nuffnang

nuffnang LR

Saturday, December 29, 2012

Interviewer Yang Bangang


Baru-baru ni eric ada menghadiri satu interview untuk sebuah company yang ada kaitan dengan government atau yang biasanya disebut sebagai GLC. oleh kerana tidak berapa familiar dengan kawasan Petaling Jaya, Selangor (Orang PJ cakap PJ kat Selangor bukan KL) maka eric terpaksa batalkan plan untuk drive kesana pada hari interview, and take a ride on LRT. giler lama tak naik LRT dowh!

malang tidak berbau, nak dipendekkan cerita LRT ada masalah teknikal, budget sampai sepuluh minit sebelum start jadi 30minit selepas exam start. orang lain yang amik exam ada kelebihan setengah jam berbanding eric. orang lain dah jawab page lain kita baru nak start first page. 

apa yang buat eric terkejut bila melihat semua calon lain agak berumur dan beruban kecuali seorang berbangsa cina yang duduk disebelah kanan eric dan seorang lagi yang bersebelahan dengan cina tersebut. most of the question macam add math plus modern math. dah lama tinggal form 4 and 5. nasib baik la beli scientific calculator. kalau calculator biasa ternganga la jawabnya. 

ada gak essay question tapi eric cuma buat 3 paragraph dan 3 ayat setiap paragraph. engineer.. apa barang nak tulis meleret-leret just write straight to the point macam tulis report jer la. kan? bila tengok orang sebelah dan sebelahnya punya essay full satu page, fuh! apa benda la diorang goreng tu.
selesai exam semua keluar untuk lunch sebelum keputusan di maklumkan pada pukul 1 tengahari. selesai lunch, keputusan dimaklumkan di dalam bilik yang sama tepat jam 1 tengahari.
"nama yang di panggil perlu tunggu sebelum sessi temuduga, manakala nama yang tidak di sebut anda dikira tidak berjaya dan boleh meninggalkan bilik ini." kata penjaga exam
selepas diumumkan 40% calon yang gagal meninggalkan bilik termasuk yang duduk di sebelah eric. macam tak caya je orang sebelah fail. 
"nama-nama yang telah disebutkan tadi sessi temuduga akan bermula jam 2:30 nanti, jadi yang mana nak solat zohor boleh turun ke tingkat bawah."

setelah selesai solat zohor eric keluar mencari atm machine, dan selepas selesai urusan terjumpa dengan kenalan lama sedang merokok dan berbual bersama dua rakan lain.
"eh bukan kau pergi ke middle east ke"
"aku dah lama balik" jawab eric ringkas
and it ends there, diorang sambung perbualan sesama mereka, macam takde orang lain kat situ. jadi orang seperti ini tidak patut dijadikan member seolah-olah mereka orang yang besar dan orang lain tiada kaitan dengan mereka. not respectful...

eric naik semula ke ruang menunggu sebelum interview sambil membaca suratkhabar. calon lain yang pernah berurusan dengan syarikat tersebut sedang rancak berbual di sofa berhadapan dengan eric. selepas dua orang di temuduga, eric adalah orang yang ketiga dipanggil untuk di temuduga.
apabila memasuki bilik temuduga.. well.. well.. salah seorang dari tiga orang yang berbual sambil merokok dibawah yang tak pandai respect orang tadi adalah satu dari dua panel yang menjadi interviewer.

"Ok, encik eric beritahu kami tentang diri anda."
pada masa ini dalam hati eric berkata "ok thats weird, interview dalam bahasa malaysia? first time!" tetapi tetap memulakan seperti biasa tetapi ada juga terselit English, ye la istilah engneering nak translate ke bahasa malaysia tak ke lucu bunyinya. tak caya? apakah yang dinamakan sebagai 'aci engkol'? tahu? aci engkol tu 'piston' dalam english. aci tu rasa macam tuan kedai runcit bangsa india je. 

selepas beberapa soalan ditanya soalan lain pula ditanya apa equipment yang pernah di selenggara ketika bekerja di middle east. eric menjawab, pumps, vessel, compressor, reactor, column, centrifugal compressor, burner, turbine pump dan sebagainya. dan boleh lak ditanya 
"reactor? column?" 
dengan cara pertanyaannya, eric dah tau this irritating guy tak tahu apa benda reactor dan column. 

orang yang tak pernah kerja oil and gas mungkin akan ingat kalau reactor tu macam nuclear reactor, cuma nuclear reactor a bit complicated tapi mudah untuk diterangkan manakala reactor untuk petrochemical process dan RX RG memang susah nak diterangkan untuk orang-orang yang tidak tahu, tetapi buat-buat tahu! toksah kata reactor, column pun tak tahu! Oh! (untuk para pembaca yang tidak mempelajari basic engineering its ok)

oleh kerana dia tak berapa tahu dan tak mahu kantoi, ditanya lak soalan HR, padahal HR manager ada kat sebelah. macamana nak stop pekerja daripada berhenti dan join company lain. eric tersenyum dengan penuh sarcasm, macam nak kenakan mamat bongok ni. eric jawab je as experienced before. tapi mamat ni tetap tak puas hati. ditanya lagi dan lagi pasal hal sama. makin ditanya makin confident sambil bleh jawab cool je. cuma didalam hati membuak-buak untuk menjawab dengan jawapan kurang ajar, tetapi eric membatalkan niatnya demi menjaga tatasusila dan kredibiliti (eceh hahaha...)

nak tau apa jawapan yang sebenar eric nak bagi? ni kalau dia dengar mau berdesing telinga kedua-dua ekor interviewer kalau eric cakap
"IF YOU WANT LOYALTY... GET A DOG!!!"


PS: kalau anjing dibagi tak cukup makan pun tuan punya anjing pun boleh anjing tu jadikan makanan. (sila fahami maksud tersirat)
PS2: bagi eric kalau dapat kerja ni alhamdulillah dan kalau tak dapat pun alhamdulillah tak payah kerja dengan engineer berlagak tapi useless! 

Friday, December 14, 2012

14 December

Its my birthday!!! I think it is my first time celebrate birthday in hometown after years abroad and far from home! 

still young, even younger in my heart. seriously? hehehe...

ps: Warm thanks to birthday wishes in whatsapp, facebook, sms, cakes and yogurt Ice-cream!

Wednesday, December 05, 2012

Famous In The Sky

(cerita agak panjang dan ambil masa untuk dibaca, berbaloi jika diambil iktibar darinya)
Assalamualaikum readers sekalian, Title kali ni lain macam sket, sebenarnya kisah zaman dulu-dulu dan baru-baru ini baru eric dapat recall balik cerita yang pernah diceritakan oleh ustaz eric suatu ketika dulu sewaktu eric masih belajar di salah sebuah sekolah arab yang terkenal di Kota Bharu. bleh recall balik pun bila dapat forwarded email dan sharing dalam facebook network.

Kat sekolah arab ada sesetengah ustaz akan bercerita tentang cerita untuk relatekan dengan subjek arab. (subjek arab sahaja terdapat 8 subjek tidak termasuk subjek akademik sekolah kerajaan). kalau ustaz tanya nak dengar cerita tak? siapa yang tak suka dengar cerita dalam kelas kan?


ada yang pernah dengar tentang Uwais Al-Qarni, mungkin ada juga yang tidak pernah kenal dengan beliau. Siapa Uwais Al-Qarni?



Pada Zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-qarni adalah seorang pemuda berasal dari Yaman, seorang yatim yang kematian ayahnya sejak kecil. mengalami penyakit sopak pada kulitnya sejak dilahirkan. beliau adalah ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendang, tiada orang yang menghiraukannya, tidak dikenali oleh penduduk bumi. Beliau taat dan mengambil berat keatas ibunya yang telah tua dan buta malahan tidak berdaya. Uwais menyara kehidupannya dan ibunya dengan mengambil upah mengembala kambing dan Unta.



Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung hidup sehariannya bersama ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.  Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. 

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia terus dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan syurga tak ada yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenali ramai orang dan juga miskin, ramai orang suka mentertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai orang meminta minta, mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, kerana hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata

“Aku khuatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari meminta pasti dari mencuri”.


apabila ibunya menyatakan hasrat untuk mengerjakan haji, Uwais mendukung ibunya hingga ke kota mekah dari yaman kerana tidak berkemampuan untuk membeli seekor unta sebagai tunggangan. hingga selesai ibadah haji ibunya bertanya

"apakah yang kamu doakan ketika berada di kota Mekah?"
"berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa ibu"
"bagaimana pula dengan dosa kamu?"
"Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk Syurga, cukuplah dengan ibu redhai saya, maka saya juga masuk syurga"
"ibu inginkan kamu berdoa agar Allah pulihkan penyakit sopak kamu"
"maaf saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan, kalau tidak redha dengan kejadian ini seperti saya tidak bersyukur dengan Allah"
"kalau ingin masuk syurga kamu kena patuhi perintah ibu, ibu mahu kamu berdoa"

lalu Uwais mengangkat tangannya dan berdoa, tapi takutmasih ada dosa pada dirinya maka uwais berdoa
"Tolonglah ya Allah, kerana ibuku aku berdoa hilangkan putih pada badanku melainkan tinggalkan sedikit."

Dengan izin Allah hilanglah penyakit putih sopak pada badannya melainkan tinggal bulatan putih kecil di belakang lehernya. maka inilah pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Saidina Umar dan Saidina Ali
"Tandanya kamu nampak dibelakangnya ada satu bulatan putih, Bulatan sopak. kalau kamu berjumpa dengan tanda itu, maka itulah Uwais Al-Qarni."

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.  Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.  Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan kekasih Allah itu , tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi.


Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah Baginda dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian dan jagaannya dan tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.  

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.  Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Berangkatlah Uwais menuju ke Madinah yang jauhnya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.  perjalanan yang jauh dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya di lalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. 

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hatinya, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah Baginda pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. 

Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon undur diri kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirim salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan sedih.

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa hamba Allah yang mencari itu ialah Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit. Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun.

Lalu Rasulullah saw menceritakan kembali akan peristiwa Israk Mikraj, ketika di syurga dia telah mendengar satu suara dan bertanyakan kepada Malaikat suara siapakah itu.."Itulah suara orang yang berbakti kepada kepada ibubapanya dan dia masih lagi hidup di bumi"

Menurut sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan uzur  sehingga dia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di belakang lehernya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga pemerintahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di gantikan dengan pemerintahan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka.  Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.




Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. 

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. dan ketika itu Khalifah Umar ternampak tanda putih dibelakang lehernya membuktikan kebenaran tanda putih, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar! Dia penghuni langit. 


Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,  

"siapakah nama saudara?" 
“Abdullah”, jawab Uwais. 
Mendengar jawapan  itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan 
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” 
Uwais kemudian berkata 
“Nama saya Uwais al-Qorni”. 


Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah 

“Sayalah yang harus meminta do’a daripada kalian”. 
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata 
“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. 
Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata 
“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba ramai orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. 


Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya untuk memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian ramainya orang yang tak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.


Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. 


Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. 

Dari saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages