nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, March 26, 2014

My Sweet Little Princess

Salam Bro and Sis,

alhamdulillah masih lagi ada kesempatan mengarang blog, dulu boleh je nak post blog setiap dua hari, sekarang ni nak dapat dua blog sebulan pun susah. jadi ingatlah masa lapang sebelum datang waktu sibuk. Sebenarnya baru sahaja balik dari offshore, jadi time off ni la ada masa nak mengarang. 

selain dari kerja harian sekarang ni ada task tambahan, apa? parenting.. hehehe.. biasanya balik kerja ada je masa lapang nak menulis blog. tapi sekarang bila balik kerja baring kejap atas sofa baru on kejap je notebook baru sedar my baby tengah tengok apa ayah dia tengah buat sambil cuba ambil perhatian dengan tersenyum. hati ayah mana yang tak cair bila tengok anak kecik tersenyum kat ayah. suka sangat tengok kat ayah. 




tak sampai setengah jam terus 'tutup buku' baring sebelah Sara. layan tengok cerita Upin Ipin and some other cartoon program yang boleh buat sara ketawa, macam paham-paham je tengok cartoon. biasa ajar sara with baby books yang ada gambar cartoon rabbit, cat, frog dan macam-macam, jadi bila tengok TV ada rabbit tengah bergerak dan bercakap, mula la excited dan gelak. suka sangat dengan rabbit.

selain dari tu ada jugak mengajar mengira dengan tunjuk jari, for the time being cuma ajar from one to five sambil tunjuk jari tangan. jadi bila kita tunjuk jari yang tengah mengira sara pun turut sama belek-belek jari sendiri cuba mengikut jari ayah yang sedang mengira. Dan kadang-kadang ayah menyanyi lagu twinkle twinkle little star yang sekarang ni menjadi lagu favorite my little baby.

tiap-tiap pagi timing ayah bangun tidur lebih kurang sama je dengan sara, baru je nak bangun terus sara terjaga, buka je mata terus senyum kat ayah. Alhamdulillah penuh dengan senyuman anak ayah ni. hehehe... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages