nuffnang

nuffnang LR

Monday, November 23, 2009

Tujuh 'Ekor' Tuan dan Lembu nya

Al-kisah, sebuah cerita yang berlaku seminggu sebelum hari raya korban. maka haiwan korban pun di bawa ke kawasan yang berhampiran dengan masjid. kebiasaannya seekor lembu boleh dibahagi kepada 7 bahagian bagi yang mampu untuk melakukan ibadah korban.

maka jual beli antara pemelihara lembu pun bermula antara tuan-tuan yang ingin menjalankan ibadah korban dengan disaksikan oleh lembu tersebut.

adapun tuan lembu yang ingin melakukan ibadah korban itu adalah orang biasa sahaja yang mampu di kampung itu. maka di tambatlah lembu itu berhampiran dengan masjid, berhampiran dengan kawasan yang biasanya dijadikan kawasan ibadah korban tahun lepas.. setelah selesai urusan akad jual dan beli pagi itu, semuanya pulang ke rumah masing-masing meninggalkan sang lembu meragut rumput dikawasan ia ditambat.

kemudian, masuklah waktu solat zohor bagi kampung itu dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. maka tok bilal tanpa berlengah terus membetulkan suara dan berdoa seperti biasa lalu melaungkan azan melalui microfon dan laungan azan bergema diseluruh kampung itu, setelah di'amplified'kan dengan pembesar suara di menara masjid. semua penduduk mendengar seruan azan tersebut termasuk lah sang lembu yang bakal dijadikan korban tersebut.

"Oh azan" kata lembu tersebut pada diri sendiri, lalu menyambung meragut rumput sambil melihat sekelilingnya.

kemudian iqamat dilaungkan.
"Oh jemaah dah nak start solat"kata lembu itu lagi

Tiba-tiba lembu tersebut ternampak salah seorang tuannya menaiki motosikal kapcai menuju kesimpang masjid, lega hati lembu itu kerana ada tuannya yang nak solat berjemaah di masjid. Tetapi sangkaan lembu tersebut jauh meleset, kerana apa bila tiba di simpang, tuannya itu melencong ke kedai makan untuk lunch.

bila masuk rakaat terakhir, lembu mulai hampa.

"mana tuan-tuan aku ni? apa yang diorang tengah buat?"

begitulah rutin harian lembu korban itu setiap hari, tak dapat melihat tuan-tuannya datang solat berjemaah di masjid. kalau terserempak pun, tuan lembu itu cuma lalu sahaja untuk pergi ke tempat lain walaupun tok bilal baru melaungkan azan.

Tibalah hari raya aidil adha bila takbir bergema.
"oh takbir raya" kata lembu itu bersahaja.
Ramai orang menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidil adha, termasuklah enam orang tuan lembu tersebut. mana lagi sorang? lembu itu tahu tapi dia buat bodoh je.

setelah selesai solat dan khutbah, barulah tuan lembu yang lagi sorang tu sampai ke tempat peyembelihan. barulah lembu itu nampak semua tuannya. saat lembu itu di rebahkan, air mata lembu itu mula mengalir. ia menangis bukan kerana bakal disembelih tapi kerana memikirkan malang nasibnya bertuankan tujuh orang tuan yang mementingkan hal dunia dari ibadah wajib. dan adakah ibadah korban itu dilakukan dengan niat tersirat? dan berakhirlah riwayat lembu itu setelah di korbankan.

the end

Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meniggal dunia. Jika ada ianya hanyalah kebetulan sahaja. cerita ini adalah hasil imaginasi penulis ketika mendengar kuliah zohor oleh seorang penceramah di Kuala Lumpur.

Sebagai peringatan jika kita melalui masjid ketika azan di laungkan berhentilah dan berjemaahlah seketika, Janganlah seminggu sekali time nak solat jumaat je, atau setahun sekali time nak solat sunat hari raya. Jangan sampai nak di sembahyangkan baru nak sedar, nauzubillah. renung-renungkan dan selamat beramal.


Thursday, November 19, 2009

Cigarette (rokok) 11 sebab Islam mengharamkan Rokok



"Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik, keji dan buruk"
-Surah Al-A'raf

Dalil Hadis:
"telah mencegah Rasulullah S.A.W daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran"
(riwayat Al-Imam Ahmad & Abu Daud)

11 sebab Islam Mengharamkan Rokok
  1. Rokok Menjejaskan akal (mental)
  2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
  3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
  4. Rokok membahayakan keturunan
  5. Rokok mengganggu manusia lain
  6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
  7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
  8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
  9. Rokok membazirkan harta (wang)
  10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)
  11. Rokok sebagai senjata musuh islamuntuk melemahkan ekonomi, fizikal dan mental umat Islam.

cuba baca satu persatu dan fikirkan sedalam-dalamnya setiap sebab. dan setiap sebab di kukuhkan lagi dengan Kalamullah dan Hadis Nabi. renung-renungkan...

Wednesday, November 11, 2009

Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Kejadian Keganasan Penonton Di Stadium Bukit Jalil? (written by Ir Azizan Razak)

Yesterday at 5:50pmAMPANG, November 09, 2009 — Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh. Penonton yang kebanyakan nya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mula nya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak Nampak saja apa yang berlaku diluar sana. Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya dianak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan rela, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?Pintu akhir nya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalau lah “official gate” dibuka seawall jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan Rela akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain.Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika merai kan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja.

Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa?

Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis?Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku?Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased” kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras.

Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak,
Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages