nuffnang

nuffnang LR

Saturday, March 31, 2012

Chat dialog BF vs GF

Maybe could / already happened

GF: Biasa everynight you online skype video conference dengan I apsal tadi takde?

BF: tadi I offkan notebook.

GF: Apsal you offkan notebook? Tadi mesti ada awek datang rumah you kan dan you takut I nampak who the girl is kan?

BF: La you tak tau ke malam ni kan last Saturday night of March?

GF: Last Saturday of March?! Is that you and your ex-girlfriend anniversary yang datang tadi sampai you offline, lampu bilik pun you offkan, you pun tau kan I boleh nampak light from apartment you from my house. nak kata apartment you blackout ade je apartment sebelah you buka lampu, cuma tadi lain sket ramai tak buka lampu maybe diorang gi keluar weekend. you buat apa dalam gelap? sapa ada dengan you baik you cakap?!

BF: I sorang-sorang je

GF: sejam tadi dengan sapa?!

BF: I sorang-sorang gak..

GF: You jangan nak tipu I ok, kalau I tau you dengan pompuan lain, you siap!

BF: Betul la sayang I sorang-sorang

GF: Don't sayang-sayang me!

BF: Ok la tak sayang...

GF: Tengok! Dah tak sayang?! nih mesti ada apa-apa! you belum lagi jawab lagi soalan I, whats with last Saturday night of March?

BF: Last saturday night of March kan Earth Hour, you tak tau ke?

GF: Earth Hour?

BF: ye la dari pukul 8 hingga 9 malam tutup lampu untuk support earth hour organized by WWF (World Wide Fund for Nature)

GF: I tak caya

BF: Tanak caya, sudah... wekkk :b 

GF: Eeee!!!

BF: wekkk :b (terus sign out)

(BF was offline your message will be sent when the user is online)

(panjang lak dialog hehehe...) bukan apa saja nak promote earth hour, by the time this entry was scheduled Posted Earth Hour in Malaysia already Past last 30minutes. For readers in Middle East, Europe and Western Area, please support Earth Hour! switch off your light at 8pm tonite!


Thursday, March 29, 2012

Cara-Cara Nak Final Exit

Haaaa... Nak tukar company? (SATORP ke?) nak balik terus? Nak final exit dari Saudi? Untuk mereka-mereka yang bekerja di Saudi kalau rasa nak final exit bolehlah rujuk sini, macamlah eric ni pernah final exit.. sebenarnya memang eric dalam proses Final Exit! Hell Yeah!!

Keluar dari Saudi tidak semestinya kerana perkara-perkara yang tidak baik, sesetengah dari kita mendapat pekerjaan yang lebih baik, ada kerana keluarga yang tak tahan berjauhan, jadi disini ada perlunya tahu mengenai procedure untuk final exit agar tidak tersekat dan 'bikin panas' di Dammam airport! Eric tau korang datang sini bukan untuk career development, tapi untuk Duit! Eric punye target dah tercapai (haji) dan sentiasa beringat 'money is not everything'!

Dibawah adalah procedure-procedure yang perlu dilakukan untuk final exit

1. NOC: atau No Objection Certificate- just in case manalah tau nak datang balik kerja kat saudi, takde NOC means give it a good kiss goodbye, khaley walley takleh kerja saudi balik! Sesetengah company bagi release letter, dan ada juga company yang tak mau bagi NOC, nasib la beb kalau tak dapat!
(eric: NOC eric in process le skang ni)

2.Kereta: jika anda ada kereta. anda perlu memindahkan pemilikan kereta kepada orang lain atau secara pendeknya "jual je" kalau tak jangan harap visa anda dicop. kalau nak masuk keje balik sila apply konsep 'cina buta' hehehe.. pindahkan nama kepada rakan anda, dan bila sampai semula sila reverse balik proses tersebut. carilah member yang sanggup buat bukan main cakap pakai modal air liur je tapi tak bleh pakai. (pernah jadi kat member eric)

3. Hutang: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati (dan-dan bagi pantun)
segala hutang mesti dibayar termasuk, bill electricity, bill air, internet, telefon, pinjaman peribadi dengan bank dan hutang dengan orang. Jika semua perkara ini menggunakan nombor iqamah anda, so please settlekan kesemuanya. Hutang budi takpe, jangan sampai tergadai body!
Mayday! Mayday!
AhLong On my SIX!!
4. Saman Trafic: ini adalah perkara yang amat serius, ramai yang tersangkut jika terkena saman ekor. dan biasanya saman ini akan masuk ke account anda selepas 3 minggu anda disaman. jadi sila berhati-hati. Anda juga boleh check saman anda Klik sini masukkan nombor iqamah dan walla! siapa yang kena? atau sms je 88993 dan send nombor iqamah anda. jika ada sila simpan bukti pembayaran!





5. Bank Account: anda perlu menutup akaun bank anda dan ini adalah the last step yang patut dibuat. anda perlu mendapatkan dua surat daripada pihak penaja yang ditulis dalam bahasa arab yang menyatakan bahawa anda akan final exit dan jumlah wang yang telah dimasukkan ke akaun anda dikeluarkan dan terus tutup akaun. tunjukkan surat ini kepada pihak bank untuk menutup akaun anda.

6. Rumah: bagi yang menyewa rumah, sila beritahu tuan rumah anda tentang hasrat anda untuk blah dari saudi yang tidak tercinta ini. jika kontrak sewa rumah belum tamat, cari rakan yang sedang mencari rumah supaya menyambung kontrak perumahan hingga tamat dan anda pandai-pandai la kawtim sewa yang selebihnya atau kehilangan semua jumlah yang telah anda bayar! jadi kalau tinggal di compound malaysia carilah pengganti Malaysia juga senang sikit dan bekas jiran di compound anda juga tidaklah haru biru dengan karenah bangsa lain. (paham-paham sendiri la). kalau takde sila iklankan kat kelab rakyat malaysia, insya'allah. inilah sebab kenapa anda perlu cari compound senegara, lebih mudah untuk di sewakan kepada rakan Malaysia atau negara-negara yang sewaktu dengannya.

7. Duit: sekiranya segala hutang telah dibayar dan akaun telah di tutup tetapi bakal menerima wang (gaji atau transfer) sila cari rakan yang anda boleh percayai untuk mendapatkannya sebagai wakil bagi pihak anda. pandai-pandai sendiri la kan?

8. Keluarga: bagi yang membawa keluarga, adalah dinasihatkan anda menghantar keluarga anda keluar dari saudi terlebih dahulu sebelum anda sendiri final exit. Ini untuk mengelakkan mereka mengalami kesusahan jika anda 'tersangkut' pada saat akhir.

9. Passport: Lastly, sekali lagi diingatkan supaya clearkan segala hutang tertunggak termasuk saman atau clearkan rekod dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan final exit. pastikan iqama anda telah dihantar dan semua syarat diatas telah dipenuhi. barulah passport anda akan dicop dengan exit visa. Sesetengah syarikat menyerahkan pasport anda di airport kerana itu menjadi tanggungjawab penaja anda untuk memastikan anda betul-betul keluar dari saudi. ada juga penaja yang menyerahkan lebih awal dari itu.

OK itu cara ikut peraturan yang betul dan kalau korang fikir the rule was made to be broken! sila guna cara jahat! samada buat exit entry visa atau multiple exit entry visa dan terus balik and never look back dan mereka akan pastikan anda tidak akan menjejakkan kaki anda lagi dibumi saudi mungkin dalam tempoh 5 tahun. 


Eric: Mana-mana satupun pilihan korang All the best! hehehe time nak final exit, multiple exit entry eric masih hidup lagi and that was my last resort

Ps: ada yang bagitau eric, kononnya sebab datang kerja di Saudi kerana tak pernah terasa 'feel' balik kampung bila time nak raya masa kerja kat Malaysia! tak payahlah bagi sebab bukan-bukan beb, senak perut aku nak gelak dowh! kalau macam tu baik gi kerja kat tengah Afrika je.. boleh layan safari time nak balik kampung! hahaha...

Tuesday, March 27, 2012

Ziarah Madinah (The Explosion)

Explosion?!! Explosion apa Bro? 


Begini ceritanya...

Seperti biasa setiap kali ketika mengikut rombongan ke Madinah eric akan cuba memasuki kawasan raudhah. macam mana nak tau kawasan mana kawasan raudhah di dalam masjid nabawi? karpet di dalam masjid nabawi adalah bewarna merah, ruang diantara makam nabi dengan mimbar pula karpetnya bewarna hijau. dan ruang yang berkarpet hijau itulah ruang raudhah.

Malam itu Eric bersolat maghrib di dalam masjid nabawi di ruangan tengah masjid. selepas selesai solat maghrib dan solat jenazah eric mula berjalan menuju ke depan untuk memasuki raudhah. eric mengerling ke jam tangannya, dari jarum jamnya eric berkata kepada dirinya sendiri 
"I still have one and half hour left to be there before isya' prayer" sambil meneruskan perjalanan dengan berhati-hati agar tidak melintas di depan orang yang sedang bersolat sunat. setelah hampir 30 minit barulah eric memasuki kawasan raudhah.

Tolak menolak sering berlaku kerana jemaah lelaki berebut untuk bersolat didalam kawasan raudhah, eric lansung tidak membalas tolakan melainkan mengikut sahaja arus yang membawa dirinya ketengah ruangan raudhah. melihatkan keadaan demikian eric berfikir berkemungkinan besar beliau tidak dapat menunaikan solat dengan kesesakan tersebut. silap haribulan tercedera dipijak orang ketika bersujud. jadi eric hanya menadah tangan dan berdoa sahaja sepanjang berada di dalam ruangan karpet hijau tersebut.

Tolak menolak masih berlaku, hingga ada yang terjatuh dan terlanyak orang yang sedang solat. setelah setengah jam berada didalam raudhah, pengawal mula menghalau jemaah di dalam kawasan itu kerana masa sudah hampir memasuki waktu solat isya'. Eric keluar dari kawasan raudhah dan berdiri berhampiran tiang dan penghadang sambil berlakon konon-kononya turut berjalan keluar kerana ingin mencari peluang untuk bersolat isya' di dalam kawasan raudhah atau berhampiran dengan imam.

Jemaah yang ramai dibelakang eric ketika didalam raudhah tadi telah mula sedikit sedikit mengosongkan ruangan raudhah dan makam Rasulullah, dan taktik eric tadi menjadi kerana eric menjadi orang yang paling belakang dikalangan jemaah yang bergerak keluar dari saf depan dan raudhah. keadaan di saf ketiga dan keempat mulai lengang yang tinggal cuma beberapa pengawal dan tukang cuci yang membantu pengawal menyuruh jemaah keluar dari masjid. pengawal memanggil seorang jemaah untuk memenuhi ruang saf yang kosong, begitu juga dengan eric. 

Saf ketiga dan keempat mulai dipenuhi dengan jemaah dan jemaah yang tidak dapat duduk di saf akan dihalau keluar. penghadang mula dibuka dan eric berganjak kedepan kesaf kedua yang kosong. eric berada lebih kurang 3meter dari kedudukan imam. ketika itu eric mula berasa dahaga kerana sejak sebelum maghrib lagi eric tidak minum apa-apa tetapi itulah satu-satunya peluang untuk bersolat isya' berhampiran dengan imam yang dikawal rapi oleh pengawal masjid. 


Eric sendiri tidak pernah terfikir pun beliau akan berpeluang bersolat berhampiran dengan imam masjid nabawi ketika solat fardu kerana tempat itu sentiasa di conquer oleh pak-pak arab dan orang-orang yang tak reti nak bagi peluang kepada orang lain.setelah solat isya' dan solat sunat, eric mula meninggalkan safnya mencari air, tetapi terlalu ramai yang sedang beratur untuk mengambil air di pili air minuman. lalu eric cepat-cepat menuju pulang ke hotel. 








Setibanya di lobi hotel kelihatan guide dan ahli rombongan sedang menunggu untuk melawat tempat tempat bersejarah di sekeliling masjid nabawi. eric memang berminat terutama bila tengahari itu pelajar universiti madinah ingin menceritakan tentang mayat diatas kubah hijau yang pernah heboh didalam facebook. Tetapi eric hanya perlu meminum air dahulu kerana lawatan tersebut akan berjalan di sekeliling luar pagar masjid nabawi. 


Setibanya di depan pintu bilik baru eric tahu beliau terlupa mengambil kunci bilik. maka eric terpaksa bergegas turun ke kaunter mengambil kunci dan kembali kebiliknya. eric mencapai tin pepsi yang diletakkan di ruangan freezer. tin itu kelihatan agak kembang, mungkin ais terbentuk di dalam tin itu, eric lansung tidak terfikir jika ais terbentuk gas karbonat akan terpisah dari minuman didalam tin tersebut yang menyebabkan tekanan gas yang tinggi. eric meletakkan tin pepsi di atas meja yang berdekatan dengan pintu tandas. 


Eric menarik pembuka tin pepsi tersebut dan tiba-tiba "POOM!!!" air Pepsi meledak keluar hingga terpancut ke siling, dinding, kejubah eric termasuklah kemuka Eric! air, masih memercik keluar dari tin dan eric segera membawa tin itu dan meletakkan di dalam sinki tandas. jubah eric dibasahi air pepsi, air yang terpercik kelihatan semakin jelas dengan warnanya yang kegelapan di dinding dan di siling hotel. Nasib baiklah eric takde lemah jantung...
Warning: dont put your pepsi in Freezer!
Warning: Don't put your Pepsi in Freezer
Dengan jubah yang basah, meja yang penuh dengan kesan pepsi termasuk dinding dan siling dan beberapa barang yang lain terus menghilangkan mood eric untuk turun mengikut rombongan melawat yang menunggu dibawah. terpaksalah eric membasuh barang-barang yang terkena air pepsi dan mengelap meja dan dinding hotel kecuali siling, lantai dan carpet. jubahnya juga terpaksa dibasuh. kemudian barulah eric berbaring dikatil dan cuma meminum air mineral sahaja. 


HOME

Monday, March 26, 2012

Ziarah Madinah III (Kirim Salam)

Seperti yang telah eric tulis dalam dua blog yang lepas, eric telah mengikut rombongan ziarah ke Madinah. kali ni Eric tak cerita berkenaan sejarah-sejarah sekitar kota Madinah Al-munawwarah kerana kebanyakannya telah diceritakan dalam blog-blog ziarah yang lepas. cuma nak kongsikan sedikit perkara yang baru di ceritakan oleh pelajar universiti madinah yang menjadi tourist guide kepada kami tempoh hari.


Sebelum eric sentuh dengan lebih lanjut, terlebih dahulu jika ada salah dan silap didalam penulisan ini sila tegur dalam ruangan comment. sepatutnya panjang huraian yang perlu diterangkan tapi memadailah hanya memberi kefahaman tentang apa yang dikongsikan kepada para pembaca. 

Salah satunya berkenaan dengan amalan kirim salam kepada rasulullah dan beberapa perkara yang berkaitan. Kebanyakan orang bila dengar seseorang yang ingin berziarah ke madinah mulalah nak kirim salam pada rasulullah. pada tanggapan korang apa hukum menyampaikan salam di makam Rasulullah? sunat?

kalau kata sunat.. memang SALAH! sunah adalah perkara yang dilakukan oleh Rasulullah melalui perbuatan, perkataan, perilaku dan melalui hadis nabi s.a.w. Jadi dari mana datangnya hukum sunat mengirim salam pada makam baginda sedangkan rasulullah telah wafat? jadi tak perlulah nak mengirim salam pada rasulullah kerana anda boleh memberi selawat dan salam keatas nabi dari mana sahaja anda berada. 

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلاَ تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ 

Sabda baginda yang bermaksud: "Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku dimana jua kalian berada." 

Penerangan: Rumah yang tidak dibacakan al-quran adalah umpama perkuburan maka bacalah al-quran di dalam rumah. Dan selawat dan salam keatas nabi tidak perlu dikirimkan ketika berada di makam kerana walaupun dimana kita berada selawat dan salam keatas baginda akan sampai kepada rasulullah (contohnya dalam solat, apa yang dibaca ketika akhir solat sebelum salam? dalam tahiyyat?)

Rasulullah pernah menziarah kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis, lalu baginda bersabda: "aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. aku pernah meminta izin kepadaNya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian."







Jadi jangan ikut sedap mulut nak mengatakan itu dan ini sunat jika tidak pasti.  dan orang kita selalu gunakan istilah 'tipu sunat' dan guide kami bertanya adakah kita menganggap nabi seorang penipu?

dan riwayat daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda "sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku"

(Surah al-A'raaf Ayat 36):"dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) dari mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"

jadi pembaca sekalian hati-hati nak katakan itu dan ini sunat, begitu juga dengan perbuatan menipu hadis.

Eric: i just share apa yang tourist guide bagitau dalam bas :)
(HOME)

    Friday, March 23, 2012

    Jalan-Jalan Di Qatar

    The Journey


    Semasa dalam perjalanan ke Qatar, selepas melepasi Dammam, berlaku ribut pasir yang agak teruk, jarak penglihatan pada hari perjalanan adalah antara 100 ke 150 meter sahaja. Kelajuan  terpaksa dikurangkan apabila jarak penglihatan semakin berkurangan. Eric terpaksa memandu dengan berhati-hati kerana ribut pasir yang melanda kadangkala menyebabkan kereta tidak stabil dan bergoyang. 

    Apabila ribut bertambah buruk, eric terpaksa memasang lampu dan menyalakan lampu kecemasan. Bunyi biji-biji pasir yang menghentam sisi kereta begitu jelas kedengaran. Ketika berhenti di stesen minyak eric terlihat seorang arab yang melumurkan cecair pencuci pinggan dan mangkuk kebahagian hadapan dan sisi keretanya. Rupa-rupanya itulah cara untuk mengelakkan pasir dari memasuki bahagian dalaman kereta dan mengelakkan kerosakan komponen sensitif di dalam enjin kenderaan.

    Oleh kerana eric sudah lama tidak meng'update' map didalam GPSnya, maka beberapa perubahan jalan juga tidak up to date. Ada beberapa kali jugalah eric terpaksa berpatah arah untuk mencari jalan yang betul. Sebelum memasuki sempadan, eric memenuhkan dahulu tangki minyak keretanya kerana tidak mengetahui harga minyak di Qatar (rupa-rupanya tak jauh pun beza). ketika mengisi minyak, seorang India tua menawarkan untuk melumurkan cecair untuk protect kereta dari pasir dengan bayaran sebanyak Sr20, dan eric menerimanya.
    Cecair hijau campur debuan pasir di bumper depan,
    atas hood, plet number dan depan side mirror
    Apabila tiba di pusat imigresen saudi, terkejut sekejap, ler buruk cam gini je ke pusat imigresen? sempadan kelantan-siam jauh lagi bagus daripada ni! bila masuk ke bahagian imigresen Qatar, kena bayar QR230 untuk apa?  eric pun tak tau. Campur dengan insurance lagi dah berapa, giler mahal nak masuk Qatar, nasib baik tiket flight lagi mahal hehehe..
    nampak je kecik.. dari hujung teluk ke Doha
    lebih 80km!
    Dah masuk sempadan Qatar, kena drive lagi 80km melalui Safwa Highway hingga ke hujung timur, di tengah-tengah semenanjung Qatar barulah sampai ke Doha (sila tengok map). masuk sahaja highway safwa, tiada lagi ribut pasir harapnya bila time 'menembak' dengan kamera nampak la bangunan. Apa yang lagi best? masuk aje highway setiap 5km ada speedtrap! setiap traffic light ada kamera! setiap roundabout ada CCTV! 


    Kalau kena saman berapa kena bayar? QR1000 babe! 1K! Maka secara automatik eric menjadi pemandu berhemah (eceh-eceh ye ye jer!) lepas speedtrap eric pecut, jumpa speed trap drive 120 balik, pastu pecut balik hahaha... tapi traffic light.. eric terpaksa follow the rule, not to cross the white line!








    Tanya harga hotel di beberapa lokasi, huiii gila harga ketuk orang kaw-kaw punye. nasib baik lah encik miza (member eric) bagi info hotel mana harga berpatutan dan dekat dengan souq dan pusat bandar Doha. seperti di recommend, chekked-in di hotel Lavilla Palace. 


    Qatar 


    Beribu kota di Doha, Qatar adalah negara semenanjung arab yang dikelilingi oleh lautan teluk parsi bersempadan dengan arab saudi di bahagian selatan semenanjungnya. Dahulunya menjadi negara naungan British yang terkenal dengan sumber Mutiara sos tiram. Juga sekutu besar amerika seperti Saudi. 
    Replika tiram, perusahaan Qatar dulu-dulu.  Kini?
    Mana la eric tau, aku bukan penduduk sini!
    Dengan pendapatan perkapita terbesar dunia dan perkembangan ekonomi hampir 20 peratus! (patut la bangunan unik bersepah-sepah, tak kuasa eric nak 'tembak' satu persatu). Negara yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli. juga kaya dengan export dari industri minyak, gas dan petrokimia. Jumlah penduduk tempatan Qatar adalah kurang dari 300,000 orang iaitu cuma 20 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan populasi yang dipenuhi dengan expatriate dan pekerja india, pakistan dan negara-negara yang sewaktu dengannya. Pekerjaan penduduk tempatan adalah landlord, landlord rumah mewah dan apa saja industri yang menghasilkan kemewahan. huh 


    Aktiviti semasa berkunjung kesini adalah sightseeing, window shopping di villaggio, shopping di souq. Cari lampu ajaib aladin, gosok-gosok takde pun bunyi "I am genie of the lamp! your wish is my command hahaha..". Dan semestinya menembak gambar-gambar sekeliling kawasan yang dilawati. kebetulan pula ada pameran powerboat yang di adakan di kawasan yang dinamakan The Pearl.


    to see the picture please Click (Pictures of Doha)

    Thursday, March 22, 2012

    Picture Of Doha, Part IV

    This is the last part from all picture to be shared in this blog. as written in previous post what you can buy at this souq market. 
    Open Air concept, selesa nak membeli belah

    Patung unta dan gajah yang dijual for souvenir kot

    Lampu aladin, pilih dan gosok check yang mana satu
    keluar The 'Genie of the lamp' hehehe...

    Shisha Anyone? besar... kecik... semua ada!

    Makcik ni cool, mintak amik gambar dia bagi tak macam kat saudi.
    roti yang makcik ni buat tambah telur tambah cheese, sedap
    makan panas-panas cuma 5 Qatar Riyal sekeping

    Kebanyakan yang datang shopping ialah foreigners, arab pun
    ramai tapi foreigners laaaagi ramai!





    Last day before bertolak balik, melawat  'The Pearl'  
    penuh dengan treller Power boat, weekend race kot.
    By the time this blog was posted as scheduled post, Eric was on his way to Madinah Al-Munawwarah for the last time before returning back to Malaysia. The post about this trip, eric will post later. Stay tune for my trip to next country in 'Le Tour De Middle East' Next week! Wassalam...



    Previous Post Click (Picture of Doha Qatar Part I) 

    Previous Post Click (Picture of Doha Qatar Part II)
    Previous post Click (Picture of Doha Qatar Part III)
    back to main page Click (HOME)

    Wednesday, March 21, 2012

    Picture Of Doha, Qatar III

    Ok guys dalam episode ni kita tengok tempat shopping yang terkenal kat sini, antaranya villaggio dan City Center Doha, Qatar.
    Cinema? Shopping anyone?


    Villaggio with Gondolania Theme Park Inside


    Beside Villaggio- nice night view?
    Macam Mines? Tapi Mines naik boat
    kat Villaggio naik Gondola


    Orang Betul yang kayuh gondola bukan
    patung macam kat Genting






    Seems like familiar? Seems like in Italy?


    Souq- banyak barang boleh cari, rasanya kalau
    wanita mai, shopping sakan no!
    OK, next post will be the last picture post, will see what you can find in souq!


    Previous Post Click (Picture of Doha Qatar Part II)
    Previous Post Click (Picture of Doha Qatar Part I)
    back to main page Click (HOME)

    Tuesday, March 20, 2012

    Picture Of Doha, Qatar II

    OK guys, sambungan dari post lepas. Posting sambungan gambar-gambar  bangunan dari Doha, Qatar. Kat Doha memang tak dapat nak cari nama setiap bangunan, letak gambar je cukup. yang paling terkenal kat Doha, Rumah api lama kat bawah ni la.
    See like I said before, Night view is better

    Doha City Skyline in different angle

    Another angle, Banyak betul bangunan unik kat sini

    This Building... I Like!








    3 gegelung besi tu rotating, api kat tengah tu static 

    Ada reflection bangunan yang Eric
    Gelak dalam post yang lepas

    This Building, better view at night time (next post)
    Oleh kerana banyak lagi gambar, esok sambung lagi tengok gambar-gambar berikutnya. I wonder why when I see the second last building I think about Megatron...


    Post Berkaitan Klik (Picture of Doha Qatar I)
    Post Berkaitan Klik (Picture Of Doha Qatar III)

    Monday, March 19, 2012

    Picture Of Doha, Qatar I

    well guys as promised, ni gambar-gambar yang telah di ambil ketika bercuti-cuti di kota Doha, Qatar. Beratus 'Peluru' telah di'Tembak' naik pening eric nak pilih nak letak gambar mana satu. why? sebab kat Doha ni bangunan-bangunan yang bereka bentuk unik bersepah-sepah sampai eric sendiri naik pening nak menembak. ok 7 gambar dulu lain-lain next post!
    Nice view? This is Doha city skyline...
    total building count now183, 52 under construction

    bangunan yang paling kanan tu looks
    like a tuuut hahaha (what are u thinking Eric?!)

    Bangunan yang tengah kembar tu one of the famous tower

    Yang bucu Kanan Atas tu looks like UFO under construction dari Jauh

    Old Doha Lighthouse (malam lagi cantik-next post)






    The fifth stop Corniche - Think Realize? Realize what?

    Nelayan baru balik ke Jeti

    OK next Post pun picture gak.

    Eric: Driving yang paling mencabar 5jam dalam ribut pasir yang amat teruk dari saudi ke Doha. -_- 
    Previous Post (Trip To Bahrain)
    back to main page Click (HOME)

    Sunday, March 18, 2012

    The Phone Interview

    Dear beloved readers, Eric sebenarnya baru balik berjalan-jalan di Doha dalam program  memandu menjelajah negara-negara teluk sebelum final exit. I will share pictures of Doha, Qatar later. 

    Seperti yang telah di ceritakan dalam blog (sila click) Picnic Padang Pasir n Rempit ATV.  Phone Interview, salah satu cara interview tanpa perlu bersemuka dengan panel interviewers, dimana candidate yang bakal di interview berada jauh dari negara asal para interviewer, contohnya Saudi, Amerika dan juga dalam negeri. 

    Eric sendiri pernah beberapa kali di interview melalui cara begini. Eric masih ingat kali pertama di interview melalui panggilan di salah satu syarikat gergasi electronic di Kuala Lumpur mungkin 5 tahun yang lalu. Dari nada interviewer ni eric dapat agak yang mamat malaysian ni seorang yang agak racist (Ah Cheng- bukan nama sebenar), buat interview cuma sekadar nak cukup syarat je. Dan untuk tambah menyusahkan candidate, mamat ni suruh untuk terangkan satu calculation menggunakan formula mechanical fluid flow! Apa yang korang fikir bila orang tanya calculation method dalam phone interview? In my opinion, this is the most stupid idiot bastard foolish damn 'effing' thing ever asked by this 'mothereffer' in phone interview. (sorry for the bad word guys - nak lepas geram je hehehe..)

    Cuba bayangkan nak terangkan dan mengaplikasikan formula engineering dan buat calculation  dan terangkan satu-persatu melalui telefon, is it a good idea? mestilah tak kan? Walaupun begitu untuk eric tetap menjaga interview etiquette, eric terangkan juga melalui apa yang di calculate di atas sehelai kertas A4. Guess What? mamat interviewer ni sendiri yang akhirnya confuse! Pathetic! 






    Phone interview kedua, dan seterusnya adalah seperti biasa, satu panggilan daripada US(3tahun dulu), dan beberapa negara lain juga negeri lain. Daripada interview ketika berada di Saudi eric pernah mendapat tawaran dari syarikat gergasi minyak dunia, tetapi membuat keputusan menolak tawaran kerja tersebut kerana ingin menunaikan haji terlebih dahulu. Dan eric tidak menyesal dengan keputusan yang di buat sekurang-kurangnya dah sempurna rukun islam yang kelima..  

    Tempoh masa phone interview yang paling lama ketika itu ialah panggilan dari US. Ketika itu eric bekerja di Putrajaya ulang alik KL-putrajaya. Dah lah masa tu baru sampai rumah selepas hampir 2 jam dalam traffic jam, nasib baik dah solat maghrib kat stesen minyak dulu, bila sampai rumah baru pakai towel nak mandi, telefon berbunyi! And there goes, kena interview 35 minit sambil pakai towel je, hehehe... interview berjalan macam biasa cuma telinga je terasa panas sebab temperature bateri handphone meningkat. Interviewer punye slank campur dengan speed percakapan Fuh! nasib baik eric tak tersasul jawab dalam bahasa 'kelatenglish'.


    Dan latest phone interview memang dah dirancang dari awal kerana dah bagitau awal-awal pada job agency agar interview di jadualkan pada hari hujung minggu di saudi (khamis n jumaat). persediaan eric? hari sebelumnya bleh lak eric pergi bahrain bersiar-siar, eric make no preparation just based on work experience. 


    Yang latest ni adalah phone interview terpanjang so far. 3 orang panel interviewer bercakap melalui speaker phone. Hampir semuanya soalan technical, pasal boiler operation condition, steel material, gas turbine maintenance, instrumentation maintenance, API standard pumps(American Petroleum Institute), SAP program. session yang full dengan technical question selama lebih 45minit. (API baru je study selama setengah jam bulan lepas) 


    Semua soalan technical mechanical engineering eric jawab based on experience, dari kerja  internship hingga berhenti kerja di malaysia. dan tak pakai lansung experience kat Saudi kecuali SAP tu pun basic daripada Malaysia. Yang lain kat saudi ni cuma sampah! Shell Standard pun habis di arabkan semua jadi haru biru. Bila interviewer tanya mengenai shell standard, secara jujur eric cuma jawab "all shell standard here have been changed to arabic". 


    Geng-geng 'unta' biasalah, Mentang-mentang dia 'tuan tanah', multinational company world standard orang, dialih bahasa menjadi bahasa sendiri yang bunyinya lansung takbleh blah! bila bab application, Fail! cakap berapi, tapi buatnya entah kemana. (world standard apa yang bunyi wa'ee? sepi? AMAN?) I don't give a shit and I dont give a damn! semuanya rubbish! oppss over lak eric bila hentam mangkuk-mangkuk 'tuan tanah' this time, sabaq, sabaq no.. (dah lama wa pendam beb, ni baru sikit, kalau nak bagi yang kaw-kaw tunggu eric selamat balik malaysia nanti)


    Interview punye interview, at the end of the session, interviewer suruh pilih yang mana yang eric nak? kerja kat dalam office (prepare procedure and design) atau kerja kat site? eric kata mana-mana pun boleh. tapi di suruh pilih gak, jadi eric pilih site work dengan new equipment. Bos interviewer kata 
    "It's good for you to learn new experience, but this work will commence in a year and you need a year for the preparation. When can you start?"
    "My contract here ends on April the 30th, I may need 2 weeks for final exit and another week for demobilization, tentatively a week after middle of May if everything go smooth."


    Selepas selesai interview, eric menghantar email kepada job agency informing interview dah selesai. Selepas seminggu, eric follow up dan diberitahu untuk menunggu selama 3 minggu untuk offer letter. dan last week (seminggu berikutnya) eric menerima offer letter dan agreement. 

    Maka perjuangan di Saudi bakal berakhir. Tetapi hari-hari yang mendatang terasa seperti terlalu panjang untuk dilalui. Dah tau eric nak blah, bukan nak kurangkan beban kerja. Dah seminggu setiap hari bos suruh eric jadi maintenance meeting chairman. Oiii! tak reti-reti nak let go ke dowh!


    Eric: minggu last bleh ponteng kerja tak?  ;)
    HOME

    Thursday, March 15, 2012

    Komik: Tipah Tertipu Lagi

    Komik lagi....









    want more?
    read Earlier (Komik: Tipah Tertipu)

    Wednesday, March 14, 2012

    Ep 61: Nak Kena Saman Polis!!

    Tahun lepas Eric pernah kena saman dengan polis saudi kerana tengah tunggu nak masuk parking. Polis datang dan berhenti blocking kereta yang nak disamannya. Takde tanya-tanya terus mintak lesen dan bagi surat saman. Tunggu nak masuk parking pun kena saman? bodoh bangang punye polis saudi. Tak pasal-pasal Eric kena bayar seratus selepas sebulan kena saman. Tempoh masa untuk saman masuk dalam bank system biasanya sebulan, semuanya melalui electronic system.


    Jumaat lepas, kejadian yang hampir sama berlaku, asalnya cuma nak hantar barang kerumah member, berhenti sekejap tengah jalan berhampiran dengan service apartment dreamhome. Sememangnya Eric paling malas nak lalu jalan tu terutama hujung minggu kerana terlalu ramai Mamat Bawang Kerala dan Mat Paray (filipin) keluar ke Jubail town. Ketika tengah Menunggu tak sampai seminit kereta peronda polis lalu sebelah kereta eric dan membunyikan siren menghalau kereta-kereta yang berada di tepi jalan, kemudian berlalu. 


    Eric tidak perasan rupa-rupanya kereta polis yang menghalau tu membuat U-turn jauh di hujung jalan, jadi eric masih menunggu dan ada sebuah kereta yang juga menunggu dibelakang eric. Tiba-tiba Kereta peronda tadi lalu dari belakang dan terus memblock kereta eric, eric cuba keluar tapi di tahan oleh polis yang keluar dari keretanya, kemudian polis bangang itu memberi isyarat kepada kereta belakang supaya berjumpa di kereta peronda. Polis itu membetulkan kedudukan keretanya. Eric terfikir kalau nak lari, inilah masanya! Kereta baru lepas service lari lebih 200 pun takde hal dowh ! Terfikir pula kang terjadi cerita high speed chase lak 'masak'lah kalau kena tahan, polis saudi ni perangai bangangnya lain macam sket. Silap-silap kena tembak kang, naya je!
    "OK! Alrite! Wa Surrender la ni dowh!"
    Polis itu keluar dari keretanya dan meminta lesen memandu eric dan eric menghulurkan Lesen saudi dari tingkap keretanya. Polis itu kembali masuk ke dalam kereta peronda dan memegang lesen eric. Pemandu belakang berjalan menuju ke kereta polis dan bercakap dengan polis tersebut melalui tingkap kereta sebelah kanan dan menyerahkan sehelai kertas putih (lesen sementara kot?). Eric cuba membaca ayat yang baru dipelajari untuk mengelak dari disaman, 
    "eric kau kena pergi jumpa polis tu kat kereta dia" kata rakan eric yang baru turun dari rumahnya.
    Eric membuka pintu kereta, keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke kereta polis yang berada dihadapan keretanya. Eric berdiri di sebelah pemandu yang memandu kereta dibelakangnya. kelihatan polis itu sedang menulis sesuatu di kertas saman mungkin data-data pemandu tersebut.






    Ketika itu eric terfikir, kalau saman ni ambil masa sebulan untuk masuk system bank, risau bakal menjadi masalah untuk final exit nanti. Ketika itu polis itu mengoyak salinan saman dan menyerahkan kepada pemandu tadi. eric membongkokkan badannya untuk bersemuka dengan polis tadi melalui tingkap kanan, 
    "I'm really sorry, I'm just waiting for a while and I am going out when you block my car"
    "No, How long do you wait?"
    "Not even 5 Minutes, and I am really going out when you block my car"
    "No, I don't think you wait less than 5 minutes."kata polis itu lagi
    Eric naik geram dan mula meninggikan sedikit suaranya
    "Wallahi, I waited for less than 5 minutes!"


    Mendengar kata-kata eric itu polis tersebut terus perlahan-lahan menutup buku samannya dan memulangkan lesen kereta eric dan berkata "Go.."
    Eric terus mengambil lesennya kembali dan memberi isyarat tangan cancel untuk berbincang dengan rakan yang menunggu di tepi jalan. 
    "lain kali je jumpa, atau kau email atau telefon je nanti" kata eric sambil memasuki keretanya dan terus drove off from that area.


    nasihat kepada diri sendiri: Bila nak dekat final exit cuba elakkan diri dari kena saman untuk mengelakkan masalah ketika ingin meninggalkan negara saudi nanti.
    Home

    Monday, March 12, 2012

    Ep 60: Picnic Padang Pasir N' Rempit ATV

    Last 2 weeks walau letih baru balik dari Bahrain, ada lak yang buat last minute planning untuk berpicnic di padang pasir selepas solat jumaat. sebelum solat jumaat eric tak buat apa-apa kat rumah cuma menunggu telefon berbunyi dengan penuh debaran. Tunggu telefon? Ape kes??

    Sebenarnya tengah menunggu phone interview daripada Brunei. Nasib baik job agency tolong schedulekan interview hari jumaat. Selepas solat subuh memang dah tak boleh nak tidur, berdebar pun ada tapi masih gatal tangan lagi nak menulis blog sambil berfacebook dan breakfast. Bila tepat pukul 9 (2pm Brunei time) telefon berbunyi! selepas 45minit barulah interview tamat dan eric diberi pilihan, salah satu antara dua post yang ditawarkan dan... (owh! sudah lari tajuk, lain kali la sambung)

    Berbalik kepada desert picnic, setengah jam selepas solat jumaat seperti yang dijanjikan, tapi biasalah.. janji melayu.. setengah jam jugalah menunggu dalam kereta, menunggu yang mana yang lewat. Dulu berkelah di padang pasir tiga family dengan dua kereta, tapi kali ni 6 family dengan 5 kereta. Picnic dengan Family yang bakal pulang ke Malaysia tetapi datang kembali untuk Join company lain mungkin selepas Eric final exit. makin ramai Picnic, makin meriah dan makin lama menunggu ahli rombongan yang agak lambat... (yang terkena jangan marah ye hehehe...)


    Selepas hampir sejam perjalanan, masing-masing mula lapar, ye la biasanya bila balik dari solat jumaat dalam pukul 12:30 dah beli nasi kabsah kambing buat lunch. Tapi nak ber'desert picnic' punya pasal, dekat pukul 3 baru nak lunch. Bila Perut mula lapar, eric yang lead the way, asal nampak ATV nak berhenti makan, asal nampak ATV nak berhenti makan. Hinggalah tinggal beberapa kilometer lagi nak sampai ke simpang Nairiyah barulah ternampak tempat yang kami datang untuk main ATV last time. 







    So kat situlah kami park kereta dalam  formation untuk halang angin, pasang penghadang, hampar carpet dan dirikan khemah. Bila semua dah siap apalagi, tibalah masa untuk mencekik nasik, segala lauk, rojak dan sebagainya. Selepas solat asar, barulah aktiviti merempit dengan ATV bermula. Sewa ATV juga lebih murah daripada biasa kerana cuma dikenakan SR50 untuk satu jam. Walaupun ada yang menggunakan lebih dari sejam tetapi tuan punya ATV kira halalkan aje. Yelah, petang tu aje dah berapa ATV kami sewa. 


    Eric cuba merempit diatas jalan berturap nak test berapa laju boleh pegi dengan full throttle, cuma rasanya takdelah laju mana. Mungkin kalau lain kali sewa ATV yang ada manual transmission, baru boleh buat skill wheelie. Kemudian semua orang mula mengikut test merempit atas jalan, tetapi tuan punya ATV melarang merempit atas jalan kerana risau cepat  haus tayar ATV katanya. 
    Rempit kat padang pasir aje lah
    Seperti biasa geng-geng wanita tak habis-habis berposing dengan ATV. Semenjak dua menjak ni bila check facebook penuh gambar rombongan cik kiah berposing time morning coffeelah, kelas arablah, jamuan itulah, jamuan inilah. pantang nampak kamera terus serbu! macam tak pernah jumpa kamera kemaruk nak amik gambar! (confem diorang geram bila baca ni Hahaha.. relax cik kak, gurau je! tapi memang kaki 'SS' pun!)


    Selepas menghantar kembali ATV dan selesai solat maghrib, unggun api di pasang kerana suhu sekeliling mulai sejuk. Kami mula menjamah hidangan makan malam dan anak-anak mula membakar sousage di unggun api. Dan selepas solat isya' barulah kami berkemas dan bertolak pulang ke Jubail.
    Home

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    pages