, laters.. ok till next entry! bubye!
Labels:
Jubail Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment