nuffnang

nuffnang LR

Saturday, December 07, 2013

Nurse and Doctor General Hospital To The Rescue!

Sesampai sahaja di dalam wad 2, dua orang nurse, seorang doktor dan seorang specialist memberi perhatian kepada baby dan dipakaikan oxygen mask. selepas hampir sejam baby dipindahkan ke wad 3! (NICU-Neonatal Intensive Care Unit).

Selepas hampir 24 jam setelah diazankan last time barulah aku dapat sentuh baby for the second time. cuba bayangkan kalau korang yang jadi mak baby, mak dirawat kat hospital lain... baby kat hospital lain, tengok pun sekilas sahaja dalam operation room, apa agaknya perasaan masa tu? mungkin sesetengah orang boleh jadi gila meroyan. (nasib baik tak jadi)

selepas semuanya settle, my youngest sister pun balik. maka from that moment bermulalah hari-hari aku berulang alik dari hospital ke hospital sehingga isteri balik ke rumah. kali kedua aku datang tengok baby on the same day, datang seorang doktor kepada aku dan panggil nama aku sebagai abah. lebih kurang sejam diterangkan keadaan baby secara detail. dan penerangan yang diberikan memang aku terus faham, bukan macam doktor kbmc yang tak bagi full detail and keeping ulang benda yang sama. baby di intubate (tube oxygen masuk ke mulut terus ke saluran paru-paru), tube feeding masuk ke hidung dan directed ke perut baby. to make sure tube masuk ke tempat yang betul, bahagian paru-paru dan perut baby di x-ray. 

satu jarum masuk ke tangan kanan (untuk blood test) satu lagi jarum ke tangan kiri (untuk additional medication) satu tube atibiotic masuk ke tali pusat yang masih berfungsi. dan satu probe di pasang kat kaki baby untuk monitor, oxygen level, pulse rate, systolic, diastolic. Low dose morfin juga diberikan supaya baby dapat tidur dan berehat dan mengelakkan baby menarik tube-tube yang connected. (morfin adalah sejenis drug yang biasa digunakan di medan peperangan untuk tentera yang cedera parah sebagai ubat penenang dan tahan sakit). Doktor juga menekankan supaya baby diberikan susu badan dan bukan susu formula kerana breast milk is the best nutrient and antibody supplement needed. 

selepas ibu baby di discharge daripada KBMC, aku kena bayar total dekat 10ribu, dengan layanan teruk kat KBMC kena bayar 10K? memang tak puas hati. dan aku ternampak nurse yang confront dengan aku sebelum tu, bila dia nampak aku masuk je pintu depan KBMC, secara mengejut dia konon-kononnya buat-buat berbual dengan receptionist, alah macam la aku tak nampak muka terkejut kau tu bila aku masuk tadi. tapi aku malas nak layan, lain la kalau aku jumpa tepi jalan, confirm aku langgar sampai jatuh dalam parit!




katalah korang yang melahirkan, selepas discharge mana nak pergi dulu? mestilah nak tengok baby dulu kan? jadi petang tu ibu pun dibawa dengan kerusi roda masuk ke NICU. bayangkan selepas beberapa hari, baru la boleh reuniuon kembali dengan baby, tengok lak masa baby dirawat dalam dalam ICU, maka berderailah air mata...

setelah itu, setiap tiga jam aku berulang-alik ke hospital dengan membawa susu ibu untuk diberi pada baby empat ke lima kali sehari. apa yang aku realize bila baby hampir nak kena jaundice (kuning) bila diberi susu ibu, hilang terus kuning tu. dan yang kuning-kuning akan keluar bila baby buang air, itulah berbezanya susu ibu jika dibandingkan dengan susu formula.

first day aku bawa susu, nurse yang dah tahu pasal kes ni dan juga di 'assign'kan untuk jaga my baby bercakap dan nasihat kalau nak deliver baby cuba elakkan hantar ke private hospital macam KBMC dan dua lagi other private hospital. dia tunjuk kat baby selang dua incubator
"baby tu anak pertama satu couple dilahirkan di *******, mak baby dah meninggal kerana kesilapan procedure, last-last kena bawa kesini juga sebab tempat tu tak cukup peralatan." terkejut aku, memang kes naya la untuk ayah dan baby tu.

"baby yang tu, komplikasi..." setiap baby diceritakan, dan hampir keseluruhannya adalah dari hospital swasta termasuk KBMC. at the end of the day kena refer ke Hospital Kota Bharu (HRPZ II) juga. 

"hospital swasta ni mungkin bagi kita nampak ok, tapi kelengkapan untuk newborn tak cukup. tengok kat sini, peralatan up-to-date, cukup lengkap untuk apa-apa masalah pun." dari situlah baru aku tau cerita yang pernah berlaku di KBMC, baby aku bukan yang the first jadi macam tu. there are even a case baby patah bahu ketika dilahirkan di KBMC! jadi no wonderlah bila dah jadi macam ni barulah keluar cerita yang tak pernah kami tahu. dan kebanyakan private hospital ni yang diorang tau adalah profit driven, lagi-lagi kalau yang pakai medical insurance dengan kos yang tak masuk akal. 

sepanjang masa aku jadi milk transporter untuk my baby di hospital , setiap shif nurse aku jumpa. semua bagi nasihat yang sama, jangan hantar ke private hospital dan cerita-cerita baby yang dilahirkan di private hospital who end up kena treatment kat HKB juga akhirnya.  

as for my baby setiap hari oxygen supply level di turunkan 5-10% setiap hari, dari 80% dan hari keempat oxygen supply diturunkan ke 30% dan level oxygen dalam darah baby always above 97% which is very good, yang mana baby dah improve boleh bernafas sendiri with minimal machine support. bila di usap-usap kaki dan tangan ada respon, bila dose morfin dihentikan, baby mula buka mata, gerak kaki dan tangan. dan macam dah kenal sangat dengan nama sendiri bila disebut nama. kadang-kadang tersenyum, make me wonder baby umur seminggu dah pandai senyum? *(regulation dalam hospital setiap kali nak sentuh baby kena basuh tangan hingga bersih dan pakai hand hygiene sanitizer liquid)

memang baby mempunyai semangat yang kuat, bila usap-usap pipi baby buka mata. tengok datasheet platelet count dah turun ke 50% which means jangkitan bakteria dah nak hilang. dan tube oxygen dah di tarik keluar. last day baby dalam wad ICU aku pergi bawa susu sebelum terpaksa travel keluar sendirian untuk dua urusan penting. baby buka mata perhatikan baju hijau terang yang aku pakai (sebelum ni pakai baju putih atau hitam je), actively gerak-gerak kaki dan tangan, buat bunyi merengek-rengek tapi mulut tersenyum. 

biasanya aku spend 45 minit ke satu jam usap-usap baby sementara menunggu nurse simpan breast milk. aku cuba dodoi untuk tidurkan tapi baby dok tengok tangan yang sedang dodoikan. kemudian menggenggam jari kelingking ayahnya, tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati pada masa tu. walaupun dah spend satu jam setengah aku terpaksa juga keluar untuk bertolak jauh, mengalir air mata sewaktu berjalan keluar dari wad. dan nurse bagitau insyaallah petang ni atau pagi esok boleh discharge ke wad 2.
My little Princess 2 months later

my parent yang tengah menunggu dirumah untuk sebelum aku keluar travelling terasa pelik bila aku pergi hospital lagi lama dari biasa. aku ceritakan baby punya reaction dan bagaimana berat hati nak travel jauh bila baby genggam jari kelingking. yelah wad tu hanya mak dah ayah baby sahaja dibenarkan masuk anytime. yang lain hanya boleh tengok dari luar tingkap gelap. 

setelah membahagi tugas untuk menghantar susu, dengan berat hati aku bertolak untuk perjalanan selama 7jam, pada keesokan harinya baby dah discharge ke wad 2. dan dalam perjalanan aku balik semula 3 hari kemudian, baby dah pun dibawa balik ke rumah. bila ada kat rumah, baby memang banyak tidur kalau jaga pun cuma bila lapar. apa yang aku perasan baby suka tengok orang pakai baju with striking color. prefer breast milk more than susu formula, and she likes to sleep on my chest.

PS: setinggi-tinggi terima kasih kepada Nurse-nurse dan doktor yang bertugas di Wad 2 dan 3 Hospital Raja Perempuan Zainab II, my Parent, my youngest sisters, all family, FIL dan semua yang membantu dan giving word of support during that hard times. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur dan Dimurahkan rezeki. 

PS2: untuk yang planning untuk memilih tempat melahirkan anak pertama di Kota Bharu khususnya, make a good decission, its about your precious gem's life. I kongsikan cerita ni sebagai pengajaran semoga perkara yang sama tidak berlaku pada anda dan pasangan anda. All the best!

The end

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages