Haaaa... Nak tukar company? (SATORP ke?) nak balik terus? Nak final exit dari Saudi? Untuk mereka-mereka yang bekerja di Saudi kalau rasa nak final exit bolehlah rujuk sini, macamlah eric ni pernah final exit.. sebenarnya memang eric dalam proses Final Exit! Hell Yeah!!
Keluar dari Saudi tidak semestinya kerana perkara-perkara yang tidak baik, sesetengah dari kita mendapat pekerjaan yang lebih baik, ada kerana keluarga yang tak tahan berjauhan, jadi disini ada perlunya tahu mengenai procedure untuk final exit agar tidak tersekat dan 'bikin panas' di Dammam airport! Eric tau korang datang sini bukan untuk career development, tapi untuk Duit! Eric punye target dah tercapai (haji) dan sentiasa beringat 'money is not everything'!
Dibawah adalah procedure-procedure yang perlu dilakukan untuk final exit
1. NOC: atau No Objection Certificate- just in case manalah tau nak datang balik kerja kat saudi, takde NOC means give it a good kiss goodbye, khaley walley takleh kerja saudi balik! Sesetengah company bagi release letter, dan ada juga company yang tak mau bagi NOC, nasib la beb kalau tak dapat!
(eric: NOC eric in process le skang ni)
2.Kereta: jika anda ada kereta. anda perlu memindahkan pemilikan kereta kepada orang lain atau secara pendeknya "jual je" kalau tak jangan harap visa anda dicop. kalau nak masuk keje balik sila apply konsep 'cina buta' hehehe.. pindahkan nama kepada rakan anda, dan bila sampai semula sila reverse balik proses tersebut. carilah member yang sanggup buat bukan main cakap pakai modal air liur je tapi tak bleh pakai. (pernah jadi kat member eric)
3. Hutang: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati (dan-dan bagi pantun)
segala hutang mesti dibayar termasuk, bill electricity, bill air, internet, telefon, pinjaman peribadi dengan bank dan hutang dengan orang. Jika semua perkara ini menggunakan nombor iqamah anda, so please settlekan kesemuanya. Hutang budi takpe, jangan sampai tergadai body!
Mayday! Mayday! AhLong On my SIX!! |
5. Bank Account: anda perlu menutup akaun bank anda dan ini adalah the last step yang patut dibuat. anda perlu mendapatkan dua surat daripada pihak penaja yang ditulis dalam bahasa arab yang menyatakan bahawa anda akan final exit dan jumlah wang yang telah dimasukkan ke akaun anda dikeluarkan dan terus tutup akaun. tunjukkan surat ini kepada pihak bank untuk menutup akaun anda.
6. Rumah: bagi yang menyewa rumah, sila beritahu tuan rumah anda tentang hasrat anda untuk blah dari saudi yang tidak tercinta ini. jika kontrak sewa rumah belum tamat, cari rakan yang sedang mencari rumah supaya menyambung kontrak perumahan hingga tamat dan anda pandai-pandai la kawtim sewa yang selebihnya atau kehilangan semua jumlah yang telah anda bayar! jadi kalau tinggal di compound malaysia carilah pengganti Malaysia juga senang sikit dan bekas jiran di compound anda juga tidaklah haru biru dengan karenah bangsa lain. (paham-paham sendiri la). kalau takde sila iklankan kat kelab rakyat malaysia, insya'allah. inilah sebab kenapa anda perlu cari compound senegara, lebih mudah untuk di sewakan kepada rakan Malaysia atau negara-negara yang sewaktu dengannya.
7. Duit: sekiranya segala hutang telah dibayar dan akaun telah di tutup tetapi bakal menerima wang (gaji atau transfer) sila cari rakan yang anda boleh percayai untuk mendapatkannya sebagai wakil bagi pihak anda. pandai-pandai sendiri la kan?
8. Keluarga: bagi yang membawa keluarga, adalah dinasihatkan anda menghantar keluarga anda keluar dari saudi terlebih dahulu sebelum anda sendiri final exit. Ini untuk mengelakkan mereka mengalami kesusahan jika anda 'tersangkut' pada saat akhir.
9. Passport: Lastly, sekali lagi diingatkan supaya clearkan segala hutang tertunggak termasuk saman atau clearkan rekod dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan final exit. pastikan iqama anda telah dihantar dan semua syarat diatas telah dipenuhi. barulah passport anda akan dicop dengan exit visa. Sesetengah syarikat menyerahkan pasport anda di airport kerana itu menjadi tanggungjawab penaja anda untuk memastikan anda betul-betul keluar dari saudi. ada juga penaja yang menyerahkan lebih awal dari itu.
OK itu cara ikut peraturan yang betul dan kalau korang fikir the rule was made to be broken! sila guna cara jahat! samada buat exit entry visa atau multiple exit entry visa dan terus balik and never look back dan mereka akan pastikan anda tidak akan menjejakkan kaki anda lagi dibumi saudi mungkin dalam tempoh 5 tahun.
Eric: Mana-mana satupun pilihan korang All the best! hehehe time nak final exit, multiple exit entry eric masih hidup lagi and that was my last resort
Ps: ada yang bagitau eric, kononnya sebab datang kerja di Saudi kerana tak pernah terasa 'feel' balik kampung bila time nak raya masa kerja kat Malaysia! tak payahlah bagi sebab bukan-bukan beb, senak perut aku nak gelak dowh! kalau macam tu baik gi kerja kat tengah Afrika je.. boleh layan safari time nak balik kampung! hahaha...
No comments:
Post a Comment