nuffnang

nuffnang LR

Saturday, November 24, 2007

Juz Becoz of A Stupid Sticky Gecko







Minggu lepas, macam biasa aku datang keje je terus on pc pastu masuk meeting. habis meeting biasanya pc dah on ready to start work, tapi lepas meeting, pc tak on. tekan lagi on zapp! satu section kat dalam ofis blackout. check-check breaker trip. asal pasang je pc aku breaker ofis trip.



So terpaksalah bukak cover CPU sebab rasanya sebelum ni pc tu jadi tempat pertempuran cicak2 time pagi2. so aku saspek seekor cicak lain menjadi mangsa pembunuhan kejam cicak hitam yg menjadi musuh ketat aku.. aku rasa cicak hitam tu la yang bunuh, tak pun terbunuh diri sendiri tanpa sengaja.



Boleh kata tiap2 hari time aku tengah buat keje cicak tu lalu kat dinding. yang pasti aku cukup nyampah tengok muka cicak tu kalau ada getah pos tu dah lama cicak tu jadi dead meat. bukak je CPU takde nampak apa2 cuma lizard dropping je la kat base cpu tu. takde lak cicak mati dalam tu.



Oleh kerana tak jumpa apa2 aku bawak la gi tempat baiki PC, pasang PC kat kedai situ terus ada bau hangit. tapi tak jumpa cause lagi. so terpaksa la aku buat keje pakai server or pc maintenance.. petang tu orang yang baiki pc aku call, cakap dia jumpa cicak mati kat belakang motherboard. nampaknye tamatla riwayat cicak itam tu... siap rentung lagi.. padan muka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages