nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, March 30, 2011

Gambar Umrah IV









Hajarul aswad lengang kes pengawal tak 
bagi datang rapat kot


Clock tower tertinggi dan terbesar dunia. cuma
jarum nak cucuk langit je belum siap


Monday, March 28, 2011

Umrah IV part 2









sambung dari part 1


Apabila sampai di hotel, aku buka jubah yang basah kuyup, buka T-shirt yang dah separuh basah, pakai towel, buka pouch bag untuk check berryhitam. ternampak wallet ada kesan basah sikit terkena air hujan, dan berryhitam ada titisan air kat screen je, nasib baik pakai sarung silicon, kalau tak confirm meraung sebab sempat pakai kejap je kat malaysia.(kat saudi tak guna pakai BB)

lega melihat berryhitam aku selamat, aku masuk bilik air and take a hot shower. Fuh! syiok betul mandi hot shower time lepas kena air hujan yang sejuk. tapi badan masih letih tak cukup cas 'bateri'. bila wife balik dia beli broasted chicken, aku cuma makan seketul je sebab dah letih sangat. planning sebenarnya nak tidur awal, pastu buat 'qiamullail' bangun balik pukul 3pagi untuk solat sunat dalam hijir Ismail. sekali terlajak sampai ke subuh! baru puas tidur. mentang-mentang co-pilot dah cukup tidur dalam perjalanan, pergi solat kat masjid sorang-sorang sampai waktu subuh. dah la gi sorang-sorang siap berlagak lagi dapat solat dalam hijir ismail dua kali. 

sejak visa foreigners open balik, ramai giler jemaah
the next day, takde nak cas bateri lagi, tido dah cukup letih dah ilang aku bangun pukul 4. lepas subuh sempat solat sunat dalam hijir ismail. tapi bersesak-sesak. makcik turki lak sesuka hati je suruh orang keluar. kalau nak tempat solat luas solat kat luar la makcik. mau je aku aku angkat kening tenung macam ziana zain, tapi aku sabar buat cool je. ada jugak aku tengok seorang jemaah umrah malaysia marah kat makcik india sebab makcik tu cakap kat dia "calo calo" (suruh blah). di lak jawab, "calo calo hape-kemendenya! aku nak bergerak kemana?!" kemain bengkek je mamat tu. tapi lepas tu dia solat sebelah aku depan multazam. 


balik dari masjid, pergi breakfast kat kantin hotel, bersama dengan jemaah umrah dari malaysia (geng kedah). semasa bayar wang penginapan sehari sebelumnya, ustaz yang tolong booking hotel bagitau breakfast disediakan untuk kami lepas subuh, lunch lepas zohor dan dinner lepas Isya'. tapi masa kami makan ada la seorang ketua kumpulan umrah jemaah muslimah ni macam tak puas hati, agaknya dia ingat hidangan tu untuk jemaah umrah kumpulan dia sahaja, padahal aku bayar under pakej yang sama. jenis yang tak tau jaga manners, siap boleh cakap to my wife"ooo makan kat sini jugak ke?" with a sound of sarcasm. patutnya masa umrah ni cuba la ubah perangai berubah kepada yang lebih baik. typical '*phd' melayu. (pathetic!). yang peliknya pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang makan bersama dengan kami semuanya peramah. (takkanlah minah mangkuk ayun tu datang bulan kot)
Hotel yang dulunya gah, terpaksa dirobohkan oleh
arus pembangunan kota Makkah


lepas breakfast kami pergi ke depan gate 'baabussalam' untuk menadah air zamzam. kami tadah tiga tong 10liter air zamzam. salah satu daripada tong tu kami tolong orang dari jubail. nasib baik ada troli dan datang dengan kereta. masa amik air zamzam pun satu hal. elok je beratur datang sekor mamat india nak potong line, aku tak kasi chance terus aku duduk sebelah arab yang tengah tadah air. 
"I just want to take this to sell" kata India tu
"you want to sell or whatever, wait for your turn after the guy behind me"
aku pun cakap kat arab kat belakang aku yang bawa tong 15liter 
"after I finish, its your turn, I will help you"
"thank you" kata arab tu
aku terus pegang hos bila orang depan settle, aku settlekan my part, pastu aku tolong isikan untuk pemuda arab kat belakang. kasi ajar sikit orang-orang jenis nak potong line, I will not tolerate uncivilized behavior yang cuba dipraktikkan oleh mamat india tu. padan muka. 


walaupun bawak 3 tong dengan troli, boleh tahan berat gak nak tarik troli, naik merah tapak tangan aku nak sampai ke hotel. ngam-ngam sampai di hotel lepas mandi, terus masuk waktu zohor. time makan tengahari kami buat macam biasa je, minah semalam pun tengok semacam je. kami buat derk jer. we have our rights rite? dan dinner lak cuma tinggal telur je, maybe sebab kami sedikit lewat. walau sebenarnya malam tu ada menu udang. nasib baiklah petang tu dah makan KFC dengan in laws. 


keesokan harinya selepas tawaf wida', aku drive kereta dari tempat parking ke hotel p untuk mangangkut barang yang diterbangkan dari malaysia yang agak berat, dan juga tong air zamzam yang agak berat. nasib baik la pakai GPS, kalau tak mau sesat kat dalam kota Makkah. tepat pukul 10:30 pagi kami berlepas balik ke rumah yang jauhnya lebih dari 1200km.




*phd: penyakit hasad dengki

Saturday, March 26, 2011

Picture of The Day # 8

Earth Hour 2011

It's time to go beyond the hour


At 8:30 PM on Saturday 26th March 2011, lights will switch off around the globe for Earth Hour and people will commit to actions that go beyond the hour.
With Earth Hour almost upon us, our thoughts are with the people of Japan during this incredibly challenging and sad time for their country.
lets do it together tonight :)





Thursday, March 24, 2011

Jubail Episode 32: Umrah IV -Basah Kuyup









Seperti yang di tulis dalam episod lepas, aku baru je balik dari mengerjakan ibadah umrah buat kali keempat. this time aku drive berkonvoi dengan jiran satu compound. takde driver substitute and it was solo endurance dari rumah hingga ke kota Makkah. Ini adalah kali pertama aku drive my Honda ke kota Makkah sejak dibeli akhir tahun lepas. 

Beberapa hari sebelum bertolak, ada terdengar cerita cuaca di makkah sentiasa hujan, yang mungkin boleh mengakibatkan banjir di jalan utama sebelum memasuki miqat saif. Oleh kerana cuti 2 hari yang di 'apply' dah approved, nak tak nak, baik pegi jer lah, nak mengerjakan ibadah umrah insya'allah dipermudahkan perjalanan. campur dengan cuti weekend jadilah 4 hari.


balik je dari kerja that day, aku terus mandi dan tukar pakaian yang selesa sket nak drive berjam-jam dalam kereta. Ni lah masanya nak pakai Garmin GPS yang baru je beli seminggu sebelumnya. tepat pukul 5:30 the journey started. tidak seperti second umrah dulu, aku drive Nissan Altima yang di sewa dari avis sampai cecah 240kph, this time drive biasa-biasa je ikut kelajuan jiran kat depan dengan average speed 120kph to 150kph je. 

cuaca malam itu agak sejuk, dengan angin yang bertiup agak kencang hingga kereta pun berasa agak goyang bila angin bertiup dari arah kiri dan kanan kereta. Beberapa ratus kilometer sebelum sampai ke riyadh kami berhenti untuk menunaikan solat maghrib dan isya' di masjid yang jauh sket dari highway. kemudian berhenti seketika untuk mengisi minyak apabila mula memasuki area Riyadh. perjalanan diteruskan hinggalah pukul 4 pagi (900km, 350km left). oleh kerana tidak cukup rehat, mata aku mula terasa kecik. pada mulanya nampak kereta yaris kat depan tu normal je, tapi beberapa minit kemudian kereta yang sebuah tu tetiba dah jadi dua buah. sebelum aku nampak sebijik kereta tu jadi 3 atau gelap terus, aku cuba geleng-geleng kepala dan jegilkan mata. 


tak berapa lama kemudian yaris berhenti sekali lagi untuk isi minyak. walau kereta honda ni ada lagi separuh tank, aku tetap isi gak minyak sampai full (total petrol cost from jubail less than SR50). ketika mengisi minyak aku suggest untuk tidur dulu, tak larat dah nak layan mata beb. kereta pun tak banyak berenti kat stesen minyak tu sebab kecik sangat, jadi boleh la tido dengan aman. so aku pun baringkan kerusi dan letak kaki atas dashboard, sekali copilot marah la plak, so tido jelah in fetal position. (huh! copilot tidur je banyak)


selepas sejam setengah tido terdengar orang azan subuh tak jauh dari kereta, rupa-rupanya surau tu takde speaker, jadi tok bilal arab tu azan gitu je kat tepi petrol station. oleh kerana disitu takde surau untuk kaum wanita, kami drive je ke perhentian seterusnya yang cuma 5km dari situ dan menunaikan solat subuh di situ. angin di waktu subuh, fuh! terasa sejuk hingga ke tulang hitam!


sekadar gambaran (boleh ke?)
selepas solat subuh perjalanan diteruskan. apabila tinggal 300km sebelum sampai ke kota makkah, hujan mulai turun di sepanjang 200km perjalanan. apabila tiba di miqat kami sewa bilik dengan harga SR30 selama setengah jam untuk berihram. Malangnya salah seorang daripada anak jiran demam lak, jadi diorang bagi ubat, stay dulu selama 3jam. jadi kereta aku jelah meneruskan perjalanan memasuki kota makkah. 


apabila cuma tinggal 70km sebelum tiba di makkatul mukarramah hujan mulai reda. masuk je kota makkah jam menunjukkan hampir pukul 10:30, aku park kereta berdekatan dengan bangunan saudi post untuk di tinggal selama 3 hari disitu, dan menaiki teksi untuk ke hotel  yang telah di book oleh seorang ustaz untuk kami. selepas settle hal hotel, ibadah tawaf diteruskan, apabila sampai pusingan keenam azan dilaungkan menandakan telah masuk waktu solat fardu zohor bagi kota makkah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. tetapi aku terus settlekan pusingan ketujuh dan solat sunat tawaf sebelum imam memulakan solat zohor.


segala rukun umrah di selesaikan selepas solat zohor. then barulah lunch di D'saji di Safwa Tower. sempat jugalah lepas lunch, menukar ihram dan pakai jubah untuk solat asar. lepas solat asar my energy level dah nak abis, kalaulah aku ni ultraman, dah lama lampu merah  berkelip. memang le tak baik tido lepas asar, tapi oleh kerana sakit kepala dan driving  berjam-jam yang memakan banyak energy dan tidur yang tidak mencukupi, terlena gak dalam bilik hotel. sempat la kumpul energy dan cas 'bateri' untuk solat maghrib dan isya'. 


pada waktu solat isya' aku tak sempat masuk ke dataran depan kaabah. ketika imam baca surah al-fatihah rakaat pertama, hujan pun turun dengan lebatnya, maka habislah basah kuyup semua jemaah kat dataran termasuk Imam. hujan tetap lebat walau sesudah solat. lepas solat tu lah aku terasa terpanggil dengan 'the call of nature' (nak terkucil) nak tak nak terpaksa, berlari ke toilet diluar masjid, maka habislah basah kuyup terkena hujan. walaupun hujan mulai berkurang lebatnya aku berlari pula ke hotel. baru perasan rupa-rupanya pouch bag aku juga basah, oh no! 'berryhitam' aku letak dalam tu! 


bersambung... 

Thursday, March 17, 2011

Jubail Episode 31: Shopping!


Shopping, the blog title for this week. Surely orang yang paling attracted dengan tajuk ini ialah wanita. kalau aku cakap jangan baca sebab korang akan jeles, mesti korang gedik nak baca gak kan? suka hati korang lah, blog ni takde restriction pun. 

Dalam dua episode lepas, ada cerita pasal musim spring di sini. sekarang ni masih lagi musim spring cuma yang peliknya dah hampir 3 minggu suhu persekitaran stuck kat 24C. Teringat lak masa first time datang ke saudi tahun lepas, suhu adalah dalam lingkungan 25C. mungkin dalam bulan April barulah suhu mula meningkat naik sedikit demi sedikit. Bunga-bunga pun masih begitu banyak di tepi-tepi jalan. even pokok2 liar pun taknak kalah dalam proses mem'flora'kan musim spring. 

dah lebih dua minggu aku tak pakai sweater, tapi bila angin bertiup je, Fuh! boleh mengigil gak di buatnya. aku yang memang jenis tak tahan sejuk, jari tangan ni kalau pegang tangan orang lain sure orang akan kata 
"Hoh! apsal sejuk sangat tangan ko ni, demam ke apa?" 
bukan apa memang dari kecik sampai la sekarang ni, asal sejuk je, suhu jari-jemari ni akan mengikut surrounding temperature. maka kalau nak memanaskan sikit maka terpaksalah masuk ke dalam poket jeans atau aku letak tangan bawah peha kalau ketika duduk. 

Apabila musim sejuk berakhir, maka mula la mall-mall di Saudi buat end of season Sale. aku pada mulanya masuk butik Zara, sebelum Zara buat sale dah terbeli sehelai jeans Zara (sebab lagi murah dari Malaysia). Sekali datang balik seminggu kemudian alangkah terkejutnya bila Zara buat sale discount 50%! dan ternyata jeans yang aku baru beli minggu lepas pun turut jatuh separuh harga. geram punye pasal, mata pun dah kelabu, semua jatuh separuh harga, even yang sebelum tu harga 320 dah jadi 159! Akibat tak tahan dengan godaan keseksian harga pakaian zara, keterlanjuran tidak dapat dielakkan lagi, maka aku tertewas dan terbeli lagi dua helai jeans Zara (huish! lain macam ayat beb). pak arab plak kira tengok saiz, angkat, tak sampai seminit dah 6 helai, terus bayar! first time aku tengok orang shopping gitu. giler tebal pocket dowh!

sebulan kemudian aku masuk lagi butik Zara yang sama. sekali lagi aku terbeliak tengok poster discount 75 peratus! dan ternyata jeans yang lawa-lawa suma dah abis, kalau ada pun, cuma tinggal saiz yang terlalu kecik atau terlebih besar. jadi aku ke bahagian T-shirt pula. sekali tengok harga 10riyal je! harga macam kedai bundle je, tapi brand new! test punye test rasanya tak sesuai lak dengan style. maka hari tu duit dalam wallet pun selamat tak terusik. fikir-fikir balik kalau beli baju tu buat baju tido pun ok. nevermind, tahun depan ada lagi kot. 

Sale macam ni bukan hanya butik Zara sahaja tetapi juga hampir kesemua butik dan kedai dalam shopping mall ni, cakap je apa, replay, gucci, LV, nike, versace, cavalli, guess dan banyak lagi. dan yang paling wanita suka sangat, tak lain tak bukan, mesti.. Coach handbag, pun tidak terkecuali. mana ada coach nak bagi 50%, ade ke? ntah la I'm not interested, paling murah nampak dari luar kedai time sale, 900 something. kalau dia bagi half price pun still harganya melebihi 1K. nak kata mall ni besar tu besar gak la. building punye design yang selalu buat aku sesat dalam mall ni. 

This mall is more than 100km from my house, tapi tiap-tiap weekend pun aku pegi kalau tak pergi umrah atau ziarah. minggu seterusnya, pun masuk lagi. (giler.. tiap-tiap minggu pegi mall!) dah takde lagi sale, baju dah berubah dengan pakaian warna-warni. owh! baju musim bunga... oleh kerana aku dah belajar dari kesilapan, baik tunggu sampai dia buat sale balik. hahaha..

Ps1: jangan pesan mintak aku tolong beli barang kat sini, sebab muatan untuk personal international baggage cuma 25kg. and excess baggage will cost RM90 per kg.
Ps2: masa korang tengah baca blog ni, mungkin penulis dah berada di depan kaabah, ataupun sedang convoy on the way ke kota makkah. tu kalau korang baca few days after posted because this blog is automaticcally scheduled. (expiry date 20march 2011)

Wednesday, March 16, 2011

Tuesday, March 15, 2011

Kisah Benar: Blog History









Sebelum aku ceritakan cerita kat bawah ni, firstly aku nak bagi peringatan maybe apa yang aku tulis ni agak boring. Kalau rasa layu je hari ni korang tak payah la gedik nak baca. Just skip this entry. Tapi bila orang kata jangan baca tu, maka ada jugak la yang ketegak (degil) gatal jugak nak baca. Kalau orang tulis untuk bacaan wanita sahaja, ramai jugak laki yang menggatal nak baca. Kalau cakap untuk bacaan lelaki sahaja, maka ramai la wanita yang gatal nak baca. However, blog ni tiada kaitan antara lelaki atau wanita. So kalau blog ni agak boring, beb.. aku dah bagi amaran awal-awal K!

Cerita ini berkisar pasal pengalaman blog aku di sepanjang berblogging selama cuma sembilan tahun hinggalah sekarang. Sebelum aku tahu pasal blogger.com aku pernah berblogging dalam rangkaian lain (tak perlulah aku nyatakan disini) sebab that blog page was not that popular. Aku start blogging pakai blogger.com pun from the page you are currently reading now. Kalau korang tengok blog archive, blog ni start pada tahun 2005 kan? currently aku ada 3 blog page and it was not connected to each other.

Aku start blogging seawal tahun 2002. Just a beginner la masa tu, tak reti sangat apa nak tulis dalam blog. Kalau aku guna bahasa melayu, perkataan yang biasa digunakan juga agak normal atau so and so, kalau aku guna english, terbalik pula jadinya, selalu keluar F-bomb, A-bomb dan sebagainya, normally happen bila aku in rage mood or angry with someone. Tahun 2003 dan 2004 aku mula active blogging in that old page, agak banyak kisah menarik yang di tulis dalam blog tersebut dan menggunakan nama sendiri. Genre rage juga adalah salah satu favourite subject, sehinggalah aku buat penulisan pendedahan mengenai satu GLC company kroni yang agak besar di Malaysia takde la sehebat wikileaks. Membalas balik artikel penipuan dari seorang yang berpangkat besar dalam syarikat tersebut. Every Paragraph line yang dia tulis, aku attack with rage and explain the truth.

Selepas 2 minggu blog tersebut aku published, penuh reply daripada readers. The blog administrator ask me to remove the blog, tapi aku ignore macam tahi. A day later, I was blocked dan semua yang blog or personal memories yang telah di tulis selama beberapa tahun di blocked and the account was deleted begitu sahaja. Hanya tuhan sahaja yang tahu macamana perasaan kehilangan blog yang ditulis selama lebih dari 3 tahun. And thus secara automatic aku menjadi blogger yang tiada beginning blog. Dan secara automatik jugalah aku kena blacklist with the organization.

Blog yang kedua adalah apa yang korang tengah baca sekarang. Tahun 2005 adalah permulaannya, few month sebelum blog pertama di block. Blog yang lebih sopan (cam tak sesuai je), tapi masih ada rage influence kesan dari first blog.  The nickname of the writer pun jauh menyimpang dari nama sebenar penulis. Cuma beberapa orang sahaja yang kenal. Genre Rage pun dalam below average rage mode, tu pun jarang-jarang je ade, mostly kalau rage pun cuma happen disebabkan hal-hal di tempat kerja. However, ada jugak minor rage kutuk 'Babi Negara' yang menganiaya rakyat marhaen.


Blog kedua pada asalnya in BM dan juga English, tapi sejak penulis berada di luar negara, adalah lebih selamat kalau menulis dalam bahasa ibunda di tanah air. Kalau tulis english agak membahayakan kesihatan penulis, kerana sikit-sikit (banyak gak sebenarnya) aku kutuk negara aku merantau sekarang ni. Hahaha jadi kalau ada diorang terbaca pun mana la diorang paham BM. Nak sebut dua perkataan BM pun bunyi lain macam. Ayat favorite diorang cuma "apa khabar", "khabar baik" dan "terima kasih". Selamat la sikit kalau kutuk dalam BM, diorang punye security system banyak memakai system yang nampak gayanya berteknologi yahudi. Salah satu blog yang kena block dari memasuki negara ini ialah FOA (obefiend).




Blog yang ketiga adalah blog berbentuk english novel, yang berdasarkan kisah benar dan target statistic readers are mostly US. However due to some stupid reason dengan sendirinya aku delete blog tu. menyesal giler beb delete karya macam tu. Ada readers yang suruh buat balik the third blog, tapi agak susah nak rebuilt kerana kebanyakannya memerlukan penghayatan yang betul-betul dalam (Fuh! betul beb, 'wa cakap lu'). Blog yang ke-4 pula, baik tak payah cerita kerana setelah berbelas blog yang di tulis aku totally abandon kerana aku bosan dengan schemenya lalu aku stick with blog kedua ni.


Apa yang aku suka buat bila baca blog dari top blogger dalam Malaysia, aku baca diorang punye first year blog. Aku nampak macamana their writing style develop hingga menjadi sebahagian top 100 in the statistic. But for me, I lost all my first year blog, its like a blogger wihout history. its gone with the wind...

Sunday, March 13, 2011

A Year Ago

about a year ago, sewaktu sampai di rumah dari tempat kerja melalui kesibukan jalanraya di sepanjang jalan MRR2, I get a phone call bertanya samada boleh atau tidak untuk terbang ke Saudi melalui Business visa. 


"Encik Eric(bukan nama sebenar), nama encik dan enam orang lagi shortlisted untuk ke Saudi kerana diperlukan segera, buat masa ini kami terpaksa menghantar dengan business visa terlebih dahulu."
"err..OK, bila saya patut kesana?" tanya eric kerana menyangka mungkin dalam tempoh selepas sebulan baru beliau akan berangkat ke sana.
"this 30 may, are you ok with the date? tapi boleh ke eric ambil cuti tanpa gaji dahulu selama tiga bulan, bila balik Malaysia semula baru hantar resign letter?."


berderau darah eric mendengar  soalan tersebut. seram sejuk dibuatnya untuk menjawab soalan itu. mana boleh sesuka hati letak cuti tanpa gaji sedangkan beberapa kerja tengah in progress di tempat kerja. satu keputusan yang agak sukar untuk dibuat oleh eric. Akan tetapi apabila memikirkan beliau mempunyai masa dua bulan setengah untuk segala persiapan, dan rakannya juga akan kesana dalam masa sebulan, eric menjawab
"OK, saya cuba tanya dengan HR department." jawab eric ringkas, dan talian dimatikan. 










eric menyarung tualanya untuk mandi, dan masuk ke bilik air. beberapa ketika kemudian, eric terdengar lagu kantoi yang dinyayikan oleh zee avi 
"semalam I call you, you tak answer... you kata you keluar pergi dinner... you kata you keluar dengan kawan you... but I call Tommy he said it wasn't true.." (ni ringtone nokia eric at that time hahaha)


Cepat-cepat eric menjawab call tersebut, 
"hello"
"hello encik eric, dah dapat call dari Dr. N tadi?" tanya suara wanita itu
"ya, pasal urusan untuk ke saudi this may kan?" jawab eric
"yes, tapi bukan this may, tapi end of this month" kata suara itu lagi
"what! end of this month?!" tanya eric agak terkejut.
"yes, end of this month."
eric terduduk di atas katilnya dan terkesima seketika apabila mendengar jawapan itu.
"that was just two weeks from now.." jawab eric perlahan
"yes, your team diperlukan segera, thats why kami terpaksa sacrifice dan process business visa dengan segera. jadi boleh saya process your visa"
oleh kerana fikiran berkecamuk dan jiwa kacau eric tidak berfikir panjang dan bersetuju untuk visanya di proses.


once upon a time in 2005
Dol: cilok ko punye FB haha
keesokan paginya eric mengajak rakannya dol (a.k.a Zol) bersarapan berhampiran dengan lojinya di putrajaya
"beb, aku kena pergi Saudi lagi dua minggu" kata eric
"serious?"
"semalam diorang call aku bagitau, kena pegi dalam 2 minggu lagi"
"gila dowh.. aku ingat aku pergi dulu beb, hari tu diorang kata ko patut pergi paling-paling cepat bulan May" kata Dol
"alah, sebulan lepas aku fly, ko pun fly ke yanbu beb, lagi best, dekat dengan mekah dan madinah" balas eric.
"takpe, kita jumpa time solat jumaat kat masjidil haram nanti" kata dol berseloroh


beberapa hari kemudian eric menyerahkan notis perletakkan jawatan kepada pengurus loji. diikuti oleh Dol sebulan kemudian. sekarang eric bekerja di panti timur saudi dan dol di pantai barat Saudi. so far eric belum dapat berjumpa dengan dol di mekah. maybe soon Insya'allah. 



Jubail Episode 30: Betukar! owh!



Sekali tengok title bunyi macam cerita 5 ekor  power rangers versi alih bahasa bahasa melayu lak. baru aje aku dapat email pendek kena tukar bangunan sebab join reliability team. dalam email tu setelah dialih bahasa ke loghat kedah jadi begini.
"woi beb, tolong habaq mai bila hang nak mai sini, habaq kat si seman kalau hang nak pakai movers, logistik, tele transfers etc".

vase like this
Projek ni nampak gayanya mengimbau kerja lama macam mula-mula kerja lepas aku grad dulu. patut la malam tadi mimpi lain macam jek. Pelik jugak dengan mimpi semalam, ada orang ntah sapa, suruh aku jaga seekor ular daun species viper warna putih, tapi panjang giler. ular ni dok melilit kat tiang pondok, tapi tak reti dok diam, asyik nak lari je kejenya. jadi setiap kali kepala ular tu nak lari dari tiang tu, setiap kali tu la kepala dia aku ketuk. tetapi dengan sekilas pandang, ular tu ilang la plak. tengah-tengah tidur tu seriau lak kang ada melingkar dalam selimut, siap bangun check, sambung tidur balik, yang anehnya mimpi tu siap boleh sambung balik beb. tuan punye ular cari merata tempat yang akhirnya terjumpa bawah vase hiasan sebelah tiang pondok. then dia nak potong dan masak ular tu lalu mimpi pun tamat. 

bila kena pindah macam ni mula la terasa nak keluar pantun pak malau. jadi korang tolong la baca pantun kat bawah dengan nada lembik me'layu' jangan cara lain kang jadi gedik lain macam lak.

Kajang Pak malau, Kajang Berlipat...
Kajang Hamba Mengkuang layu...
Dagang korang, Dagang bertempat...
Dagang hamba Musafir lalu...

Patut la semalam tetiba aku tulis sekerat pantun ni dalam status facebook, tapi beberapa minit lepas tu aku delete balik tanpa motif. patut la semalam pun takde mood nak tulis blog. patut la pagi tadi macam malas nak bangun (sebenarnya memang tiap-tiap hari pun). bagus gak la kena tukar ni. dulu asyik masuk plant dengan chemical yang hazardnya brain damage, carcinogenic macam-macam ada. bukan itu aje, tambah lagi berpeluh time musim panas, mengigil time musim sejuk. pastu bila kena tukar sini bos aku kata
"Now you are free from danger"
macam tau-tau je kita takut masuk Area 'I5' dua kali seminggu. mana taknye technician yang buat kerja kat situ dua kali seminggu kena pakai fullface mask, rubber glove , chemical-proof boots, double protective nomex. memang le kena supervise at least 5 meter dari situ. sia-sia je kalau kena brain damage, nak brain wash pun tak bleh beb!

hari ni tak kena tukar lagi, paling cepat esok. biar diorang uruskan proses perpindahan dalam sistem dulu. rasa hari ni dok tulis blog pun lain macam je, tak macam biasa. ni agaknya gaya jiwa kacau kot. bermulanya cerita masa masuk meeting minggu lepas. tengok organization chart selamber badak je dia letak nama dalam RCM dan RBI. RCM memang pernah buat, RBI dulu-dulu pun contract out je. jadi sekarang ni aku kerja part time RCM dan juga Keje part time RBI, campur dua-dua sekali, jadi full time. 

expected project completion dalam slide show 2015! oh! hopefully masa early 2013 I'm  either back in Malaysia atau some other region around the globe lol. Kalau diorang nak bayaq lebih... hmm aku just tunggu tengok dulu macamana cara diorang buat kerja dan macamana either aku boleh masuk ke takbleh masuk dengan cara kerja diorang. diorang kata last year was successful, tapi haram aku tak nampak lansung hasilnya. kat sini biasa la, lebih sudu dari kuah (betul ke perumpamaan ni? hentam sajalah labuu). 


ps: episode numbering system di tukar kang terlebih X lain lak jadinya!

