nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, July 28, 2009

Hujan - Aku Skandal (the story at the end of this lyrics)

Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulukita lalui bersama
Bahgia bagaikan malamditemani bintang terang
Hancur hati bila kauundurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri...

Semenjak dua menjak ni selalu dengar lagu ni kat radio, ye la dok drive dalam keta hari2 dah confem dekat sejam gak. Kalau kena dengan jam, lagi la lama dengar radio. Boleh kata tiap2 kali nak pegi & balik keje gerenti lagu ni di pasang kat Hotfm.

Kalau hayati betul2 lirik ni ada gak yang terkena kat aku masa zaman2 muda “riang ria” dulu, bukan first love, tapi about friendship. Yang “waktu duka dulu” tu, dia la yang duka. I am just being there for the friendship. So that’s why we both experience it bak rangkap dalam lirik, “kita lalui bersama”, dan “bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang” (tapi kalau bercinta tu maybe la rasa camtu kot tapi bukan aku la tu beb)

“hancur hatiku bila kau undurkan diri”: selepas bertahun, problem dia dah pun settle, most of it with my help and support. Tapi terkena lak giliran aku ada problem. So in need of someone support aku call le member ni. Apa yang menyakitkan hati bila aku perlukan pertolongan dengan selambanya aku dapat jawapan “I cannot help u”! (sigh…)

Terkedu aku dengar jawapan macam tu, masa dia ada problem dulu cerita kat aku, aku la yang jadi pendengar yang setia, yang boleh tolong aku tolong kalau yang tak boleh tu aku bagi moral support. Aku bukan apa, at least dengar la dulu masalah aku macam aku support dia dulu, bukan rugi apa pun sekadar berkongsi pendapat. Tapi mentang2 problem dah solve kawan terus dilupakan. Apa dia tak ingat ke sapa yang beria2 tolong dia dulu sampai kadang2 aku terasa beban, tapi aku tolong gak sebab memikirkan kawan.

Sampai satu hari on normal conversation, terjadi la pertengakaran lidah pasal benda yang terjadi beberapa hari sebelum tu. Dia yang buat salah besar kat aku di kala aku menghadapi banyak kesukaran, ditambah lagi kesalahan yang dia buat secara sengaja, tapi cakap maaf macam takde kekesalan lansung. Dari cara dia cakap tu aku tak dapat rasa pun keikhlasan daripada maaf yang dilafazkan. Kalau salah kecik aku tak kisah. Kalau janji tu tak pernah tepati, berlawanan dengan aku setiap kali janji mesti aku tunaikan.

Ah! malas la aku nak cerita pasal kes tu, buat sakit hati je. Sejak dari itu aku tak cakap terus dengan dia, kalau berselisih pun aku buat macam takde orang lalu. Skang ni aku dah tak ingat berapa lama lost connection, dah lama pun tak Nampak. Bagus gak, tak le sakit hati aku (hehehe) aku rasa kalau aku Nampak tepi Jalan mau je aku langgar & blah buat tak tau, macam yang aku mimpi semalam (owh!)

Aku ni boleh dikatakan loyal, tapi bila jadi gini, mengubah aku untuk tidak percayakan orang walau sesiapa pun kecuali my family. Tapi kadang2 ada masalah yang hanya boleh di kongsi dengan rakan yang tak berapa sesuai di kongsi dengan family. Now, I just keep it for myself. There are friends that I could believe but I’m afraid it will happen again. I don’t want to lose friend. Before I end tonite aku nak bagi satu moral or the story. “jangan jadi kacang lupakan kulit, mungkin hari ni kita bleh buat something yang bleh lukakan orang yang pernah tolong kita, tapi bila hadapi masalah balik cemana nak cari kawan yang setia? What goes around comes around”. Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages