nuffnang

nuffnang LR

Friday, June 25, 2010

Umrah I

World Highest Clock tower in progress

Kaabah a view from the roof
Just a few picture attached for this blog, Don't have much time to write, so much things to settle before heading back to KL!

Saturday, June 12, 2010

Jubail episode VIII

Jubail Episode 8,


sebenarnya minggu ni ada kekurangan sikit nak menulis, so many bad news going on around in the plant, with the job agent, health. last week awal-awal minggu lagi dah kena selsema & batuk, tapi takpe sempat la ke klinik dalam plant for medication. Alhamdulillah this health problem only last for 2 days and recovered.


main reason that kill my mood and demoralized most of my batch was about going home to malaysia. sepatutnya hujung bulan ni kami boleh balik ke malaysia untuk urusan permanent visa, tapi kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya panas sampai ke tengah malam! (nak buat macam mana dah nama pun padang pasir, mana ada hujan musim-musim panas kat sini). visa kena extend sampai penghujung july. habis kacau plan nak balik raya dan plan2 seterusnya. the job agency cakap, kalau tak bagi passport untuk extend, it means you will not be in KSA to work here again. nak tak nak, terpaksa la bagi gak passport untuk extend. tapi dalam kami berenam ni, 2 orang tetap berdegil tak nak bagi passport, maybe sebab tak tahan nak balik. dan ada sorang lagi orang chinese malaysian batch lain, kena kick out sebab banyak complaint. memang patut pun, this guy is irritating to us anyway.


baru je 2 minggu lepas cakap pasal memasak, & baru je 3 minggu memasak sendiri, alih-alih minggu lepas dapur meletup. tak tau la macamana bleh meletup, padahal cuma pakai hot plate bukan pakai gas. I'm not around, my housemate je bagitau dapur meletup, maka 7 hari dapur tak berasap, terpaksa la makan kat luar. terpaksa la fikir dulu apa nak makan bila time dinner macam empat minggu lepas.


since dah kurang mood, member yang dah lama kat sini ajaklah pegi shopping ihram untuk menunaikan ibadah umrah. mengikut plan this 16 june kami akan berangkat ke mekah melalui saudi airline. flight tiket pun dah beli berharga 780 riyal untuk return trip. tak tahan kalau nak naik bas for twelve hours.

fanatir beach
the following day dia ajak lak gi picnic di pantai fanatir. plan asal adalah untuk mandi, tapi bila keluar dari rumah, housemate cakap dia tak nak mandi, so tak plan pun nak mandi, tapi pakai jugak la shorts dalam jeans just in case. bila nampak pemandangan laut teluk parsi yang jernih kebiruan, hajat asalnya nak main air sampai buku lali je, tapi nampak pak arab mandi nampak cam best je, air plak sejuk ketika hari yang panas terik, member yang lagi sorang pun mandi, terus ubah fikiran untuk mandi pantai. nasib baik dah pakai seluar pendek, terus bukak jeans & mandi. dua orang je yang mandi petang tu, tapi kalau nak banding air laut parsi dengan air laut cina selatan, air laut kat parsi ni tersangat la masin. at least 3 kali lebih masin dari kat malaysia. bila cuba berenang beberapa puluh meter tak tahan pedih mata, air terlampau masin, tu yang air jadi biru jernih semacam kot. kat tengah laut ada beting pasir, nak cuba berenang ke beting pasir, tapi bila berenang sampai half way terasa kaki tak jejak dasar pantai, terus cancel plan & patah balik kepantai sampai kaki jejak balik kat pasir pantai. dalam gak kat tengah tu rupanya. patut la ada lifeguard yang jaga kat tepi pantai.

nice blue persian gulf

baru je last week kena tukar processing plant daripada styrene pergi ke plant utility, padahal baru je dua bulan kat styrene. dah familiar with styrene nak kena familiarized with utility plant atas arahan manager. dah dua bulan baru nak realize my previous experience is in utility & power generation. bila masuk plant utility, round the plant, masya'Allah! kalau nak pergi dari office ke hujung supply area, paling kurang kena naik pickup truck, jauh! dah la tu dengan keadaan plant yang kena panjat sana sini, baru first time masuk plant terus kotor dgn grease kat lengan kemeja uniform fire resistance. second day terus jumpa bos utility.
"I don't think it is a good idea to transfer me to this department after i'm familiarized with previous department"
"that was what I am telling the manager yesterday, maybe i"ll try to discuss with the manager and your superintendent about this, but for now you just continue with your task"
"thank you sir"
selepas solat zohor di surau utility buat solat hajat, dalam sujud terus doa biar kena tukar ke department lama petang tu jugak. lepas bagi salam nampak bos utility masuk surau, & dia bagitau
"you can go back to styrene now"
fuh! lega rasanya boleh balik ke department lama dah la department ni kat ceruk plant, kena naik bas nak sampai, kalau tertinggal bas 'hangus' gak nak berjalan nak gi lunch tengah2 panas terik lebih 2 kilometer! (dah kena pun time lunch first day)


orang arab ni takde huruf P jadi diorang gantikan P dengan huruf 'ba', so kalau pump diorang akan sebut bumb kalau repair diorang akan sebut rebair! pening jugak kalau kita tak tau apa yang nak di sebut arab, pump dgn bumb memang tersangat berbeza bunyi sebutan diorang ni. Panasonic jadi banasonic, pepsi jadi bibsi. ada satu cerita kat tempat parking shopping complex, sorang arab nak park kereta kat tempat parking yang dah penuh, so dia pun tanya pada guard kat situ
"where can i bark?" tanya org arab tu
orang malaysia yang terdengar pertanyaan tu pun dengan selambernya jawab
"ahaaa... this area is wide enough, you can bark anywhere!" sambil gelak
that was just a joke actually. hahahaha


thats all for now, next week takde cerita sebab akan bertolak ke makkah untuk ibadah umrah. wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages