Minggu lepas 'kuda putih' eric terpaksa dimasukkan ke hospital Padang Lalang*, empat hari warded, tunggu sparepart tak sampai-sampai. Kuda putih tu kena 'demam panas' je, dengan 'selsema refrigerant', pasal tu driver (eric) asyik panas je dalam kereta rupa-rupanya evaporator aircond bocor. Sparepartnya ada kat dammam yang mana jaraknya tak sampaipun 100km. Takkan nak hantar sparepart tu pun sampai empat hari? Jadi hampir empat hari eric tak keluar gi mana-mana, nasib baik la farm superstore tak jauh dari rumah, boleh la beli lauk untuk makan.
Ketika ketiadaan kereta, beberapa hari eric terpaksa tumpang encik Jay pergi kerja. Tunggu punya tunggu hingga ke hari sebelum pergi course program eric masih belum dapat menggunakan keretanya. kalau takde kereta macamana nak pergi course?
Petang tu eric call tuan workshop. Sepatah eric tanya sepuluh yang dijawab. Sepatah lagi tanya pun banyak jawapan yang keluar. Bila dia tak tau nak explain dia bagi telefon kat tuan kedai sparepart. Sekali tuan sparepart cakap arab daa, kalau bahasa arab betul eric masih boleh faham tapi India cakap arab hoh! pening nak translate! (bayangkan India cakap english pun kita boleh pening, kalau diorang cakap arab boleh migrain dibuatnya nak translate)
Apa yang buat eric naik darah bila dengar tuan kedai sparepart cakap 'bukro' atau maksudnya 'esok', maknanya esok baru sparepart sampai. nak pasang dah la sehari, nak check kalau ada refrigerant leaking pun amik masa lama. Eric dah tak boleh tunggu hinga dua hari lagi kerana namanya dah registered dalam sabic program. kes naya kalau tak pergi.
"Give the phone back to him" kata eric kat india yang perasan cakap arab
"hello sir..." bunyi dari dalam handphone, belum lagi tuan workshop habis cakap eric dah potong
"Whatever happens, by hook or by crook I want my car sent to my house tonight! Click!"
cakap eric dengan tegas lalu terus tekan butang merah memutuskan talian kerana dah tak tahan mendengar jawapan berjela.
malam itu selepas solat isya' kereta eric dihantar semula. dan eric memberitahu dia hanya akan hantar keretanya semula apabila sparepart betul2 sampai. selepas dua hari barulah sparepart sampai dan sehari kemudian barulah siap sepenuhnya. bila dah tukar yang baru, memang terasa perubahan 'cuaca' dalam kereta. terpaksa meminimumkan flow. cuaca kat luar pun dah mula turun sekitar 30'C.
kamus perjanjian diarab saudi sila rujuk di bawah bila di janjikan orang-orang di saudi:
1 minute: tunggulah lima minit lagi
2 minute: boleh jadi 5 hingga 15 minit
5 minute: 1minit hingga 30 minit
tomorrow: bila tiba hari esoknya dikatakan tomorrow lagi sekali dan berulang
after tomorrow: hari berikutnya akan jadi macam maksud tomorrow diatas.
48hours: ni di janjikan oleh syarikat saudi telecom, tunggu 48jam takde, berpuluh kali call pun masih kata 48hours! lepas hampir 3 bulan baru datang. memang tak boleh pakai!
ps: terima kasih encik jay kerana bersusah payah menumpangkan eric pergi dan balik kerja
*'padang lalang' (nama yang Geng Malaysia guna untuk merujuk bagi area workshop kenderaan dijubail).
sama-sama.......heeeeee
ReplyDelete