nuffnang

nuffnang LR

Monday, November 30, 2020

Ribut Di Lautan


Ada orang kata.. ketika berlaku ribut di lautan,

kita semua berada dalam kapal yang sama dalam musim pandemik.

Tidak!

Kita semua berada di lautan yang sama.

Bukan di dalam kapal yang sama.

Ada yang berada di atas kapal layar mewah,

Ada yang berada di atas kapal besar, kukuh dan selamat.

Tetapi Lebih ramai yang berada di dalam perahu kayu yang sempit

sebilangannya hanyut di lambung ombak, 

hanya berpaut pada serpihan yang terapung.

malahan ramai yang sedang lemas..

dan tidak kurang yang sudah tenggelam.. 😔

#kitajagakita


Tuesday, May 19, 2020

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan

Soalan ini telah dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang Kerabat Diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah Residen tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... !


Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”


Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.


Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang… !!!


Sumber: 
Arkib Berita Harian Online, Disember 2009
picture courtesy of tanjak boy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages