nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, July 12, 2011

Menggatal Kahwin Arab?







"Eric apsal ko tak kawen dengan arab?" tanya member eric
"huh! memang la arab ni lawa tapi pendek kata baik tak payah" jawab eric


suka-suka je nak suruh orang kawen dengan arab kan? memang la di ketahui awek-awek arab ni lawa. sesetengah tu nampak mata je,tapi bila sekali jeling ramai lelaki boleh tangkap lentok. Apa lagi kalau awek yang sesaja tak pakai hijab yang memang sengaja nak tayang rambut yang semulajadi blonde. nak bagi kawen free pun eric tak mau. meh aku bagi sebab kenapa lebih baik jangan kawen dengan orang arab, tapi bagi yang dah terbercinta dengan arab tu carry on... dengan niat murni korang dan semoga berjaya hahaha...

Salah satu sebab yang agak penting dalam hal ni ialah dari segi kaum (korang tak racist kot), arab akan anggap bangsa lain adalah tidak setaraf dengan mereka, jadi maknanya rumah tangga korang maybe akan jadi seolah-olah cerita P.Ramlee antara dua darjat atau kassim selamat. Kenapa? Kerana mereka menganggap darjat mereka lagi tinggi dari korang, ya diorang lagi racist dalam bab-bab macam ni. (Ingat dialog ibu mertuaku? "Siapa Kassim Selamat? Lawyer?! Majistret?!... APA!! Ahli Muzik?! Pantang nenek moyangku bermenantukan ahli muzik!) kalau arab lak maybe "pantang nenek moyang aku bermenantukan orang asing!" kwang.. kwang.. kwang.. 

Sebab keduanya, yang tak berapa penting ialah mahar perkahwinan, paling cikai kalau nak kawen dengan awek arab ialah 50K, di ulangi 'paling cikai' ye! kalau nak 'UP' skit normally melebihi 100K. takde yang murah lagi ke? apa ingat nak beli anak dara orang kat pasar malam ke? (Gurau je), ada.. tapi lepas kawen bersedialah nanti bini arab demand nak rumah barulah, kereta barulah, apa-apa aje baru-baru belaka, alamatnya lingkup la korang lepas kawen.

Antara sebab lain ialah antara korang dengan mertua. Kalau mengikut islam diorang ni dah kira terbalik. Menantu lelaki kena memikul tanggungjawab kepada keluarga mertua ibarat anak lelaki diorang atau pendek kata sebagai orang suruhan sukarela. Kalau tak suka pun terpaksalah jugak ikut kerenah mertua arab yang banyak songeh. (keluarga syed dan sharifah di Malaysia mungkin tidak termasuk dalam kategori ni- its different rite? If I am wrong I'm very sorry hehehe)

Kalau dalam sistem perundangan lak, memang foreingners tidak akan mendapat hak yang sepatutnya di saudi jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Meh aku cerita satu cerita yang baru-baru sahaja di dengari di Saudi.
---
Pertama kali Ibrahim datang ke saudi, beliau hanya inginkan pekerjaan untuk menampung kehidupannya, beliau mendapat kerja sebagai pemandu di sebuah hospital swasta. Takdir menentukan beliau kehilangan segala-galanya di sebabkan cinta.

Atas dasar simpati beliau selalu mendengar masalah rumahtangga Munira (bukan nama sebenar) yang juga bekerja di hospital yang sama. Hubungan itu berputik menjadi cinta apabila Munira bercerai. 

Kerana terlalu mencintai Munira, beliau sanggup menunaikan apa sahaja permintaan Munira. Munira meminta wang 40,000 riyal untuk menikahinya, manakala bapa munira juga meminta jumlah yang sama untuk merestui perkahwinan tersebut. Kerana cinta, Ibrahim terpaksa menjual rumah beliau di tanahair untuk membayar kos perkahwinan dan keperluan harian termasuk sewa rumah yang bernilai 30,000 Riyal setahun dan membeli kereta yang bernilai 100,000 riyal semuanya di atas nama Munira. Beliau begitu mempercayai munira kerana itulah cinta hatinya, isterinya dan juga ibu kepada tiga orang anaknya.

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Selepas lima tahun usia perkahwinan mereka, rumahtangganya mula bergolak. Isterinya sering mencari masalah dan berkali-kali minta diceraikan. Lalu ibrahim meminta isterinya itu membayar ganti rugi pelbagai perbelanjaan termasuk perbelanjaan yang menggunakan nama isterinya. Kerana tidak dapat mencari jalan untuk diceraikan, isterinya menuduh beliau membuat hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka. Tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana tiada bukti dan saksi.

Tetapi beliau dipenjarakan atas kesalahan berkhalwat. beliau dihukum penjara selama enam bulan dan 150 sebatan. Ibrahim terpaksa menerima hukuman tersebut kerana tidak mampu untuk membayar wang guaman dan penterjemahan yang bernilai 30,000 riyal. hakim meminta beliau menceraikan isterinya dengan janji kes berkenaan akan digugurkan. Beliau meminta untuk melawat anak-anaknya setiap khamis dan layak mendapat hak penjagaan anaknya kelak.








Walau bagaimanapun, beliau cuma dilepaskan setelah dua tahun meringkuk didalam penjara di atas tuduhan konspirasi keatas keluarga bekas isterinya. Selepas lapan bulan dilepaskan, bekas isterinya menjual bengkel beliau dan masih meminta wang alimoni yang lansung tidak dapat di biayai beliau dengan pekerjaan barunya, dan beliau juga lansung tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Pegawai tempatan memberikan hak kebenaran untuk beliau melawat anaknya, tetapi bekas isterinya tidak mematuhi arahan tersebut, malah pihak berkuasa dan polis tempatan juga lansung tidak membantu dalam hal tersebut.  
  
Setelah di temubual Ibrahim memberitahu
"Sudah dua tahun lapan bulan saya tidak dapat menatap wajah anak-anak saya" sambil menangis teresak-esak.
"Saya merasakan kerana saya orang asing, hak saya telah di cabuli, Khidmat juru terjemah juga tidak di berikan ketika semua perbicaraan di mahkamah. Malah kedutaan negara saya juga tidak peduli untuk membantu saya" The End


Amacam? adoiii tak best betul la cerita sedih gini. Walau bagaimanapun, ramai juga kenalan Eric yang kahwin dengan arab, tetapi dengan nasib yang jauh berbeza dengan cerita di atas, dan semuanya, lepas kahwin bawak balik isteri ke negara sendiri. Sekali sekala je balik ke middle east, atau hantar isteri dan anak-anak sampai airport je. 

Pada pendapat Eric sebab tu la ramai anak muda arab sanggup kahwin lewat atau ada gak yang sanggup jadi gay (serius beb). Even member arab eric yang nak baru nak kahwin pun cakap "aku mesti bersedia mental dan fizikal sebelum memasuki alam 'golden cage'!"


ps: sumber info dari beberapa rakan sekerja arab selama lebih setahun. kalau ada nak tambah lagi anda amat dialu-alukan, kalau ada kesilapan sila tegur, kalau tak puas hati boleh perang dalam ruangan komen. kalau nak tanya kenapa tak nak arab, ni jawapan operator eric "Harap maaf, pertanyaan anda ditolak, sila cuba sekali lagi " hahaha..


(sambungan) menggatal kahwin arab Part II

5 comments:

  1. cuba cari awek kacukan arab. oh mereka memang cantik, saya yang perempuan ni pun tergoda. hahahha

    btw, hello super senior

    ReplyDelete
  2. pompuan sendiri tergoda? uishhh lain macam tu...

    ReplyDelete
  3. melayu je la senang... sekadar rupa tp x sefahaman.. payah..

    ReplyDelete
  4. cam ne plak kalau nak kawin lelaki arab???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages