Pada suatu pagi
"Sebelum saya refer pada specialist, saya rasa elok kita buat test diabetes dahulu, kadang-kadang masalah ni ada kaitan dengan kencing manis. Pergi ke makmal untuk buat test kemudian datang sini balik" kata doktor sambil menyerahkan slip test diabetes.

"Pukul berapa sahur pagi tadi?" tanya pembantu makmal
"Pukul 5" jawab eric (baru 4jam manakala, tempoh berpuasa sepatutnya 8 jam)
Eric menghulurkan tangan kiri kepada pembantu perubatan, jarum dicucuk ke jari manis, maka keluarlah setitik darah, dan sekeping test sample digunakan untuk menyedut darah yang keluar. kemudian dimasukkan kepingan itu dalam alat satu alat untuk dianalisa. satu bacaan tertera dan dicatit pada slip yang dibawa eric.
eric masuk semula ke dalam bilik doktor dan menyerahkan slip tersebut kepada doktor.
"nampaknya test diabetes normal, tiada masalah kencing manis." kata doktor sambil membuat panggilan kepada specialist.
"Ok saya dah buat appointment dengan specialist dan serahkan surat ni di klinik specialist, selepas test dengan specialist jumpa dengan saya bulan depan."
(seminggu kemudian di Klinik Specialist...)
Eric baru sahaja melepasi ujian mata pertama , tiada apa-apa masalah pada ujian pertama. eric dipanggil untuk ujian laser. selepas hampir 45 minit ujian laser, specialist laser merumuskan tiada masalah pada blind spot dan saraf mata. kemudian eric diminta menunggu untuk dimasukan sejenis cecair yang akan di titiskan di dalam mata untuk ujian seterusnya. di sebelahnya duduk seorang nenek bersama cucu lelakinya yang berusia lebih kurang 5 tahun, nenek itu sedang memejamkan mata. manakala cucunya tidak berhenti dari bertanya neneknya itu dan ini dengan panggilan 'tok'. eric hanya menunggu sambil membaca email menerusi telefonnya.
beberapa minit kemudian seorang jururawat datang kepada eric dan meminta eric mendongak kepala supaya mudah untuk minitiskan sejenis cecair kedalam mata eric.
"ubat ni nak bagi urat kat mata awak kembang sikit" kata jururawat.
pada mulanya memang mata terasa agak pedih tetapi jururawat tidak pula memberitahu eric untuk memejamkan mata seperti nenek disebelahnya.
"tok, kenapa abang ni tak pejam mata pun?" kata cucu kepada nenek di sebelah eric.
"mana tok nak tau, kan tok tengah pejam mata"
ketika jururawat lalu di depan barulah eric tahu dia sepatutnya memejamkan matanya selepas ubat itu dititiskan setelah di beritahu oleh jururawat.
"mana tok nak tau, kan tok tengah pejam mata"
ketika jururawat lalu di depan barulah eric tahu dia sepatutnya memejamkan matanya selepas ubat itu dititiskan setelah di beritahu oleh jururawat.
eric menyimpan telefon bimbitnya dan memejamkan matanya, hanya bunyi tapak kasut jururawat berjalan kesana kemari dan juga keletah cucu nenek disebelahnya. kemudian kedengaran jururawat memeriksa nenek disebelahnya.
beberapa ketika kemudian...
"dik buka mata, saya nak check" kata jururawat (peh! rasa macam budak muda je dipanggil demikian)
"dik buka mata, saya nak check" kata jururawat (peh! rasa macam budak muda je dipanggil demikian)
Eric membuka mata dan lampu suluh disuluh pada matanya, tetapi jururawat berkata masih tidak kembang. prosedur menitiskan ubat mata dan pemeriksaan diulangi hingga tiga kali pun masih tidak mendapat apa yang diinginkan. perkara yang sama juga berlaku pada nenek disebelahnya.
eric harus melalui tiga jenis ujian mata , elektronik dan visual. Ujian visual yang menggunakan cahaya terang betul-betul memedihkan dan menyilaukan mata eric, tetapi walau berair mata sekalipun eric terpaksa menahan matanya daripada berkelip. setelah semua ujian dijalankan klinik sudahpun ditutup dan eric adalah yang terakhir meninggalkan klinik kerana paling lama diperiksa dengan kesemua ujian. keputusan yang diketahui hanya lah normal dan tiada apa-apa masalah.
selepas semua ujian mata eric mula terasa silau, dilihat jam di tangannya tetapi penglihatannya kabur nombor mahupun jarum jam sekalipun tidak nampak! di belek-belek telefonnya tetapi tulisan apapun tadak nampak dilihat melainkan cahaya dari screen! kenapa tahap penglihatan 6/6 seperti juruterbang sebelum ini tiba-tiba menjadi rabun? eric mula terbayang jika dirinya terpaksa memakai cermin mata kerana rabun dekat. atau mungkinkah rabun itu disebabkan oleh cecair yang dititiskan kematanya tadi? bagaimana untuk memandu pulang berseorangan dengan penglihatan sedemikian?
Selepas segala urusan dengan klinik itu selesai eric keluar dan mendapati cahaya matahari seperti berubah menjadi sangat terang dan amat menyilaukan matanya, maka eric memakai cap dan sunglassnya yang paling gelap dan bertawakkal sahaja memandu pulang. Nasibnya baik kerana pada hari raya keempat banyak kereta yang menuju ke bandar dan arah tujuannya pula ialah keluar dari bandar Kota Bharu.
apabila sampai dirumah penglihatannya masih sama. selepas tidur selama 2 jam barulah penglihatannya beransur semakin normal. rupa-rupanya rabun itu hanya kesan dari cecair untuk mengembangkan urat mata! Dan keesokan harinya barulah penglihatan eric pulih sepenuhnya, alhamdulillah...
PS: lewat post entry kali ni, dua post yang lepas pun adalah scheduled post yg di karang sebelum bulan puasa, sebenarnya mengalami masalah cached copy dan cuti sepenuh masa di bulan ramadhan dan Hari raya.
PS2: belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa dan ter'buat ketupat' dan mengata, mungkin tahun depan terbuat lagi! :)