Al-kisah, sebuah cerita yang berlaku seminggu sebelum hari raya korban. maka haiwan korban pun di bawa ke kawasan yang berhampiran dengan masjid. kebiasaannya seekor lembu boleh dibahagi kepada 7 bahagian bagi yang mampu untuk melakukan ibadah korban.
maka jual beli antara pemelihara lembu pun bermula antara tuan-tuan yang ingin menjalankan ibadah korban dengan disaksikan oleh lembu tersebut.
adapun tuan lembu yang ingin melakukan ibadah korban itu adalah orang biasa sahaja yang mampu di kampung itu. maka di tambatlah lembu itu berhampiran dengan masjid, berhampiran dengan kawasan yang biasanya dijadikan kawasan ibadah korban tahun lepas.. setelah selesai urusan akad jual dan beli pagi itu, semuanya pulang ke rumah masing-masing meninggalkan sang lembu meragut rumput dikawasan ia ditambat.
kemudian, masuklah waktu solat zohor bagi kampung itu dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. maka tok bilal tanpa berlengah terus membetulkan suara dan berdoa seperti biasa lalu melaungkan azan melalui microfon dan laungan azan bergema diseluruh kampung itu, setelah di'amplified'kan dengan pembesar suara di menara masjid. semua penduduk mendengar seruan azan tersebut termasuk lah sang lembu yang bakal dijadikan korban tersebut.
"Oh azan" kata lembu tersebut pada diri sendiri, lalu menyambung meragut rumput sambil melihat sekelilingnya.
kemudian iqamat dilaungkan.
"Oh jemaah dah nak start solat"kata lembu itu lagi
Tiba-tiba lembu tersebut ternampak salah seorang tuannya menaiki motosikal kapcai menuju kesimpang masjid, lega hati lembu itu kerana ada tuannya yang nak solat berjemaah di masjid. Tetapi sangkaan lembu tersebut jauh meleset, kerana apa bila tiba di simpang, tuannya itu melencong ke kedai makan untuk lunch.
bila masuk rakaat terakhir, lembu mulai hampa.
"mana tuan-tuan aku ni? apa yang diorang tengah buat?"
begitulah rutin harian lembu korban itu setiap hari, tak dapat melihat tuan-tuannya datang solat berjemaah di masjid. kalau terserempak pun, tuan lembu itu cuma lalu sahaja untuk pergi ke tempat lain walaupun tok bilal baru melaungkan azan.
Tibalah hari raya aidil adha bila takbir bergema.
"oh takbir raya" kata lembu itu bersahaja.
Ramai orang menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidil adha, termasuklah enam orang tuan lembu tersebut. mana lagi sorang? lembu itu tahu tapi dia buat bodoh je.
setelah selesai solat dan khutbah, barulah tuan lembu yang lagi sorang tu sampai ke tempat peyembelihan. barulah lembu itu nampak semua tuannya. saat lembu itu di rebahkan, air mata lembu itu mula mengalir. ia menangis bukan kerana bakal disembelih tapi kerana memikirkan malang nasibnya bertuankan tujuh orang tuan yang mementingkan hal dunia dari ibadah wajib. dan adakah ibadah korban itu dilakukan dengan niat tersirat? dan berakhirlah riwayat lembu itu setelah di korbankan.
the end
Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meniggal dunia. Jika ada ianya hanyalah kebetulan sahaja. cerita ini adalah hasil imaginasi penulis ketika mendengar kuliah zohor oleh seorang penceramah di Kuala Lumpur.
Sebagai peringatan jika kita melalui masjid ketika azan di laungkan berhentilah dan berjemaahlah seketika, Janganlah seminggu sekali time nak solat jumaat je, atau setahun sekali time nak solat sunat hari raya. Jangan sampai nak di sembahyangkan baru nak sedar, nauzubillah. renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment