nuffnang

nuffnang LR

Friday, April 29, 2011

Jubail Episode 37: Ditahan Polis Arab!







gambar hiasan


Terkejut baca tajuk episode kali ni? well thats the truth, I thought my record will be clean sampai ke petang rupanya tercalar di senjakala.


semuanya bermula ditempat kerja, macam biasa ketika lunch hour, masa untuk berbual pasal apa-apa aje topic. Terkeluarlah topic saman ekor yang baru di implement di saudi atau sistem yang dinamakan SAHER (I dont know short term for what). maka di ceritakan bahawa terdapat satu speedtrap yang di letakkan di highway yang menjadi laluan kebiasaan eric apabila pulang dari tempat kerja. dimana terdapat dua speedtrap diletakkan di Highway antara jubail ke Dammam.


terdapat cerita dari rakan yang kononnya pernah di saman ekor kerana memandu laju. dan apabila disaman secara automatik orang yang terkena speedtrap akan mendapat sms pada ketika itu juga. yang biasa eric dapat cuma sms dari nombor maxisnya yang tertera "Call home to Malaysia from Saudi Arabia for only RM 4.50/min with hotlink International Roaming". which doens't make any sense to the speedtrap system. 


setelah di ceritakan dalam episod-episod yang lepas, mungkin korang membayangkan bahawa eric adalah kaki speeding or a SpeedDemon. ish.. ish.. ish.. tak baik tuduh orang tau! Eric sebenarnya adalah seorang pemandu yang baik, (masa zaman pakai lesen P lah) tetapi berubah mengikut peredaran masa dan keadaan trafic di sekeliling. 


setelah mendengar cerita mengenai speedtrap tersebut eric mengurangkan beberapa puluh kilometer sejam menjadi 120 kmj 'plus minus 5'. setiap kali pulang dari tempat kerja. hinggalah pada suatu malam eric termimpi dia di tahan polis kerana memandu laju, mimpi itu seolah-olah benar-benar berlaku, keadaan highway seperti highway PLUS tetapi polis trafic adalah polis saudi yang kebanyakannya tak faham english.  lama juga nak selamatkan diri dalam mimpi ni. 


Bila eric tersedar dari mimpi, jam menunjukkan baru pukul 3pagi. mimpi sebelum subuh! orang tua-tua kata, mimpi sebelum subuh adalah petunjuk sesuatu yang bakal terjadi. korang percaya dengan mimpi tak? actually I do.. yup always happen to be true.. well most of it to me.. 


pagi itu eric tidak berfikir banyak tentang mimpinya itu. selepas mandi dan menukar baju tanpa menukar kain pelikatnya eric menikmati sarapan sambil menghirup kopi panas di ruang tamu. (sejak bila eric minum kopi? sebenarnya eric tidak boleh minum kopi sewenang-wenangnya kecuali de-caffeinated coffee, kopi kurang caffeine dan kopi yang sewaktu dengannya). setelah bersarapan eric berbaring sambil bermalas-malas di atas sofa ruang tamu dan menekan-nekan remote satellite tv mencari filem-filem best tetapi tiada cerita menarik. eric mengambil mini notebooknya lalu ber'procrastinating' menerusi facebook yang tidak berapa meriah di pagi khamis kerana rakan-rakan dimalaysia masih dalam working hours. gmt+8. 



Pada asalnya Eric tak mau keluar ke Dhahran seperti minggu-minggu sebelumnya kerana eric terasa terdapat  simptom-simptom tonsil infection yang mana ketika itu virus sedang berperang dengan sistem antibody eric. oleh kerana tiada filem yang menarik di tv dan atas desakan "kaki window shopping" eric menukar pakaian dan membawa GPSnya keluar dan menghidupkan enjin kereta.


eric memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan, 120kph untuk ke Al-khobar. disana singgah sebentar di kedai siam mencari sayur dan ulam-ulam yang biasa terdapat dimalaysia. kemudian singgah di Rasheed mall untuk solat jamak zohor/asar, menikmati lunch di food court dan membeli groceries. eric kurang berselera makan kerana peperangan tonsil didalam tekaknya tadi masih belum selesai dan mula terasa sakit. kemudian berwindow shopping di Zara dan jewellery shop (window je ye, tak beli apa-apa, takde sale la tu haha)


kemudian mereka pergi pula ke Dahran Mall, disitulah eric mengambil gambar curi pasangan pemuda arab yang di syaki gay(post yg lepas). Dhahran Mall adalah sebuah mall yang agak besar, dimana terdapat 13 pintu masuk di sekeliling pusat membeli-belah tersebut. dan jarak antara pintu ke pintu adalah lebih kurang 200m hingga 300m (sila lihat gambar).  



Kalau Eric yang jalan straight aje, kalau wanita jalan (sila bayangkan
satu arrow ada 3 zig-zag) - pintu7 green dot

Apabila tiba di  pintu 7 Eric dah malas nak jalan terbayang seperti ultraman yang lampu di dada sudah berkelip merah, niatnya macam nak patah balik, alangkah senang jika ketika itu beliau memakai rollerblade, sekali ada lak orang tu kata, jalan je sampai pintu 13 dah tak jauh, pastu jumpa balik pintu masuk tadi. dan eric mengikut, bila dah ikut rupa-rupanya lagi jauh!
Eric: Tipah tertipu bang! Tipah tertipu!
dah la kena jalan jauh, barang yang dicari lak takde..


Oleh kerana tekak makin pedih, kaki pun dah letih, baik balik rumah. dalam perjalanan pulang tak banyak kenderaan yang menuju ke jubail. biasanya penuh ketiga-tiga lorong hatta yang drive laju-laju tu memotong di lorong ke empat. tetapi hari tu macam tak banyak kenderaan yang melalui lorong ketiga. Jadi eric memilih lane tengah dan memandu mengikut speed limit atau plus minus 5kph. sekali sekala masuk lane laju apabila memotong. The day seems different its was silent, way too silent...



DIY Lane paling kiri



kenderaan yang melalui lane laju boleh dikira dengan jari, walaupun begitu masih ada yang memotong luar daripada lane laju (lane buat sendiri/DIY diluar garisan kuning). eric memandu dengan tenang sambil terfikir tentang mimpi semalam, beliau memotong di fast lane, sebuah camry putih memotong dengan amat laju disebelah kiri diluar garisan kuning hampir-hampir bergesel.
"oh mak kau! hilang akal apa?" kata eric dalam hati kerana terkejut.(memang eric boleh terkejut dalam hati, tapi pasti ada reaksi refleks pada anggota badannya)


sepuluh minit kemudian kereta tiba di check point. dan eric menukar ke lorong tengah. kelihatan kenderaan yang menunggu melepasi checkpoint lebih panjang daripada biasa. eric menarik wallet keluar dari pocket belakang jeansnya kerana kelihatan polis meminta Iqama (IC saudi) dari kenderaan dihadapan. eric mematikan suis radio, dan menurunkan tingkap  di sebelahnya.
"iqama" kata polis saudi
eric memberikan iqamanya kepada polis tersebut
"license.."
eric menunjukkan lesen memandu saudinya
"istimarah.." (kad pemilikan kereta)
eric menyerahkan kad dan polis tersebut menelitinya
"honda civic?"
"yes"
"HONDA CIVIC?" jerit polis tersebut kepada rakannya disebelah guard post dan memberikan kad pemilikan kereta eric kepadanya. 
kelihatan seperti rakan polis tersebut mengiyakan kata polis tadi, eric mula rasa tidak sedap hati
"park you car after the post in front".
eric memandu keretanya 10meter kehadapan sekatan jalan beberapa meter dari guard post. beliau membiarkan enjin keretanya hidup, suasana di situ kelihatan suram ditambah lagi dengan hari yang beransur kelam.


Bersambung.. (panjang cerita ni) gimme a day for next part okay.

Tuesday, April 26, 2011

Tajuk Paper Malaysia Hari ini


Hari ini, Selasa 26 April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris,  New Straits Times memaparkan berita Nasi lemak twice a week. Akhbar The Star pula memaparkan berita Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion. Akhbar berbahasa Mandarin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa Tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.
Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu,  Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu majoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut?
Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Straits Times yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan  tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.
Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai  dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi.  Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap  isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.
Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas,  masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. 
Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun.  Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Picture of The Day # 10



Monday, April 25, 2011

Scandal

Minggu lepas ketika sedang berjalan-jalan di salah satu Mall yang jaraknya hampir 100km dari rumah, tiba-tiba ternampak dua pemuda arab berpegangan tangan dan tampak mesra sekali. berjalan berpimpin tangan. nak amik gambar depan-dapan time tu kang dia saspek lain tak pasal-pasal kena kejar. jadi dari jauh follow je dari belakang satu gambar je yang sempat di snap secara curi dengan camera handphone lagi. 

kenapa tak pakai kamera power? DSLR ke? readers... this place ain't free country, kalau amik gambar orang sesuka hati silap-silap camera mahal kena rampas. walaupun harga berryhitam agak mahal, disabling flash amat sesuai untuk jadi accidental-invisible-rookie-paparazzi. 
berpinpin jari lak
gambar di bawah tiada kaitan dengan gambar di atas tetapi jenamanya agak familiar dengan scandal yang telah di bicarakan di court beberapa bulan yang lepas.
seems familiar? luna 'virtual'
the 'star'
I better not comment much more....
arghhh apa dah jadi dengan hang ni Eric?
Eric: wa takmau basuh otak wa dengan sabun ariel!

oklah let me share something cute.. here it is
tabasco sauce yang kiut-miut

ps: gambar first membuktikan cerita-cerita sesetengah orang yang mengatakan ramai pemuda penduduk tempatan sini gay. I just write the thing that I heard. 

Sunday, April 24, 2011

Peringatan Untuk Saya Yang Lupa dan Alpa



(Dear readers: artikel pendek from e-mail just for sharing, dan peringatan kepada kaum wanita dan mereka yang menjaganya) 

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
----
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

-Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

-Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

-Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

-Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

-Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

-Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

-Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

 "Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

PS: am recovering from high fever, next episode in the making 


Thursday, April 21, 2011

Jubail Episode 36: Retreat!





(sekali macam tajuk perang daa)

Last week and this week Eric ada join some picnic dan makan-makan dengan geng-geng plant lain. macam biasalah, bila keluar macam ni banyak la cerita dan berita yang di kongsikan. Lately ni macam pelik kalau takde cerita pasal rakan senegara yang mula kembali ke tanah air, dan meninggalkan company di Saudi. bagi yang bekerja di sini pastinya tahu, affiliate mana yang paling ramai pekerja Malaysia yang pulang selepas habis kontrak, tak lain dan tak bukan, Saudi Kayan. (based on what I see and I heard)


Tidak kurang juga dengan affiliate-affiliate lain. kayan mungkin kelihatan ramai staff yang meninggalkan company tersebut kerana melebihi 130 orang malaysia bekerja disitu. bagi company lain, yang rakyat malaysianya cuma berbelas orang, termasuklah eric, di dalam salah satu affiliate sabic company yang mana rakyat malaysianya tak sampai 20 orang. menurut yearly report untuk companynya tahun lepas sahaja sudah 16 orang resign dan join company lain atau pulang ke negara asal mereka, termasuklah 2 orang pekerja malaysia. dan orang ketiga kena tendang.


semenjak dua menjak ni, ada terdengar beberapa majlis perpisahan untuk rakan-rakan yang akan pulang terus ke tanahair yang biasanya di organized oleh geng-geng jumanisa' (jemaah wanita-sepatutnya dalam bahasa arab bunyi laen sket). kebanyakan yang pulang biasanya sudah mendapat tawaran dari syarikat tertentu, tidak kurang juga yang balik gitu je tanpa apa-apa tawaran. Now.. ada yang memang planning nak pulang tanpa apa-apa tawaran kerja, tetapi gusar memikirkan apa yang mereka nak buat bila dah balik kelak.


Tak berapa ceria bila cerita pasal draw back ni kan? OK change topic jap, ada juga cerita rakan senegara yang baru sampai tetapi bukan dari affiliate sabic tetapi dari aramco. atau lebih tepat lagi SATORP (Saudi Aramco TOTAL Refining and Petrochemical). yang mana currently 53 orang sedang menunggu untuk dipanggil ke sini untuk report duty, dan kebanyakan daripada mereka adalah dari PPM Petronas Penapisan Melaka (haha sesaja je pecah lobang). 


kepada yang baru datang dan yang akan datang nanti, may I greet u "welcome to the new hell!!" time orang malaysia Old timer lain start nak meninggalkan saudi, korang baru nak start.. hehehe.. 'lek luh' (relax dulu) datang la dulu baru rasa how was it, eric sendiri pun tak pernah keje aramco. tapi yang menggantikan eric di plant lamanya adalah orang yang pernah bekerja dengan aramco selama setahun. eric tanya kenapa, tapi dia memberi jawapan seolah-olah sabic ni lagi bagus. eric cuma cerita apa yang diceritakan, kalau dia kelentong, maka secara automatik korang dan eric pun kena kelentong jugalah! Oh!


bukan sengaja nak menakut-nakutkan yang akan datang, saja je nak menyakat sikit-sikit. nanti dah datang tu adalah amat dinasihatkan jangan la nak complaint itu ini serba tak kena. kalau in petronas, oklah semuanya kena spoonfed  dengan silverspoon... Di sini? let me say... 
IN YOUR DREAMS! hahaha
Eric angel: jahat la ko ni Eric!
Eric evil : ada 'mak' kisah?!!
Eric angel: x#afngswft% hantu punye budak!


Geng lama kat sini pun hangin gak dengan staff satorp yang baru sampai, apa taknya masa king bagi bonus 2bulan, staff satorp yang baru 4 hari tiba disaudi tulis kat status facebook "baru sampai 4 hari dah dapat bonus 2 bulan".  Damn! dang! sapa tak geram beb.


takpelah rezeki masing-masing kan? dapat alhamdulillah.. tak dapat pun alhamdulillah, sekurang-kurangnya semua cukup makan (terlebih pun selalunya). rezeki di sini melimpah ruah. alamak! sekali jauh lak menyimpang dari topic sebenar. 


tahun lepas masa nak balik kampung raya haji satu flight dengan beberapa staff kayan, teringat sorang member ni nampak macam nak balik seminggu je untuk raya haji semata-mata, tetapi rupa-rupanya balik terus, tak datang-datang balik dah. tak lama lepas member ni balik, member serumah dia lak balik, tapi  lepas dapat bonus (taktik kelas A+). tak lama lepas tu mula la dengar, satu demi satu balik ke malaysia. apa sudah jadi? 


ada juga di ceritakan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, bahawa oleh kerana terlalu tinggi bilangan penanam anggur tegar (penganggur) di kalangan penduduk tempatan. king memerintahkan pengurangan pekerja asing di saudi. maka kontrak expatriate cuma di renew untuk setahun sahaja. kerajaan nak memberi kerja kepada penganggur mereka lah kononnya. hakikat sebenarnya memang diorang ni pemalas habis, harta bapak diorang berlambak, kerja buat apa? memang kaki pemalas, kalau nak harapkan penduduk tempatan sahaja, alamat tak berasap la kilang refinery dan kilang petrochemical kat sini. walaupun menganggur, baru-baru ni king diorang siap bagi elaun 2000 sorang. gilelah! free-free je dapat duit! 


kalau di tanya happy ke kerja kat sini? 
hmm agak subjektif soalan ni, agak complicated nak dijawab. nak skip boleh ke? tak pun aku jawab pendek ajelah. Selagi kerja makan gaji, kerja kat mana-mana pun, memang tak best! cuba korang sendiri bayangkan betapa malasnya nak bangun pagi pada hari pertama kerja contohnya hari isnin. lagi gaji korang beribu-riban, lagi besar tanggungjawab. lagi naik jawatan, lagi besar bos nak kena mengadap. lagi besar pangkat bos korang, lagi banyak cekadak yang diorang nak korang settlekan. sometimes, it is like putting your neck on the chopping block. do you like it? now you think you dont like your job? think again.. hehehe


kalau di tanya kenapa masih bekerja di sini?
sebelum datang kesini Eric menyimpan 3 target, tetapi sampai sekarang satu pun masih belum di capai. target pertama, nak menunaikan rukun islam yang kelima, musim haji akan datang, insya'allah. target kedua, sponsor kedua ibu bapa menunaikan umrah, insya'allah akhir bulan april tiba di madinah. target ketiga, secret.

aik.. kenapa secret?
sukahati eric le nak keep it secret. walau macamana pun kalau target pertama dan kedua tercapai "I dont mind to go back early, beberapa company dah start calling but I'm not ready yet, I must settle my first target dulu"

maksudnya target eric yang ketiga tu tak penting?
sapa kata tak penting? sebenarnyanya memang amat penting, dan mungkin sorang dua sahaja yang mengetahui secret ni. jika kesemua target tercapai mungkin eric akan menceritakan mengenainya kelak. the end..

PS: kepada rakan-rakan yang akan balik tapi belum ada apa-apa tawaran, remember this, rezeki dikurniakan Allah ada dimana-mana, cuma bergantung kepada diri kita sendiri untuk berusaha mendapatkannya. 
PSlagi:dan jangan lupa kalau rezeki melimpah ruah jangan asyik makan angin europe/oversea je, buatlah umrah seround dua, ingatlah sepatah doa dari tawaf wida' di baitullah yang bermaksud "Ya Allah janganlah jadikan masa ini masa terakhir bagiku (di masjidil haram), jika sekiranya Engkau jadikan masa ini terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih lebih dari segenap pengasih. AMIN.."
lagi-lagi PS: untuk yang dapat tawaran kerja baru, adalah recommended untuk buat solat istikharah beberapa kali

Sunday, April 17, 2011

Gambar lagi

Seperti yang di janjikan dalam paparan gambar yang lalu, inilah gambar posing ala-ala Bollywood oleh puak-puak India di sekitar wilayah timur Saudi Arabia. However, most of the picture taken was more than 200m away. dan semua gambar menggunakan camera phone je, ye la asal terserempak diorang tengah ber'SS' (syiok sendiri) apa yang dapat di capai yang tu je la yang diguna untuk snap the picture, takut kang terlepas peluang. 

Yang silapnya diorang posing maut baring atas rumput dulu baru buat posing biasa. kalau la diorang buat posing baring tu yang paling last, sanggup aku lari dekat sket amik gambar. dan pada firasat ahlil nujum, kalau diorang pakai Handycam, diorang mungkin tak teragak-agak untuk berguling-guling diatas rumput atau di taman bunga bak cerita hindustan. kalau la terjumpa babak cenggitu, confirm eric tak teragak-agak untuk gelak berguling-guling tak jauh dari situ.
 OH!
Asal ada bunga tepi traffic light pun boleh boleh duduk bersila, 
kebetulan lak time ni green light, kereta belakang Eric dah hon
tengok gaya orang paling kanan
Posing peluk pokok wahahaha.....
diorang tak pernah jumpa pokok ke apa siap posing bergayut
ni gambar baru lepas bangun selepas posing sambil baring baeekk punye atas rumput,
gambar baring tak sempat beb, baru nak set handset. (250m)
shuhash.blogspot

Friday, April 15, 2011

Picture around







Hari ni Eric cuma nak share beberapa picture. salah satu picture adalah picture yang pernah diceritakan dalam jubail episode XV(korosh) dan beberapa episode lain.  gambar yang di ambil dalam plant adalah kerana secara tak sengaja terbawa handphone, however magnetik detector tak dapat mengesan kehadiran blackberry di dalam poket uniform eric.
Nampak pokok keladi kat tingkap? tu la pokok yang di selamatkan Eric dari mati kering.
Meja collegue selerak tak hingat!
segala macam mak nenek diorang nak bawak, kalau kat malaysia confem tak lepas JPJ
Pasar Malam Al-bilad, Pompuan kalau sampai sini
kelabu mata tengok abaya berlambak
Ni tak pelik pokok kurma mana-mana pun boleh jumpa (saco fanateer)
(Attention! sandstorm area) kalau angin bertiup area ni, confem kereta boleh goyang

Ps: next gambar sengal india tengah posing ala bollywood! wahahaha 



Wednesday, April 13, 2011

Jubail Episode 35: Ziarah Madinah (story) Part II






Tiba-tiba sisi depan bas bergesel dengan sebuah kereta pak arab yang masih baru! nampak aje kereta dan bas bergesel terus tuan kereta yang tadinya tak tahu mana satu dalam ramai orang, tiba-tiba berdiri depan bas berhadapan dengan driver sambil marah-marah. beberapa orang di luar bas yang melihat kejadian menyuruh bas berundur sedikit. bas hanya boleh berundur sedikit sahaja kerana dibelakang terdapat bas lain yang sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke tempat parking.  kesan geselan menyebabkan lekuk yang agak teruk pada sisi kanan belakang kereta baru tersebut. 

tuan punya kereta menunggu kira-kira 15meter di hadapan bas, hanya menunggu masa nak me'laser' apabila bas melepasi laluan sempit tersebut. apabila bas melepasi laluan, driver drive terus je tak menghiraukan tuan punye kereta lalu terus cabut, kang payah lak nak berurusan (sebenarnya tuan punye kereta suruh blah kot). peronda polis yang berada tidak jauh dari situ pun buat 'derkk' je. lalu bas menuju ke destinasi seterusnya meninggalkan tuan kereta arab tadi menggaru kepala bersendirian. (api yang membara di dalam hatinya siapa yang tau)oh!


bas tiba di Masjid Qiblatain (masjid dua Kiblat). eric pun seperti biasa mendirikan solat sunat didalam masjid tersebut. sedikit sejarah tentang masjid qiblatain. masjid ini pada asalnya berkiblatkan masjidil Aqsa. pada tahun ke-2 hijrah wahyu diturunkan ketika rasulullah sedang bersolat menghadap ke masjidil aqsa, wahyu:


"Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sesungguhnya kami memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai, palingkanlah muka mu ke arah masjidil Haram, dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu kearahnya, dan sesungguhnya orang-orang (yahudi dan nasrani) yang di beri alkitab (taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling  ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya, dan Allah tidak sekali-kali menangguhkan dari apa yang mereka kerjakan" 


lalu Rasulullah menghentikan solatnya seketika lalu meneruskan solatnya dengan memindahkan kiblat kearah masjidil Haram. daripada peristiwa inilah masjid ini dinamakan demikian.


(sambung cerita)
kemudian rombongan dibawa melawat ke jabal uhud (bukit uhud) tempat dimana berlakunya perang uhud. dimana 3000 tentera Quraisy memerangi tentera muslim yang cuma sepertiga dari bilangan tersebut. perang membalas dendam kaum quraisy atas kekalahan mereka pada perang badar. panjang ceritanya nak pendekkan pun susah kang bersambung lagi, kalau nak tau sila comment request insya'allah diceritakan dalam tajuk lain. 


dibukit uhud tidak ramai yang turun dari bas kerana hampir kesemua penumpang pernah melawati bukit berkenaan, cuma 4 ke 7 orang sahaja yang turun melawat tempat tersebut. Berhampiran bukit Uhud terdapat banyak gerai menjual kurma, herba, buah zuriat dan macam-macam lagi. Oleh kerana tak pernah menjejak kaki kesitu eric tidak melepaskan peluang mendaki bukit uhud yang tak berapa tinggi tersebut, begitu juga dengan 'mangsa kidnap'nya, eric boleh turun sambil berlari tapi yang di kidnap... jangan harap, altophobia.. slow le sikit. sebab itulah mereka menjadi penumpang paling lambat naik bas, hingga driver bas panggil cepat-cepat naik bas. dah le tu naik je bas buat-buat tersengih macam kerang busuk hehehe (sengal la ko ni eric).


destinasi terakhir ialah hotel. eric sendiri pun tak tau hapekenamanya hotel ni, mana diorang dapat pun lagi la menyegalkan neuron-neuron dalam fikiran eric. dah la tu, dia punye lift fuh! old skool zaman bila ntah. (biasanya lift pakai sliding mechanism, yang ni buka tutup macam pintu, horror dowh!) dah la tu, jauhnye dengan masjid nabi. walaupun begitu, eric menganggapnya sebagai cobaan... 


selepas selesai mandi dan menukar pakaian, eric terus ke masjid, tetapi sekali lagi cobaan melanda, mana masjid? 
eric cuma mengikut dari mana suara speaker masjid, dalam mencari arah masjid ternampak beberapa india menuju ke suatu arah, jadi eric follow aje diorang yang nampak gaya macam nak pergi berjemaah di masjid. kena lak melintas jalan besar, mak ai jauhnya masjid dengan hotel. selepas melintas jalan besar tersebut barulah nampak menara masjid. eric berfikir sendirian, lain kali nak register nak tau lokasi hotel dulu, kalau hotel ni lagi alamatnya "hari pun malam", kirim salam ajelah.
seems familiar?
akhirnya eric tiba di gate masjid, kelihatan encik mutawwa dan isterinya cuma menunggu orang habis solat kerana pintu masjid dipenuhi makmum yang sedang bersolat. Eric juga tak sempat solat zohor berjemaah. setelah selesai solat zohot dan solat sunat didalam masjid, eric pulang membeli lunch dan balik ke hotel, eric berbaring keletihan hingga terlelap hingga terlepas timing solat asar (alamak terkantoi sudah )- azan zohor pun tak dengaq! gile jauh la hotel ni! (banyak la ko punye alasan eric). 


Eric hanya berjemaah di masjid pada waktu maghrib dan isya' sahaja hari itu. selepas maghrib eric mencari makam nabi (kubah hijau) mengirimkan salam family dan rakan, tak dapat pun nak bersolat di raudhah kerana terlampau ramai orang yang sesaja lepak baca quran lama-lama sampai tak bagi space kat orang lansung. 


selepas solat isya' barulah eric membeli dinner dan balik makan di hotel, selepas makan, sempat lagi pergi survey harga sewa bilik hotel-hotel yang berhampiran dengan masjid. range sewa hotel adalah antara 200 hingga 800riyal,  200 tu kira okay la dah la besar, dekat lak tu dengan masjid (kerana hampir semua hotel belakang masjid tu di survey, eric sendiri terlupa nama hotel tersebut)


keesokan harinya ketika eric sedang menunggu Dol untuk berjumpa di masjid, eric berfikir lebih baik pergi melawat makam nabi. eric juga berharap agar mendapat ruang untuk bersolat di Raudhah. ketika sedang beratur untuk menuju ke laluan berhampiran baabussalaam, eric mengikut beberapa orang yang secara tidak sengaja terikut jalan pintas. ketika itu Raudhah ditutup untuk kerja-kerja pembersihan. tiba-tiba perjalanan tersekat kerana terlalu ramai yang cuba mencari ruang untuk bersolat di ruang yang sempit. 


apabila eric berdiri berhampiran dengan mimbar, pengawal di atas mimbar mengarahkan tukang cuci membuka penghadang yang menutup ruang raudhah. tatkala nampak sahaja penhadang di buka sepantas kilat semua orang menyerbu berebut masuk, tak sampai 5 saat raudhah dipenuhi orang. eric terpinga-pinga seketika, ketika itu tukang cuci menarik tangan eric kedepan menyuruh eric solat di satu ruang kosong yang muat untuk seorang bersolat dengan selesa di raudhah. eric sendiri hairan, tempat itu seolah-olah di reserve untuk dirinya. subhanallah! 


eric terus mendirikan solat disitu. selepas selesai berdoa, eric memberi tempat tersebut kepada pakcik tua yang sedang mencari ruang di Raudhah. eric berlalu untuk menziarahi makam nabi dan sahabat lalu keluar untuk menunggu dol tiba. selepas bertemu dol dan bersolat jumaat bersama, eric bergegas pulang kerana driver bas telah inform akan menunggu sebaik sahaja solat jumaat selesai.


Raudhah: Sabda Rasulullah SAW: "diantara rumahku dan mimbarku adalah taman diantara taman-taman di syurga" (salah satu hadith dari 5 hadith- correct me if I'm wrong)

Monday, April 11, 2011

Jubail Episode 35: Ziarah Madinah (story)







Seperti yang telah di short-story dalam Ziarah Madinah Picture, today here comes the story. jadi gambar-gambar sila refer pada previous post. seperti yang di ceritakan, beberapa minggu sebelum sampai ke kota makkah, eric telah awal-awal lagi register nama dengan kelab rakyat malaysia jubail (krmj) untuk trip ziarah madinah. 

Trip Ziarah di jadualkan tiga hari selepas eric pulang dari mengerjakan umrah di makkah. kalau ikutkan hati, eric mau je berehat hujung minggu tersebut untuk melepaskan penat lelah driving round trip antara jubail dan makkah. tetapi kalau nak menunggu next trip yang dijadualkan lagi dua bulan, eric gagahkan juga untuk menjejakkan kaki di bumi madinah buat pertama kali.

Ini adalah kali pertama eric mengikuti program ibadah bersama krmj. masa yang dijadualkan berlepas ialah pada pukul 5petang, jadi amat sesuai untuk pekerja office hour seperti eric. pada hari yang dijadualkan, apabila tamat sahaja waktu pejabat pukul 4 petang eric terus cabut balik rumah untuk mandi, tukar pakaian dan menkidnap isterinya untuk dibawa lari ke madinah. apabila semua hal bagasi dan sebagainya selesai, eric terus aje bergegas ke belakang jubail International Market.

Tepat pukul 4:45 eric tiba di tempat yang di paparkan dalam website krmj. Eric ternampak sebuah bas (bas jerman lagi) parking di kawasan tersebut, yang di tampal zamzam travel di hadapan bas tersebut. tapi yang peliknya mana orangnya? driver bas pun takde penumpang pun takde lagi... 'biar betik'?! lalu eric pun parking keretanya beberapa meter dihadapan bas tersebut sambil menunggu.

Tak berapa lama kemudian YB dan rakannya sampai. Eric pun memberi salam dan bertanya mengenai trip tersebut. 
"diorang ni biasa la kalau cakap pukul 5 bertolak, pukul 5 baru nak keluar rumah"
eric terdiam, hari itu eric mengikut 'janji army' tetapi ahli rombongan cik kiah yang lain mengikut janji melayu. Jangan ikut janji India-pakistan sudah (cakap 2 minit boleh jadi 20minit). selepas 20minit menunggu barulah tempat parking kereta beransur-ansur penuh dan driver bas pun sampai, tetapi coordinator tak sampai lagi. beberapa minit kemudian barulah coordinator dengan isterinya tiba dengan H3 mereka. eric dan copilot memilih tempat paling depan di dalam bas, senang skit nak tidur, (maklumlah kaki eric panjang kena cari port luas sket).

selepas pukul 5:30 barulah bas berlepas menuju ke destinasi (memang janji melayu). tetapi kerana kelewatan inilah tempat bas berhenti mulai lengang kerana bas-bas lain termasuklah bas untuk ke makkah berlepas sejak pukul 4 lagi. jadi nak ke toilet, nak solat maghrib dan isya' , nak makan semua no problem, orang dah tak ramai. tetapi ada lak penumpang bas lain yang ketinggalan bas menumpang bas kami. oleh kerana bas tidak penuh driver boleh lak bagi tumpang sekaki.


driver lak sikit-sikit panggil mutawwa (encik coordinator - aidee), sikit-sikit panggil mutawwa, nak tukar sim card telefon pun mintak tolong encik mutawwa. Eric lak bantai tidur sepanjang perjalanan. sehinggalah beberapa ratus kilometer lagi nak sampai ke madinah driver berhenti menolong membernya yang memandu bas lain yang mengalami masalah teknikal (tayar bocor ke hapekemende eric tak tau, eric layan tidur). hinggalah masuk waktu subuh, tiga empat orang penumpang dah start solat subuh kat tepi highway, ketika itu driver nak sambung perjalanan. oleh kerana ramai family, driver mesti drive ke hentian terdekat untuk solat subuh, sebahagian besar ahli rombongan hampir-hampir bersubuh gajah kerana jarak hentian yang agak jauh.


selesai solat subuh, perjalanan diteruskan, sekali driver mengantuk lak, nampak kat cermin mata driver macam dah tak bleh tahan, kepala tersengguk-sengguk. terpaksa la mintak encik 'mutawwa' layan borak, bagi hilang skit tahap kemengantukan driver hinggalah sampai ke masjid Quba'.


Di masjid Quba kesemua jemaah muslimin mendirikan solat sunat. keadaan di dalam masjid agak ramai dengan jemaah dari turki. Apa sejarah masjid Quba? masjid Quba adalah masjid yang pertama yang di bina oleh Rasulullah pada tahun 1 hijriah. Allah swt memuji masjid ini dan orang yang mendirikan sembahyang didalamnya dari kalangan penduduk Quba dan Allah Berfirman: "sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (hai Muhammad) bersebahyang di dalamnya..." (At-Taubah, 108)


kemudian kami di bawa pula ke masjid Khandak. Apa sejarah masjid Khandak? Khandak adalah bermaksud parit yang dibina ketika perang khandak. disaat rasulullah mendengar kafir Quraisy bersama sekutu-sekutunya akan menyerang kota madinah. untuk menyekat serangan itu mereka perlu membina kubu. didalam musyawarah dengan para sahabat salman al-farisi mencadangkan untuk dibina kubu yang di kelilingi parit dan Rasulullah SAW menerima cadangan tersebut. dan kubu di gali dibawah pimpinan Rasulullah. ni cerita ustaz zaman sekolah arab dulu dalam subjek "tarikh islam" atau dalam bm sejarah islam. panjang cerita ni nak tau lebih lanjut rajin-rajin le cari dalam internet ye..




pada mulanya driver enggan untuk ke masjid khandak kerana masalah parking. banyak kereta parking di kiri kanan jalan, hatta di jalan corner pun begitu juga, hingga ke tempat parking masjid tersebut. tiba-tiba sisi depan bas bergesel dengan sebuah kereta pak arab yang masih baru! 


Bersambung...  (hehehe)


ps: (terlewat post: masalah teknikal Internet)

Perbezaan Hutan Sarawak & Brunei







habis kekayaan balak sarawak di rompak, tengok perbezaan antara hutan brunei dengan hutan sarawak. 

source: mongabay.com

Friday, April 08, 2011

Jubail Episode 35: Ziarah Madinah (picture)





Masjid Quba
Setelah hampir setahun berada di Saudi, inilah kali pertama Eric menjejak kaki ke bumi madinah. pada asalnya eric telah register nama untuk trip ziarah ke madinah pada awal tahun tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 

trip march 2011 pun hampir-hampir nak dibatalkan kerana terlalu letih baru balik driving dari makkah hari ahad, hari rabu bertolak pula ke madinah. pergi rombongan dengan KRMJ. macamana trip ni? maybe eric cerita next time, tengok je la gambar dulu ek?  hihihi 

Masjid Khandak
Masjid Qiblatain (2 kiblat)
Jabal Uhud (bukit Uhud) - Bukit Pemanah dalam perang Uhud
Masjid Nabawi
makam nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (inside)

picture courtesy of my BerryHitam® 

Wednesday, April 06, 2011

Jubail episode 34: Pathfinders











Episode sebelum ni dalam siri the long dayride diceritakan cuma the first 800km. here comes the final hundreds of kilometers before reaching home. kebiasaannya ramai orang lebih gemar memandu pada siang hari kerana dapat menikmati pemandangan sekeliling ketika memandu. tetapi berlainan pula dengan eric, sejak empat tahun yang lalu kebanyakan pemanduan jarak jauh eric adalah 90% pada waktu malam.

Apa? (korang cakap) 90 percent apalah sangat setakat balik kampung dua kali setahun? uiii.. banyak beb, sebab dulu rumah eric di KL tapi kerja di Toronto* berhampiran dengan Boston** right dan Boston left, and there even one place some called Paris*** (hanya orang perak je tau kot dan ex-student UTP). bukan itu aje, kampung eric lak terletak di Newcastle^*. (mushkil? baca sampai habis) jadi setiap hari jumaat eric drive sejauh lebih dari 220km dari toronto ke KL. dan kebiasaannya akan pulang bekerja pada hari isnin biasanya tepat pukul 3 pagi.

Apa yang best kalau drive pada waktu malam? kalau memandu di jalan-jalan biasa, drive 100kmj pun dah kena speedtrap. kalau drive siang-siang hari kat malaysia memang selalu je kena speedtrap. Eric memang selalu terkena speedtrap, tau-tau sampai surat saman ekor kat rumah. kena lak time ops sikap, dahlah dapat diskaun 30 percent je, kena la bayar RM200 lepas diskaun. tapi bila drive di jalan biasa, malam-malam drive laju mana pun memang tak pernah kena speedtrap, kecuali ada beberapa kawasan yang menggunakan unmanned speedtrap. (sensor triggered unmanned speedtrap ni memang bengong, dah 2 kali Eric kena)

Kalau balik kampung time raya, kalau setakat Karak highway, PLUS highway, highway timur barat memang takde masalah bagi eric, itu cuma 'small the pieces'.. walau pada waktu malam. kalau musim perayaan, eric balik kampung bermula dari jam 12 malam atau jam 3 pagi, untuk mengelakkan kesesakan dan mengurangkan pembaziran masa berbelas jam terkandas di dalam kesesakan trafic di atas jalan raya yang cuma 500km dari KL ke Newcastle hehehe. cuma apabila keluar dari Karak highway menuju ke pantai timur, eric selalu menggunakan jalan shortcut, melalui ladang kelapa sawit, ladang getah, Felda dan sebagainya as long as ada pathfinder! 


pathfinder, eric tidak memerlukan any pathfinder pada waktu siang, tapi pada waktu malam, pathfinder adalah amat penting. apa yang eric maksudkan sebagai pathfinder? pathfinder ialah driver yang memandu kereta paling depan ada waktu malam. dan biasanya kereta yang paling depan adalah kereta yang dipandu laju melebihi speed limit. inilah pathfinder yang selalu dicari eric untuk perjalanan malam yang agak jauh. Eric pula adalah orang yang akan mengikut rapat dibelakang pathfinder tersebut atau ayat yang selalu digunakan kaki speeding sebagai 'cucuk angin' heh.

Di tanahair ada ramai pathfinder yang boleh carry on driving buat selamba badak apabila ada orang mengikut rapat di belakang, tetapi ada juga yang akan 'piss-off' atau 'freak-out' lalu buat-buat berhenti bila sampai ke stesen minyak atau restoran. kehilangan pathfinder di tengah jalan di tanah air tidaklah menjadi masalah buat eric, kerana suluhan Head light dan high beam, pasti nampak cat pemantul atas jalan, pokok-pokok, tiang-tiang berpelekat pemantul cahaya dan rumput-rumput tepi jalan yang berada jauh di hadapan, amat sesuai untuk kelajuan yang pantas.

gambar hiasan hehehe
Secara average, pathfinder Malaysia boleh dikatakan 'sporting' gak lah. Eric sendiri pun pernah menjadi pathfinder kepada pemandu lain, asalkan orang yang menjadi follower tu tak belasah pakai high beam. jika mereka keras kepala dengan selamba pakai high beam, secara automatik eric dengan sengaja buat-buat emergency brake tiga empat kali sampai kelajuan berkurang dibawah 20kmj! biar diorang dapat baca sticker kat belakang kereta eric yang tertera " you hit me, WE HIT YOU!" kasi ajar sama itu kulang ajar punya olang. 

Cara eric ni mungkin sesetengah pembaca akan menganggap eric sebagai road bully. tetapi eric hanya buat kepada driver takde otak yang very irritating to his eyes or even worst boleh menyebabkan kemalangan kepada eric dan pengguna jalan yang lain. (pernah terkena di malaysia? ask yourself what you did before I do this to you at that time). kalau korang jumpa driver species macam ni tolong jangan cari pasal. mungkin anda berkesudahan dengan cermin depan kereta korang pecah. korang juga mungkin tak mahu tahu apa yang ada di dalam kereta mereka (Oh!)*#. Di Saudi, tak boleh nak buat camni, kalau buat gak, tu dinamakan sebagai sengaja cari penyakit di negara asing.
cuba bayangkan bila malam menjelma
Ok, back to the topic, pathfinder arab lak amat berlainan dengan di tanah air. susah nak cari pathfinder di highway. cuba tengok gambar, ada tiang lampu? ada tiang berpelekat pemantul cahaya? ada pokok? ada rumput? semua tak ada kan? bayangkan bila malam menjelma. Inilah kenapa perlunya seorang pathfinder di highway saudi yang tidak berlampu pada waktu malam. 

Apabila siang bertukar malam, tanpa cahaya purnama, highway menjadi gelap gelita. warna pasir ditepi jalan lebih kurang sahaja dengan warna jalanraya (Riyadh - Dammam highway). kalau tersilap sedikit korang mungkin terbabas, terlanggar pembahagi jalan, terbalik dan sebagainya. kereta-kereta yang melalui jalan tersebut pula secara average memandu dalam kelajuan 160kmj. 


(sambung dari episode lepas) selepas berhenti untuk solat isya' eric sambung drive. co-pilot macam biasa la seperti episode lepas. eric mesti menumpukan sepenuh perhatian pada  kelajuan 140kmj di lorong paling laju. kadang-kadang memasang high beam kerana tak nampak arah jalan. pemanduan begini memang akan menyebabkan stress pada mata. setelah beberapa lama memandu demikian, eric berkata pada dirinya sendiri 
"lagi 3 jam drive macam ni, boleh cramp satu badan, kena cari pathfinder ni.."


Pucuk dicita ulam mendatang, secara tiba-tiba sebuah teksi memotong disebelah kiri eric dengan laju. eric terus menekan pedal accelerator dan mengikut kelajuan teksi tersebut. speedometer eric menunjukkan kelajuan 160kmj. eric menjadikan teksi tersebut sebagai pathfinder dan mengikut sahaja dengan kelajuan yang sama dari jarak sepuluh meter di belakang teksi tersebut. GPS di depan eric memaparkan ETA  (estimated time arrive) mula berkurang ke 11:58pm. kalau drive dengan laju macam ni awal sket sampai ke rumah.


menyedari dirinya di ekori, pemandu teksi tersebut mula memperlahankan kelajuan teksinya. speedometer eric menunjukkan kelajuan 112kmj (tak boleh jadi ni) eric memotong dan mencari pathfinder seterusnya. kemudian eric menghampiri sebuah teksi airport yang berkelajuan 155kmj, dan mula mengekori. selepas sepuluh minit, teksi itu juga mengurangkan kelajuannya, dan memasuki stesen minyak. eric meneruskan perjalanan, pathfinder-pathfinder seterusnya semua berkelakuan sama seperti teksi pertama tadi. agaknya pak arab ni takut apabila kenderaan mereka di ekori. paranoid tak tentu hala. jadi eric meneruskan perjalanan sendirian sambil masih cuba mencari pathfinder seterusnya. 


'Gedegang!'
Tiba-tiba eric terlanggar sesuatu di lorong tengah dengan bunyi yang amat kuat! pada masa yang sama eric ternampak sebuah treller berhenti di bahu jalan tetapi tidak memasang lampu kecemasan di kawasan yang amat gelap. eric merasa tidak sedap hati dan mula terfikir yang bukan-bukan, terlanggar orang ke? terlanggar serpihan tayar lori macam petang tadi ke? ada kepala orang terlekat kat bumper depan ke? kang tak pasal-pasal kena tahan kat checkpoint  sebab langgar lari. walaupun begitu eric meneruskan sahaja perjalanan kerana tempat itu terlalu gelap.


Beberapa kilometer kemudian eric sampai di checkpoint, polis yang berjaga di situ tengok kereta eric macam tiada apa-apa yang berlaku (remuk atau calar adalah lumrah pada kereta di Saudi). Lega eric kerana pastinya tiada kesan darah atau kepala orang yang terseret di bumper depan keretanya (uiii.. serius beb! memang perkara tu yang bermain difikiran). Eric juga terfikir, dengan dentuman sebegitu pasti bucu kanan sisi bumper depannya remuk.  


Eric meneruskan perjalanan dan kembali memandu laju, kemudian sebuah kereta toyota corolla merah memotong kereta eric, dan dengan selamber eric follow, laju gak mamat ni drive, 170kmj. eric follow je, lepas 15minit masih begitu, 25minit pun, ini baru betul-betul pathfinder. ETA di GPS eric bertukar ke 11:45pm. hinggalah sampai ke checkpoint seterusnya, eric menukar lorong di checkpoint tetapi polis di checkpoint banyak soal lak dengan driver lori selang dua kereta dihadapan kereta eric. ketika corolla merah telah melepasi checkpoint eric masih menunggu kereta di depan. apabila melepasi checkpoint, corolla merah telah hilang dari pandangan, takkan nak kejar sampai 200 kot tengah-tengah malam dengan jalan gelap cenggitu. 


Kerja eric malam tu asyik dok kejar orang je, dari riyadh hingga ke airport dammam. apabila  mula memasuki highway dammam-jubail yang berlampu jalan, barulah eric menurunkan kelajuan sedikit, tetapi eric telah ter'addicted' dan terbawa-bawa dengan kelajuan sebelumnya. apabila tiba di rumahnya masa menunjukkan tepat pukul 12:10am, tempat parking lak dah tak cukup, jiran-jiran arab di situ sukahati mak bapak diorang je parking tak ikut susunan, macam tempat parking tu tempat bapak dia yang punya. terpaksalah eric parking jauh sikit dari rumahnya.  eric memeriksa bumper depannya dan mengesahkan bahawa malam itu dia terlanggar serpihan tayar lori lagi kerana terdapat kesan tayar. dan bucu bumper depannya remuk sebesar bola tenis. 

Legend:
*  Toronto: Tronoh
** Boston:   Bota (kanan dan kiri)
***Paris:     Parit (takbleh blah lansung)
^* Newcastle: Kota Bharu
*# applicable to certain 'samseng' drivers some of them bring gun! Eric? cool dude don't need a gun. (hell yeah!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages