nuffnang

nuffnang LR

Wednesday, March 26, 2014

My Sweet Little Princess

Salam Bro and Sis,

alhamdulillah masih lagi ada kesempatan mengarang blog, dulu boleh je nak post blog setiap dua hari, sekarang ni nak dapat dua blog sebulan pun susah. jadi ingatlah masa lapang sebelum datang waktu sibuk. Sebenarnya baru sahaja balik dari offshore, jadi time off ni la ada masa nak mengarang. 

selain dari kerja harian sekarang ni ada task tambahan, apa? parenting.. hehehe.. biasanya balik kerja ada je masa lapang nak menulis blog. tapi sekarang bila balik kerja baring kejap atas sofa baru on kejap je notebook baru sedar my baby tengah tengok apa ayah dia tengah buat sambil cuba ambil perhatian dengan tersenyum. hati ayah mana yang tak cair bila tengok anak kecik tersenyum kat ayah. suka sangat tengok kat ayah. 




tak sampai setengah jam terus 'tutup buku' baring sebelah Sara. layan tengok cerita Upin Ipin and some other cartoon program yang boleh buat sara ketawa, macam paham-paham je tengok cartoon. biasa ajar sara with baby books yang ada gambar cartoon rabbit, cat, frog dan macam-macam, jadi bila tengok TV ada rabbit tengah bergerak dan bercakap, mula la excited dan gelak. suka sangat dengan rabbit.

selain dari tu ada jugak mengajar mengira dengan tunjuk jari, for the time being cuma ajar from one to five sambil tunjuk jari tangan. jadi bila kita tunjuk jari yang tengah mengira sara pun turut sama belek-belek jari sendiri cuba mengikut jari ayah yang sedang mengira. Dan kadang-kadang ayah menyanyi lagu twinkle twinkle little star yang sekarang ni menjadi lagu favorite my little baby.

tiap-tiap pagi timing ayah bangun tidur lebih kurang sama je dengan sara, baru je nak bangun terus sara terjaga, buka je mata terus senyum kat ayah. Alhamdulillah penuh dengan senyuman anak ayah ni. hehehe... :)

Wednesday, February 26, 2014

Kisah Rasulullah dan Malaikat Penghitung Titisan Hujan

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadiske 72) 
Bahawa RasuluLlah saw bersabda,
“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, Aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril AS, pendampingku"
"Siapakah gerangan malaikat itu, dan apatugasnya?"

Jibril berkata, 
"Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi."
RasuluLlah saw bertanya kepada malaikat tadi,
"Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?"
Malaikat itupun berkata,
"Wahai RasuluLlah SAW, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam AS sampai sekarang ini, Begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Mendengar huraian malaikat tadi, RasuluLlah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.

Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,
"Wahai RasuluLlah saw, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan."

RasuluLlah SAW pun bertanya,
"Apa kekurangan dan kelemahan kamu?"
Malaikat itupun menjawab,
"Kekurangan dan kelemahanku, wahai RasuluLlah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak dapat menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan ALlah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."

اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد

Thursday, January 30, 2014

Notice January 2014

Dear all readers, pejam-celik pejam celik dah pun hampir sebulan masa berlalu sejak memasuki tahun baru. the last post pun dah hampir dua bulan yang lepas. itu pun sempat post ketika bermalam di hotel. 

keluar je dari hotel tak sampai beberapa minggu dah kena turun ke offshore, tinggal di atas kapal, tinggal atas platform, riding boats here and there in the middle of ocean, chopper flight cancel due to strong wind condition, kena tinggal chopper, overstay kat offshore, pindah rumah, pindah barang. fuh macam-macam jadi dalam masa yang amat singkat. That is what happen sepanjang blog ni terbiar tak di kemaskini. 

memang dalam hati hari-hari nak update blog tapi apakan daya, kat offshore pukul 9malam mata dah kecik, pukul 10 dah masuk ke alam mimpi, dengan kapal yang sedang di badai ombak di tengah lautan entah dimana... wait for my next blog. 

