nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, July 15, 2014

Currently offline

Sorry guys, i'm currently offline due to unavailable internet provider. Dok dalam area yg dikelilingi unify & streamyx. Tapi nak kena tunggu wayar kena tarik baru bleh dapat. Ni la hasilnya bila pindah rumah.
(Posted through my I phone)
-I hate touchscreen!!



Sunday, June 08, 2014

Kisah Benar: Berpuluh Tahun Tinggal Solat

Assalamualaikum.

kali ni nak cerita berkenaan dengan orang-orang yang hampir lansung tak pernah solat tapi akhirnya apa yang terjadi?

Suatu ketika dulu semasa masih belajar di kolej pernah seorang ustazah menceritakan tentang apa yang beliau sendiri alami apabila terjumpa dengan seorang yang agak berumur di sebuah masjid. selepas solat asar berjemaah, kelihatan makcik tersebut solat empat rakaat sebanyak dua kali. lalu ustazah tertanya-tanya di dalam hatinya kenapa makcik tersebut solat sebegitu sedangkan solat sunat adalah haram selepas solat asar dan empat rakaat pula.

lalu setelah makcik itu selesai mengerjakan solat empat rakaat sebanyak dua kali ustazah pergi bersalam dengan makcik tersebut. dan bertanya solat apa yang makcik buat selepas solat asar? lalu dengan nada sedih makcik itu menceritakan bahawa sebenarnya beliau menunaikan solat asar qada'.




"qada? kenapa sampai dua kali?"
"sebenarnya masa makcik muda dulu, makcik tak pernah solat pun. bila dah tua baru makcik sedar dan menyesal sebab tak pernah mendirikan solat sejak dulu. jadi sekarang, selepas setiap waktu solat makcik cuba untuk qada sebanyak yang makcik mampu untuk gantikan segala solat yang pernah makcik tinggal sejak dulu. harapnya makcik sempat gantikan segala solat yang pernah makcik tinggalkan, kalaulah Allah panjangkan umur makcik untuk gantikan semua solat." 

Begitulah cerita ustazah kat kolej dulu. tetapi sebulan yang lepas sorang rakan eric yang sedikit tua duduk disebelah eric ketika sedang membuka kasut untuk mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. lalu di ceritakan kepada eric.

"aku dulu masa sekolah rendah aku solat, tapi sejak masuk sekolah menengah aku tak pernah solat. hinggalah umur aku dua puluh lebih dan bila nak kahwin baru aku mula rasa menyesal dan sedar setiap solat yang aku tinggal aku wajib gantikan balik."

tambahnya lagi
"sebab tu kalau kau tengok lepas solat aku stay dulu untuk ganti balik solat yang dah aku tinggal."

sekarang umur member eric ni hampir 40 tahun. tapi alhamdulillah dia sedar awal lagi dari makcik dalam cerita yang pertama. bukan tu saja, malah dia nampaknya berubah menjadi lebih baik dari rakan-rakan yang lain. 

dua cerita yang lebih kurang sama, mujurlah Allah memberi mereka hidayah sebelum datangnya ajal. kita pula bagaimana, kalaupun kita tak pernah tinggal solat lima waktu adakah ianya cukup? tidak..

tanyalah diri kita sendiri, adakah amalan kita selama ini mencukupi? adakah kita membaca al-quran dan mengamalkan makna didalamnya? adakah kita melakukan amalan sunah yang dilakukan rasulullah contohnya solat sunat, dhuha, tahajjud, witir dan sebagainya.

pada tahun lepas selepas solat asar aku mendengar tazkirah asar berkenaan dengan solat sunat witir. dan yang paling memberi kesan salah satu hadis sabda rasulullah yang pengakhirannya berbunyi orang yang tidak mengamalkan amalan sunnah ini adalah bukan dari kalangan ku...

PS: segala yang diceritakan adalah melalui pengalaman eric sendiri sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian.
PS2: blog yang sebelumnya tidak dapat diupdate sebagaimana yang dijanjikan kerana pada waktu yang dijanjikan terdapat kes warded, jika ada masa insyaallah akan di update, sekian...

(HOME)

Wednesday, March 26, 2014

My Sweet Little Princess

Salam Bro and Sis,

alhamdulillah masih lagi ada kesempatan mengarang blog, dulu boleh je nak post blog setiap dua hari, sekarang ni nak dapat dua blog sebulan pun susah. jadi ingatlah masa lapang sebelum datang waktu sibuk. Sebenarnya baru sahaja balik dari offshore, jadi time off ni la ada masa nak mengarang. 

selain dari kerja harian sekarang ni ada task tambahan, apa? parenting.. hehehe.. biasanya balik kerja ada je masa lapang nak menulis blog. tapi sekarang bila balik kerja baring kejap atas sofa baru on kejap je notebook baru sedar my baby tengah tengok apa ayah dia tengah buat sambil cuba ambil perhatian dengan tersenyum. hati ayah mana yang tak cair bila tengok anak kecik tersenyum kat ayah. suka sangat tengok kat ayah. 




tak sampai setengah jam terus 'tutup buku' baring sebelah Sara. layan tengok cerita Upin Ipin and some other cartoon program yang boleh buat sara ketawa, macam paham-paham je tengok cartoon. biasa ajar sara with baby books yang ada gambar cartoon rabbit, cat, frog dan macam-macam, jadi bila tengok TV ada rabbit tengah bergerak dan bercakap, mula la excited dan gelak. suka sangat dengan rabbit.

selain dari tu ada jugak mengajar mengira dengan tunjuk jari, for the time being cuma ajar from one to five sambil tunjuk jari tangan. jadi bila kita tunjuk jari yang tengah mengira sara pun turut sama belek-belek jari sendiri cuba mengikut jari ayah yang sedang mengira. Dan kadang-kadang ayah menyanyi lagu twinkle twinkle little star yang sekarang ni menjadi lagu favorite my little baby.

tiap-tiap pagi timing ayah bangun tidur lebih kurang sama je dengan sara, baru je nak bangun terus sara terjaga, buka je mata terus senyum kat ayah. Alhamdulillah penuh dengan senyuman anak ayah ni. hehehe... :)

Wednesday, February 26, 2014

Kisah Rasulullah dan Malaikat Penghitung Titisan Hujan

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadiske 72) 
Bahawa RasuluLlah saw bersabda,
“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, Aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril AS, pendampingku"
"Siapakah gerangan malaikat itu, dan apatugasnya?"

Jibril berkata, 
"Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi."
RasuluLlah saw bertanya kepada malaikat tadi,
"Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?"
Malaikat itupun berkata,
"Wahai RasuluLlah SAW, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam AS sampai sekarang ini, Begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai dan ke tempat yang tidak diketahui manusia."

Mendengar huraian malaikat tadi, RasuluLlah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.

Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,
"Wahai RasuluLlah saw, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan."

RasuluLlah SAW pun bertanya,
"Apa kekurangan dan kelemahan kamu?"
Malaikat itupun menjawab,
"Kekurangan dan kelemahanku, wahai RasuluLlah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak dapat menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan ALlah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."

اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد

Thursday, January 30, 2014

Notice January 2014

Dear all readers, pejam-celik pejam celik dah pun hampir sebulan masa berlalu sejak memasuki tahun baru. the last post pun dah hampir dua bulan yang lepas. itu pun sempat post ketika bermalam di hotel. 

keluar je dari hotel tak sampai beberapa minggu dah kena turun ke offshore, tinggal di atas kapal, tinggal atas platform, riding boats here and there in the middle of ocean, chopper flight cancel due to strong wind condition, kena tinggal chopper, overstay kat offshore, pindah rumah, pindah barang. fuh macam-macam jadi dalam masa yang amat singkat. That is what happen sepanjang blog ni terbiar tak di kemaskini. 

memang dalam hati hari-hari nak update blog tapi apakan daya, kat offshore pukul 9malam mata dah kecik, pukul 10 dah masuk ke alam mimpi, dengan kapal yang sedang di badai ombak di tengah lautan entah dimana... wait for my next blog. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages