Sambungan dari bab kahwin dengan lelaki arab (baca Part I), belum lagi aku start taip blog sambungan part II dah ada orang comment tak suka plak dengan pak arab. Gaya comment macam 'panas' dengan arab, katanya arab lebih banyak negative than positive. betul la tu kot..
Gambar hiasan je |
(sambungan) Selepas urusan perkahwinan selesai, maka seorang isteri kepada suami arab mesti mengikut apa sahaja kehendak suami. apa sahaja means everything ok! best ke tak best ke diorang apa kisah! kalau orang malaysia lain.. kebanyakan lelaki malaysia (tak semua) jenis caring and loving jika dibandingkan dengan arab dan jepun (ye ke?). ok lets check out apa kelebihan dan kekurangan kahwin dengan lelaki arab.
Kita start dengan good news dulu, arab banyak duit... barang-barang branded yang dijual kat saudi pun takdelah semahal di Malaysia. Sebab tu, bila korang tengok handbag, kasut dan women accessories minah arab yang dah kahwin ni boleh dikatakan takde yang murah semuanya branded dan mahal belaka. unless kalau korang tengok minah pengemis kat tepi jalan, (tapi ada pengemis yang pakai handphone mahal tau).
Bukan itu saja, malah setiap tahun boleh ikut husband melancong ke serata dunia, di ulangi, setiap tahun! dan favorite vacation location arab ialah, Kuala Lumpur, Penang dan Langkawi (tempat wajib kot). Lagi? Boleh selalu pergi mekah, lagi-lagi kalau rumah dekat dengan area mekah atau Jeddah. apa lagi yang best? hmm tu je la kot. kalau ada yang terkurang boleh la tolong tambah k?
Bad news is, perempuan akan lebih banyak terperuk kat dalam rumah, nak keluar pun cuma bila suami balik keje. Tak banyak boleh keluar means not much exercise, dan secara automatik badan naik secara mendadak setiap tahun dari s-m-l-xl-xxl-xxxl or more! selain dari itu isteri juga secara automatik menjadi kilang baby production most probably every year sorang baby!
Ok, tu macam takde biasa-biasa aje kan? The bad news bila bercuti, korang sepatutnya tahu kemana suami arab anda pergi ketika dia keluar berseorangan atau bersama rakan tanpa isteri, normally 'rumah urut'.. ops! dan tempat yang lebih korang tak suka melebihi dari rumah urut.. memang diorang selalu tanya orang malaysia pasal tempat-tempat macam ni, macam la orang Malaysia ni perangai macam diorang!! pantang boleh hidup bebas sikit dari undang-undang saudi, terus cari maksiat! ish.. ish.. ish..
Ok tu baru dua bad news. ada banyak lagi, nak hak kerakyatan? Jangan harap! Saudi adalah negara yang paling susah nak bagi taraf kerakyatan, sehingga ada satu cerita seorang warga palestine yang tinggal di saudi selama 80 tahun pun tidak mendapat kerakyatan sampai mati.
Nak lagi? foreigners tiada hak untuk memiliki tanah atau rumah di saudi. Ianya hanya khas kepada warga saudi dan mereka-mereka yang berhubungan baik dengan wasta arab yang berpengaruh besar. Begitu juga dengan keturunan atau anak-anak, walaupun dilahirkan di Saudi ia tidak semudah negara-negara lain. Contohnya, rakan sekerja eric, ibunya berasal dari filipina tetapi ayahnya dari saudi, dilahirkan di saudi, abang dan adiknya yang mempunyai nama keturunan arab yang agak terkenal di kawasan jubail tetapi tidak dianggap sebagai orang saudi kerana wajah yang menyerupai warga asia timur. nasib baiklah member ni wajah dan kulitnya menyerupai ayahnya. (arab memang kuat perkauman, very racist).
Jika melakukan kesalahan contohnya kesalahan jalanraya, warga separa saudi senang-senang je kena saman unless kalau bagi pegawai besar polis deal dengan wasta. cuma apa yang Eric Musykil, ibunya masih kristian, dan ketika umurnya baligh keputusan ditangannya untuk memilih islam atau kristian. oleh kerana beliau sering bersama datuknya yang juga islam, alhamdulillah beliau memilih islam dan akhirnya mendirikan rumahtangga dengan warga saudi. (honeymoon kat malaysia)
Dalam cerita P.Ramlee Nujum Pak Belalang yang menjadi Ahlil nujum Negara ada teka-teki berbunyi "terdapat satu masalah. Satu, banyak-banyak... Dua, sikit-sikit... Tiga, jarang-jarang! Empat, kaddang-kaddang! apakah ia?" dan kaki tengok cerita P.ramlee mesti tau jawapannya ialah kahwin. teka-teki ni maybe masih boleh pakai di malaysia, tapi di saudi, satu, dua, tiga dan even empat semuanya banyak-banyak! hehehe...
Pak belalang dan puteri sibujur sirih |
A) "tima kasih kerana bagi saya payung emas free"?
B) "yang ni baru tiga bang, kalau nak yang keempat saya boleh rekomen member saya, nak?"
C) "nak tambah satu? Maafii musykila* dan memang fitrah lelaki (dalam hati: fuh! ringan sikit beban nak 'melayan' laki aku ni)"
D) semua yang diatas atau banyak lagi (tak larat nak tulis banyak lagi)
Jadi tak payahlah suami-suami saudi ni nak 'bohong sunat' macam filem P.Ramlee 'madu tiga'! (mana ada bohong sunat beb)
Kalau isteri malaysia... pantang dengar suami nak pasang lagi satu, siap mintak cerai atau tunggu mati dulu. katanya tak rela di madu, atau pilih mana satu, melayang periuk sudu garpu, tak cukup dengan itu, kejar dengan batang penyapu!
kalau dengar je pasal dimadukan sahaja pun wanita malaysia rasa dah cukup dalil untuk tak jadi pilih suami saudi. melainkan bila dah jatuh cinta, benda lain pun dah buta. kalau nak jugak suami dari kalangan lelaki arab, pilihlah yang bukan saudi. cuma jangan tersalah pilih dari kalangan puak 110.
Jika ke KLIA, dan ternampak pasangan saudi, cuba observe dan fikirkan, apabila pasangan suami-isteri saudi mahu pulang dari melancong di malaysia, anda berkemungkinan nampak si isteri akan menangis, walaupun negara asal si isteri adalah saudi. kenapa? kerana layanan baik dan keramahan orang kita amat jauh jika dibandingkan dengan negara mereka sendiri. dan kalau boleh mereka mahu berada lebih lama di Malaysia. why?
ps: Arab negara lain, I don't know, tengok la kalau ada rezeki untuk bekerja negara arab lain akan diceritakan.
*Maafii musykila: no problem
ngeh3..haha betul dan setuju sgt ngan artikel ni...tp part bad side tu cam sket sgt je...haha
ReplyDeletememang banyak lagi the negative part, kalau nak hurai semua, post yang baru pun belum tentu boleh masuk semua point. Anybody want more?
ReplyDeleteJgn on dang sudut negatif je...arab ni btanggungjawab...suami Sy dr libya...tapi dia kerja di united state dan sekarang kami sekeluarga menetap di us...alhamdullilah suami Sy x ada sekat2 malah support,bagi kereta utk Sy bekerja...dressing lak mmg uptodate...x pakai purdah pun sebab kt us ni kinda weird...mostly Arab sgt pandai,,,my husband is an oil engineer...dan kami berdua dlm proses belajar....Sy sdg amek degree dan dia PhD....alhamdullilah apa2 pun kita kena bhati2...setuju dgn entri ni...cuma bukan semua Arab ni macam tu...
ReplyDeletesecara specificnya entry ni berkaitan dengan arab dari saudi. cuba read balik mesti ada banyak type saudi. dan note last sekali eric ada cakap arab negara lain tak tau cerita macamana. libya dah jauh sangat, jiran kepada algeria&morocco which is more open. tak semua, kat saudi maybe just 5% tak macam tu.
Deletecantiknya blog ^^
ReplyDeletetima kasih :)
DeleteU mention lelaki Arab bukan lelaki Arab Saudi. Arab tu kan besar, dah tanah Arab. Nak tulis be specific lah, lelaki Arab Saudi.
ReplyDelete