Saturday, December 07, 2013

Nurse and Doctor General Hospital To The Rescue!

Sesampai sahaja di dalam wad 2, dua orang nurse, seorang doktor dan seorang specialist memberi perhatian kepada baby dan dipakaikan oxygen mask. selepas hampir sejam baby dipindahkan ke wad 3! (NICU-Neonatal Intensive Care Unit).

Selepas hampir 24 jam setelah diazankan last time barulah aku dapat sentuh baby for the second time. cuba bayangkan kalau korang yang jadi mak baby, mak dirawat kat hospital lain... baby kat hospital lain, tengok pun sekilas sahaja dalam operation room, apa agaknya perasaan masa tu? mungkin sesetengah orang boleh jadi gila meroyan. (nasib baik tak jadi)

selepas semuanya settle, my youngest sister pun balik. maka from that moment bermulalah hari-hari aku berulang alik dari hospital ke hospital sehingga isteri balik ke rumah. kali kedua aku datang tengok baby on the same day, datang seorang doktor kepada aku dan panggil nama aku sebagai abah. lebih kurang sejam diterangkan keadaan baby secara detail. dan penerangan yang diberikan memang aku terus faham, bukan macam doktor kbmc yang tak bagi full detail and keeping ulang benda yang sama. baby di intubate (tube oxygen masuk ke mulut terus ke saluran paru-paru), tube feeding masuk ke hidung dan directed ke perut baby. to make sure tube masuk ke tempat yang betul, bahagian paru-paru dan perut baby di x-ray. 

satu jarum masuk ke tangan kanan (untuk blood test) satu lagi jarum ke tangan kiri (untuk additional medication) satu tube atibiotic masuk ke tali pusat yang masih berfungsi. dan satu probe di pasang kat kaki baby untuk monitor, oxygen level, pulse rate, systolic, diastolic. Low dose morfin juga diberikan supaya baby dapat tidur dan berehat dan mengelakkan baby menarik tube-tube yang connected. (morfin adalah sejenis drug yang biasa digunakan di medan peperangan untuk tentera yang cedera parah sebagai ubat penenang dan tahan sakit). Doktor juga menekankan supaya baby diberikan susu badan dan bukan susu formula kerana breast milk is the best nutrient and antibody supplement needed. 

selepas ibu baby di discharge daripada KBMC, aku kena bayar total dekat 10ribu, dengan layanan teruk kat KBMC kena bayar 10K? memang tak puas hati. dan aku ternampak nurse yang confront dengan aku sebelum tu, bila dia nampak aku masuk je pintu depan KBMC, secara mengejut dia konon-kononnya buat-buat berbual dengan receptionist, alah macam la aku tak nampak muka terkejut kau tu bila aku masuk tadi. tapi aku malas nak layan, lain la kalau aku jumpa tepi jalan, confirm aku langgar sampai jatuh dalam parit!




katalah korang yang melahirkan, selepas discharge mana nak pergi dulu? mestilah nak tengok baby dulu kan? jadi petang tu ibu pun dibawa dengan kerusi roda masuk ke NICU. bayangkan selepas beberapa hari, baru la boleh reuniuon kembali dengan baby, tengok lak masa baby dirawat dalam dalam ICU, maka berderailah air mata...

setelah itu, setiap tiga jam aku berulang-alik ke hospital dengan membawa susu ibu untuk diberi pada baby empat ke lima kali sehari. apa yang aku realize bila baby hampir nak kena jaundice (kuning) bila diberi susu ibu, hilang terus kuning tu. dan yang kuning-kuning akan keluar bila baby buang air, itulah berbezanya susu ibu jika dibandingkan dengan susu formula.

first day aku bawa susu, nurse yang dah tahu pasal kes ni dan juga di 'assign'kan untuk jaga my baby bercakap dan nasihat kalau nak deliver baby cuba elakkan hantar ke private hospital macam KBMC dan dua lagi other private hospital. dia tunjuk kat baby selang dua incubator
"baby tu anak pertama satu couple dilahirkan di *******, mak baby dah meninggal kerana kesilapan procedure, last-last kena bawa kesini juga sebab tempat tu tak cukup peralatan." terkejut aku, memang kes naya la untuk ayah dan baby tu.

"baby yang tu, komplikasi..." setiap baby diceritakan, dan hampir keseluruhannya adalah dari hospital swasta termasuk KBMC. at the end of the day kena refer ke Hospital Kota Bharu (HRPZ II) juga. 

"hospital swasta ni mungkin bagi kita nampak ok, tapi kelengkapan untuk newborn tak cukup. tengok kat sini, peralatan up-to-date, cukup lengkap untuk apa-apa masalah pun." dari situlah baru aku tau cerita yang pernah berlaku di KBMC, baby aku bukan yang the first jadi macam tu. there are even a case baby patah bahu ketika dilahirkan di KBMC! jadi no wonderlah bila dah jadi macam ni barulah keluar cerita yang tak pernah kami tahu. dan kebanyakan private hospital ni yang diorang tau adalah profit driven, lagi-lagi kalau yang pakai medical insurance dengan kos yang tak masuk akal. 

sepanjang masa aku jadi milk transporter untuk my baby di hospital , setiap shif nurse aku jumpa. semua bagi nasihat yang sama, jangan hantar ke private hospital dan cerita-cerita baby yang dilahirkan di private hospital who end up kena treatment kat HKB juga akhirnya.  

as for my baby setiap hari oxygen supply level di turunkan 5-10% setiap hari, dari 80% dan hari keempat oxygen supply diturunkan ke 30% dan level oxygen dalam darah baby always above 97% which is very good, yang mana baby dah improve boleh bernafas sendiri with minimal machine support. bila di usap-usap kaki dan tangan ada respon, bila dose morfin dihentikan, baby mula buka mata, gerak kaki dan tangan. dan macam dah kenal sangat dengan nama sendiri bila disebut nama. kadang-kadang tersenyum, make me wonder baby umur seminggu dah pandai senyum? *(regulation dalam hospital setiap kali nak sentuh baby kena basuh tangan hingga bersih dan pakai hand hygiene sanitizer liquid)

memang baby mempunyai semangat yang kuat, bila usap-usap pipi baby buka mata. tengok datasheet platelet count dah turun ke 50% which means jangkitan bakteria dah nak hilang. dan tube oxygen dah di tarik keluar. last day baby dalam wad ICU aku pergi bawa susu sebelum terpaksa travel keluar sendirian untuk dua urusan penting. baby buka mata perhatikan baju hijau terang yang aku pakai (sebelum ni pakai baju putih atau hitam je), actively gerak-gerak kaki dan tangan, buat bunyi merengek-rengek tapi mulut tersenyum. 

biasanya aku spend 45 minit ke satu jam usap-usap baby sementara menunggu nurse simpan breast milk. aku cuba dodoi untuk tidurkan tapi baby dok tengok tangan yang sedang dodoikan. kemudian menggenggam jari kelingking ayahnya, tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati pada masa tu. walaupun dah spend satu jam setengah aku terpaksa juga keluar untuk bertolak jauh, mengalir air mata sewaktu berjalan keluar dari wad. dan nurse bagitau insyaallah petang ni atau pagi esok boleh discharge ke wad 2.
My little Princess 2 months later

my parent yang tengah menunggu dirumah untuk sebelum aku keluar travelling terasa pelik bila aku pergi hospital lagi lama dari biasa. aku ceritakan baby punya reaction dan bagaimana berat hati nak travel jauh bila baby genggam jari kelingking. yelah wad tu hanya mak dah ayah baby sahaja dibenarkan masuk anytime. yang lain hanya boleh tengok dari luar tingkap gelap. 

setelah membahagi tugas untuk menghantar susu, dengan berat hati aku bertolak untuk perjalanan selama 7jam, pada keesokan harinya baby dah discharge ke wad 2. dan dalam perjalanan aku balik semula 3 hari kemudian, baby dah pun dibawa balik ke rumah. bila ada kat rumah, baby memang banyak tidur kalau jaga pun cuma bila lapar. apa yang aku perasan baby suka tengok orang pakai baju with striking color. prefer breast milk more than susu formula, and she likes to sleep on my chest.

PS: setinggi-tinggi terima kasih kepada Nurse-nurse dan doktor yang bertugas di Wad 2 dan 3 Hospital Raja Perempuan Zainab II, my Parent, my youngest sisters, all family, FIL dan semua yang membantu dan giving word of support during that hard times. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur dan Dimurahkan rezeki. 

PS2: untuk yang planning untuk memilih tempat melahirkan anak pertama di Kota Bharu khususnya, make a good decission, its about your precious gem's life. I kongsikan cerita ni sebagai pengajaran semoga perkara yang sama tidak berlaku pada anda dan pasangan anda. All the best!

The end

Tuesday, November 05, 2013

Doktor dan Nurse Syaitan Di KBMC!! My Darkside!

(Read sebelumnya)
Darah mula mendidih, apabila kembali ke kaunter melihat staff nurse sedang bergayut di telefon seperti tiada apa terjadi, bagaikan jerami berapi yang disimbah dengan minyak, hatiku terbakar!

Once nurse tu letak je telefon, aku terus serang dengan pertanyaan demi pertanyaan. paling aku tak puas hati bila oxygen level indicator tak sampai pun 92% kerana dikurangkan. Semua jawapan yang diberi memang lansung aku tak boleh terima. suara aku toksah cakaplah memang volume dah tak bleh control. Penjaga patient lain yang keluar dari bilik berdekatan terus masuk balik tak jadi keluar. cara percakapan dan ayat-ayat yang keluar dari staff nurse ni adalah sangat kurang ajar. nama Hajar, patut mak bapak dia bagi nama 'Kurang Ajar' baru betul. memang membuat makin lama makin orang tak puas hati!!

"Nampaknya cik memang tak puas hati dengan servis kami, kenapa tak hantar ke hospital lain je?" pertanyaan umpama manambah minyak dalam api yang sedang marak menyala. (apa korang rasa kalau dah bayar mahal-mahal untuk private hospital bila ditanya macam ni oleh pekerja hospital macam ni?)
Api kemarahan memang tak dapat dibendung lagi, aku mula menyerang secara peribadi staff nurse tadi dengan Reverse psycology attack. apa aku cakap memang aku dah tak ingat tapi serangan kata-kata secara peribadi membuat matanya merah dan berair mata. yang lagi dua orang terus terkesima tak berani mencelah dalam pertikaman lidah untuk mengelakkan turut terkena akibat yang sama. 

Bila dah start keluar kata-kata dalam english, makin teruk la kena bantai. segala jawapan yang diberi pasti bakal mendapat balasan dengan 'bullshit' kerana aku tahu mana jawapan yang kelentong dan mana yang betul, yang pasti memang banyak benda yang dijawab staff nurse adalah kelentong dan cubaan menggoreng, tapi silap besarlah. Bila staff nurse tu nak cakap je aku dah potong dulu 
"WHO ARE YOU TO QUESTION ME?!" time tu nurse yang paling hampir dengan pintu bilik incubator yang terbuka dah menyelinap lari masuk dalam bilik incubator.




Kalaulah diikutkan dengan amarah yang marah, mau aje aku tarik staff nurse tu dan humban head first dalam tong kuning berlabel Bio-hazard berisi jarum suntikan terpakai biar berparut seluruh muka. Kalaulah time tu ada AK-47 ke M16A4 memang confem 15 peluru menembusi jantung setan tu dan lagi 15 tertanam dalam kepala.

Selepas beberapa lama menyerang mentally, aku bagi warning, If anything happen to my baby, diorang yang aku cari dulu. 
"Tomorrow morning I WANT YOUR DOCTOR COME TO MY ROOM AT 7:30!" tengking aku sebelum masuk lift dan realise muka nurse dua ekor tu pucat lesi tak terkata apa-apa. 

Lain pula yang berlaku dalam bilik, sepatutnya selepas epidural (injection bius pada spinal cord) pesakit cuma boleh lie flat on bed tanpa bantal. tetapi nurse operation room (satu level dengan nurse kurang ajar yang kena serang tadi) meletakkan bantal (noticed by my family). Bila dah bertukar ke shift malam, nurse tingkat 2 terkejut kerana melihat ada bantal. dia yang bagitau kalau buat epidural memang tak boleh pakai bantal (nurse yang ni memang pleasant dari awal sampai keluar wad). dan kesan sampingan daripada kesilapan procedure adalah pesakit akan terkena 'spinal headache' atau sakit kepala saraf tunjang. Kalau tak kena takpe, tapi kalau kena ada yang terpaksa menanggung hingga lebih sebulan. (tapi memang terkena jugak side effect selama hampir seminggu).

Selepas pertengkaran malam tu, my sister call balik cakap dengan staff nurse, tau lak staff nurse tu minta maaf. tapi keesokan hari 7:30 hingga pukul 9:30 takde nampak pun muka doktor mangkuk ayun tu kat hospital. shift malam dah bertukar dengan shift pagi, jadi muka staff nurse semalam pun dah takde. pukul 11 baru masuk, kalau la tak kerana my sister dah call untuk urusan transfer dari KBMC ke HKB nak jugak aku sound doktor R tu. tu pun boleh lagi cakap nak observe lagi 36jam dengan kelengkapan tak cukup macam tu! tapi semua penerangan doktor tu lansung tidak meyakinkan dan jelas sekali doktor R tak tahu banyak pasal neo-natology (newborn).

sebelum baby boleh ditransfer, kena jelaskan dulu bill rawatan dan penjagaan baby (penjagaan baby? oh please...) untuk tempoh kurang dari 21jam selepas dilahirkan adalah lebih dari RM11,500. dan paling sakit hati bila tengok cost baby care RM400 (baby care la sangat.. biar baby menangis sampai takde energy) selepas menyelesaikan bill untuk baby barulah baby dibawa keluar menaiki ambulance menuju ke HKB. (seems, duit lagi penting dari nyawa)

Aku memandu mengikuti ambulance dari belakang dengan hazard light, hingga sampai ke HKB. tempat yang paling susah untuk mendapat parking dipermudahkan Allah tak sampai 30saat dah dapat parking. sempatlah follow kemana baby dibawa iaitu wad 2. 

Apabila balutan selimut dibuka, alangkah terkejutnya apabila melihat cara baby bernafas, aku sendiri tidak pernah nampak keadaan pernafasan sedemikian. kelihatan amat sukar untuk menyedut udara kedalam paru-paru. cuba bayangkan seorang berlari sejauh 800m dengan kelajuan larian 100m seperti usain bolt. selepas perlumbaan bagaimana korang tercungap-cungap bernafas? begitulah sikecil bernafas selama lebih 21jam! 

Kesimpulannya jika menurut saranan doktor R yang tidak bertauliah yang ingin observe selama 36jam lagi di KBMC. apa yang bakal terjadi? you know the answer...

Sesampai sahaja didalam wad 2, dua orang nurse, seorang doktor dan seorang specialist memberi perhatian kepada baby dan dipakaikan oxygen mask. selepas hampir sejam baby dipindahkan ke wad 3! (NICU-Neonatal Intensive Care Unit)   

Bersambung...

PS: Jangan salah faham dengan personal attack, its not physical tapi serangan secara mental reverse. rasanya I never use this type of attack before, it is not really right to do so, but for life of your loved one should not be compromised like what happened above. why? from end of last year till mid of this year many days I spent in hospital, seen many dying people, their last breathe with my own eyes and corpses.

PS2: cerita ni cuma fokus kepada O&G (obstetric and gynaecology), paediatric and neonatology di KBMC, unit lain I have no idea how was it. kalau nak beranak kat KBMC read this story, it happen to me and some other who are not lucky enough. ask yourself is it really worth it? 

(Baca Sambungan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages