nuffnang

nuffnang LR

Sunday, June 08, 2014

Kisah Benar: Berpuluh Tahun Tinggal Solat

Assalamualaikum.

kali ni nak cerita berkenaan dengan orang-orang yang hampir lansung tak pernah solat tapi akhirnya apa yang terjadi?

Suatu ketika dulu semasa masih belajar di kolej pernah seorang ustazah menceritakan tentang apa yang beliau sendiri alami apabila terjumpa dengan seorang yang agak berumur di sebuah masjid. selepas solat asar berjemaah, kelihatan makcik tersebut solat empat rakaat sebanyak dua kali. lalu ustazah tertanya-tanya di dalam hatinya kenapa makcik tersebut solat sebegitu sedangkan solat sunat adalah haram selepas solat asar dan empat rakaat pula.

lalu setelah makcik itu selesai mengerjakan solat empat rakaat sebanyak dua kali ustazah pergi bersalam dengan makcik tersebut. dan bertanya solat apa yang makcik buat selepas solat asar? lalu dengan nada sedih makcik itu menceritakan bahawa sebenarnya beliau menunaikan solat asar qada'.




"qada? kenapa sampai dua kali?"
"sebenarnya masa makcik muda dulu, makcik tak pernah solat pun. bila dah tua baru makcik sedar dan menyesal sebab tak pernah mendirikan solat sejak dulu. jadi sekarang, selepas setiap waktu solat makcik cuba untuk qada sebanyak yang makcik mampu untuk gantikan segala solat yang pernah makcik tinggal sejak dulu. harapnya makcik sempat gantikan segala solat yang pernah makcik tinggalkan, kalaulah Allah panjangkan umur makcik untuk gantikan semua solat." 

Begitulah cerita ustazah kat kolej dulu. tetapi sebulan yang lepas sorang rakan eric yang sedikit tua duduk disebelah eric ketika sedang membuka kasut untuk mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. lalu di ceritakan kepada eric.

"aku dulu masa sekolah rendah aku solat, tapi sejak masuk sekolah menengah aku tak pernah solat. hinggalah umur aku dua puluh lebih dan bila nak kahwin baru aku mula rasa menyesal dan sedar setiap solat yang aku tinggal aku wajib gantikan balik."

tambahnya lagi
"sebab tu kalau kau tengok lepas solat aku stay dulu untuk ganti balik solat yang dah aku tinggal."

sekarang umur member eric ni hampir 40 tahun. tapi alhamdulillah dia sedar awal lagi dari makcik dalam cerita yang pertama. bukan tu saja, malah dia nampaknya berubah menjadi lebih baik dari rakan-rakan yang lain. 

dua cerita yang lebih kurang sama, mujurlah Allah memberi mereka hidayah sebelum datangnya ajal. kita pula bagaimana, kalaupun kita tak pernah tinggal solat lima waktu adakah ianya cukup? tidak..

tanyalah diri kita sendiri, adakah amalan kita selama ini mencukupi? adakah kita membaca al-quran dan mengamalkan makna didalamnya? adakah kita melakukan amalan sunah yang dilakukan rasulullah contohnya solat sunat, dhuha, tahajjud, witir dan sebagainya.

pada tahun lepas selepas solat asar aku mendengar tazkirah asar berkenaan dengan solat sunat witir. dan yang paling memberi kesan salah satu hadis sabda rasulullah yang pengakhirannya berbunyi orang yang tidak mengamalkan amalan sunnah ini adalah bukan dari kalangan ku...

PS: segala yang diceritakan adalah melalui pengalaman eric sendiri sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian.
PS2: blog yang sebelumnya tidak dapat diupdate sebagaimana yang dijanjikan kerana pada waktu yang dijanjikan terdapat kes warded, jika ada masa insyaallah akan di update, sekian...

(HOME)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages