pernahkah korang dengar pasal kempen 5 for palestine? aku pasti ramai yang tahu kerana kalau bab-bab kempen menderma di malaysia memang biasanya hangat dijayakan. maybe kita rakyat Malaysia adalah dari kalangan yang pemurah. setakat lima ringgit berapa la sangat. tapi bukan pasal kempen tu yang nak aku ceritakan dalam blog hari ni, cuma mahu menerangkan apa sebenarnya terjadi disini apabila kempen itu tengah hangat di kempenkan di negara lain.
at first aku tak tahupun ada kempen ni sehingga aku dapat e-mail forwarded daripada seorang kawan dari malaysia. seperti biasa ramai yang komen (a group of contact with my previous campus mate). aku tak tahu berapa yang dapat malaysia kumpul untuk di dermakan kepada palestine. masalahnya di negara-negara arab tak ada satu pun banner yang aku nampak pasal kempen ni kecuali di dalam ruangan cyber dan facebook.
sehinggalah satu hari ketika sedang menonton TV di tayangkan iklan kemasyarakatan (iklan kerajaan lebih kurang) aku agak terkejut, beginikah kempen untuk membantu mereka yang sedang di tindas di putar belit? oleh kerana ada masalah teknikal sikit, korang kena bayangkan ajelah atau cari dalam youtube kalau ada.
cuba imagine iklan berikut:
[scene di iringi bunyi violin irama arab]
seorang lelaki membawa pickup truck yang di ruangan belakangnya terdapat sebuah peti simpanan berwarna hitam. dibukanya peti tersebut dan terdapat tiga tabung derma lutsinar berbentuk kiub yang ditampal dengan logo kempen. di bawanya balang tersebut ke sebuah pasaraya, maka ramailah mendermakan wang sambil memberikan senyuman kepada lelaki yang membawa tabung tersebut. hari mulai petang dan lelaki tersebut memasukkan ketiga-tiga tabung berisi wang kedalam peti di ruangan belakang pickup truck tadi dan peti hitam tersebut ditutup.
[scene bertukar]
kelihatan pickup truck tersebut menyusuri jalan berpasir tidak berturap pada waktu senja. beberapa ketika kemudian kenderaan itu di bawa masuk ke sebuah gudang dan beberapa lelaki berbangsa arab palastine sedang menunggu. apabila peti tersebut di buka, kelihatan beberapa senapang AK-47 di letakkan diatas ribuan longgokan peluru jenis "caliber 7.62mm winchester" memenuhi peti tersebut.
[scene di fokus dari pandangan atas peti]
kelihatan tangan beberapa tangan mengambil kesemua senapang di dalam peti, beberapa orang bersuara dengan penuh semangat.
[scene digelapkan, tiada volume lalu dipampang tulisan arab dengan tompokan darah]
-iklan tamat-
daripada imaginasi anda tadi cuba dapatkan maksud tersirat di sebalik iklan ini. kempen ini sebenarnya adalah untuk membantu rakyat palestin dan menyelamatkan Masjid Al-aqsa. tetapi iklan keluaran arab ini membantutkan segalanya kerana dianggap akan menaja keganasan atas menaja puak hamas. terlalu terpengaruh dengan propaganda Amerika menentang keganasan. sedangkan saudara sesama islam dibiarkan ditindas dengan sewenang-wenangnya. sad isn't it?
No comments:
Post a Comment