nuffnang

nuffnang LR

Tuesday, August 25, 2009

Kereta Rakyat

Cuba fikirkan sejenak dengan kerajaan kita mengenai cukai kereta... adakah ianya berpatutan? kereta apa yang anda pakai? kereta buatan Malaysia? Buatan Jepun? adakah harganya berpatutan?

Bagi aku sendiri, kalau di ikutkan berpatutan atau tak, nak tak nak tak boleh tidak kena gak pakai kereta. nak harapkan public transport... hampeh... baru je dua tiga hari lepas dalam berita pasal kenaikan harga tambang KTM dan bas. minyak lak harga dikurangkan tapi di downgrade daripada RON 97 ke RON 95. Ada beza ke? Ya, memang ada..

RON adalah singakatan bagi Research Octane Number atau secara ringkasnya kandungan Octane didalam minyak petrol. Lebih tinggi kandungan octane maka lebih kuasa terhadap performance kereta. Kalau dalam perlumbaan F1 kita tengok Team ferrari mesti pakai Shell V-power racing kerana kandungan octane yang tinggi dan additive yang memberi lebih kuasa kepada kereta lumba, opsss dah terlepas dari tajuk asal...

berbalik kepada kereta yang di jual di Malaysia. tahukah anda harga Honda City baru di Indonesia & thailand tak sampai pun RM50K? kalau convert pada duit malaysia Honda City version 2008 cuma RM45K! tapi kenapa Malaysia punya sampai RM80K? Semuanya kerana cukai... kemana cukai pergi? masuk tabung kerajaan...

Tak kisahla nak letak cukai tinggi kat kereta keluaran lain kalau nak tolong industri kereta sendiri lagi2 kalau Proton. Anda pakai Proton? adakah anda berpuas hati dengan Proton anda? kalau nak cakap pasal kereta proton, boleh kata 90% kereta proton yang baru di beli mempunyai masalah, termasuklah Kereta Proton Perdana menteri-menteri malaysia yang selalu masuk workshop...

last time my father pun use proton, baru beli dah ada problem tak sampai setahun. tapi Tahukah kita quality kereta-kereta yang di eksport keluar negara? hah! yang nak eksport lak di naik taraf, tambah itu, tambah ini, tapi bila tengok harga tak kurang dari 25% lagi rendah berbanding yang di jual di luar negara. Inikah yang dinamakan nak tolong rakyat?

Dah la rakyat bayar kereta mahal2, kena lak bayar Road tax, tak cukup dengan cukai tambah lagi dengan TOL! Konsesi tol tak habis2 tapi kenapa akaun tol dibayar kepada syarikat konsesi tak pernah di dedah? cuba agak2 estimate sendiri berapa kemasukan duit melalui tol PLUS di sungai besi sahaja... berapa ribu kenderaan melalui Tol tu? agak2 boleh bayar tak gaji semua pekerja tol di Malaysia dalam sebulan? jawapannya anda sendiri tahu, tentu sekali boleh, bahkan boleh buat bonus tiap2 tahun. Kalau setahun tambah lagi kutipan tol kat plaza tol lain dah berapa? berapa bayar kat syarikat konsesi? yang lebih tu masuk poket sapa? sebab tu parti pembangkang berani mansuhkan tol kalau menang pilihan raya. oppsss lagi sekali back to the topic.

Ok, kenapa jual kereta malaysia mahal? kenapa interest pinjaman kereta malaysia lagi tinggi? nak tolong rakyat ke nak pelingkup rakyat. ooo... ni kot slogan yang patut untuk satu malaysia: cekau duit rakyat di dahulukan, Pencapaian dot dot dot (lu pikir la sendiri...)

PS: kalau pernah tengok cerita Mr. bean, selain kereta tayar tiga tu kereta apa yang Mr. bean Buat dajal pakai pisang? (cubalah fahami maksud tersirat orang negara lain)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pages