nuffnang
nuffnang LR
Wednesday, July 12, 2006
July 4th 2006
Dari pada hari ahad sampai la hari selasa demam, hari ni demam dah ilang cuma kepala je dizzy semacam, asal jumpa doktor, dia check blood pressure check nadi & bagitau
" awak ni stressed and tired'
"macamana tak stressed and tired, saya dah keje 2 minggu straight termasuk sabtu dan ahad, hari isnin lepas balik pukul tiga pagi tunggu chiller full load testing, tengahari esok masuk keje balik. tidur pun dah tak cukup"
"awak perlu banyak rehat, jadi saya bagi awak MC berapa hari awak nak?"
"sehari cukup kot, lusa rasanya dah tak demam dah biasa 2 hari je demam"
tu yang aku cakap kat doctor hari ahad lepas alih2 semalam masa dah sampai ofis badan panas semacam lagi panas dari hari isnin, nak buat apa2 pun tak dapat, terduduk dan kepala tersandar kat kerusi kat depan control panel.
"cuba ko check badan aku ni panas ke apa?"
"eh panas semacam je ko ni, larat ke nak keje? baik ko balik mintak MC"
so aku pun balik, lagi sehari terbaring kat atas katil lepas jumpa doctor, doc tambah lagi ubat yang lagi power utk aku makan, sampai umah makan roti makan ubat, pastu mamai terus buat kuak lentang atas katil, time nak kena solat bangun amik wudu' sejuk sikit badan.. sampai la pagi ni.. terjaga dapat world cup result Italy kalahkan jerman 2-0. Tak sia-sia aku sokong Italy dari first round masuk gak final.. malangnye tak tengok sebab semalam tido mati hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)