Thursday, March 10, 2011

Apa Itu Wahabi?

Saudi sering dikaitkan dengan fahaman wahabi. Asalnya, ia merujuk kepada gerakan Muhammad bin Abd al-Wahhab. Mulanya, ia sebuah gerakan pembaharuan yang sepatutnya menghidupkan reform. Antara yang bagus dalam gerakan itu ialah keluasan bermazhab dan melihat dalil dari pelbagai pihak. Dalam sejarah gerakan tersebut, ia telah menjadi inspirasi kepada banyak gerakan lain di dunia  ini. Sehingga para ulama Deoband India yang beraliran Ashairah dan Maturidiyyah juga dituduh wahabi oleh penduduk di sana. Golongan pembaharuan di Indonesia dan Tanah Melayu juga dituduh wahabi sejak dahulu sehingga hari ini. Prof Hamka dituduh wahabi, gerakan Kaum Muda yang membela wanita melayu dalam pelajaran dan rumahtangga dilebel sebagai wahabi dan pelbagai lagi. Padahal –walaupun ada beberapa sudut persamaan- di Tanah Melayu pengaruh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha yang lebih kuat. Wahabi telah dijadikan jenama untuk golongan konservatif menuduh musuh-musuh mereka.

Ini menunjukkan pengaruh gerakan pembaharuan Muhammad ‘Abdul Wahhab begitu kuat. Sehingga Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Namun malangnya, ramai pewaris gerakan itu dan golongan yang menggunakan jenama ‘salafi’ memilih untuk bermazhab dengan kejumudan dalam memahami nas-nas agama. Mereka enggan memahami keluasan nas dengan melihat kepada konteksnya yang sepatut. Lalu mereka jumud dalam muamalat sehingga gagal menghidangkan Islam yang dapat menangani perkembangan masyarakat hari ini. Maka, ‘wahabi’ menjadi jenama kejumudan bukan lagi keluasan. Ia telah seiras dengan golongan konservatif agama yang sedia ada walaupun berbeza dalam beberapa perkara. Bahkan segelintir golongan yang dinamakan wahabi itu mengharamkan Fiqh al-Waqi ataupun memahami realiti dalam berfatwa. Ini disebabkan kejumudan minda dan kedangkalan memahami Usul al-Fiqh.
Di samping sibuk dengan isu-isu pinggiran seperti isbal, muzik, mengklasifikasikan orang, menyesatkan mereka yang tidak sealiran, sebahagian mereka yang menggelar diri salafi itu pula sibuk menjadi lidah yang membela para pemerintah yang munkar. Mereka mengumpulkan dalil untuk berhujah tentang kewajipan mentaati pemerintah dalam apa keadaan sekalipun, tapi mereka tidak mengumpulkan dalil tentang haramnya kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan hak dan pelbagai perkara yang lain. Mereka gagal melihat dalil dalam konteksnya. Mereka mengikut salaf dalam perkara yang mereka mahu, dan meninggalkan salaf dalam perlara yang bertentangan dengan nafsu penguasa yang mereka patuhi.

Maka, jadilah jenama salafi ataupun ‘wahabi’ itu makin disalahfahami dan mengelirukan.








Source: Malaysian Insider - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Picture of The Day # 4

"Ok, now I should choose a name for myself,
either Mufassa, Simba or Raja Pokok Limau Bali"

The Secret of Bawang







Rakyat India di sini selalunya di beri gelaran sebagai bawang. So I just describe them as bawang je lah kot dalam artikel ni. kali ni nak cerita satu rahsia yang di ceritakan oleh seorang mat arab tentang rahsia bawang kepada korang.

Pada suatu hari, Eric, encik J dan muhammad(lupa nama mat arab ni) berjalan menuju ke cafeteria untuk lunch selepas separuh hari bekerja untuk turnaround MTBE minggu pertama. mat arab ni adalah seorang electrical technician di dalam plant sadaf. beliau juga terlibat secara tidak lansung didalam project TA tersebut. 
selepas membayar harga makanan, mereka makan semeja. ketika sedang berbual, beliau tiba-tiba berkata dengan perlahan sambil memerhati di sekeliling.
"Let me tell you one secret about Indian (merujuk kepada rakyat India)" katanya
"they are like flies, you know flies?" katanya lagi sambil membuat body language dan sign language untuk lalat.
eric dan encik J cuma mendengar dengan muka nak tergelak. 
"everywhere you go you can see many flies. and so is Indians. they are just like flies" tambahnya lagi.

betul jugak la kata muhammad tadi, kalau pergi Dubai, Bahrain, Oman, UK, US, Malaysia mana-mana aje mesti ada India. sebenarnya bukan secret sangat pun. yang jadi secret tu part lalat tu la. kalau India dengar apa yang di ceritakan tadi mau tak marah? kalau kat Malaysia kita biasa panggil keling pun boleh bergaduh sekampung. 

kalau sebut keling pa**a mau mengamuk kalau diorang dengar. tapi perkataan yang kedua tu boleh kata semua india pun tau la. yang dok bahas pasal Interlok tu pun benda yang sama, specificnya kepada india (hindu). Walaupun begitu, dalam cerita The Adventure of Huckelberry Finn karya mark Twain, takde kecoh-kecoh pun, istilah (pariah) pun digunakan. tu la hasilnya pakai sistem kasta, siapa yang makan cili dia la yang terasa pedas. 

Wednesday, March 09, 2011

Picture of The Day # 3

Jubail Episode XXIX: Mutawwa

Pada suatu tengahari ketika Eric berjalan keluar dari cafeteria bersama  amirul selepas waktu lunch, kelihatan bas di dalam plant sampai ke perhentian yang tidak jauh dari cafeteria tersebut. oleh kerana hari itu agak panas, mereka terus menaiki bas tersebut untuk ke masjid bagi menunaikan solat zohor. 

ketika menaiki bas, seorang pemuda arab turut bersama menaiki bas tersebut. apabila bas mula bergerak, pemuda itu berkata kepada amirul
"why are you not mutawwa like him?" katanya sambil menunjukkan kearah Eric.
amirul cuma tersenyum tetapi tidak menjawab soalan tersebut, lalu Eric mencelah kerana kerap kali terdengar perkataan tersebut terutama sebelum menunaikan solat.
"what do you mean by mutawwa?"

"mutawwa is aaa..." kata arab tersebut tersekat tidak dapat menyambung jawapannya kerana perkataan yang sebenar tidak dapat diterjemahkan ke bahasa inggeris.
"mutawwa mean straight" sambung arab itu lagi
"straight?" tanya eric di dalam fikirannya kerana berfikir ke arah lain, kalau mengikut sex orientation, straight membawa maksud yang lain. yang bermakna berbeza dari perlakuan songsang yang banyak berlaku di negara arab. (faham-faham sendiri)

mengikut interpretation eric, apa yang di maksudkan oleh pemuda arab tersebut sebagai mutawwa, adalah orang yang menyimpan janggut yang panjang mengikut sunnah* rasulullah (saw). bukan sahaja begitu, malah orang yang di panggil mutawwa, straight follow apa yang di suruh oleh agama dan meninggalkan larangannya. dan orang yang di maksudkan dengan mutawwa inilah yang sering dipilih sebagai imam solat dan kebiasaannya mempunyai janggut yang panjang. (realiti)









barulah eric teringat ketika bertugas di loji styrene, dialah yang selalu di suruh menjadi imam solat asar di masjid area styrene. bukan setakat dari kalangan jemaah muslim pakistan dan India, malahan arab sendiri pun selalu menyuruh eric menjadi imam solat. walaupun ketika itu janggut eric cuma setengah genggam. cuma di masjid tempat baru eric sahaj dia tidak menjadi imam, kerana ada imam tetap dan lebih ramai arab yang berjambang dan berjanggut panjang.

mengikut mazhab Hanbali dan Maliki (arab) mencukur janggut adalah haram, manakala bagi mazhab Hanafi pula mencukur janggut adalah makruh tahrim, dan bagi mazhab Shafi'e(kita) pula hukumnya adalah makruh. tetapi bagi sesetengah orang yang buta tentang mazhab keluarlah wahabi (di politikkan oleh umno). maka adalah hamba Allah Malaysia yang menyebut "mengikut mazhab wahabi" beberapa bulan yang lalu. (mamat ni cakap macam serba tahu, tetapi eric tidak menegurnya kerana mamat ni selalu SS (syok sendiri) orang negeri mana ntah mamat ni- wahabi** sebenarnya adalah aliran atau ajaran (kalau nak tau lebih lanjut sila cari sendiri-memang amat rumit dan detail untuk diterangkan). eh! cerita ni terrr'off track'  lak.


Eric tidak bercadang pun untuk meyimpan janggutnya terlalu panjang, tetapi beliau selalu tidak berkesempatan untuk 'trim' seperti biasa. sepanjang hidup, itulah janggut yang paling panjang pernah disimpan. apabila agak panjang ada yang mengatakan muka dah macam pak arab betul, tapi paling tak best bila orang kata nampak tua. ceh! sungguh kurang asam. 



Eric berkira-kira untuk mentrim janggutnya cuma berfikir adakah kalau trim janggut di saudi akan kelihatan seperti pak haji yang membuang serban dan memakai baseball cap atau di kategorikan sebagai buang tebiat? nahhh! maybe not! beberapa hari kemudian, eric pun men'trim'kan janggutnya seperti biasa yang kelihatan kemas dan lebih decent.


*sunnah menyimpan janggut adalah agar tidak meyerupai kaum majusi dan ahli syirik(simpan misai dan mencukur janggut) dari Abu Hurairah radiallahu'anhu sabda rasulullah sallalahu'alaihi wasallam "bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong (mencukur) janggutnya, janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu"
**aliran wahabi: adalah diasaskan oleh muhamad Abdul wahab pada kurun ke-18 yang disokong oleh keluarga diraja ibn saud di saudi. yang mengambil sumber al-quran dan hadis sahaja tanpa ijma' ulama dan Qias. 
note: please correct me if I'm wrong
Ps: untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wahabi (sila Klik untuk baca Apa Itu Wahabi) penerangan dari Dr Maza.

Tuesday, March 08, 2011

Picture of The Day # 2

this is not a shoe advertisement

Lunch

setiap hari apa yang korang makan untuk lunch? boleh kata hampir semua akan kata nasik kan? ada juga orang mengatakan mereka tak kenyang kalau tak makan nasik dalam sehari. ada juga 'makhluk' yang tak boleh tak makan nasi dalam sehari dan menyindir eric kerana melihat eric tak makan nasik. hatta eric pernah membuktikan dia boleh hidup tanpa menyentuh nasik tetapi memakan pasta dan makanan-makanan yang sewaktu dengannya setahun yang lepas. Eric berjaya membuktikannya walaupun eric bukanlah warga Italy atau berdarah kacukan dari italy kerana mak eric is superb in serving italian meal sejak eric kecik lagi. 

'makhluk'(previuosly described as Encik I or maulana) tersebut telah berhenti kerja di saudi, walau pada awalnya cuba menghasut rakan lain untuk sama-sama berhenti kerja hingga ada yang termakan hasutan yang akhirnya memakan diri dan termakan hati hehehe. eric lansung tak kisah, just stay cool dan lansung tak layan 'makhluk' yang menjengkelkan itu. kalau mamat tu 'mapuh keghah' sekalipun eric will say "who cares..." (ohh!)

Sejak bekerja di saudi setiap hari, eric lunch di cafeteria. dan menu lunch harian eric biasanya adalah pasta. memanglah eric ni 'hantu' pasta. hari-hari makan spaghetti, lasagna, bermacam jenis macaroni, pasta alfredo dan macam-macam lagi. walaupun nasi yang dihidangkan berlainan jenis contohnya mukloba rice, vermicelli rice, butter rice, beriyani rice, bukhari rice dan sebagainya. Eric lansung tidak mempedulikan menu nasi tersebut. jika pasta pada hari tersebut nampak tidak menarik eric menukar menu kepada burger dan french fries.

pada suatu hari, ketika sedang beratur untuk memilih menu lunch, dari jauh eric ternampak menu nasi tomato dan beef stew. (menu daging jarang-jarang sekali dihidangkan, asyik-asyik ayam.. kambing.. ayam lagi.. ikan..ayam lagi.. dan lagi) sekali teringat nasi tomato yang selalu di jadikan santapan di malaysia. kena lak dengan beef stew, hoh! eric terus menukar menu rutinnya kerana mengikut planning malamnya cuma nak makan vermicelli chicken soup. maka setelah sekian lama tak makan nasik pada waktu lunch, maka hari itu eric memecah tradisi dengan memakan nasi tomato berlaukkan beef stew. walaupun menu itu agak mahal, eric main belasah je.








dan pada kebiasaannya selepas makan eric akan bersolat zohor dan masuk biliknya. entah apalah yang tak kena hari itu eric terasa mengantuk, semengantuk-ngantuknya, ibarat berkilo-kilo kampit beras yang melekat di kelopak matanya. part number equipment list yang tertera di skrin komputernya menyebabkan eric bertambah 'weng', jadi eric cuba membaca berita online, pun begitu, matanya masih terasa terlalu berat hingga beliau tersengguk-sengguk.

eric yang biasanya pergi solat asar di masjid sekitar jam 3:30petang (waktu solat jemaah bermula), tetapi hari itu eric pergi 20minit lebih awal kerana tak tahan mengantuk. agaknya kerana kandungan carbohydrate (carb) yang tinggi menyebabkan kenaikan kandungan gula dalam darah hasil proses penghadaman yang menyebabkan eric mengantuk. pasta juga mengandungi carb, and even lebih tinggi kandungan lemak tapi biasa tak mengantuk pun eric makan.atau mungkin juga beef stew dengan kuahnya yang menyebabkan eric hampir tertidur.

di saudi, daging kambing lebih banyak daripada daging lembu, agak jarang untuk memakan nasik mandy atau kabsah lauk daging lembu. kebanyakan orang menyangka daging kambing lebih tinggi kolestrol berbanding daging lembu. tetapi mengikut kajian kedua-dua daging tersebut adalah sama. kenapa arab boleh makan selamber je kambing tapi jarang kena hypertension? sebab diorang tak makan bahagian lemak. orang kita semua hentam, lagi-lagi kalau bakar, bila bakar, part lemak kambing yang paling best, ye tak? owh my favourite lamb chop! heheheh (giler lama tak makan lamb chop!! kena cari chilli's ni..) 

Sunday, March 06, 2011

The Matrix

Scene from matrix revolution (cat version) Neo fight with Agent Smiths clone. 


Saturday, March 05, 2011

Jubail Episode XXVIII: Colors of Spring



Dalam sebulan duayang lepas, apabila keluar memandu bersiar-siar samada di jubail atau di dammam, biasanya hanya nampak pokok je yang hidup segan mati tak mahu. tetapi dalam seminggu dua kebanyakan pokok mengeluarkan bunga dengan pelbagai warna yang terang. walaupun pokok liar yang tumbuh di tempat yang terdapat sumber air pun mengeluarkan bunga. before this tak pernah notice banyak pokok bunga yang mengeluarkan bunga selain dari pokok bunga kertas. 





I don't know jenis bunga apa yang berada di sepanjang jalan sekitar Fanateer, sekitar pantai Dammam, dan sebagainya. Apa yang pasti, bunga-bunganya kembang mekar dengan warna yang begitu terang.paling banyak bunga berwarna magenta dan pink. even pokok-pokok yang tumbuh semulajadi pun mengeluarkan bunga. 

Oleh kerana banyak pemandangan yang indah penuh dengan bunga-bungaan, maka ramailah puak-puak india berposing ala-ala bollywood syok sendiri. berbaring atas rumput tepi pokok bunga. kalau buat gaya camtu kat malaysia sah jadi bahan gelak sampai berguling-guling. kalau bayar suruh eric buat gitu pun sure tak buat punye. tapi pak arab pun selamber je, diorang pun layan hindustan kat kedai makan. nasib baik tak pernah nampak yang amik video berguling-guling kat atas padang hahaha.
baru one snap, sekali lampu dah hijau daa.. 

sebenarnya memang nak shoot a few picture, tapi time nak shoot kat traffic light, time tu la the light turns green. sini once the greenlight is on kalau tak jalan memang kena hon bertiang-tiang dibelakang. tak kiralah tak sampai sesaat pun kena hon. arab, mana tau erti kesabaran walaupun kita selalu dengar sabar itu separuh daripada iman.

one, two.. click!

Pasangan Untuk Wanita Ahli Syurga

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1:
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2:
Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu..
+ Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3:
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
+ Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4:
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5:
Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
+ Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6:
Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani
e-mail source





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages