nuffnang

nuffnang LR

Monday, October 31, 2011

Perutusan & wasiat

Assalamualaikum,
Dear Readers and Friends,


Saya akan keluar untuk menunaikan fardu haji dan bertolak pada 6 Zulhijjah menuju ke Mekah. peserta yang bakal menunaikan haji di sarankan untuk memohon maaf dan membuat wasiat sebelum bertolak kesana agar di permudahkan urusan fardu haji. jadi adalah lebih afdal untuk memohon maaf dengan semua. 


di kesempatan ini saya benar-benar memohon maaf ke atas segala kesalahan dan kesilapan saya terhadap semua, secara sengaja atau tidak, tersurat atau tersirat, atau melalui penulisan blog ini dan percakapan harian. maafkanlah saya. minta dihalalkan makan dan minum, dan jika saya ada berhutang harap diberitahu. doakan saya agar dipermudahkan dalam urusan fardhu haji tahun ini. 


wassalaam...


ps: blog akan di update, insya'allah dalam masa 2 minggu. 

Saturday, October 29, 2011

Cerita Segelas Susu (Kisah Benar)


Agak lama tak share cerita-cerita yang memberi pengajaran. jadi sekali-sekala elok gak share cerita begini di share sebagai tauladan untuk kita bersama. This is a story I received from my friends thru email.





Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.



Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

Berapa harga susu ini?tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut. Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan.

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata, Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu....

Ps: Jangan meminta sebarang balasan terhadap apa jua kebaikan yang kita lakukan.. 

Monday, October 24, 2011

Debaran Seruan Haji





Pejam celik, pejam celik tinggal seminggu lagi nak mengerjakan ibadah haji. makin hari makin berdebar rasanya tak tau kenapa. Bukan setakat berdebar je, siap bermimpi tertidur time wukuf di Arafah! Oh! Salah satu sebab, kerana haji yang pertama adalah haji yang di hisab untuk mencukupkan rukun islam, jadi kalau haji pertama kenalah buat sehabis perfection agar mendapat haji yang mabrur. 

Walau aku dah go through bab-bab haji sampai pergi ceramah haji hingga dua tiga tempat, still rasa berdebar lagi. Tanya orang-orang sini yang akan pergi haji, ada yang nak buat haji Ifrad, ada yang nak buat haji tamattu', tapi so far takde lak dengar yang nak buat haji qiran. Tak ke senang kalau buat haji yang sama dalam satu kumpulan, baru boleh menunaikan sesuatu tu dalam kumpulan. 


Kalau nak ikut cara yang dilakukan oleh Rasulullah ialah haji ifrad, tetapi rasulullah telah recommend kepada para sahabat-sahabat beliau agar melakukan haji tamattu'. Apa beza antara haji ifrad dan haji tamattu'? haji Tamattu' adalah melakukan ibadah umrah terlebih dahulu diikuti dengan ibadah haji dan dikenakan dam. Manakala haji ifrad pula adalah melakukan ibadah haji sahaja tanpa melakukan ibadah umrah dan tidak dikenakan dam, tetapi disarankan untuk melakukan ibadah qurban.

Aku bersyukur kerana insya'allah akan menjadi tetamuNya bagi mengerjakan fardu haji ketika masih bekerja di sini. Mungkin ramai warga Malaysia yang sudah mendaftar dengan tabung haji dan menunggu giliran untuk menunaikan haji pada tahun-tahun seterusnya. Ada  seorang rakan yang menceritakan apabila beliau register baru-baru ini dengan tabung haji, dan beliau terkejut apabila mendapat giliran untuk menunaikan haji pada tahun 2037! Lagi 16 tahun! Biar Betik! 

Jika merujuk kepada perkara di atas eloklah korang remua register sekarang, tetapi ada juga hamba Allah yang kata aku belum bersedia untuk melakukan ibadah haji, adakah mereka tidak terfikir akan ajal yang bakal menjemput sebelum dapat menyempurnakan rukun islam yang kelima ini? nak register pun cuma perlu ada dalam akaun sekurang-kurangnya RM1500 je. Setakat RM1500 tu berapa la sangat, mampu lak pergi melancong sampai ke London, Paris, New York (macam iklan Dunhill lak) takkan nak pergi mengerjakan ibadah haji di  Makkah asyik tersangkut kot. kalau tak boleh dengan tabung haji boleh ikut pakej swasta, cuma tabung haji OK sket kot.

Ada juga sesetengahnya bila berjumpa dengan orang nak pergi menunaikan haji nak lak mintak tolong diorang doakan korang (orang Saudi pun dua kali lima). Tak teringin ke nak doakan untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain kat depan Kaabah? Apabila dapat beribadah dihadapan kaabah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan apabila dapat berada di dalam masjidil haram dan di hadapan kaabah. Hanya orang yang pernah sampai sahaja yang tau bagaimana perasaannya. 

Walaupun aku dah pergi banyak kali, tapi still aku rasa tak puas lagi, kalau boleh nak cari kerja yang pejabatnya sebelah masjidil haram. Sapa tak mau seratus ribu kali ganda pahala boleh dapat bila beribadah disana. Kalau terpaksa meninggalkan kerja engineering pun aku sanggup (tapi takdelah sampai jadi cleaner dalam tu k)

Bercakap pasal cleaner, kalau ingin bersedekah eloklah bersedekah kepada mereka yang bekerja siang malam membersihkan masjidil haram. Gaji diorang biasanya cuma SR300. Peminta sedekah kat situ pun dapat lagi banyak dari diorang, dan biasanya duit yang disedekahkan kepada pengemis akan dapat kepada sindiket pengemis. Aku sendiri pernah tengok ketua sindiket pengemis yang menguruskan budak-budak pengemis. Seorang wanita berkulit hitam tinggi lampai dengan rambut berdandan tinggi macam bonggol unta, Abaya yang dipakai kemain bergaya. bila kira handphone kat tangan yang dipegang sampai empat! aku pun kalah!Oh! sudah lari topik, I'll better stop here.. hehehe..


Ps: Semoga semua yang mengerjakan haji pada tahun ini beroleh haji yang mabrur, begitu juga dengan rakan-rakan yang mengerjakan haji pada tahun-tahun seterusnya. Amin.. 
ps II: yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan (ada kaitan ke perumpamaan ni dengan blog? Ah! belasah ajelah eric)


back & skip

Sunday, October 23, 2011

Marketing Matters With Examples


Maybe some of you guys already read this before, but it is still OK to read it again. maybe you could recall thing you learn in your marketing subject in previous universities. ;)

Samy Vellu sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!" 
That's Direct Marketing. 

Mukhriz sees a gorgeous girl at a party. 
One of his loyal UMNO friends goes up to her and pointing 
at Mukhriz and says: "He's very rich.. Marry him!" 
That's Advertising.  

Khir Toyol sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and gets her telephone number. 
The next day, he calls and says: "Hi, I'm very rich. Marry me!" 
That's Telemarketing. 

Khairy is at a party and sees a gorgeous girl. 
He gets up and straightens his tie, walks up to her and pours her a 
drink, he opens the door (of the car) for her, picks up her bag after 
she drops it, offers her ride and then says: 
"By the way, I'm rich. Will you Marry Me?" 
That's Public Relations. 

Razak Baginda is at a party and sees a gorgeous girl. 
The girl walks up to him and says: 
"You are very rich! Can you marry me?" 
That's Brand Recognition. 

Syed Hamid sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!" 
She gives Hamid a tight and hard slap on his face.  
That's Customer Feedback.  

Not satisfied, Hamid goes to see another gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and says: "I am very rich. Marry me!" 
And she introduces Hamid to her husband. 
That's Demand and Supply gap. 

Abdullah sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and before he can say anything, 
another person comes and tells her:  "I'm rich. Will you marry me?" 
And she goes with him. 
That's competition eating into your market share. 

And finally Najib sees a gorgeous girl at a party. 
He goes up to her and before he can say: "I'm rich, Marry me!" 
Rosmah arrives. 
That's restriction for entering new market.


Friday, October 21, 2011

Siapa Qarin


Tidak ramai orang yang mengetahui tentang “Qarin” ini. Sebenarnya begitulah kehendak Allah s.w.t bahawa manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman ke mana sahaja ia pergi tidak kira siang mahupun malam, mengajaknya mengerjakan kejahatan dan menahanya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Ma’sud r.a. :
Maksudnya : “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. “ Mereka bertanya, ‘ Engkau juga ya Rasulullah. ‘ Sabdanya : ”Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku hal kebaikan sahaja.”
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan “kembar” nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

(source: buku, Jin : Hakikat dan Pengubatan, Dato' Hj. Ismail Kamus)

ps: Qarin ni tiada kaitan dengan maya karin ye, hehehe...

Tuesday, October 18, 2011

Ep 50: Tepi Sikit Kuda Putih Nak Lalu








Minggu lepas 'kuda putih' eric terpaksa dimasukkan ke hospital Padang Lalang*, empat hari warded, tunggu sparepart tak sampai-sampai. Kuda putih tu kena 'demam panas' je, dengan 'selsema refrigerant', pasal tu driver (eric) asyik panas je dalam kereta rupa-rupanya evaporator aircond bocor. Sparepartnya ada kat dammam yang mana jaraknya tak sampaipun 100km. Takkan nak hantar sparepart tu pun sampai empat hari?  Jadi hampir empat hari eric tak keluar gi mana-mana, nasib baik la farm superstore tak jauh dari rumah, boleh la beli lauk untuk makan.

Ketika ketiadaan kereta, beberapa hari eric terpaksa tumpang encik Jay pergi kerja. Tunggu punya tunggu hingga ke hari sebelum pergi course program eric masih belum dapat menggunakan keretanya. kalau takde kereta macamana nak pergi course? 

Petang tu eric call tuan workshop. Sepatah eric tanya sepuluh yang dijawab. Sepatah lagi tanya pun banyak jawapan yang keluar. Bila dia tak tau nak explain dia bagi telefon kat tuan kedai sparepart. Sekali tuan sparepart cakap arab daa, kalau bahasa arab betul eric masih boleh faham tapi India cakap arab hoh! pening nak translate! (bayangkan India cakap english pun kita boleh pening, kalau diorang cakap arab boleh migrain dibuatnya nak translate)

Apa yang buat eric naik darah bila dengar tuan kedai sparepart cakap 'bukro' atau maksudnya 'esok', maknanya esok baru sparepart sampai. nak pasang dah la sehari, nak check kalau ada refrigerant leaking pun amik masa lama. Eric dah tak boleh tunggu hinga dua hari lagi kerana namanya dah registered dalam sabic program. kes naya kalau tak pergi.
"Give the phone back to him" kata eric kat india yang perasan cakap arab
"hello sir..." bunyi dari dalam handphone, belum lagi tuan workshop habis cakap eric dah potong
"Whatever happens, by hook or by crook I want my car sent to my house tonight! Click!"
cakap eric dengan tegas lalu terus tekan butang merah memutuskan talian kerana dah tak tahan mendengar jawapan berjela. 

malam itu selepas solat isya' kereta eric dihantar semula. dan eric memberitahu dia hanya akan hantar keretanya semula apabila sparepart betul2 sampai. selepas dua hari barulah sparepart sampai dan sehari kemudian barulah siap sepenuhnya. bila dah tukar yang baru, memang terasa perubahan 'cuaca' dalam kereta. terpaksa meminimumkan flow. cuaca kat luar pun dah mula turun sekitar 30'C.



Bonus!
kamus perjanjian diarab saudi sila rujuk di bawah bila di janjikan orang-orang di saudi:
1 minute: tunggulah lima minit lagi
2 minute: boleh jadi 5 hingga 15 minit
5 minute: 1minit hingga 30 minit
tomorrow: bila tiba hari esoknya dikatakan tomorrow lagi sekali dan berulang
after tomorrow: hari berikutnya akan jadi macam maksud tomorrow diatas.
48hours: ni di janjikan oleh syarikat saudi telecom, tunggu 48jam takde, berpuluh kali call pun masih kata 48hours! lepas hampir 3 bulan baru datang. memang tak boleh pakai!


ps: terima kasih encik jay kerana bersusah payah menumpangkan eric pergi dan balik kerja
*'padang lalang' (nama yang Geng Malaysia guna untuk merujuk bagi area workshop kenderaan dijubail).

Sunday, October 16, 2011

Menggatal Kahwin Arab? Part III (18SG)






Sebelum ni aku tulis tajuk sama, menggatal kahwin arab gak kan? Kalau tak pernah baca sila klik sini (Part I) dan (Part II). Tiba-tiba semalam terbaca lak berita arab news, jadi aku pun tulis la part III, cuma beritanya dalam english seperti berikut.


Beaten By Wife, Husband Lies In Hospital

YANBU: A hospital in the coastal city of Yanbu suspected foul play when a Saudi man in his 50s, with bruises all over his body, scratches on the face and a red eye, came for treatment.


Local Arabic daily Al-Madinah Wednesday reported that the hospital officials called the police, who found out that the man had been badly beaten by his 40-year-old wife.
The victim told police that his wife beat him after a verbal conflict. The hospital said the man needed two weeks of treatment. The police said as the incident was a case of family violence, it was turned over to the concerned authorities. 
(source: arab news)

WOW! Bukan setakat merah bijik mata, calar-calar kat muka, tapi siap lebam-lebam satu badan! Treatment hingga 2 minggu! Macam filem kat cinema je kan cerita bab kahwin dengan wanita arab. Yang tak tahan tu, siap ada macam-macam kategori tayangan, kategori (U), (18sx) dan 18(sg), pendek kata macam-macam ada! Jadi kalau para pembaca lelaki rasa nak add color to your life like film in cinema, silalah menggatalkan diri sendiri untuk berkahwin dengan wanita arab. 
Tapi ada satu secret yang aku nak pecahkan dalam blog ni... hehehe korang mesti suka bab-bab secret ni kan. rahsia apa? rahsia wanita hehehe... (kalau laki baca ni juling bijik mata bila aku tulis 'rahsia wanita'). ni bukan rahsia arab, tapi rahsia wanita Malaysia! cuba korang tanya kebanyakan isteri malaysia yang mengikut suaminya yang bekerja di arab saudi, dia nak tinggal lama lagi ke nak tinggal kejap je kat saudi? kalau jawapannya kejap tu cuma perkara biasa dan bukan rahsia hehehe..
Yang jadi persoalan yang nak tinggal lama kat saudi? ada yang kata kat sini best, suka makanan sini, itulah, inilah, tapi bila di korek-korek rahsia sebenar, jawapannya ialah, 
  1. Suka sebab laki dia tak boleh tengok pompuan seksi-seksi selain nampak mata je macam ninja.
  2. Susah nak di tackle oleh awek lain macam kat negara lain selain dari saudi, jadi takde peluang suami cari lain.
  3. Banyak lagi jawapan tapi the main reason is dua yang di atas! hahaaha..
Cemana aku tau? ini pengakuan benar dari seorang member yang juga kerja kat sini bila dia tanya wife dia kenapa suka sangat nak dok saudi. Sukalah, suka sangat, pada hakikatnya diorang tak tau yang pak arab- pak arab ni berkenan sangat nak bermenantukan warga Malaysia! siap bagi tawaran lagi! Ye lah kat saudi ni ramai sangat wanita yang umurnya mencapai hampir 30 tahun. Bila dekat umur 30 tapi tak kahwin lagi, cepat-cepat la bapak diorang nak carikan menantu, tengok lak orang malaysia ni baik-baik, sopan santun dan boleh jadi bakal-bakal suami atau menantu mithali boleh sangat la di jadikan calon menantu baru! hahahaha.

tapi persoalannya, sanggup ke bang? hehehee

ps: pecah rahsia... uhuhuhu saya tindak bertanggung-jawab sekiranya semakin ramai yang nak balik bekerja di malaysia semula atas desakan isteri!
ps2: jangan marah eric, saya hanya sekadar penglipur lara 
note: artikel berkaitan(Menggatal kahwin lelaki Arab)

Sunday, October 09, 2011

Episode 49: GRO


Semalam nampaknya udara di saudi sudah mulai sejuk walaupun sinar matahari masih kelihatan terik. Apabila mandi pagi suhu air dah mula berubah ke suhu bilik. sebelum ni mandi, pagi pun air tangki masih lagi suam. Nampak gayanya tak lama lagi nak kena plug in balik water heater. 

Khamis minggu lepas dah mula nampak kabus pada waktu awal pagi, yang mana biasanya menandakan the first wave of winter season is coming. Awal lak tahun ni, lebih kurang few weeks earlier daripada tahun lepas. nak kata tak banyak perkara berlaku kat saudi ni sebab takde blog post, memang jauh sekali. Sebenarnya macam-macam perkara yang boleh diceritakan. 


Gathering krmj pun dah basi nak cerita, nak pendekkan cerita gathering dari pagi sampai petang makan.. makan.. makan.. tiada yang tidak makan melainkan makan makan belaka! Aku sendiri pun tak ingat berapa round Aku makan hari tu. Gathering ni lebih kurang macam gathering raya, cuma bukan dalam bulan syawal tapi dalam bulan zulkaedah.


Minggu lepas lak baru renew work ID, tapi terpaksa pakai ID temporary. ID temporary ni biasanya digunakan untuk orang yang baru masuk kerja je. Tapi sebab proses renew iqama still tak settle at that time, terpaksalah pakai ID temporary. Bila dah ada Iqama, barulah boleh renew ID permanent. Nama je permanent, tapi tiap-tiap tahun kena renew, termasuklah iqama tu skali. Jadi minggu ni aku kena la pakai temporary ID, dan insya'Allah start pakai permanent ID balik next week. Susah betul pakai temporary ID ni, dah lah tak boleh scan untuk unlock main automatic door, terpaksa la jalan jauh untuk masuk office melalui pintu yang tak pakai scanner.


Nak renew ID pun satu hal, lagi banyak menunggu, benda yang boleh settle on the spot di suruh datang balik lepas 3 jam. Banyak sangat cekadak remeh temeh, sampai naik meluat di buatnya. Kalau tunggu dalam office dihalaunya keluar, jadi kami terpaksa tunggu diluar office. 


Dalam tengah menunggu ni datang seorang pak arab yang baru balik dari Malaysia hantar anaknya belajar kat Uniten, tapi dia sebut Universiti Tenaga. Dua orang anak belajar kat situ. dan apabila seorang GRO* keluar dari office GR, pak arab tadi memarahinya
"These three guys from malaysia are waiting for their ID for one hour already, I go to Malaysia everything is settled within 2 minutes, you should be ashame for making them waiting" katanya dalam english bercampur bahasa arab.
"We just waiting for their representative bla bla bla" jawabnya lalu blah menyelamatkan diri.
"Malaysia was nice and Najib is good. why you always said Najib was bad?" katanya kepada kami yang buat kami bertiga memberi reaksi meluat hingga terundur kebelakang bila mendengar pakjib is good.(oh pleeease!)
"I agree Malaysia is nice but just look at our reaction when you say najib is good" kata encik jay yang biasa berdebat dengan pak arab ni pasal pemimpin kat malaysia.
"yes, you always say bad things about him but I say nothing to my children about that because I don't want them to be afraid to study there" tambahnya. (oleh kerana perbualan mengenai politik ini terlampau panjang aku pendekkan saja)


Dari tajuk politik bertukar pula ke tajuk lain.
"my friend said when he first come to saudi he expected to see people like Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. But we always found abu jahal and abu lahab. 
"yes, thats what happened here, who is going for hajj this year? tanya arab tadi
"he is going" kata dua orang lagi sambil berpaling kepada eric
"how much did they charge you per head for hajj?"
"8500" jawab eric
kelihatan encik jay terkejut dengan kos tersebut, sambil pak arab tu kata
"8500 is too much! see, all these mutawwa's are making money now, and not helping all other nation like indian and other muslims working here for hajj, how are they going to pay for that?"
(perlu diketahui, ramai dikalangan mereka yang begaji dari SR300 keatas sahaja).
lebih setengah jam kami berbual diluar GR office tengahari tu. hari tu sampai petang barulah urusan selesai. kalau bab menyusahkan orang luar, bagi je kat arab jadi champion, memang cerewet nak mampos!
gambar hiasan je la    
*GRO: bukan guest relation officer tapi government relation officer, berbeza dengan GRO yang kita biasa dengaq yang pakai seksi-seksi tu. GRO sini semua berjanggut berjambang dengan muka garang wahahaha.
what r u lookin at
punk!

Saturday, October 08, 2011

Plant Games







look at the cartoon below
wahahahaha... no comment!


ps: faham-faham sendiri

Tuesday, October 04, 2011

Episode 48: Dugaan Seruan Haji





Ada orang kata nak menunaikan haji ni memang banyak dugaan, betul ke? Entah lah aku sendiri pun tak tahu nak jawab. Mungkin ada yang di uji sebelum menunaikan haji, maybe semasa on the way untuk menunaikan haji, maybe ketika menunaikan haji atau kesemua sekali. Aku.. belum lagi haji, niatnya mahu menunaikan haji tahun ni, kerana menunaikan haji tulah niat pertama sejak hari aku pergi interview untuk bekerja di saudi dulu.

Hajatnya nak pergi tahun lepas, tapi agak terlewat dan blur tak tau proses cemana. Tahun ni, nampaknya alhamdulillah, ramai warga malaysia yang nak menunaikan haji, dan informasi mengenai haji banyak di bincangkan di laman web kelab rakyat malaysia Jubail (KRMJ). Alhamdulillah, dari awal lagi dah register nama mengikut list yang diberikan. Tapi apa yang berlaku adalah diluar dugaan.

Sebelum balik bercuti raya puasa, memang company dah bank-in gaji untuk bulan July dan August, tapi semuanya aku withdraw dari ATM untuk bawak balik malaysia. Nak raya.. memang le banyak guna duit, semua convert ke ringgit. Buat apa? Servis kereta, beli tu, beli ni, masuk bank, buat raya, tapi tertinggal dua ribu tak convert, hinggalah balik semula ke Saudi. Di dalam bank saudi ada tinggal beberapa belas ribu yang belum di usik. (Perlu di ketahui, sistem perbankan saudi dan bank malaysia adalah sistem yang agak berlainan dan agak rumit untuk memindahkan wang sesuka hati. kena convert to USD then Convert lagi sekali to the desired currency- manyak rugi ma! nak trade in 'biskut'? lagi rugi ma!)

Rupa-rupanya duit dalam bank yang tak diusik tu masih belum cukup untuk menampung cost untuk menunaikan haji. Campur lagi dengan duit dua ribu yang tak sempat convert pun tak cukup untuk cover all the cost. Dahla company package haji tu pakai terms 'first come first serve'. Memang la kat dalam bank di malaysia ada duit, tapi 'I tak rela you' nak convert balik k! (hahaha) Dalam kesempitan tersebut terfikir, takkan la nak pinjam dengan orang ribu-ribu kan? Aku ni jenis yang tak suka berhutang, lagipun takkan nak tunaikan haji dengan duit pinjam.


Semuanya kerana tersilap budget. ingatkan bila dok kat saudi cost untuk haji around lima atau 6 ribu je. tapi rupa-rupanya 8500 tu! dua orang jadi 17K! tu belum lagi duit belanja dan duit hady. serabut gak kepala pikir cemana nak cekau duit. takkan nak pakai credit card, iqama dah nak expire, lepas expiry date bank account kena freeze! Ni betul-betul kes naya double trouble. Tahun depan dah nak balik, jangan tak sempat beb nak datang balik entah bila.


Apabila kebuntuan memikirkan masalah kewangan ketika kat office, semasa sedang browsing email, tiba-tiba terpandang flight booking dalam inbox untuk flight balik raya lepas. Yes! Why didn't I think of that on the first place?! Rupa-rupanya flight ticket belum claim lagi. Apalagi terus shoot email untuk claim balik flight ticket. dua tiga kali follow up. check pun keluar. 


Pergi bank nak cashkan check, iqamah lak takde (return for renewal) bila mengadap pegawai bank aku cuma bagi fotocopy iqamah je.
"any other proof of identity?" tanya pegawai bank.
Aku pun terfikir, takkan nak bagi IC malaysia, sah-sah mamat arab ni tak tau. Baru teringat ID card yang terjuntai kat pocket baju uniform, pakai ajelah ID card kerja, pegawai bank tu tengok je ID card sambil check nama dalam fotocopy iqamah, terus ambik duit dan duit bertukar tangan. 


Malam tu jugak pergi settle payment 17K, takut pegang duit kat tangan terguna untuk benda lain lak. Wang yang lebih boleh la buat belanja harian campur dengan duit emergency sempat la bernafas sehingga dapat gaji bulan september. Alhamdulillah.. 

Semoga Allah permudahkan urusan fardu haji pada musim haji yang bakal menjelang dalam sebulan lagi.


ps: I might slow down in writing blog sebelum haji sebab nak study bab-bab haji. however, aku ni selalunya jenis yang gatal tangan.. insya'allah ada blog-blog yang akan di post. this is why semalam tak berapa tidur lena sebab lama tak post blog. am I addicted?

Saturday, October 01, 2011

Suami Dan Facebook Isteri





Soalan: Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah: 
1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gamabr, nota, korespondences yang terdapat di dalamnya?
2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan muhrim walaupun atas dasar berkawan?
3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk mejadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan muhrim melalui jaringan social atau email seperti diatas?
4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan social atau email?
5. Sekiranya si isteri tidak bersetuju dengan nasihat dan pandangan suami atas perkara-perkara diatas, apakah yang patut dilakukan oleh si suami?
6. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Wassalam

Jawapan:

1. Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. Firman Allah; “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6). Di antara yang dipesan oleh Rasululllah ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ; “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis tadi.

2. Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul denagn wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah munkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki. Sabda Nabi; “Sesiapa dari kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri). Menurut ulamak; antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa ke atas ahli-ahli keluarga.

3. Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi orang ketiga” (HR Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar). Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Cemburu ada dua; satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadis ini soleh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5783). Menurut ulamak; maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar). Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah). Sabda Nabi juga; “Tiga manusia akan diharamkan Allah dari syurga:
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503)

Wallahu a'lam.

Rujukan:

1. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadis no. 5783.
2. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz. 5


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages